2 Nov 2025

Claim tiket free sempena birthday di Zoo Negara

Last week, aku pergi Zoo Negara dengan my BFF, Iqa. Haritu pernah nampak iklan, kalau datang time birthday month kita, boleh masuk secara percuma je.  Harga tiket normal untuk dewasa biasanya RM48. Ehh memang aku sebatlah mende free macam ni! Siapa je taknak masuk Zoo free jumpa kawan-kawan dalam ni kan.

Sampai tu, kena scan QR untuk isi form, kemudian beratur di lane khas untuk birthday month. Nanti kat depan kaunter tu just tunjuk IC dan voila, boleh masuk terus. Memandangkan kami datang pada hari Ahad iaitu weekend, ramai jugak yang nak claim tiket free tu. Nampaknya masing-masing dah berpakat untuk dengan kawan mahupun family sendiri.

rasa macam diorang charge tourist terlalu overpriced pulak

Sebaik masuk entrance, kami pergi loop di sebelah kiri dulu dan terjumpa dengan Rimba Biodiversiti. Kat dalam tu ada spesies katak, labah-labah dan insects sikit. Takde orang pun kat sini, mungkin sebab bosan kot natang dia kurang menarik perhatian. Kami masuk sini pun semata-mata nak aircond je, haha.

gambar pertama tu, si lobster tu pergi makan udang... ini ke definisi of makan kawan sendiri?

Lepas keluar dari tengok katak tu, kami jumpa dengan zirafah. Masa ni excited sangat sebab zirafah tu tengah makan daun. Dapatlah tengok beliau dari jarak yang dekat. Rasanya, antara haiwan yang aku excited jumpa adalah zirafah, harimau dan beruang la kat sini. Suka tengok corak diorang tu cantik betul, subhanallah!

Zirafah ni bagus sebab dia rajin melayan pelawat yang datang. Binatang lain semua banyak yang tidur dan menyorok je. Barangkali baru lepas makan dan cuaca haritu pun nauzubillah, panas berkuap you all. Kalau aku jadi natang ni pun rasa nak marah orang je.

Jemputlah tatap gambar haiwan-haiwan disini.

Zirafah ni dulu ada 2 ekor (Iqa kata). Tapi kami nampak ada sekor je haritu. Sian dia sorang-sorang je
burung unta
bangau

Kat zoo ni memang sesuai bawak anak-anak untuk berinteraksi dengan haiwan, antaranya boleh bagi makan pada rusa! Di situ ada staff zoo jual carrot untuk diberi makan pada rusa-rusa ni. Aku pun beli lah 1 cup dan bagi depa makan. 

Berpusu-pusu semua rusa menyerbu kat manusia! Tapi risau je dia gigit jari kitaaa. 

semasa tengah bagi makan
lepas bagi makan. Ya Allah hudohnya muka kau dik!

Di bahagian tengah zoo, ada lebih banyak haiwan-haiwan yang besar dan paling menjadi tarikan kat zoo. Jumpa dengan harimau, singa, tapir, badak, gajah dan macam-macam lagilah. Tapi tulah, kebanyakan haiwan haritu banyak menyorok dan tidur je.

Malayan Tapir yang semakin terancam
singa pun malas nak entertain pelawat, tido je!
tengah sunbathing sambil berzikir ke?

Sebenarnya harimau ni ada dua ekor tau. Tapi kitorang nampak sekor je, lagi sekor tu menyorok kat mana entah. Kemudian dengar bunyi yang sekor tu mengaum kuat gila. Rasa bergegar pulak zoo tu dengan ngauman pak rimau, takot!

Ni baru dengar kat zoo pun dah rasa scary, bayangkan kalau dengar bunyi rimau ni dalam hutan.. Confirm lari tak cukup tanah!

satu dua tiga badak
Gajah merupakan antara haiwan yang penyayang, dan juga paling kuat menyimpan dendam kesumat terhadap apa-apa yang pernah manyakiti dia. Awass!
Dah kenapalah sekor tu bernama Tsunami..

