25 Jan 2025

Camping di DeBambú Campsite & Agro

Assalamualaikum

Minggu terakhir Disember 2024 baru ni, aku pergi camping dengan kawan diploma. Asalnya kawan aku (Jiji) join bercamping dengan geng childhood husband dia. Pastu beliau sorang je perempuan, makanya dia ajaklah aku dan sorang lagi member kami (Amni) untuk camping sekali. Si Amni ni pulak ajak dia punya kawan sekolah. Makanya jadilah 4 orang perempuan dan 6 lelaki dalam camping ni, ngam 10 orang.

Campsite ni terletak di Batangsi, Semenyih. Nak masuk sini kena tempuh jalan yang tidak bertar sejauh 4km. Kami naik myvi, memang bawak slow-slow jelah sebab berlobang sana sini dan tak rata jalannya. Yang naik hilux tu selamba je bawak laju hahaha. 

Selamat datang ke hutan yang tiada phone line!

Kami sampai agak lewat dalam pukul 5.30 petang. Mujurlah Amni dan kawannya (Munirah) dah sampai dulu, khemah pun dah siap pasang. Kami tinggal cuci kaki je masuk khemah :p 


De'Bambu campsite ni hanya menyediakan tapak berkhemah sahaja. Kalau nak style khemah glamping yang aneh-aneh tu takde lah disini. Harga tapak pun murah dalam RM30-50 sahaja. Fasiliti yang disediakan ada surau, tandas, kolam mandi (sesuai untuk kanak-kanak), kolam pancing ikan. 

Yang menariknya, kat sini berkonsepkan camping di dusun. Kalau ada nampak buah-buah jatuh ke, boleh je kutip dan makan. Depan khemah kami tu ada pokok durian yg lebat buahnya, tapi takde buah yang gugur pulak hari kami datang tu. Ciskek betul! Baru nak merasa durian free!

Walaupun sampai lambat, mandi sungai tetap onz ye. Masalahnya kitorang berempat je yang riuh mandi tau, orang-orang lain semua dah start prepare nak makan malam. Kami stop mandi lepas ada sorang ayah ni panggil anak dia naik, tak elok mandi sungai sebab dah nak maghrib. Rasa macam terkena tempias bebalan tu sekali xD

Cuma aku boleh katakan, sungai dia terlalu cetek untuk orang dewasa lah. Sangat sesuai untuk bawa anak-anak mandi. Airnya pun okay-okaylah, tidak terlalu jernih tapi tidak kotor juga.

budak ketegaq 3 orang ni

Aktiviti kalau camping ni haruslah ada BBQ. Geng-geng laki masak ayam, yang girls ni masak mihun goreng je sebagai tambahan. Pastu takde siapa buat air, sudahnya semua minum air kosong jela. Takpela, sihat sikit kan? Asyik minum bergula je engkorang ni, kah!


Masa tengah makan tu tiba-tiba hujan lebat jugaklah sampai air dari flysheet tu jatuh turun kat kami, yiihh! Malam tu memang cuma makan je, takde main game apa-apa. Kitorang tidur pun awal dalam pukul 10. Yang geng laki macam "aik awalnya dah nak tidur" hahaha. Nampaklah macam warga emas sikit tidur awal ni xD

Yang tak syoknya, malam tu masih hujan tau. Disebabkan flysheet yang aku bawa tu hanya ngam-ngam saiz khemah, makanya di bahagian hujung kanan khemah tu tak tertutup sangat. Bocor sikit bahagian dalam khemahnya. Kawan aku yang jadi mangsa duduk tepi tu sampai kena beralih tempat. Pastu tilam yang basah tu merebak sampai ke tempat aku pulak... Memang tak selesa tidur basah-basah ni :')

khemah di bahagian bawah yang mengadap sungai
our tent dekat dengan toilet! hewhew

Pagi tu kami masak nasi lemak. Lupa nak bagitau, campsite sini ada disediakan plug point juga. So takde masalah untuk korang nak bawa periuk nasi atau lampu apa-apa. 

