7 May 2025

Persiapan mendaki gunung Rinjani

 Assalamualaikum

Aku baru balik Rinjani last week, so harini nak share sikitlah persiapan yang aku buat. Harap boleh jadi rujukan yang bermanfaat untuk korang-korang yang berniat nak hiking di sana.

Checklist ni lebih kurang sama je macam di posting Persiapan mendaki gunung Kinabalu. Tapi aku akan bagi gambaran sikit on what to expect on jalur pendakian, masa diperlukan untuk sampai ke sekian-sekian tempat dan pemakaian sepanjang 3 hari 2 malam di sana.

Kebiasaannya pendaki akan mengambil trip 3 hari 2 malam di Rinjani. Yang paling glemer adalah start dari trek Sembalun -  Pelawangan Campsite (bermalam) - Summit Rinjani - Danau Segara Anak (bermalam) - Torean. So korang pack barang untuk 2 malam camping di sana ya.  Jom checklist barang dulu!

Kelengkapan hiking
  1. Hiking stick
  2. Seluar hiking at least 2 helai 
  3. baju jersey at least 3 helai 
  4. Poncho / windbreaker / rain coat
  5. Puffer / winter jacket
  6. Glove (optional)
  7. Heattech / thermal layer
  8. Stoking 2-3 helai
  9. Kasut hiking yang grip bagus
  10. Headlamp
  11. Backpack 50l - 70l / dayhike bag untuk summit attack
  12. Air 
  13. Buff/mafla
  14. Beanie / hat
  15. Knee guard 
  16. Backpack cover
  17. Gaiter
  18. Sunglasses

Barangan keperluan
  1. Phone, powerbank
  2. Personal toiletries
  3. Portable bidet / tissue (wet tissue dilarang ya. Kalau nak bawa juga, jangan buang di atas gunung)
  4. Tuala mandi
  5. Kain lap peluh
  6. Sandal/selipar
  7. Kelengkapan solat
  8. Plastik sampah - simpan baju kotor atau bawa sampah masing-masing
  9. Emergency blanket
  10. Kain sarong
  11. sunscreen
  12. hotpack (jika tak tahan sejuk)
Ubatan
  1. Acute mountain sickness (AMS) pills
  2. yoko yoko / muscle pain cream
  3. panadol actifast / ubat selesema / muscle relaxant pills
  4. minyak angin
  5. losyen (bagi yang kulit kering)
  6. Personal first aid kit
Tips Pakaian

Di bawah ni aku tunjukkan contoh pakaian yang aku pakai selama 3 hari 2 malam di Rinjani.

Hari pertama dari Sembalun to Pelawangan Campsite - pakai baju jersey, seluar hiking, topi. Hari pertama masih panas lagi, tak perlu pakai windbreaker pun takpe. Sunscreen dan topi jangan lupa please!

Hari kedua (summit date) - At least 3 lapisan baju. Aku buat by layer;
1) Thermal wear
2) puffer
3) windbreaker
4) Hiking pants
5) Gaiter (please pakai ni okay supaya pasir dan batu tak masuk kasut!)

Cuaca agak sejuk dan berangin. If korang tak tahan sejuk, boleh buat 4 atau 5 lapisan baju dan tambah longjohn before sarung seluar hiking. Please consider to wear buff (untuk elak hidung berair atau elak pasir berdebu masuk hidung. Aku pakai ni sepanjang summit attack), sunglasses (kat puncak terik gila. Ramai orang pakai sunglasses sebab matahari memancar direct ke mata korang) dan gloves bagi yang tak tahan sejuk.


Hari kedua (selepas turun summit nak ke Danau Segara Anak) pakaian lebih kurang macam hari pertama, pakai jersey sahaja. Boleh spare baju hujan juga sebab biasa petang-petang hujan.

Credit picture to my friend Sahira

Hari ketiga (Danau Segara Anak - turun Torean) Pakai jersey sahaja sebab kita akan berjalan minimum 9 jam. Trek sangat open view dan tidak berpokok so terbakar sikitlah kulit korang.


Berapa jauh trek dan anggaran masa?

Sebelum tu, i thanked Gunung Hub untuk segala info tentang gunung Rinjani. Korang boleh klik gambar kat bawah ni untuk lebih jelas.


  • Disebabkan aku naik ojek untuk jimat 2 jam berjalan pada hari pertama, maka pendakiannya bermula dari pos 2. Dari pos 2 nak ke Pelawangan Campsite adalah kurang lebih 5km. Average time untuk sampai ke Pelawangan Campsite adalah 4-6 jam.

trek hari pertama. Ni di Bukit Penyesalan melepasi Pos 4

  • Hari summit. Pendaki boleh mula mendaki seawal 2 am. Total perjalanan 5km dan anggaran masa standard mendaki adalah 4-6 jam. Yang bestnya di Rinjani ni tidak ada COT. Tapi sila bajet masa anda untuk tidak terlalu lama mengejar summit attack, sebabnya kita taknak turun ke Danau tu waktu cuaca gelap. Sebelum pukul 10 am tu kalau boleh dah turun dari peak lah. Anggaran untuk turun dari peak ke campsite at least 2-3 jam.

trek berpasir. Sini yang orang cakap "naik 3 langkah, turun 1 langkah".

