3 May 2015

Pesta buku PWTC


Assalamualaikum
Setelah beberapa tahun tak menjejakkan kaki ke pesta buku, akhirnya baru ade peluang nak pegi situ. Ni aku pegi ngan kakak dengan adik aku je. Last aku pegi pesta buku cenggini waktu form 2 kott. Ada rombongan sekolah. Tu pun bukan buat kat PWTC, tapi kat Shah Alam. Apetah nama tempat tu aku pun lupa dah.

Disebabkan kitorang pegi 2 hari sebelum pesta buku ni nak habis, maka ramailah lautan manusia yang membanjiri tempat tu. Nasib baik kitorang datang awal, so keadaan masih aman damai sikitlah. Punyalah kitorang bangun awal, 8:30 pagi dah siap pegi ktm. Kat dalam ktm tu gila kau jangan cakaplah ramai dia macam mana! Mengalahkan PWTC aku rasa. Langsung takde ruang utk kau bernafas. Aku dahlah rimas kalau kena berhimpit-himpit macam sardin ni. Hebat betul penangan pesta buku ni yerr. Bagus rakyat Malaysia suka membaca.

Tahun lepas pun aku ade jugak pegi PWTC ni waktu bulan puasa sebab nak cari baju raya. Yang tu lagi ganazz. Ramai gila hakak hijabisterzz stylista yang pakai dress cantik2 datang kat situ. Sesak dia tu sampai takleh jalan langsung. Ade orang sampai terpengsan-pengsan dah kat sana. Dahlah time bulan puasa, ramai orang lak tu. Kitorang ni kira gigih jugaklah sebab sanggup dipukul badai ombak lautan manusia demi mencari baju sempena aidilfitri. Cewah ayat puitis sungguh. Tapi end up dengan beli baju raya kat online boutique jugak. HAHAHAHA. Kakngah aku je beli baju kurung kat situ. Pastu balik rumah nyesal sebab baju kat sana lagi murah dari beli online. Ngoks sungguh.

Panjangnya mukadimah sampai 3 perenggan. Sabar je korang baca kan hehehe.

    
Tempat first yang kitorang pegi bila sampai ialah kat publication Karya Seni. Kat sini yang paling lama sikit kitorang singgah sebab kakak ngan adik aku ni hantu novel. Ramai jugaklah pengunjung yang datang kat Karya Seni ni sebab kebanyakan novel-novel diorang antara best seller dan banyak diadaptasi oleh drama. Ada suami aku ustaz, hati perempuan, love you mr. arrogant, teduhan kasih..Banyak lagilah! Ada jugak novel yang bakal diadaptasi untuk drama akan datang. Yang aku ingat cik bunga dan encik sombong, lakonan Amar Bahrin dengan Amyra Rosli. Ni novel ni kakak aku baca sampai gelak macam nenek kebayan. Bila tengok dia ketawa camtu aku rasa novel tu macam best. Kita tunggu pulak dramanya nanti macam mana eh, heheh.

Oh lupa lagi satu novel eksperimen cinta lakonan Fahrin Ahmad dgn Izreen Azminda. Yang ni kakak aku belum baca lagi novelnya. Act, aku geli sikit dengan tajuk dia tu, ada 'cinta'. Hahaha! 2 novel ni jelah yang aku tau bakal jadi drama. Ada banyak lagi sebenarnya tapi lupaaa~
novel best seller yang harga dia kemain murah gila! Love you mr. arrogant RM9 je oii!



Lepastu kitorang pegi kat tempat karangkraft. Tengok nama publication pun tau buku-buku kat sini banyak pasal kraft kan? Haha takdelah ade je novel sebenarnya. Kat sini mak aku mintak belikan buku langsir, buku menjahit semua-semua tu. Tak banyak tapi berat. Sakit gila tangan+bahu iolls. Disebabkan aku mengada-ngada nak bawak beg sandang yang kecik tu, kenalah angkut buku tu sepanjang masa. Kalau bawak beg galas kurang sikit beban aku rasanya. Nak pegi pesta buku digalakkan pakai beg galas ye. Kalau buku kau berat yang teramat masuk je dalam beg tu.


Dan lokasi terakhir kat PWTC ni nak cari buku-buku santapan rohani. Adik aku dia memang nak cari empat2 koleksi buku Tarbiah Sentap. Kitorang memang dah lama gila nak buku ni, Alhamdulillah dapat gak. Aku memang suka baca tarbiah sentap ni bila aku buat jahat. Biar mencucuk hati aku supaya sedar sikit.

                

Haruslah bergambar depan pintu masuk bila kat pesta buku ni~

Dah pegi pesta buku tu, apalagi terus baliklahhh. Ehh sorry sikit korang ingat kitorang terus balik ke? Kitorang keluar dari PWTC tu baru pukul 11.50 dan masih awal lagi. Haruslah pegi jalan-jalan kat tempat lain dulu. Sebab kakak aku memang awal-awal lagi dah kata dia nak cari seluar, maka kitorang pun pegilah SOGO.