Lepas dah makan, apalagi? Pergi terjun lagi dalam air lah. Cuaca pagi tu cerah je. Memang cantik nak ambil gambar.


Itu saja trip camping penutup hujung tahun. Okay sangat if nak camping di sini bawa anak-anak atau nak chilling. Harga tapak pun tak mahal sangat, fasilities seperti tempat solat, kedai dan tandas pun disediakan.

Lot 2, TKPM Sungai Batangsi, Jalan Kampung Pasir, 43500 Semenyih, Selangor

19 Jan 2025

Bukit Sikai, Kuala Pilah

 Assalamualaikum

Baru ni kawan ajak hiking di Gunung Angsi. Tapi silap aku sebab lupa nak check info penutupan gunung di Negeri Sembilan.. Rupanya gunung Angsi masih belum dibuka untuk aktiviti pendakian lagi. Patutla masa kami datang 6.30 pagi tu langsung takde orang. Scary gelap gelita sangat dan cuma ada kereta kami je.

Dengan kecewanya, aku pun google jelah tempat hiking di sekitar Negeri Sembilan ni. Luckily, jumpa Bukit Sikai ni yang terletak di Kuala Pilah jugak. Dalam 20 minit lebih jugaklah dari Gunung Angsi. Lokasi Bukit Sikai ni sangat dekat dengan istana Seri Menanti di Kuala Pilah. 

Trek hiking disini tersangatlah mudah. Untuk awal-awal tu treknya lalu di bahagian semak-semak. Nanti kat atas sikit tu trek open view 360 dan berlatarkan view bukit-bukit yang diselaputi kabus pagi. Serious vibes dia macam kat Kundasang!

Tu haa naik atas sikittt je dah sampai

Tak sempat nak peluh, tau-tau dah sampai puncak. Hanya 15 minit je dari parking kereta untuk ke atas. If nak bawak anak-anak hiking sini pun sangatlah sesuai sebab treknya tak susah pun! View pun agak lawa untuk bukit yang rendah macam ni.

macam biasa, haruslah bergambar dengan papan tanda

cuaca pagi yang gloomy, tapi masih cantik!

Ini adalah first hiking untuk tahun 2025! Walaupun tak keluar peluh, tapi bolehlah untuk praktis awal-awal. Sebabnya bulan 4 ni kita nak road to...... JENG JENG JENG! Clue yang aku boleh bagi adalah gunung yang bukan dalam Malaysia, hehe.

Semoga Mazni dan kawannya rajin hiking setiap minggu untuk build stamina!

17 Jan 2025

Camp Kayak di Little Amazon, Terengganu

 Assalamualaikum

Ini adalah entry basi pada tahun 2024 yang baru nak di update setahun selepas kejadian, haha. Aku pergi camping sambil berkayak ni pada 24 & 25 Februari 2024. Ini kali pertama aku main kayak menyeberangi sungai yang jauh ye. Sebelum ni rasanya main kayak yang dekat taman-taman tu je..

Nama lain bagi Little Amazon ini adalah Sungai Berang yang terletak di Ajil, HuluTerengganu. Disini kami akan berkayak sepanjang 25km menyeberangi sungai. Pada hari kami datang ni, cuaca sangatlah terik walaupun masa tu baru pukul 8 pagi.  

perlu naik lori dari campsite ke starting point kayak!

Macam biasalah kalau berkayak ni perlu in pair. Diorang bagi penerangan tentang macam mana nak dayung paddle ke kiri dan ke kanan, nak brake dan undur. Fuh dah macam bawak kereta! Bermulalah journey kayak kami dari pagi hingga petang! 

scorching hot!

Kalau nak dapatkan kelajuan yang seimbang, kita perlu dayung paddle tu sama rentak. Contoh kalau orang belakang dayung kanan, depan pun kena sama. Yang duduk belakang paling penting sebab dia yang kena manuever kayak dan bagi arahan "kiri, kanan, kiri, kanan". Bila mendayung arah yang sama, takdelah bot kayak kita asyik senget sana sini.

