22 Nov 2015

Makan-makan di Sopoong


Assalamualaikum

Semalam, aku ngan kakak pegi IOI City Mall sebab dia nak jumpa kawan lama dia. Kenapa aku menyemak? Sebab dia pegi ioi nak tengok Hunger Games. Tunggu dari tahun lepas kott untuk ending cite ni. Maklumlah, cerita keluar setahun sekali. So, kakak aku pun belanja aku tengok Hunger Games tu. Tu pun selepas aku buat muka comel kat dia, uhuk uhukzzz. 

Ending dia best gakla. Tapi ada jugak sedihnya. Biasala, Hunger Games kan, ada je watak yang mati T__T Kalau nak tau lebih kena tengok sendirila. Kang tak serpraiss pulak kalau iolls cerita, haha.

Kkkk. sebenarnya aku nak cerita pasal kedai korea ni. Aku kalau makan kat restoran Korea selalu makan kat Dubu Dubu je. Tak pernah try tempat lain lagi padahal bersepah je kedai yang jual makanan korea ni kan, haha. 
Tetiba teringat mak aku. lol
Enviroment kat sini sangat cantik dan bersih. Ala-ala secret garden yang tak berapa nak secret gitu~ Menyesal pulak tak bergambar kat setiap pelosok restoran ni. Padahal orang tak ramai pun time tu. Apapun, tempat ni cantik dan comel. Macam siapa? Letak nama korang sendiri. Eh tetibaaa



Kat sini ada banyak choice makanan. Tapi aku dengan tak habis-habisnya asyik order menu yang sama setiap kali makan korean food :p Lain kali kita try benda lain pulak ye.

chicken soondubu jigae(tofu stew) - RM16.90
Kimchi Jigae chicken(kimchi stew) - RM16.90 
cheese tteokbokki - RM...... taktaulah sebab ni kawan kakak punya ahahaha. Range harga dalam RM11-12 gitu kot
Kimbap!! - RM11.90
Yakuza tengah makan. Dah celup chopstik dalam sup baru nak amek gambar.
Bagi aku makanan kat sini sedap. Kenyang pun iya jugak. Oh untuk side dish, ada kimchi(wajibul ghunnah sangatlah kan), salad(bagi aku agak manis), dan kimchi timun barangkali. Aku tak sentuh langsung timun tu sebab tak suka timun TAT, mianhae timun. Salad dengan kimchi tu aku makan habis licin ehh.

Tapiiii, bagi aku kimbap kat sini memang sedap. Aku tukang perabiskan kimbap tu semua bila kaklong dengan kawan dia dah kenyang sangat, haha. Bila makan kimbap terasa macam nak buat sendiri pulak xD


   Thanks for reading!


49 comments:

  1. Tak pernah lagi cuba makanan korea..tengok sedap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. trylah, sedap :) kenyang pun iya jugak hehe

      Delete
    2. sedap ke? hihih. penah makan kimbap je. bg sy sedap dari sushi :D

      Delete
    3. sedap. sbb saya ni jarang dpt makan kimbap. sbb tu tu asyik dok puji kimbap kat sini sedap, hehe :p

      Delete
  2. Aloo saya bru je prgi ioi khmis ritu, makan korean food kat food junc je sbb nk tgk hunger games lpstu. Mcm biasa, order ramyeon je ahaha XD

    X perasan plak ada sopoong ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sopoong ni kat level 2. kedai dia kat hujung2. atas tempat ice skate :D

      Delete
  3. Yummy.. Terasa kat tekak sebab saya penggemar tegar kimchi.. Nak pi cuba satu hari nnti..

    Thanks dear for the review. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memula tak suka makan kimchi, tapi sekarang dah suka.
      you're welcome :)

      Delete
  4. wahh chantek deco nyerr.,
    wak x penah try korean food., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, nak makan pun rasa ceria je bila deco kedai lawa camni :D

      Delete
    2. Samalah kita nie wak.. Belum pernah jugak nie.

