28 Jan 2026

Jumaat di Madinah - Shopping jubah dan souvenir

 

Sambungan dari --> Masuk ke Raudhah - Taman-taman syurga

5 Disember 2025 - Jumaat

Hari tu hari jumaat, so di belah pagi kami tak buat apa-apa aktiviti pun. Subuh tu kami gi solat subuh di Masjid. Pastu saja bergolek-golek lama sikit sebab nak tunggu sampai pukul 7 pagi, kononnya nak tunggu dome masjid terbukak.


Before pergi umrah tu, kawan aku cakap ada dome akan terbukak lepas subuh. Tapi aku taktau dome yang mana satu sebab lupa nak check tempatnya kat pintu berapa. So kitorang tunggu bawah dome ni, tak terbukak-bukak pulak.

Okay harini gagal tengok dome terbukak, kita try hari esok atau sabtu haha.

Aku ingatkan semua dome yang berbentuk macamni akan terbukak, rupanya ada di pintu tertentu je
pintu masuk yang domenya tidak terbukak tu lol

Keluar masjid, eh lawa pulak sunrise baru memunculkan dirinya. So posinglah beberapa keping gambar sebab cantik! 

Sobahul khair penduduk Madinah!

Pagi tu kami cadang nak pergi shopping. Sebab petang japgi dengan esoknya ada aktiviti ziarah. Mana ada free dan easy time, kita selitkan aktiviti shopping. Balik hotel nak sarapan pagi dan pastu terus keluar.

Otw balik hotel tu, dah ada banyak shoplot yang bukak. Bagi aku awal jugaklah kedai-kedai kat sini bukak sebab biasanya kan pekedai-pekedai ni suka bukak pukul 10 am. Kebanyakkan di deret ni jual kurma, makanan macam kekacang dan the famous karak tea. Paling nak tergelak, pekedai-pekedai tu cakap,

'Kakak Malaysia masuklah sini. Ini kedai Fattah Amin tau'

Hahaha ngakakkk! Kau pandai-pandai je jual nama Fattah Amin kat sini ek! Tersedak member tu tiber je nama dia kena petik.

Peniaga duduk luar kedai untuk panggil customer. Semuanya fasih berbahasa Melayu

Lepas sarapan, kami pun keluar dan menuju ke pintu 338. Di pintu 338 ni paling banyak shopping spot yang best-best. Niat aku kalau nak shopping, memang aim nak jubah je sebab lawa-lawa jubahnya noksss. Harga pun terjangkau murah gitu.


Kaklong aku aim nak pergi kedai Everything 1 Riyal. Semua barang-barang kat situ berharga 1 riyal, tapi barang yang macam tasbih, keychain, magnet dan benda kecil yang lainlah. Aku macam tak minat sangat nak gi kedai camtu sebab bendanya boleh jumpa kat shopee je.


Souq Al Saha ni macam gedung beli belah. Di dalam ni ada banyak kedai-kedai dari jubah, souvenir, makanan, minyak wangi dan macam-macam lagi. Tapi bangunan dia ni macam style lama sikit, so takde escalator mahupun lift. Dan aircond disini macam tak rasa sangat, haha.

Tingkat 2 ni banyak jubah dan minyak wangi

Everything 1 Riyal ni terletak di tingkat paling bawah dan duduk di hujung sekali. Hujung belah mana, aku pun taktau nak describe which hujung haha. Tau-tau sampai je.

Kat sini aku beli tasbih, keychain seketoi dan inai sikit je. Selain jual souvenir kecil berharga 1 riyal, owner kedai ni pun jual sejadah dan minyak wangi jugak. Sejadah yang dijual ni murah jugak, saiz kecil 5 riyal, yang besar 15-30 riyal. Siap boleh custom nama lagi.

Adik beradik akulah custom nama kat semua sejadah yang diorang beli tu. Berjanggut jugaklah tunggu semua sejadah tu siap.. Aku cukuplah beli sehelai untuk diri sendiri je, malas nak custom nama tu.

