7 May 2015

Pestime buat lasagna


Assalamualaikum

Haritu aku try buat lasagna sebab tiba2 rasa nak makan mende ni pulak. Bukan je ni pestime aku buat lasagna, tapi ni pestime aku guna oven! Dengar tu, first time okay! Haritu dapur kat rumah aku baru renovate, so ade banyak ruanglah boleh letak2 barang berbanding dapur dulu. Aku pun pujuklah mak aku beli oven baru. Nak buat kek kononnya~ Sekali bende cheese berlemak ni yang aku buat dulu. Sebab... aku suka!!

Dan hasilnya......

Jeng jenggg..! Lasagna kulit hangus versi saya TAT
Dah macam roti sarang lebah.....

Lasagna ni mungkin nampak buruk pada luaran, tapi percayalah rasa dia memang sama macam lasagna lain di luar sana tu. Kalaulah kulit atas tu tak hangit..... Mesti dah perfecto deliciousto dah lasagna ni. hahaha.

Aku ikut resipi daripada BLOG NI. 100% ikut resipi dari akak ni sebab senang dia ajar secara detail. Siap bubuh gambar lagi tu. Terima kasih~

Tapi tulah, pelik kenapa lasagna aku tak lawa mcm lasagna akak tu. Aku bakar 180c 40 minit mcm yang ditulis. Ke terlebih tinggi sangat suhu bakar dia tu? Maklumlah pestime guna oven, ikut je apa yang orang tu tulis, padahal boleh je bagi low sikit api tu. Hahaha dasar lurus bendul.  Kalau u'olls bakar lasagna selalunya suhu berapa eh? Cer share sikit.


Sebabkan kulit atas lasagna tu dah start hangit lepas bakar 20 minit, so aku pun teruih keluarkan lasagna daripada oven. Suka-suka je time tengah bakar pegi keluarkan balik, ewah ewah. Pastu bila try cucuk isi dalam lasagna tu, uhukss tak masak lagi. Cayaq dan lembik! Dengan rendah diri aku masukkan sekali lagi lasagna tu dalam oven selama 10 minit, baru masak. Tak lingkup kan oven kalau sukahati buat perangai camtu? huahuahua.

Bila dah rehatkan lasagna tu kasi dia sejuk sikit, apalagi makanlah! Time nak potong lasagna ni yang susah sket. Sebab kulit atas dia keras maka hasil potongannye pun selekehlah. Aku nak tunjuk gambar atas pinggan pun malu taww tapi disebabkan ni my first bake haruslah tunjuk gambar atas pinggan kan. Nak tunjuk masakan kite ni dah menjadi. Cuma tang kulit atas je yg spoil sikit, dalam Alhamdulillah menjadi k. Hahaha


Dan yang paling penting, adik beradik aku kata rasa dia ok. Aku pun kata ok jugak. Puihh puji diri sendiri xD

Eh btw, aku dapat masuk UiTM! Tak sangka betul dapat sedangkan interview haritu cam hape je, Alhamdulillah. Tapi taktau lagilah kat mana. Mak aku target aku pegi UITM seri iskandar :(

Thanks for reading!

*kalau rajin sudilah klik :p

34 comments:

  1. Wahhh so dapat la art and design kan? Tahniah Mazni! :) Teringin lasagna la pulak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah art n design. thanks kak nad! ^^ senang je nak buat, trylah. tapi kena ready dgn lemak2 kt badanlah ye :p

      Delete
    2. Nak rasa air tangan Mazni :p Kihkih

      Delete
  2. Perggh, serius nmpk sedap. Ni life tip, klu ada ajak kawan makan sama2 lasagna, pls buat byk sikit. Tu je life tips dri saya, muehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha boleh je nak buat banyak tpi depa kena bayaqlah. i tak buat free xD

      Delete
  3. amboi.. sedapnya lasagna. nampak menarik. jom jenguk blog KF jugak . jgn lupa komen !

