28 May 2015

Lagi empat hari


Assalamualaikum

*Perasaan bila nak masuk U*

Hi! it's been a looong time since my last entry. Long time lah sangat kan. Padahal baru seminggu lebih jerr. Mana taknya, minggu depan aku dah nak berambus dari rumah ni dengan membawa duka serta cita yang lara. Banyak persiapan yang aku nak kena buat. Cuma persiapan mental dan fizikal tu entahlanak... Al maklumlah, tak pernah duduk asrama dan tak pernah berjauhan dengan parents (kecuali masa diorang pegi Mekah haritu). Tu pasailah jadi lagu ni.

Se-busy2 aku yang sedang busy mengemas barang2 yang nak dibawa ke sana, aku masih ada masa lagi nak ngadap blog ni. Hehh *senyum sinis*. Ni pun sebab nak ucapkan salam takziah kat blog aku ni je. Kita berpisah lagi macam masa zaman SPM dulu uhuks uhukss...


So, aku dapat kat uitm puncak alam. Yang shah alam tu tempat sementara je. Aku taktau berapa lama kena duduk kat shah alam ni. Macam kawan aku yang buat asasi, kampus tetap dia kat Dengkil. Yang sementara punya kat palam(puncak alam). Yang kat Dengkil tu uitm baru, belum siap lagi. So kawan aku kena duduk kat palam sampai habis sem 1. Aku ni pulak taktaulah berapa lama. Mungkin lepas habis MDS? Atau habis sem 1? Huahua.

Part yg paling leceh sebab nak kena angkat balik barang2 tu pindah tempat baru. Mak aku kata nak pegi palam tu naik bas je, takdenya parents yg hantar. Haa angkatlah kau barang tu sorang2. Kalau bilik aku kat Shah Alam tu tingkat paling atas, termengah-mengahlah kau nak turun naik tangga. HAHA!

Eh taknak tau ke berapa banyak yg i'olls bawak?

Gigih tau aku panjat kerusi semata-mata nak ambil gambar ni. tolong puji "gigihnya awaaa" please

Sebelum tu, a big thanks to Kak Zati dan Kak Hazlin. Entry ni yg banyak membantu sepanjang proses pengemasan barang. Terima kasih! *campak hati* 

Enkorang rasa barang aku ni banyak ke tak? Mak aku kata aku bawak barang serupa macam nak lari dari rumah dah T__T Ni dalam gambar ni belum termasuk baldi lagi tau.

Mak aku suruh bawak satu beg je. Yang lain2 tu bawak kendian. Sebab proses perpindahan tulah yg menyebabkan mak aku suruh bawak beg sekor je. Mak aku tau yang aku ni bukanlah sado mana nak angkat barang tu sorang2. Masalahnya aku malas nak keluarkan balik baju2 yg aku dah lipat dengan penuh kasih sayang hati nurani tu. Tau tak seminggu aku ambik masa nak kemas semua ni?! *emo jap*

Sekarang ni yg aku belum beli cuma kasut hitam, jajan mimi, handsocks dengan air 100 plus je. 100 plus tu sebenarnya dah beli tapi ada makluk bernama abang aku pegi minum air tu. Eyy bukannya nak tanya orang dulu.

Bye semua. sekarang aku nak gi kemas baju nak bawak pegi Langkawi esok. Tengok tu, sempat lagi nak pegi berjalan! Ni keje ayah aku yg sponsor k. Haruslah pegi sebab nak ber-vocation sebelum masuk U kateko~ Ada masa nanti aku update story pasal students life aku. Tu pun kena tunggu bila balik rumah nantila. Aku bukannya ada lappy sendiri T__T *nanges kat bucu dinding*

Thanks for reading! 

41 comments:

  1. selamat meneruskan perjuangan di uitm mazni :D

    ReplyDelete
  2. Uwahh nak masuk U dah kakak kita ni... Good luck good luck! Kalau saya nanti mesti rasa sayu nak jauh dengan family sebabnya saya adalah budak yang sangat manja. Kehkeh. Apa2pun moga berjaya kak mazni! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi niena lamanya tak nampak awak! Hehe terima kasih. Akak pun manja jugak sebenarnya. Terutama dgn mak :p semua bnde x reti buat sendiri Kuikuii

      Delete
  3. wah, selamat menyambung pelajaran mazni! belajar elok-elok. menuntut ilmu kerana Allah yea! ;)