Everything 1 Riyal ni famous di penuh dengan orang Malaysia dan Indonesia je

Ada jugak beli jubah kat kedai deret sini tapi.... Rasa cam mahal je walaupun kitorang beli banyak.... Ayat dia masa kitorang mintak discount "You ambil dulu, nanti saya kira murah-murah". Tapi bila nak bayar tu dia kira harga sama. Kita pulak tak perasan sangat, tau-tau je dah masuk plastik. Tang mana entah discount nya taktauu. 

Design jubah yang sama, aku boleh dapat 60 riyal kat Mekah, tapi pak Arab Madinah ni jual 80 riyal. Adik aku pulak lagi kesian, jubah berwarna design plain je harga sampai 100 riyal. Agak tak puas hati jugaklah kat kedai ni. Sebab tu aku tak ambil gambar kedai tu sebab rasa menyampah hahaha.

Beli coklat dan kurma selang 2 kedai dari Everything 1 Riyal tu

Pastu, aku tak tahu lah orang sini kalau meniaga macam agak pushy ke camne kan. Sebab kita masuk kedai jubah, or kedai coklat mestilah nak tilik bendanya satu-satu kan. Tapi bila kita tanya pasal barang tu, dia terus ingat kita nak beli tau which is annoyed sikitla sebab aku nak tahu harga je duluu.

Barangkali sebab diorang nak tutup untuk solat jumaat, itu yang pushy-pushy semacam je kot.

Then nak balik hotel, banyak jalan-jalan yang telah ditutup. Biasanya kami akan jalan kat perkarangan masjid lah untuk shortcut. Dia punya vibes solat jumaat di Madinah tu, melimpah sampai ke luar masjid. Sampaikan kat lorong kaki lima pejalan kaki pun orang solat di situ juga.

Semua jalan ditutup dan tak boleh cross. Kena pusing jauhhh

Solat jumaat di Madinah dan Mekah memang kena sampai awal 3 jam untuk secure spot. Kalau datang lambat alamatnya solat di luar kawasan masjid lah. MasyaAllah first time tengok suasana macam ni!

Family aku yang laki-laki dapat solat kat belah rooftop.


Kat sini, perempuan pun join solat jumaat jugak. Ia sesuatu yang barulah untuk kita sebab kat Malaysia, solat jumaat ni wajib untuk lelaki je. So kalau waniter nak merasa pengalaman solat jumaat kat Madinah dan Mekah dipersilakan lah.

Tapi kami takde lah join sebab bagi aku, better bagi ruang pada lelaki yang wajib tu. Perempuan hukumnya sunat je.

Karpet pun depa bentang jugak biarpun di luar kawasan masjid

Kitorang kan nak balik hotel, tapi banyak gila jalan kena blok. I kenot take it anymore lah sebab bawak barang shopping kemain banyak, pastu tolak wheelchair mak pulak. Hotel kami literally kat depan sikit tu je, so kami malaslah nak menapak jauh lagi.

Aku cakapla kat askar tu boleh tak nak cross je jalan ni sebab hotel kita betul-betul secoet depan tu. Pastu askar tu reply 'you cannot cross here, it's haram'.

Aku mulalah nak baran. Nak cross situ je pun... Apo kedekut sangat sampai menyusahkan kita kena jalan jauh. Aku cakap jelah kami dari Malaysia, and then tunjuk nametag kad yang ada tulis nama hotel untuk membuktikan yang kami memang betul-betul stay di situ. Pastu barulah dia bagi lalu.

Dia ingat kitorang ni nak ponteng jumaat la kot sebab beria betul macam taknak kasi kita balik hotel haha. Tapi perempuan-perempuan kat sana jatuh hukum wajib ke untuk solat jumaat? Semua orang arah ke masjid, kami je ke arah bertentangan.

Kepadatan after solat jumaat. Gambar dari abang

Anyway, lepas solat jumaat tu kami ada ziarah jauh sikit dari Madinah yang perjalanannya sejauh 120 km. Lokasi ziarah ini betul-betul membuka mata kami dan secara tak langsung, refresh semula subjek sirah yang aku ingat ingat lupa tu.

Cerita ziarah tu nanti aku akan ceritakan pada next entry.

22 Jan 2026

Masuk ke Raudhah - Taman-taman syurga

Sambungan dari --> Ziarah sekitar Masjid Nabawi

Raudhah - sering disebut antara taman-taman syurga kerana sabda Nabi SAW, “Apa yang berada antara rumahku dan mimbarku merupakan salah satu taman dari taman-taman surga” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim). 