Sampai-sampai SOGO je terus makan. Penat gila berjalan, tukar-tukar train. Dahlah sarapan makan 2 bijik cekodok udang je. Time makan ni aku memang rakus gila sampai tak pandang kiri kanan dah. Maklumlah memang teringin sangat nak makan sizziling mee, haruslah aku rakus.

Lepas dah makan tu kitorang terus pegi cari seluar. Aku pulak nak cari cardigan. Memang aku ikut pegi PWTC ni pun motifnya nak cari cardigan kat SOGO je pun hahahaa.

Pusing-pusing aku cari cardigan tu tapi tak jumpa pun. Kalau jumpa pun harga sampai RM200++. Bapak mahalll. Sedih i tau. Pastu aku tukar plan dari nak beli cardigan tukar kepada beli seluar. Memang aku dah lama cari seluar warna macamtu. Sekali tengok harga dia, terkeluar jugaklah bijik mata aku. RM89.90. Alah kira RM90 lah kan. Tu pun dah less 50%. Harga asal dia RM170. Waaah seluar apa yg mahal sangat sampai camtuuuu?! Tapi memang kain dia sedap pun.

Aku berbelah bagi sama ada nak beli seluar atau takyah beli apa2. Tapi nafsu aku tetap pilih jugak seluar tu bila memikirkan harga asal dia dan harga selepas diskaun. Memang banyak diskaun yg dia kasi, 50% kott. Lagipun tu memang warna yang aku nakk.

Ni aku dah ready dah nak bayar. Sekali bila tengok berapa duit yang tinggal lepas amek RM90 tu, rasa berhabuk jap mata ni. Pantang betul kalau tengok dompet aku kosong, huhu..

Hati aku rasa tak tenang bila pegang seluar tu walaupun branded dan sedap dipakai. Bila fikir balik, benda yang paaaling paaaling aku nak beli cardigan, bukan seluar. Seluar tu pilihan nombor 2. Pastu aku pun letaklah balik seluar tu sebab tak sanggup nak bayar, haha. Rasa tenang sikit. Sorry seluarr.


Lepas aku dah letak seluar tu tiba-tiba kakak aku panggil, dia kata dia jumpa cardigan yang harga RM53. Teruslah aku pegi tengok. Bila try pakai memang puas hati sebab menepati ciri-ciri cardigan yang aku nak. Material dia aku rasa lebih kurang sama je dgn cardigan RM200 tadi, tapi cardigan mahal tu sedap sikit lagilah. Labuh dia pun lebih kurang sama je aku rasa. Cardigan mahal tu memang branded gila kot.  Aku ni brand ladylike je. Harga asal dia dari RM79 jadi RM53. Berbaloi gaklah kanss?

Tadaaaa! Warna ni je ade. Asalkan matching dengan apa2 warna pun kira ok dah.
Lepas dah dapat apa yang kitorang nak, terus pegi KTM balik rumah. Alhamdulillah time balik tu train tak bersesak-sesak macam pagi tadi. Pengsanlah kami kalau terpaksa berdiri dari Bank negara sampai Bangi. Jauh tuuuu. Sedap aku tido dalam train tu sebab tengah hujan, haha.

Dannnn.. Nilah hasil yang berjaya dibawak balik dari PWTC semalam! Fuhh banyaklah jugak yang kitorang beli. Sebenarnya ade lagi tu, buku komik. Tapi tak campur sekalilah dalam gambar sebab komik takdak pekdah pun hahaha.

Cer teka dalam banyak-banyak buku tu mana satu aku punya? Hint dia lemak.

Kenapa aku amek satu buku je padahal kat sana ade berlambak-lambak lagi buku yang best? Sebab kakak dengan adik aku dah beli semua buku yang aku nak baca, so aku tumpang baca jelah tanpa mengeluarkan sebarang duit pun. Keji tak? Hehehee~

Thanks for reading!


40 comments:

  1. Banyaknya shopping buku! Saya tahun lps ada jgk menjejakkan kaki ke pwtc. Tahun ni, saya dpt konklusikan minat membaca dh semakin kurg dlm diri ini muahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha lps habis sekolah terus rasa malas nak tengok buku kan? faham sangat dah perasaan tu xD

      Delete
  2. Seronok la dapat p siniiiiii. Saya dok jauh sangat berangan ja la nak mai sini T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kesian jgk kat org yg duduk jauh2 mcm anis.. kan best kalau pesta buku cmni ade buat kat sana jugak kan. asyik kat KL je bagilah peluang org utagha nak borong buku jgk :3

      Delete
  3. Hmm jealousnya.. Pergi juga haritu, tapi tak puas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat tak puas? ni mesti pusing2 sekajap je sbb tak tahan org ramai kan? hehe

      Delete
  4. Itulah gunanya pergi bergeng-geng.. dapat jimat duit.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul tu. Berjimat cermat amalan mulia :p

      Delete
  5. Seronoknya dapat pergi book fair! Teringin sangat nak pergi sebab banyak sangat buku yang nak beli. Tapi, tak berpeluang lagi nak ke sana tahun ni.