    ReplyDelete
  4. Mabruk kak Mazni! :) semoga dimudahkan urusan di sana...^___^

    ReplyDelete
  5. tahniah dari saya. sedihnya nak berpisah ngan keluarga. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe terima kasih tomo. tulah sedih sangat.. tpi nasib baik sye dapat dlm selangor je

      Delete
  6. wahhh. sy belum packing lagi. kahkah. *packing sekarang*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takpe masih ade masa lagi :p jgn kelam kabut sudah

      Delete
  7. tahniah sebab dapat sambung belajar di UITM Puncak Alam,semoga berjaya :-)

    ReplyDelete
  8. welcome to UiTM...jd junior kak sally la macam ni...hahaha *flip hair*

    slowly la bawak brg tu...nnt kemudian bukannya tak blk rumah pun kan...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai hakak senior. sila berikan tunjuk ajar :p

      haha ayat last tu, sebijik mcm yg mak saya cakap tau xD

      Delete
    2. I've been there kot! Bawak la berapa byk pun sure x cukup...sure kena bawak lagi...hahahaha...

      Delete
  9. Gigihnyaaa awaaaaa... Haha Nyampah :P
    Anywayyy, goodluckkkk dear :D
    Selamat menempuh perjalanan baharu. Act, KTC pun tak pernah jauh jauh dari parents T_T
    Lepas nie macam mana entahhhhh. Huhuhuhu
    Take care and have fun tauuu :)

    ReplyDelete
  10. Hahaha janganlah nyampah kt kitaa :p saya pun nasib baik dpt kat dlm Selangor je hihi. Thanks kak! ^^

    ReplyDelete
  11. Tahniah dear ! and goodluck too :)
    Saya smbung study bulan 6 nanti
    few days selepas puasa..wuuuuuu :'(

    ReplyDelete
  12. Terima kasih ^^ penatlah nk angkat2 barang nnti eh huhu

    ReplyDelete
  13. mazni !! tahniah eh girl. sorry hazy baru start blogging balik. huhuuu, btw hazy dulu asasi palam !! wuhuuu. serious seronok gila uitm puncak alam. awk pindah palam bila eh? btw goodluck tau life dkt U. take care dear !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou!! Tulah bila google nampak palam ni mcm best je sbb bilik dia cantik dan pkai perabot baru hahaha. Tu yg xtau tu pindah bila. Malas sebenarnya nk transit kt shalam ni hahaha

      Delete
  14. Tahniah Mazni, banyak benar barang yang nak dibawa yer... All the best kat sana nanti k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih zumal! Eh banyak ke? Kekeke

      Delete
  15. akak dulu alumni palam.. ehehehe... blajaq leklok.. ala.. nanti boring2 update la blog... ;)

    ReplyDelete
  16. nampak kemas je awak pack barang hehe. all the best tau :"D

    ReplyDelete
  17. Eee janganla asyik tinggal blog je wuwuwuu T-T Selamat teruskan perjuangan Mazni! :)

    ReplyDelete
  18. woaaaah Mazni dah nak masuk uni lah.. belajar elok2.. study rajin2..
    take care ya...

    ReplyDelete
  19. Moga Allah permudahkan segala urusan Mazni :)

    Sikit sangat barang tu. hehehe.

    ReplyDelete
  20. farah ingat lagi waktu farah start follow blog mazni since youre 16. and now mazni dah masuk u. cepat betul masa berlalu. congrats tau. im so happy for you. :) belajar rajin rajin kat sana, okay? :)

    ReplyDelete
  21. I guess you already been there, kan cik Mazni?
    Jaga diri elok-elok dan selamat study.
    How I miss those moments.. :')

    ReplyDelete
  22. good luck kak mazni!! jangan putus asa!! kita tahu akak sado even kene angkat semua barang tu dr tingkat paling atas !! :DD

    ReplyDelete
  23. Mazni dah pergi eh? Mazni dah pergi eh? Take care tau!

    ReplyDelete
  24. HAHAH gigihnya panjat kerusi nak tangkap gambar. Btw good luck dik! :DD

    ReplyDelete
  25. Goodluck dik d tempat org 😉💪🏿

    ReplyDelete
  26. baru nak baca entri ni...Good LUCK ye Mazni

    ReplyDelete
  27. gigihnya panjat kerosi, nk tgkp gambar...hiihihih... btw, selamat belajar yer :D arituh akk dengan cik Juwaily masuk dlm paper Metro, mazni ni nampak je kan :D muah!

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~