Setiap umat Islam yang dah datang ke Masjid Nabawi ni, mesti kena rebut peluang untuk masuk ke dalam Raudhah. That feeling bila dapat masuk dalam tu, aura ketenangan dia sangat lain daripada yang lain.. indescribable.

Jemaah lelaki dah masuk dulu pukul 4 am, kami yang perempuan ni masuk pukul 11 pm. Untuk kesini, kami dibimbing oleh ustazah dari Andalusia dan perlu berkumpul sejam awal di lobi hotel. Kemudian jalan kaki lebih kurang 15 minit nak ke pintu masuk bahagian wanita.

suasana que sebelum masuk

Nak masuk ke dalam ni perlu download apps Nusuk terlebih dahulu. Mutawwif pesan untuk book slot seminggu sebelum berangkat. Sebab kita ni datang pada peak season, memang ramai orang.. Ada beberapa jemaah kami yang tak dapat slot Nusuk ni, diorang kena try instant track (book slot di sekitar masjid Nabawi setiap 20 minit) ataupun mutawwif akan cuba dapatkan permit muassasah.

Itu pun bergantung pada nasib lah.

Oh btw, kanak-kanak umur 7 tahun ke atas pun kena book slot di apps Nusuk jugak. My nephew umur 7 tahun pinjam phone maksu dia, yang si adiknya umur 6 tahun kalau ikutkan boleh masuk dengan ibu je atas budi bicara. Tapi sebab nak selamat, kakak aku buat akaun Nusuk untuk si adik jugak. 

Team bunga

Muslimat cuma akan masuk melalui pintu 37. Nanti kat pintu masuk, askar akan scan QR. Warnanya akan bertukar biru 30 minit sebelum slot masuk. Makanya, jemaah kena standby awallah supaya dapat masuk on time. Lambat sikit je, melepas peluang korang ye.

Lepas dah scan, nanti warna dia akan berubah jadi kuning pulak

Awal-awal tu jemaah dari negara lain elok tertib je beratur ikut barisan, dengar arahan. Once dah masuk, lahh ada yang berlari, rempuh orang, potong barisan. Dan paling geram, rempuh anak buah aku yang kecik kemetot tu. Sampai petugas tu pun "ibu, ibu, beratur ibu!". 

Saya faham, orang berebut-rebut nak solat kat saf depan, solat kat tempat mustajab tertentu. Tapi macam tak sopanlah dah masuk dalam kawasan suci, adab pulak tak jaga. 

Suasana di dalam Raudhah. Yang ada penghadang warna putih tu adalah makam Nabi

Kawasan Raudhah yang sebenar adalah di antara mimbar (sebelah kanan) hingga ke makam Rasulullah SAW (kiri). Sebaik masuk tu, ustazah tarik kami masuk rapat ke belah kiri. 

Dalam Raudhah ni, harum semerbak sangat. Rasa bersyukur dapat dikurniakan peluang untuk solat disini. Masa yang kami dapat tu agak lama jugaklah, sebab dapat buat 3 jenis solat sunat. Biasanya guard ni akan halau awal tau once dia nampak kita selesai solat. 

So kalau nak doa, doa waktu sujud je. Kalau tadah tangan tu nanti yang boleh kena halau sebab dia ingatkan kita dah selesai.

Tiang bercorak bunga emas

Bukan semua bahagian di dalam ni adalah Raudhah. Sebahagiannya adalah kawasan tambahan. Maka, perhatikan corak-corak di tiang tersebut. Kalau tiang putih kosong tu, belum memasuki kawasan raudhah pun sebenarnya. Dia bermula dari tiang yang bercorak hingga ke depan.

Aku tahu ni pun lepas tengok di tiktok seorang ustazah. 

Dulu diorang asingkan kawasan Raudhah ni karpet warna hijau. Manakala bahagian tambahan tu karpet merah. Sekarang semua karpet dah diseragamkan dengan warna hijau..