  • Average time yang diperlukan untuk turun dari Pelawangan ke Danau Segara Anak adalah 3-4 jam. Total perjalanan adalah 4km. 

Jalan menurun terusss dan berbatu

  • Untuk hari terakhir ni memakan masa yang sangat panjang. Dari Danau Segara Anak turun ke Dusun Torean adalah 9-10 jam average time yang biasa. Kalau luar biasa boleh cecah hingga 12 jam. Jarak perjalanan adalah 12.5 km.

    Di Torean ni silalah berhati-hati. Tempatnya memang cantik macam syurga dunia, tapi meragut nyawa juga ya. Trailnya jalan di lereng-lereng bukit, pandang bawah je terus nampak gaung. Always alert dengan jalan yang kadang-kadang berbatu dan curam, sentiasa pegang tali keselamatan dan jangan ralit bergambar di tempat-tempat yang mengundang bahaya. Fokus jugak dengan jalan yang tiba-tiba je ada lubang especially ketika di atas lereng-lereng bukit tu. Paling penting, sila dengar arahan guide!
trek paling cantik, paling penat dan sangat merbahaya

Cas porter dan ojek

  • Kalau korang guna khidmat porter, bayaran per hari dikira 350k rupiah. Untuk 3 hari totalnya 1 juta 50k rupiah (harga setakat April 2025). Porter boleh share 2 ke 3 orang punya barang, tapi perlu sekalikan dalam satu beg sahaja. Limit porter adalah sebanyak 20kg.
  • Untuk Ojek dari pos 1 ke pos 2 adalah 200k rupiah.
  • Kalau nak sewa hiking pole kat sana pun boleh, 30k rupiah per pcs.
  • Ojek untuk exit ke kampung Torean sewaktu balik pula adalah 60k-80k rupiah. Bergantung pada waktu, lagi lewat malam korang sampai lagi mahal dia cas.


Senaman dan fitness

Makesure korang cukup training sebelum nak ke sana sebab Rinjani bukan sekadar hiking santai-santai nak tengok view lawa je tau. Trek dia especially time menurun di Torean sangat jauh dan boleh barai kaki.

Seeloknya boleh training 3 bulan sebelum panjat Rinjani. Mulakan dengan bukit-bukit yang rendah dulu (300-500 meters) pastu sikit demi sedikit try naik gunung yang elevation tinggi (600-1000 meters). Praktis juga untuk buat long hike at least 4-6 jam supaya badan dan kaki korang dah terbiasa untuk berjalan dalam tempoh yang lama. Jika perlu, training lah bawa load backpack juga.

Kalau malas nak training kat bukit atau gunung, boleh exercise kat rumah dengan turun naik tangga/kerusi selama 30 minit. Untuk kuatkan otot-otot kaki boleh buat squat, Bulgarian split squats, lunges, step-ups. Please fokus untuk kuatkan lutut dan betis ye sebab kita lebih banyak trek menurun dari naik sepanjang di Rinjani.  Nanti berlakulah drama lemah lutut dan kena seret kaki kalau tak cukup training haha.

Itu sahaja daripada saya. Kalau ada apa-apa soalan boleh drop di komen!


32 comments:

  1. Ah sudah.. Makin gementar nak naik Rinjani dibuatnya.. thanks utk semua tips di sini.. sgt2 details..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak gi rinjani jugak ke tuuu?
      Saya malam before nak naik rinjani tu rasa nak muntah sbb neves sangat. Rasa macam kita tak cukup training 🤣

      Delete
  2. Biasa sebelum mendaki ni perlu check up doctor ke utk tahu tahap kesihatan? Mesti org sakit tertentu tak dibenarkan mendaki gunung kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betull. Kalau ada sakit, minta nasihat dri doktor dulu. Dulu kawan saya yg ada asma teruk nak mendaki kinabalu pun kena dpt surat doktor dulu

      Delete
  3. Gunung ni la yang ada pendaki meninggal tu kan?