Baru 30 minit yang pertama aku dah ngomel bila nak habis.. sebab serious penat ye bagi yang tak biasa berkayak ni. Nak taknak kita perlu tempuhi jugak selama 6 jam. Hamek!

Nasib baik kami bawak glove. Nak lindungi tangan iolls dari matahari lah :p

peserta kena berkumpul sebelum masuk gate Little Amazon

Kami ni pilih route yang paling jauh, iaitu combination of Hulu and Hilir route, makanya dapatlah tengok pelbagai flora especially pokok-pokok! The highlights of this kayaking is selepas memasuki Gate Little Amazon, kami lalu di bawah pokok yang sangat besar dan membentuk canopy di kiri dan kanan.  Redup dan mendamaikan.

Kalau bertuah, boleh juga nampak hidupan fauna seperti monyet, burung hornbill dan lain-lain. Aku cuma dengar suara burung dengan monyet je rasanya.

look at this SubhanAllah!

Pokok besar yang membentuk kanopi ni namanya Keruing Neram. Ianya dah sukar untuk ditemui di Malaysia. Kalau melihatkan daripada batang kayu pokok ni melengkung, mesti usianya dah ratusan tahun. Pokok ni agak sukar untuk ditemui dan hanya terdapat di sesetengah kawasan sahaja. Salah satu cara untuk tengok pokok ni, mehlah datang berkayak kat Little Amazon Terengganu. Memang ini tempat dialah.

Barulah kita lebih menghargai alam kan bila berkayak jauh semata-mata nak tengok pokok ni.

makan lunch pukul 2pm

Lepas makan tu semua macam dah lemau sebab letih. Tangan pun dah lenguh macam mau patah sudah! Kami teruskan berkayak sampailah akhirnya pukul 4 pm barulah tamat aktiviti berkayak untuk haritu. Pastu bolehlah main-main air dan bergambar sementara tunggu dijemput oleh lori.


It was really fun and worth it! Tapi penat dia takyah cakaplah memang sakit gila badan. Lepas habis kayak tu aku tidur jap dalam sejam, bila bangun balik tu rasa nak menangis sebab badan macam lumpuh! Nasib baik adik aku bawak panadol actifast. Lepas makan tu terus elok badan macam takde apa-apa.

Takleh brain la ada sorang akak ni citer dia baru-baru ni pergi berkayak sepanjang sungai perak yang sejauh 50km. Kalau aku mesti rasa nak meninggal kat situ jugak... Memang powerlah siapa yang steady berkayak ni.


Itu saja pengalaman berkayak untuk hari pertama. Untuk second day nanti aku update entry lain ya!


12 Jan 2025

Habuan Shopee Live Sale : Borong skincare The Pastels Shop

 Assalamualaikum

Aku punya tabiat kalau bukak shopee, suka tengok live dulu sebelum beli apa-apa barang. Kebetulan masa payday sale bulan 12 tu shop skincare yang aku baru try ni tengah buat live dan ada offer pulak. Kitanya tengah serbasalah nak membeli sebab quota untuk shopping pada bulan tu dah habis... Tapi sebab 6 barang dapat RM50++ je, so tak salah kan kalau beli untuk buat stok? :p

Btw, ini bukan review berbayar. Saja nak share benda best dan hasil tangkapan aku yang dapat beli pada harga murah, hehe.

total 6 item berharga RM51.60. Yang "TAA" kotak putih tu beli waktu live asing, dapat RM9.40 including shipping daripada harga asal RM20++

The Pastels Shop ni adalah produk local skincare. Aku terjebak beli ni lepas nampak tweet daripada foundernya sendiri. Katanya Sunscreen The Pastels Shop ni mesra wudhu dan boleh terus bilas pakai air je jika nak solat.

Rasa macam wow! Hebatnya produk local dan sangat convenient untuk muslim. Masa first try guna sunscreen ni, tekstur nya sangat lightweight dan matte ye. Sesuai untuk orang kulit berminyak macam aku ni.