Nasib baiklah kami dipimpin oleh ustazah yang berpengalaman. Makumlah kitanya first time.. Kalau tak tahu ni, entah-entah kitorang pergi duduk dan solat belah belakang sana.. Nanti rugilah sebab tak dapat keistimewaan solat di dalam Raudhah.

Berjalan untuk keluar usai solat

Tempat solat perempuan dan lelaki akan diasingkan dengan penghadang putih, memang tak nampak langsung pun makam Nabi bagi perempuan. Keluar pun ikut pintu lain. 

Makam Rasulullah SAW dan 2 orang sahabat (gambar dari abang)
Dapat coklat kurma bersalut kacang sebelum keluar. Sedapp!

Kami keluar dari Raudhah sekitar 11.20 pm. Alhamdulillah, urusan nak masuk kesini sangat dipermudahkan dari awal sampai akhir. Semoga ada rezeki, dapat masuk ke Raudhah lagi dan beri salam pada Rasulullah SAW.

Pintu Babbussalam (Bab As Salam)

17 Jan 2026

Adopt kucing jalanan

Bulan September 2025, aku kutip sekor kucing dari tempat kerja untuk dijadikan my forever cat. Everyday dia selalu datang office, akulah tukang rajin bagi makanan. Pastu dia ni terlalu manja, suka ngendeng dengan manusia.

Tak sampai hatilah tengok kucing yang manja, baik camni duduk kat area ofis yang banyak anjing tu.. Kalau hari cuti, nanti dia ni makan apa lah.. Kitonya lemah semangat sikit bila melibatkan kucing ni, huhu.

So aku pun decide untuk bawak balik rumah je. Aku namakan dia Sora. Seekor kucing betina yang umurnya sekitar setahun gitulah.

muka masa awal-awal kutip. Comot dan bulu berguguran macam ada penyakit leukemia

Sebenarnya kat rumah aku dah ada 2 kucing. Before nak kutip budak baru ni, wonder jugaklah macam mana penerimaan anak-anak aku kat kat rumah ni. Especially anak sulung yang tersangat diva tu, Minisu. Dia tu pantang sikit dengan kucing lain, mesti nak marah-marah. 

Kucing yang dia boleh terima cuma adik dia je, namanya Sol. Selain dari Sol, memang dia tak suka!

Kau nak kutip kucing baru?? Sini, hadap kaklong kawasan dulu! - Minisu
Kucing perempuan ke? Dia bising tak? I tak sukala kucing hingaq ni -Sol

Seperti yang umum sedia maklum, bela kucing ni adalah komitmen. Kucing ni umpama anak kita which is kena sediakan makanan berkualiti, sakit bawak pergi klinik, barang-barang keperluan dia macam makanan, pasir, supplement pun kena beli. Malah berak pun kita yang kena cedok.

Kerja dorang? makan tido berak terbongkang dan suruh kita cari duit untuk dia. Untuk budak Sora ni, aku perabis almost RM400+ untuk dia saja. Kat bawah ni aku listkan senarai harga dan prosedur membela kucing kutip ni.

Step pertama waktu baru kutip dia, bawak pergi vet untuk doktor check dulu. Since Sora takde flu atau bersin, doktor cuma bagi ubat kutu dan ubat cacing je.
- Deflea & Deworm = RM45

Lepas dah deflea dan deworm, 2 minggu kemudian baru boleh hantar untuk vaksin. Untuk kucing yang baru dikutip atau baby kucing yang dah berusia 6 bulan, mereka akan divaksin 2 kali tau. Vaksin pertama ni untuk kuatkan diorang punya immune.

Sementara tunggu gap nak hantar pergi 1st vaksin tu, aku hantar budak ni pergi grooming botakkan bulu. Dahsyat sangat keguguran bulu dia ni, so request nak buat lion cut dan mandian medicated. 
Medicated bath & Lion cut = RM105

Muka bengkek je setelah ditogelkan

Then kena tunggu sebulan gap untuk proceed vaksin kedua pulak. Proses nak deflea, deworm dan settlekan 2 kali vaksin ni makan masa almost 2 bulan jugaklah.
- Vaksin (Klinik Dr Hawa) = RM19 x 2 = RM38

Dann, last step yang paling ditunggu-tunggu adalah mandulkan dia. Klinik Dr Hawa Vet yang aku biasa pergi tu, slotnya penuh sampai hujung bulan November. Lepas dah mandulkan, kena kurung dalam sangkar selama 2 minggu dan monitor lebih sikit. 