      Delete
  5. lawa tempat ni! terliur pulak tengok kimbap -.- uwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aip air liur jangan sampai meleleh. hehe

      Delete
  6. wahhh nampak grand la kak mazni. actually, ina tak pernah makan makanan korea, but bila baca entry ni tetibe rasa attracted pulak

    ReplyDelete
  7. pernah try dubu dubu je. tak gemar kimchi dia. btw ada bingsu tak kat sopoong ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka je kimchi dubu2 tu, hehe. kat sopoong ni takde, tpi kat dal.komm coffee ada. org ckp bingsu kat situ sedap!

      Delete
  8. Kedainya nampak macam sedikit kecil ya. Balik Malaysia nanti nak try kedai ni pula. Banyaknya kedai Korea yang kena cuba bila balik nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya takdelah kecik mana. ke sebab masatu tak ramai org so kedai nampak luas, hahaha xD
      tahan je kak farah nak makan semua2 ni kan. hehe

      Delete
  9. bestnya kedai makanan korea bersepah kat sana T^T
    kat cnie baru sebijik je XD
    kimbap tu tempting sangat aihhhhh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah banyak sangat sampai taktau mana yg sedap xD

      Delete
  10. Ermmm tak pernah layan Hunger Games walau satu pun... Hahaha
    Cantik aa tempat tuu.. Suka suka.... Hihi
    Kemain abang Hulk perati jer si Yakuza makan sup dari jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya start layan hunger games dari tahun lepas. 2012,2013 punya hungers games tak tengok lagi :p
      dia jeles tu tengok yakuza dpt makan xD muahahaha!

      Delete
  11. Tak pernah try lagi makan korea macam ni. Hahaha. Macam tak kena dengan tekak ni hah. Nanti lah nak try rasa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pun saya tak suka makan makanan korea, lagi2 kimchi. tpi setelah dilatih tekak melayu ini bolehla terima rasa korean tu :p

      Delete
  12. Btw, suka tengok kedai ni. Nampak lawaaa :D

    ReplyDelete
  13. oooh ni la soopong huhuhu thanks share mazni <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lepasni mesti nak pegi foodhunter dengan kawan2 ni :p welcome~

      Delete
  14. Memang cantik dan comel restoran tu, macam saya (xmalu, haha) Sedapnyaaaa, dah lama teringin nak makan korean food, lagi2 bila tgk korean variety shows, tapi tak tercuba2 lagi. But takot memalukan diri sendiri je bila cuba mkn pakai chopstick, kahkah, tak pasal2 terpelanting dekat lantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cakap angkat bakul sendiri pun takleh gak sbb saya pun tengah perasan, wahaha! asian people kenalah pandai guna chopstik, kkk :p

      Delete
  15. Kak Nad pulak tak pernah makan makanan Korea. Ajar pleaseee? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try makan makanan asas dulu. mcm kimchi ke, kimbap ke, heottok, pajeon xD

      Delete
  16. Kak aiza tak pernah mencuba makanan korea.. Nampak sedap menu tu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap jugaklah. balik2 order sup ni je. tak pernahnya berani nk tukar menu lain :p

      Delete
    2. Mungkin mazni kena cuba menu lain juga next time..

      Delete
  17. sedap nya nampak*tetiba rasa lapar.
    setakat ni makanan korea perut boleh terima lagi kecuali kimchi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun takleh terima kimchi mula2, tpi try jugak makan. last2 dah boleh terima :D

      Delete
  18. Antara makanan dubuyo dengan sopoong ni, yg mana lagi best eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya sopoong kot, sbb banyak choice yg boleh dipilih :)

      Delete
  19. Assalammualaikum.

    Sdpnyaaaaaaaaaaaaa. Kimchi tk mkn ? haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam,
      kimchi timun je tak makan, hehehe :p

      Delete
  20. Wow. Macam sedap. Boleh feeling2 Korea. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok drama korea nampak cam sedap je depa makan kan, kite trylah juga :p

      Delete
  21. ehehe betul2.. tak Dubu-Dubu mesti B.Bap..
    rasanya Dubu-Dubu tukar nama kan ? jadi Dubo Yo

    ReplyDelete
  22. Kimchi Jigae!!! ni yg buat rindu Korea ni ahahah

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~