Beruang  Matahari atau nama mat salleh nya Malayan Sun bear telah terpilih sebagai maskot Visit Malaysia 2026. Memang excited sangat nak jumpa icon negara ni. Tapi macam sedih sikit tengok beruang matahari ni sebab kurus je.. Yang jadi maskot tu gemuk pulak?

beruang matahari merupakan antara spesies beruang yang paling kecil

Walaupun saiz dia kecil berbanding beruang lain, terdapat beberapa kelebihan pada beruang ni. Antaranya  mempunyai lidah yang panjang sehingga 20-25 cm untuk mencapai madu dari sarang lebah. Selain tu, diorang ni juga boleh panjat pokok tau oleh kerana saiznya yang kecil. 

Orang cakap, kalau jumpa binatang buas ni panjat pokok untuk selamatkan diri kan? Kalau jumpa beruang matahari ni, sadaqallah jela sebab nanti kena kejar sampai atas pokok, haha.

Beruang Hitam Asia. Kesian dia panas, dua kali masuk dalam air bermandi manda

Oh btw, kami ada juga pergi tempat panda. Tapi panda dah balik kampung.. 

Haritu memang ada baca yang Fu Wa dan Feng Yi dihantar balik ke China masa bulan Mei. Aku ingatkan selepas tu akan diganti dengan panda yang baru. Rupanya memang dah takde panda di Zoo Negara lagi. Sedihlah jugak sebab dah 11 tahun dua ketul panda tu bertapak di Malaysia tau!

Semoga negara China boleh hantar panda baru lagi!

Badak berendam yang sebenar. Boleh bernafas pulak ye dia tidur dalam air tu
ada penguin jugak

Dannn, tempat terakhir yang kami pergi semestinya melawat Capybara dan Oyen yang viral ni! Si kucing oren ni tiba-tiba tersesat dekat kawasan capybara. Siap makan sama-sama, tidur sama-sama. Akhirnya pihak Zoo pun biarkan Oyen tu hidup serumah je dengan capybara ni sebab diorang macam dah akrab je.

Tapi aku tengok si Oyen tu macam sakit kaki.. Jalan pun terhinjut-hinjut je. Semoga Oyen cepat sembuh!


Kami pusing-pusing dalam zoo ni ambil masa 2 jam. Tapi ada satu tempat je yang aku tak masuk, iaitu reptiles haha. Aku benci ular, so memang taknak jumpa muka natang tu! Tapi tiba-tiba rasa menyesallah pulak sebab kat dalam reptiles tu ada buaya... Which is aku dah lama tak tengok buaya yang katang-katang tu walaupun diorang ganas. 

Anyway, i'm sooooo happy sebab dah lama sangat tak pergi Zoo Negara ni tau. Rasanya pernah datang masa lawatan zaman tadika, tak pun masa sekolah rendah jekot. Tu dia punya lama. Terima kasih sangat Zoo Negara bagi tiket free untuk birthday month ni! Dapatlah merasa masuk zoo ni setelah dah tua :p

Habis melawat zoo, Kami pun pergi KL East Mall untuk makan dan cuci-cuci mata. Kawan aku recommend makan kat restaurant A'decade ni. Restoran ni menyajikan makanan citarasa Malaysian, tapi semua sedap-sedap! Harga agak affordable untuk portion yang banyak. Puas hati den makan!

Nasi Kerabu Ayam Percik - RM23.90

Tu jekot kisah yang berlaku last week. Nak dekat maghrib barulah reti balik rumah, haha. 

22 comments:

  1. Akak ni teringin nak masuk zoo negara. Last pergi masa sekolah rendah. Tapi tu la tiket kemain harganya lepas tu pulak anak2 bukan pencinta haiwan termasuk la akak 🤣. Jadi terkubur la hasrat tu. Kalau ikutkan birthday month dapat tiket free tapi anak2&bapaknya kena bayar. Cecah rat jugak jadinya takmau la rasa bazir pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tiketnya memang mahal sungguh. Tu yg bila dpt peluang masuk free ni, kita guna. Memang tak syok bila bday month tak sama dgn ahli keluarga yg lain. Sorang je free, yg lain berbayorr

      Delete
  2. Wah, zoo ni sangat banyak jenis haiwan..saya suka haiwan just melihat tanpa sentuh pun hebatbagi saya..haiwan ni unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dapat sentuh rusa je. Haiwan lain tu semua jenis ganas2 haha

      Delete
  3. bestnya pergi zoo....disamping menyumbang untuk makanan....lama betul tak pergi zoo....