    ReplyDelete
  4. nampak tajuk entry nie, terus teringat kisah pendaki yang terjatuh tu...
    terbaik lah yang suka mendaki nie...akak takat bukit2 kecik buat eksasis boleh lah...tu pun lama dah tak buat juga...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah jatuh tu selang 2 hari lepas trip kami, rasa goosebump jap. Al fatihah utk arwah..
      Haha selagi masih muda dan berdaya kak. Harap larat nk hiking sampai tua nanti

      Delete
  5. kan last few days ada psl death case jatuh kat ranjini ni...memang i terus teringat kat u la sbb u tulis nak naik ranjini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah group kami semua selamat drp kecelakaan besar. Just kaki jelah senget benget sikit lepas turun gunung tu 🤣

      Delete
  6. Wahhhh tahniah berjaya mendaki Gunung Rinjani. Seorang sepupu dan seorang kawan KSarie yang kaki hiking pernah kongsikan gambar-gambar view dari Gunung Rinjani. Memang awesome teruk kata deme. KSarie ni memanjat tangga ofis dari tingkat 12 ke 13 pun udah meminta nyawa🥲. Suka baca perkongsiannya. Keep on sharing yar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang awesome gila, sekejap dapat view danau, sekejap tu dapat view macam kat jurassic park 😆

      Delete
  7. Tahniah ya, Mazni, berjaya naik dan turun. Akak dah tak boleh naik tinggi-tinggi ni, masalah lutut. Scary tengok gambar trek berpasir nak turun tu. Kasut kena grip kuat la ye. Ada adegan duduk dan seret bontot tak? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak nur! Yes kasut kena grip elok punyaaa.
      Adegan seret bontot kat pasir takdak, tapi lemah lutut smpai jatuh tu banyak kali 🤣 syok oo rasa mcm jatuh kt salji version keras sikit hahaha

      Delete
  8. Selamat ya sis.. Bisa menaklukkan gunung Rinjani.. 😊

    ReplyDelete
  9. Fuuhhh... tahniah dah berjaya menawan puncak Rinjani! Gunung Kinabalu pun saya tak lepas lagi 😅 Dulu dah semangat training nak tawan Kinabalu tup2 PKP, last2 tinggal harapan je (sbb skrg dah ada penyakit darah tinggi, takut pulak jadi apa2 klu buat aktiviti2 mcm ni huhu).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih!! Haha saya pun dulu delay 3 tahun trip kinabalu, last2 smpai jugak 🤣
      Alaa sayangnya ada sakit pulak.. takpela hiking tmpt2 biasa atau jogging pun okay dah hehe

      Delete
  10. Kak mazniiiii, saya merinding baca ini. Lihat view-nya yg cantik, danau di atas itu, tp juga seram baca rute Rinjani yg dangerous. Ini baru Rinjani, belum lagi Carsten Pyramid di Papua 😱😱.

    Memang saluuuuut lah dengan semua orang yg suka mendaki gunung. Krn stamina harus kuat, disiplin latihan supaya bisa menaklukkan puncak gunung

    ReplyDelete
    Replies
    1. view dia memang superb kak fanny! berbaloi dengan kepenatan hadap trek yang dahsyat tu :') Carsten Pyramid tu hanya insan-insan terpilih je boleh takluk, tu tahap professional hiker tu.

      saya pun tak percaya jugak boleh sampai puncak rinjani ni sebab rasa macam kurang latihan je tauu

      Delete
  11. Aduhh... ada pulak trek Bukit Penyesalan... agak² boleh patah balik tak tu😃
    Yang dipanggil naik 3 langkah turun 1 langkah tu kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh menyesal jela sepanjang naik tu, takleh patah dah 🤣 sebab pasir volcano tu licin dan halus. Everytime orang naik, mesti melorot 1 langkah kebawah. Mental jugakla nak hadap 800 meter dgn keadaan macamtu

      Delete
  12. Berdebar-debar saya baca entri ni... saya teringat pendaki negara kita yang terjatuh di laluan Banyu Urip dan maut di sana. Ya Allah!
    Memang laluannya lebih mencabar berbanding Gunung Kinabalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masa lalu kawasan yg maut tu, mmng mengesot je. Treknya memang muat utk sorang lalu je. Tali keselamatan tu memang saya pegang kuat2 la

      Delete
  13. banyaknyaaaa barang nak kena bawa...
    kalau gitu sampai ke sudah laa sy tak gi mendaki hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu basic je tauu. Mende boleh upah porter la kak anies, buat apa nak angkat sendiri?

      Delete
  14. nak tahu kalau sejuk tu dalam sekitar berapa darjah celcius? ada bawah 3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tk sure cuaca malam tu berapa sebab tak dapat line nk tgok suhu. Before gerak tu saya check suhu rinjani kat google dalam 3 celcius jugakla. Tapi depa ni kata belas2. Cuma tak sampaila bawah 3 tu, bawak 10 mungkin iyaa

      Delete
  15. Thanks for sharing 🤍 masa balik tu kan, cuaca terik sgt ke? Ke masih rasa angin2 sejuk gunung.. saya bab sejuk boleh tahan lg, tp kalau panas, mudah kena migrain.. huhu.
    Pasang angan2 dulu nk ke sana ni hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terik yg sampai terbako kulit xD angin tu adalah rasa sikit2 jugak, tidaklah terlalu hot humid weather

      Delete
  16. Baguslah entry ni, sangat membantu buat mereka yang blur2 tak tahu nak bawa apa.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~