    ReplyDelete
    Replies
    1. opcoslah sedap, ai yg masak. muahaha. ok nnti saya singgah ^^

      Delete
  4. nak sikit lasagna tu kak mazni ^^ btw Hi kak!! lama x melawat blog akak yang awsome ni and tahniah kak sebab dapat UiTM !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa dah masuk perutlah alan :p hi! tulah lama tak nampak alan gak! hehe thanks ^^

      Delete
  5. wah nampak sedap. kahkah, sy masih terkial2 nak guna oven. lepas tu rumah sy mcm xbyk peralatan baking, so malas nak bereksperimen. fuh nasib tak bereksperimen, klau tak family kena makan kek hangus maybe, kahkah. anyway tahniah for uitm ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ni baru 1st time guna oven pun dh nak dkt hangit dah. nasib baik diorang makan je lasagna ni wlaupun rupanya dihina sikit xp thanks! ^^

      Delete
  6. aaaaaa, sedapnya lahai... tetiba perut nyanyi dondang sayang lak bila tengok gambar kat atas ni... ehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu kite taww. hahaha xD

      Delete
  7. Akak pun buat jugak lasagna baru ni. Tapi tak up entri lagi. Hiksss. Btw congrats dik dapat course yang dimintak. Akak dulu upu dapat UIA course TESL tapi akak pegi IPG. Yehuu. Moga dipermudahkan semua urusan nanti. Selamat menempuh alam yang baru. Iman dengan jiwa kena kental :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengok gmbr lasagna akak tu lawa je... masak suhu berapa? TAT thanks kak! InsyaAllah kental, hehe

      Delete
    2. Akak letak je suhu dia dalam 130 gitu api atas bawah. Tapi akak selalu gi tengok lah. Hikssss :D

      Delete
    3. owh 130 eh, okay thankyou! ^o^

      Delete
  8. amboi... perfecto deliciousto.. hahaha... rajin mazni ye.. sekurang2nya, jimat dan boleh makan ramai2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb teringin sgt nak makan lasagna, tu yg rajin masak tu. kalau tidak takdanya xD

      Delete
  9. Tahniah Mazni dapat UiTM. Moga Allah permudahkan segalanya :)

    Lasagna tu tak cantik takpe, janji sedap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Takut jugak nk pi sana sebenarnya sbb sebelum ni tk penah masuk asrama, kehkeh xD thanks btw!

      Betul tu. Tpi rupa dan persembahan makanan tetap main peranan juga. Kena perbaiki lagi ni hehe

      Delete
  10. tahniah sbb dpt uitm! :) good luck tau. dan dan dan.. perut ni dah nyanyi nyanyi nak mintak lasagna tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih! :) alaa dh habislah, hehehe

      Delete
  11. tahniah tau dapat masuk uitm. hehhee. :D
    sedapnya lasagna tu. meh pos cnie ckit. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih :3
      maap udah abis dong xD

      Delete
  12. lasagna! dok tngok garfield suka mkn lasagna ni. teringin gak nk try, tp sampai harini blm try buat & mkn lagi. tp tngok mazni buat tu kira mcm senang je. yg penting rasa dia sedap hehehe

    wahhh tahniah dpt uitm! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak, sebenarnya saya kenal lasagna lepas tengok cite garfieldlah. sebelum ni taktau lasagna tu apa, hahaha. yup, mmng senang je sebenarnya.

      terima kasih! ^^

      Delete
  13. sedapnya lasagna :-)

    ReplyDelete
  14. Nanti Zumal pun nal try buat la ^-^

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, rezeki. Rezeki makan, rezeki belajar. Tahniah cik Mazni ^_^

    ReplyDelete
  16. sedapnyaaaaa. jadi lapar ni :( :( nak lasagnaaaaa

    ReplyDelete
  17. Syoknya mamam lasagna! Tahniah, Mazni dapat sambung belajar :)

    ReplyDelete
  18. lasagna kalo atas keras akak suka jugak.. senang citer..
    asal nama dia lasagna akak mmg suka kekeke..

    ReplyDelete
  19. Wahhh...
    Nampak best sgt. Boleh lah ajk hakak nanti yerr hihihi

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~