Aku dah tak sanggup nak tunggu lama lagi sebab memang nak settlekan sebelum masuk bulan Disember. Nanti kesian budak ni kena berkurung dalam sangkar lama sangat.

So bawaklah pergi klinik yang tak ramai orang. Harganya pun cuma extra RM20 daripada klinik Dr. Hawa tu. So, okay je. Hantar mandul, kena tinggal kat sana 1 malam. Total mandul RM120.

Untuk cara penjagaan kucing mandul, aku pernah share kat entry ni --> Mandulkan kucing dan penjagaannya. Pasir pun kena pakai jenis kertas dan yang tak berhabuk. kena pakaikan collar cone jugak untuk dia tak jilat luka operation tu.

Pakaikan pet collar dengan bengkung. Yang bengkung tu, sendat sangatlah pulak
Pakaikan baju, terbesar sangatlah pulak. Maleh aku

Total yang aku senaraikan di atas adalah RM308. Tapi ada lagi kos-kos tambahan beli barang-barang dia. Lepastu hantar pergi boarding untuk several days jugak. itu yang cecah sampai RM400. Tapi aku sangat bersyukur sepanjang proses nak mandulkan dia ni takde apa-apa masalah macam tengah bunting ke, atau jahitan operation terbukak.

Kalau tak, lagi kena cas mahall.

Penerimaan kucing-kucing di rumah

Minggu pertama masa baru lepas kutip budak ni, memang kakak dengan abang dia asyik marah-marah je. Si Sora ni sampai terkencing dua kali kat dalam rumah sebab terkejut tiba-tiba je kena herdik, kena tampar. Haha kesian tau!

Masuk minggu kedua, Sol dah boleh duduk makan sekali. Boleh bau-bau, cium cium. Tapi si Minisu kaklong kawasan tu masih marah-marah lah. Kalau boleh memang taknak tengok langsung muka si Sora ni. Kalau terserempak pun, kena duduk jarak 1km dari dia barulah okay, haha.

Makan pun kena ada gap

Lepas sebulan lebih gitu, barulah kakak dia ni macam okay sikit. Boleh duduk dekat-dekat, tapi ada masa dia marah jugak. Dan Sora pun sekarang dah berani melawan kakak dia.. Pening kepala aku

Mata bertentang mata, pastu mulalah nak gaduh

Anyway, aku sangkakan Sora ni sopan dan solehah. Ternyata setelah bawak balik rumah, dia sangat aktif, kuat menggigit dan kuat mencakar. Tak provoke dia pun tiba-tiba kena gigit! Memang hari-hari dia wajib bergaduh dengan aku tanpa sebab.

Buang kat tepi jalan kang baru tau!

Ini gambar 2 hari lepas. Tidur terbongkang macam bahagia sangat je. Perut pun dah nampak buncit

Semoga Mazni sentiasa murah rezeki untuk jaga semua anak-anak bulus dia!


7 Jan 2026

Ziarah sekitar Masjid Nabawi

Sambungan dari - Panggilan dari kota suci  

4 Disember 2025 - Khamis

Pagi tu, ustaz ajak kami semua ziarah sekitar Masjid Nabawi dan untuk beri salam pada Rasulullah SAW. Tapi sebelum tu, kami pergi lawat Masjid Ghamamah dulu. Yang terletak sebelah barat daya Masjid Nabawi, berdekatan dengan pintu 309.


Masjid ni diberi nama Ghamamah (awan) sebab waktu tu penduduk Madinah sedang mengalami musim yang kering. Maka Nabi pun buat solat sunat Istisqa dan memohon pada Allah agar diturunkan hujan. 

Sebelum didirikan masjid, tempat ni cuma padang pasir yang lapang je. Tapi Nabi sering solat di sini. Oleh sebab itulah Umar Abdul Aziz membina masjid ini pada abad pertama hijrah, sebagai menanda tempat-tempat solat Rasulullah SAW. 

info tentang masjid Ghamamah

Sebaik saja masuk perkarangan Masjid, ustaz ada bagi info sikit tentang masjid Nabawi ni, pastu bagitahu adab-adab ketika menziarah. Kemudian kami terus menuju ke area kubah hijau untuk beri salam pada baginda Rasulullah SAW. Serta 2 orang sahabat Nabi, iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. 