    ReplyDelete
  4. Hari tu pun konon nak redeem tiket free.. sebab bulan 9 kan birthday kak Linda dengan anak bujang tu, dah jimat RM96.. tapinya, kemalasan nak berjalan mengatasi segalanya..so, tak jadi lah pergi .
    Tapi, kalau pergi pun. Kesian la kak M menjadi bahan usikan abang² je..sebab nama orang utan tu sama dengan kak M.. M = Maya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tu jimat RM96 utk dua orang kak. tapi memang berjalan dalam tu, penatlah jugak xD
      abang2 mmng sukalah ngusik adik dia yg nama sama dgn orang utan hahaha

      Delete
  5. Iya yaaa, utk tiket foreigners mahal sangat 🤣🤣. Walaupun saya paham, di Indonesia pun beberapa spot wisata juga charge mahal utk foreigners.

    Aiiiish semoga jerapah itu dapat teman baru lagi. Kasian pula dia Sorang Sorang 😔. Pernah terbaca, hewan pun akan stress jika hidup tanpa teman.

    Hahahahah saya juga tergelak pas baca nama simpanse, kenapalah pula tsunami. Suka sangat menyapu bersih teman2nya mungkin? 🤣

    Issh liat nasi kerabu ayam percik langsung rinduuuuu. Nak cobaaa 😄😄 saya sukaaa tahu nasi kerabu. Pakai ayam percik pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, dia macam terpinga-pinga duduk sorang-sorang takde kawan.

      haha ye tak ye kan? tah2 yg nama tsunami tu paling selalu buat perangai xD

      nanti datang Malaysia, kena cari nasi kerabu tau! ambil daging bakar + lemak bakar. confirm makan sambil tutup mata hehe

      Delete
  6. Lama x masuk Zoo Negara, last masuk masa dania tadika umur 5 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. zoo ni memang orang masuk seumur hidup sekali je nampaknya haha

      Delete
  7. Kebanyakkan haiwan liar aktif waktu malam, bila kita datang siang memang nampak dia tidur atau menyorok jelah.

    Akak pernah dengar ngauman rimau masa trekking di hutan Dabong. Terus terdiam, berhenti semua takut. Tu cerita sekitar 27 tahun lalu.

    Nasi kerabu Mazni tu, Ya Allah menggoda sangat rupa dia tau 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan. lagipun mungkin masa kami datang tu, dia baru lepas makan. makanya tersandar kekenyangan.

      omg... ni betul punya scary bila dengar dalam hutan. nak lari laju2, nanti harimau tu dengar tapak kaki kita pulak

      memang sedap. saya makan licin habiss!

      Delete
  8. Capybara dan Oyen paling glamor ya....

    ReplyDelete
  9. akak last masuk sini zaman Pia kecik...time tu pun tengahari panas lit2 haiwan semua menyorok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengahari masa utk haiwan2 ni bermalasan, haha

      Delete
  10. Aduh terlepas nak bawak si Kakak ke sini last month. Tapi itulah campur tolak darab bahagi tetap mahallah tiketnya utk kami sekeluarga 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, hanya yg birthday month je layak dapat promo ni. yg lain2 tu kenalah bayor cam biasa

      Delete
  11. elok la claim time birthday..tiket masuk zoo bkn murah kn....akak last pi zoo time ank akak 3thn xsilap..sedap tgk nasi kerabu ayam percik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee harganya memang agak mahal. tu bila dapat promo birthday ni kita sebat je hehe

      Delete

Nak komen apa? silakan~