    Btw. cantik cardigannya. Nak juga cari cardigan dekat sini, tapi dekat sini, material dia tak best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tu mmng seronok. tpi ramai sgt orang hahaha. smpai ade buku yg kite nak beli tpi stok habis. adoyaii kesian sungguh. InsyaAllah ade rezeki nnti akak dpt pegi book fair kat sini :D

      kat sana material dia terlampau tebal eh? yg ni material dia sejuk je. selesa nak pakai pegi mana2

      Delete
    2. Masa summer first year hari tu dapat pergi, tapi masa tu masih jet lag, so, tak enjoy sangat. hahahahaha.

      Dekat sini material dia sama ada terlalu tebal atau terlalu nipis. Lepas tu, design dia tak cantik sangat! >.<

      Delete
  6. ada dgr pesta buku ni kat tv
    beznye klo dpt pg situ nak jugak borong buku tp jauh
    sedap pulak mi atas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pesta buku ni tiap2 tahun dia buat tak silap
      yg borong buku banyak2 ni jenis kaki novel mcm kakak ngan adik sayela hahaha
      sedap tpi bila lama2 makan sakit anak tekak ni sbb masin. heheh

      Delete
  7. setiap kali ada pesta buku mmg x pegi..sbb? x minat membaca huuhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sye pun x berapa minat membaca JM, tu yg beli satu buku je HAHAHA! nak membaca pun ikut mood :p

      Delete
  8. amboiiii borong sakan. adik akak pun pergi sana jugak, rombongan sekolah. pergi sana sebab nak jumpa ain maisarah. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu pun ade nampak romobongan budak2 skolah kat sana. ain maisarah cantik sgt haritu, saya nampak dri jauh jela sbb ramai peminat dia tgh tunggu turn nak bergambar dgn AM, hehehe

      Delete
  9. Jelous laa alaa nak pergi jugak. Haritu pergi syabab je dapat lah beli tarbiah sentap tu satu buku je jumpaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syabab ke? dkt je dgn rumah saya, kat PKNS bangi. haritu pun org kedai tu kata diorang ade jual buku kat pwtc jugak. takpelah at least dpt jugak buku walaupun satu. nnti bila semua koleksi buku tarbiah sentap dh jual kt bookstore boleh gi beli lagi :D

      Delete
  10. banyaknya bukuuuuu~
    jelesnya tengok buku best semua. T^T
    pwtc jauh sangat~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dpt pegi sini
      huhu BV duduk kt sarawak kan, memang jauh sangat
      nnti datanglah jalan2 kat semenanjung :p

      Delete
  11. ok la tu last pergi masa f2. saya x pernah pergi langsung kot dekat pesta buku. wakaka. xpaham betul kenapa pakaian ni kkdg mahal gila. padahal tengok design macam biasa2 je. Pernah masa kecik2 pilih seluar, time nak bayar baru sedar seluar tu mahal gila baban, kehkeh. .banyak betul bku yg dibeli tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun depan trylah pegi pesta buku, alami sendiri kesesakannya :p haha betul2, mahal sbb brand dia glemer tuu~
      hehe buku depa yg banyak, saya amek satu je

      Delete
  12. bestnya dpt pergi pesta buku cmni... hurm.. bila la akak berpeluang nak pergi T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkpe kak, takde rezeki tahun ni tahun depan ada lagiii xD

      Delete
  13. kak sally tak sempat nak g...takde geng pun satu hal...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pegi sini takde kawan mmng bosan. hahaha

      Delete
  14. Bestnyer kalau dapat pergi pesta buku...

    ReplyDelete
  15. Akak tak lama pun dekat pwtc. Sempat beli berapa buah je buku sebab ibu akak nak pegi Jakel cari kain. Sedih betul rasaa kali ni T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa sayangnya... TT tpi dptla jugak kan beli buku tu walau sikit drp pegi tpi tak dpt beli apa2 lagi sedih, hehe

      Delete
  16. Bestnya Mazni :) Banyak gila boronggg hahahhaha kak Nad tak pergi pun pesta buku tahun ni T_T

    ReplyDelete
  17. bestnya dapat pergi pesta buku?

    ReplyDelete
  18. wah bestnya pergi pesta buku. last pergi masa belajar dulu kot. hehe

    ReplyDelete
  19. teringin nak pi Pesta Buku, but... tak berkesempatan because my family tak suka buku dan tempat yang crowded. Nasib badan.... T_T

    ReplyDelete
  20. wow seronok adik yang sorang ni memborong buku.. lol Mazni.. ladylike pun brand famous oookay..
    tunggu dah keje nanti boleh beli cardigan mahal tu..

    ReplyDelete
  21. Hamboii sakan bersoping buku yee.. Haha
    Baguslah minat mmbaca

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~