10 Dec 2015

Tempat baruuu


Assalamualaikum

Aku taktaulah kalau korang rasa tajuk entry kali ni macam aku teruja sangat dapat pindah tempat baru ke apa but honestly, taklah teruja mana pun. Aku dengan kawan2 yang lain tengah mengalami proses pereputan yang maha dahsyat. Terutama time takde kelas. 

Apapun ni bukan tempat yang sepatutnya kitorang kena pindah pun. Duduk kat kolej ni sebulan je, lelaki angsana, perempuan rafflesia. Tempat yang sepatutnya kitorang kena pindah ada masalah sikit. Fac pun kitorang takde lagi tau. Buat sementara waktu ni terpaksalah belajar kat fakulti sains kesihatan. Bagaikan pendatang asing, uhukzz.

Anyway, aku suka duduk sini sebab tempat ni cantik. Tapi bab nak keluar... Nak tunggu bas... Yang tu aku hanya mampu ketawa sambil menangis jekot.. Yang paling penting dia punya sunrise dengan sunset kat sini lawo. Aku rasa kamera phone aku penuh dengan gambar langit je sepanjang duduk kat sini. Sanggup tu lepas subuh DUDUK ATAS MEJA yang mengadap tingkap semata-mata nak amek gamba sunrise. Sahaja aku men-capslock-kan ayat itu supaya korang nampak sikit kegigihan aku HAHAHA!

Sebenarnya, aku taktau nak tulis entry apa sebab memang takde cerita yg menarik pun, hahaha. Kalau gambar tu banyaklah. Maka, biarlah gambar berbicara~
                        
 

nampak lebih mengerikan pada waktu malam...


Haraplah proses nak pindah kat tempat yg lebih baru untuk bulan depan berjalan dengan lancar. Dah penat tau asyik pindah2 je. huhu

Thanks for reading!

57 comments:

  1. subhanallah, cantiknyaaaa!!! uhuhuh T.T

    ReplyDelete
  2. Cantiknya.Saya kadang2 gigih tak tido lepas subuh sebab nak tengok sunrise belakang rumah hahahahhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kita samalah xD memang tabiat suka tengok langit hehe

      Delete
  3. kat mana ni mazni? tengok gambar pun dah boleh bayangkan betapa cantiknya pemandangan sunrise dia <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. uitm puncak alam. kt sini mmng pemandangan dia lawa2 <3

      Delete
    2. subhanALLAH, memang cantik sangat permandangan tu T^T
      kawasan tu pun cantik :3
      gigih sungguh ambik gambar sampai duduk atas meja :D

      Delete
    3. Kat sini mmng cantik. Hehe mestilah gigih. Maklumlah saya ni kan pencinta langit :p

      Delete
    4. kalau tak silap tu kampus budak2 sains(?) huuhu tak tau sangat pasal kampus ni sebab ramai kawan yang amek law & kampus lain. hee belajar leklok :D

      Delete
    5. aah memang kampus budak sains pun, fakulti sains kesihatan. kitorg ni datang menumpang sementara je xD thanks, InsyaAllah!

      Delete
  4. untung nya pemandangan tempat belajar lawa. serious lawa sangat >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb duduk atas bukit, view memang agak nicela :D

      Delete
  5. Replies
    1. Puncak alam kak, hahaha x'D

      Delete
    2. Oh, Puncak Alam. Ni hari-hari turun naik Tangga Kejayaan la ni ya. hihihi.Yang gambar pertama tu tempat makan ke?

      Delete
    3. lol haah xD bergetar-getar dah kaki time nak daki tangga tu hahaha! haah tempat makan

      Delete
    4. Heheheeh memang betul2 usaha tangga kejayaan ni :)

      Delete
  6. Lawanyaaaaaaaa tempat diaaaa! :DDDDDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe memang lawa. Fac kat sini pun style moden2 T^T

      Delete
  7. lawanyaaaaaaaa. seriously lawaaa T.T belajar kat tempat lawa baru semangat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul tu! Tpi xtaulah semangat ke idok sbb ramai kata sem ni agak tough sikit huhu

      Delete
  8. Ohhh puncak alam. Cantiknyaa tempat dia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak puncak alam ^^ tpi saya tak explore habis lagi kawasan2 kat sini, huhu

      Delete
  9. Cantikkknyaaaaaaaa.. mesti best kan bangun pagi. boleh tengok sunrisee. ohsem laa .. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kalau rajin sangguplah saya bangun tetiap hari, kalau malas memang terlantar atas katillah hahaha!

      Delete
  10. RINDUNYA WOIIIIIIIIIII SOBB SOBB

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon jeles please, wahahahahahaha!

      Delete
  11. Cantikkkknya! Tak pelah,...sementara ni nikmati rezeki dapat tengok view cantik ye :)

    ReplyDelete
  12. Tempat lama sayaaa! UiTM Puncak Alam! Nice sebenarnya tempat ni. Everything is still new and of course sangat menenangkan sebab jauh ke dalam. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. seniorr :D tulah, duduk sini rasa tenang je sebab sunyi. cuaca pun nyaman je. tapi memang jauh kedalam sangatt hahahaha

      Delete
  13. Moga smua urusan prpindahan d prmudahkn

    ReplyDelete
  14. hi awak . Sy exstudent palam . Skrng dh jadi student kat uitm dengkil . Best giler tau duk palam . Now , I really miss Puncak alam especially tangga kejayaan .
    ainiezulaikha.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak asasi eh? kawan sekolah saya pun ade beberapa org dari palam dh pindah ke dengkil. diorang kata palam mmng best :)
      haha nnti saya pindah kolej baru tu x dapatlah jumpa tangga kejayaan aka tangga maut tu lagi huhu

      Delete
  15. ohsem sunrise dgn warna keemasanmya., ;p

    ReplyDelete
  16. Untungnya pemandangan tempat belajar cantik. kite bangun pagi nampak hutan je :'D hahaha

    http://nuranisaisyah.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya saya ni pun dikira belajar kat hutan jugak hahaha :p

      Delete
  17. Subhanallah. Beautiful sky. Paling suka usya sunrise. Tenang sangat. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan :) saya pun suka tengok sunrise gak hehe

      Delete
  18. cantik tempat tu :) gambar sunrise and sunset pon cantik. tpi kesian pulak sbb slalu pindah2, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa dah nasib nak buat cemana T_T

      Delete
  19. omaigad.. rindu gila dengan PALAM.. sireh cafe ada lg x? teringin nak makan lauk pauk dia yg sedap giler....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perasanlah pulak sireh cafe tu hehe. saya ni main beli je lauk2 tpi x pandang nama kedai :p

      Delete
  20. cantek! Atas bukit ke kampus ni? Serius memang cantek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah atas bukit. nak masuk dlm ni punyalah jauhh T__T nasib baik tempat cantik hahaha

      Delete
  21. Cantik tempat adik belajar...seronok kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik dgn enviroment yg bersih hihi. bolehla seronok tu :)

      Delete
  22. ehehe macam cantik je tempat baru.. bagusla baru.. semua x rosak lagi ngeh3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kolej yg saya tgh duduk sekarang ni takdelah baru sangat :p tpi perabot2 setakat ni oklah, selesa. tempat yg lebih baru InsyaAllah perabot masih dalam plastik. hehe

      Delete
  23. pindah mana ni..? Puncak Alam ke kat tempat lainnn?

    ReplyDelete
  24. mereput?..leh buat baja hehehe

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~