21 Dec 2014

Kerja pasar malam


Assalamualaikum

**tolong klik jap, terima kasih :p

Disebabkan aku dah bosan duduk menganggur kat rumah ni setelah hampir sebulan, adik aku pun ajaklah kerja kat pasar malam. Tapi aku kerja sehari jelah. Ni pun aku gantikan kerja kawan aku sebenarnya. Kang kalau aku rampas kerja dia mahu dia mengamuk nanti.

Aku kerja kat pasar malam ni dengan jiran aku. Dia jual makanan pantai timur macam nasi dagang, nasi kerabu, laksam dan lain-lain yang aku lupa namanya, haha.

Semalam pelanggan yang datang ramai jugaklah, nasib baik masa tu hujan dah berhenti. Tapi kelam kabut jugaklah sebab aku baru kerja hari pertama. 30 minit yang pertama bagaikan neraka sebab asyik kena marah dengan adik aku jee. Eleh mentang-mentang dia dah pro, dia sombong pulak ngan orang baru. Tapi dah lama pastu aku dah lajulah buat kerja, hehe.
Meja bersepah dengan periuk. Periuk-periuk nilah yang simpan semua hasil jualan :p

 
my lil' sister teach me how to 'hias' nasi kerabu. Pehh nampak sedap gila~

Kitorang start kerja dari pukul 4 petang sampai 10 malam. Biasanya pelanggan ramai time petang-petang. So bila dah malam tu tak ramai sangatlah. Anak boss a.k.a kawan aku pun ajaklah tengok bola sambil-sambil tu merayap kat pasar beli makanan. 

Mula-mula ingat nak beli aiskrim goreng sebab aku tak pernah langsung makan aiskrim goreng. Tapi malangnya kedai tu takde orang sebab pekedai dia lari pegi tengok bola. Maka, kitorang pun belilah sosej cheese bakar. Makanan favourite aku kat pasar :p
 

Dan, aku dapat jugak gaji pertama aku selepas 16 hari menganggur. Muahahaha!

Bagi aku, seronok jugaklah berniaga kat pasar malam ni. Walaupun penat nak arwah sampai nak patah pinggang kaki aku, dapat jugaklah pengalaman. Aku yang baru kerja sehari ni pun dah penat apatah lagi jiran aku yang keje setiap hari selasa dengan sabtu. Kena masak sampai 10 kuali pulak tu.

Aku lebih suka pekerjaan yang berkonsepkan perniagaan sebab rasa seronok pulak kira-kira duit, hehe. Sejak dah join Usahawan Muda masa form 4 dulu rasa seronok jugak bila berjual beli ni, hehe.

Thanks for reading!

18 comments:

  1. Kagum sangat dengan orang yang kerja dekat pasar malam atau pun pasar-pasar macam nu sebab memang tahu sangat yang kerja ni penat sangat-sangat. Belum lagi dengan ragam manusia.

    ReplyDelete
  2. Wah ! bestnyaaa. Lia pun suke bende yang kire-kire melibatkan duit mweheheheh

    btw, jom singgah blog lia! dh lame tak post ehhehe

    ReplyDelete
  3. memang best meniaga nie. teringin pulak nak kerja pasar malam jugak. hehehe. apatah lagi kalau kerja dengan orang yang kita kenal. :)

    ReplyDelete
  4. ais cream goreng sedap oo..Rajin la kak Mazni ni berkerja.. :)

    ReplyDelete
  5. ada juga pengalaman ka dik? hehehe.. berniaga ni seronok jga,rezeki tak terjangka..

    ReplyDelete
  6. Zumal suka keja camtu dari keja ofis tau...

    ReplyDelete
  7. peh mmg penat nak arwah lah kalau kerja cemni kan kan hihi
    Eh nak beli satu naci kerabu ples.

    Ekeke. Ala dap nya cheese sosej tu nakkk :(((

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaa makanan pantai timur tu. Lama tak makan nasik kerabu.. Meleleh ayaq liuq! Hehe..

    ReplyDelete
  9. kerja ni best lah mazni. pengalaman ni tak boleh dibeli tau. kena rasa sendiri.. akak sendiri tak banyak pengalaman kerja nih. hmmm
    btw, belanja nasi kerabu dua bungkus boleh? feveret nih! heheheh

    ReplyDelete
  10. wahh bestnyee dh ada experience bekerja even sehari je..sy masih mnjdi penganggur sementara kat rumah tu..hehe btw, laksam and nasi kerabu are really my fav! pasar malam kat sini tkde pun jual laksam..huhu

    ReplyDelete
  11. kalau pergi pasar malam, sy suka beli yong tau fu :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  12. Uiyoo, kerja kat pasar malam ni penat. Ada orang perlekehkan tapi rezeki yang masuk ching ching~ takpe asalkan kerja halal ye dok?

    ReplyDelete
  13. best nyer keje mcm ni sy suka cuma peluang tu je belum ada

    ReplyDelete
  14. rasanya semua orang suka pegang duit, tak ada yang tak suka ,, hahaha.

    ReplyDelete
  15. wah bestnya kak ada pengalaman bekerja kan.. tapi mesti penat gila kan kerja kat sana . memang kena sabar betul dari pukul 4 - 10 kan.. haih respect kak

    ReplyDelete
  16. dapnye nasik kerabu.. dengan daging bakar and budu ooooonomnom !! dulu tak makan tapi masuk uni kengkawan ajar terus suka hehehek

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~