Ustaz pun bacakan salam dan juga doa sambil diikuti dengan kami. 

Assalamu ‘alaika Ya Rasullallah,
assalamu ‘alaika Ya Nabiyallah, 
assalamu ‘alaika Ya Habiballah, 

Assalamu ‘alaika ya Abu Bakr As-Siddiq,
Assalamu ‘alaika ya Umar bin Khattab.

Dari Ibnu Umar, telah bersabda Rasulullah Saw, “Barang siapa berziarah kepadaku setelah aku meninggal dunia, maka seakan-akan ia berziarah pada sewaktu aku masih hidup.” (HR. Baihaqi, Daruqutni, dan Tabrani). Bayangkanlah, walaupun kita bukan hidup sezaman dengan Nabi, tapi setiap kali kita bagi salam pada Rasulullah, baginda akan jawab salam kita tau.

Kubah hijau yang terdapatnya makam Nabi dan 2 orang sahabat
Our first family portrait lengkap bersepuluh!

Kami pergi tengok perkuburan Baqi' yang berhadapan dengan gate 364. Tapi dari luar jelah dan tak nampak pun kuburnya. Sebab kitorang datang beramai dengan tour, memang askar sana tak kasi berkumpul ramai-ramai camni. Lagipun hanya lelaki je yang dibenarkan masuk dalam kawasan perkuburan Baqi' ni serta ada waktu-waktu tertentu untuk melawat.

Pintu masuk perkuburan Baqi' dari gate 364
Gambar dari abang aku yang dapat ikut iringi jenazah lepas solat subuh

Banyak ahli keluarga dan para sahabat Nabi yang dikebumikan di sini. Setiap kali habis solat fardhu, pastu mesti ada solat jenazah. Lepas solat jenazah je semuanya akan dikebumikan kat perkuburan Baqi' ni lah. MasyaAllah untung sangat dapat duduk dekat dengan Nabi..

Ustaz cakap, kita perlu berazam untuk meninggal dunia di Madinah. Antara kelebihan seseorang itu meninggal dunia di Madinah ialah dia akan diberikan syafaat oleh Rasulullah SAW pada hari Akhirat kelak. Rasulullah SAW menganjurkan supaya jika sesiapa yang mampu untuk meninggal dunia di Madinah, maka hendaklah dia melakukannya.

Tapi jangan pulak pergi bunuh diri atau mintak doa untuk mati kat sana dalam waktu yang singkat. Itu dosa besar namanya.

Gambar dari abang ipar. Kubur yang sangat simple dan cuma batu saja sebagai penanda

Habis ziarah Masjid ni, seterusnya aktiviti bebas. Kami pun masuk dalam masjid untuk tengok suasana kat dalam tu, sambil tunaikan solat sunat Tahiyyatul masjid. Masa ni around 9 am, so orang dah tak ramai sangat kat dalam masjid. 

Kat dalam tu ramai yang bertadarus, ada usrah. Siapa-siapa nak join pun boleh je. Cuma antara faham atau tak je. Kalau nak buat usrah, boleh join dengan mana-mana group Malaysia atau Indonesia kalau ada.

sangat simetri!

Then kitorang keluar masjid nak pergi usha tempat shopping. End up kami cuma shopping snek dan air kat Bin Dawood je. Pastu makan tengahari kat hotel.

Walaupun punya banyak gap untuk buat aktiviti bebas, tapi kami lebih memilih untuk duduk kat hotel. Keluar pun untuk pegi masjid je, hiks. Nanti dah hari hujung-hujung barulah kelam kabut pergi shopping last minute.

dataran yang dipenuhi burung merpati gemok
Tudiaa semua orang nak balik hotel/pergi shopping. Jem teruk!
A must try air almarai! Sedap tapi terlalu manis untuk aku
menu-menu kat hotel semua sedap

Untuk malam nanti, ada aktiviti lain pulak. Aku akan ceritakan pada next entry.