23 Oct 2015

End of semester 1


Assalamualaikum


Hi gais i'm backk! kini saya sedang ber-semester break selama sebulan. Next sem akan bermula 29 november nanti. Dengan ini saya mengisytiharkan yg saya telah tamat semester 1 dalam diploma printing technology. Eh baru habis sem satu dia punya kecoh tu masa dah habis sem 5 je. Btw, Alhamdulillah, exam boleh jawab semuanya. 

Art and design student is seriously no joke. Tengah2 exam pun kau kena buat esaimen lagi tahu. Dan yg paling unbelievable, aku berjaya hantar semua projek tu awal sehari dari masa yang telah ditetapkan! Yay for me! (tepuklah tangan sikit). Dan one of my project lecturer mintak utk dijadikan contoh jabatan. Yay for me again! Rasa terbayar jugaklah hasil usaha aku.

Yang pasal projek art ni semua nanti aku cerita untuk next entry. Apapun next sem kitorang kena pindah ke Puncak Alam. Masa 1st masuk dulu memang tak sabar gila nak pindah Palam. Bila dah lama duduk Shah Alam ni, rasa berat hati betul nak pindah. Kita dah selesa dengan persekitaran kat sini, dah ada port sendiri untuk kau nak melepak, dah hafal selok-belok kawasan Shah Alam, dah biasa dengan fakulti sendiri, dah biasa dengan orang2 sini. Tiba-tiba kena tinggalkan semua tu. Huaaaa..

Nak2 pulak abang dengan kakak aku belajar kat sini so kalau aku nak keluar pegi memana call je dorang, nanti dorang pi bawak keluar naik motor. Senang sikit bila diorang ada. Nak balik rumah pun boleh balik sama-sama. Dah pindah Palam nanti, haa pegilah kau sorang-sorang. Sedih tau tak sedih. Sobss..

Tulah kau, memula menyampah sangat kan duduk Shah Alam ni. Awal2 sem haritu membebel sangat nak duduk Puncak kan? Sekali dah sayang kat Shah Alam ni, memang rasa taknak pindah dah. Hahaha!

Adalah menjadi adat (adat sangat) setiap kali tamat sem 1 orang akan ceritakan pengalaman pahit manisnya sepanjang sem tersebut. Aku pun samalah. Nak abdikan kenangan sem 1 ni kat blog supaya bila dah habis belajar nanti, bolehlah baca balik semua kenangan2 ni :) Inilah gunya blog. Kahkah!

*emoji monyet tutup mata*
chanting utk uitm FC kat stadium Paroi. Ini kali pertama dan terakhir aku pegi trip untuk uitm FC. Trip yang mendatang aku x boleh join sebab busy buat kerja/balik rumah. Kawan2 lain je yg pegi. Next sem InsyaAllah join lagi!
Jamuan raya FSSR (fakulti senilukis senireka). Inilah kali pertama amek gambar satu kelas dengan the boys setelah 2 bulan duduk sini. Looollll.
Doodle art merdeka. Memula blur gila taktau nak lukis apa kat roda besar tu. Lastly tibai jelah lukis apa2 pun. Ahli paling ramai tapi dapat tempat terkahir, muahahaha! 
Kesatria Negara. Well... Bukanlah kenangan manis dan bukan juga kenangan pahit. Suka part belajar kawad je kot, hehe.
Trip ke Pangkor! Will story next entry ya!
First roleplay. Ahahaha tak biasa bercakap english kat depan. so tergagap semuanya xD
Birthday celebration <3
Minggu exam. Ni semua muka2 bahagia lepas keluar dewan ni. Hahaha

Last but not least, bye kolej seroja. Bye fakulti art and design. Bye UITM Shah Alam. 5 bulan memang tak lama. Tapi dalam tempoh 5 bulan nilah banyak benda baru yang aku dah belajar, banyak orang yang aku dah kenal dan banyak kenangan kat sini. Thanks for a good memories! :)

Thanks for reading!

37 comments:

  1. wahhh bestnyaa. menanti result lak. all the best. hehehe. selamat cuti sem. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bedebar-debar dh ni hahahaha T__T mohon jgn kena repeat apa2 subject huhu

      Delete
  2. ok sgt best kan!!!!!!!!!!
    hihihi rindu pulak zaman qila which was last year ihiks thanks mazni <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu best sangat. Sem depan mesti tak sama dah mcm sem satu ni TT

      Delete
  3. Tahniah Mazni! Dah habis satu sem dah :)

    ReplyDelete
  4. Seronoknyaaa pergi Pangkor. Enjoy ur holidayss !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mmng seronokkkk xD nnti saya ceritakan next story hehe

      Delete
  5. Penuh warna-warni sem 1, Mazni. Lepas ni boleh relakskan minda sekejap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tu! tpi pasni mesti rindu sem 1 :)

      Delete
    2. Tak pe. Lepas ni ada banyak lagi yang menunggu utk sem akan datang :)

      Delete
  6. Wahh.. bestnya cuti.. Good luck for your result ;)

    ReplyDelete
  7. Wah... Tahniah, dear ^^ Hehehe
    Tahniah sebab dah selesai sem 1 and esaimen dijadikan contoh. Bukan mudah tuu.. Hihi
    And have fun tau nanti kat tempat baru ^^
    Apa apa pun, selamat bercuti :) - KTC

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah x sangka jugak sebenarnya, hihihi
      terima kasih! ^^

      Delete
  8. selamat bercuti, seronoknya!! :)

    ReplyDelete
  9. rindu uitm shah alam..hehehe..selamat memasuki sem 2 nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh alumi uitm shah alam ke? hehe
      terima kasih! :)

      Delete
  10. Kenapa kena pindah ke PALAM? Tak kekal dkt UITM Shah Alam? Mmg kena pindah eh lps sem 1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmng asalnya dlm surat tawaran pun kampus tetap kat palam. tpi sbb fakulti art design kat palam tu x siap lagi, sbb tu kitorng kena duduk shah alam smpai habis sem 1 :) yg ni semua course printech(sem 1-5) kena pindah. degree pun sekali(kalau x silapla..)

      Delete
    2. Ouhhhhhh! Arasso! Goodlucklah walau dimana pun Mazni belajar! Hahahha xp

      Delete
  11. Wahh dah cuti bestnyaaaaa. Saya tengah exam tak habis habis lagi ni hmmm(tgh exam boleh pulak online kan baguss haha)

    Goodluck mazni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh budak2 KM cuti lambat eh? Haha xpe lambat laun cuti jugak nnti :p saya pun time exam haritu bukak aje blog kuikuikui~
      Thankyou! All the best gak jawab exam

      Delete
  12. Selamat ber Puncak Alam la ye...hihihi...semoga tak menderita kat sana yg besar tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi harap x sesat jelah kt sana :p terima kasih!

      Delete
    2. takkan sesat punya...kan nak bertafakur lama kat situ :P

      Delete
  13. Selamat bercuti Mazni dan welcome back yer ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa perancangan Mazni untuk cuti sem yer ^-^

      Delete
    2. memula ingatnya nk keje tpi mcm xde org nk amek keje sebulan rasanya :p so duduk rumah jekot hahaha

      Delete
    3. Boleh fokus dengan blog je la...

      Delete
  14. Memang selalu jadi macam tu. Time sekolah menengah, masing2 kutuk sekolah sendiri, tapi bila dah habis sekolah, masing2 buat status " Rindunya dgn sekolah" lol. Time tu la nak appreciate benda lama xD Selamat bercuti jugak ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. lololol kannnn~ lumrah bebudak lepasan skola xD

      Delete
  15. selamat bercuti dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang.. ;)

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~