Absolutely invisible, super comfortable & weightless SPF50 sunscreen that offers broad spectrum protection from UVA and UVB rays. It contains prebiotics and succinic acid that fights free radicals, blemishes, and signs of aging.

Walaupun nampak je texture tu macam thick, bila apply pada muka memang meresap dan tak meninggalkan white cast. Sunscreen ni juga alcohol dan fragrance-free di mana ia sesuai untuk semua jenis kulit muka. Personally, muka aku take naik apa-apa rashes pun waktu pakai sunscreen ni, sangat selesa dan tidak melekit at all!


Ini pula adalah "TAA" moisturizer yang main ingredients nya daripada Tranexamic dan Alpha Arbutin. Aku ni kalau nampak Alpha Arbutin, memang favourite sungguhla sebab fungsinya adalah untuk mencerahkan. Texture bagi moisturizer ni adalah jenis watery gel dimana ianya memang sesuai untuk kulit oily dan combination!

dah macam calit air je kat tangan xD

Pembelian terakhir adalah Mentha Shampoo. Aku baru guna sekali je shampoo ni, so belum nampak kesan seperti yang diclaim lah. Masa pakai shampoo ni, rasa berangin je dan ada bau peppermint sedikit, rasa masa sental kulit kepala tu, fuhh! Segar beb! Tambah pulak dengan effect cooling tu, lagilah best.


THE PASTELS SHOP Mentha Amino BHA Peppermint Shampoo suitable for Hair Loss,   Scalp Acne, Dandruff & Itchiness.


1. Uses - to wash hair effectively without causing hair loss or damage in the long run. It also strengthens the hair from its roots as well as promotes hair growth.

2. Contains Salicylic & in a low percentage but sufficient to clean the scalp from itching, bad smell, dry skin and dandruff more effectively.

3. Key ingredient is - It refreshes the scalp, promotes hair growth and controls hair loss problems.



Buat masa ni, aku akan cuba konsisten pakai produk daripada The Pastels Shop ni sahaja. Selama ni aku pakai wardah, ni saja nak tukar angin try produk local pulaklah.Why not kan if boleh dapat harga yang berpatutan?

Thanks for reading!

6 Jan 2025

Weekend pertama di tahun 2025

 Assalamualaikum

Selamat tahun baru pada semua rakan2 blogger! Semoga tahun baru ni kita semua berjaya capai goals masing-masing dan jadi lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Rasa scary pula tengok umur tahun ni ye hahaha.

Sejak dari bulan 12 haritu, weekend aku sentiasa full dengan aktiviti. Be it pergi hiking, jalan-jalan, dinner dengan family. Alhamdulillah, rasa macam ada life sikit daripada duduk terperap kat rumah tak buat apa. Maka untuk weekend pertama di tahun 2025 ni pun aku cuba full kan dengan sehabis baik.

Hari sabtu tu cuma recycle sampah dan hantar kucing pergi vaksin tahunan kat vet je. Aku pun takde ambil gambar. Nak cerita pasal hari Ahad jelah pergi mandi sungai. Yang kelakarnya, kami nak pergi Lata Kedondong, tapi waze ni bawak naik ikut jalan Genting pulak. Selalu dia bagi ikut jalan Rawang tu je.

Dia punya kabus tak boleh bawak bincang. Padahal sebelum tu langit cerah je tau. Naik Genting ni umpama ke alam yang lain pulak. Motif sangatlah waze bawa lalu jalan sini xD Tapi syok jugak naik tanah tinggi berkabus sejuk kan.

Our favourite river, Lata Kedondong di Kuala Kubu Bharu. Tak ingat dah kali keberapa datang sini. But since pernah camping tahun 2021 dulu, terus jatuh cinta sebab airnya kategori bersih dan tempatnya pun tak ramai orang. 

Kami kalau randomly plan nak mandi sungai tapi takde idea nak pergi mana, end up mesti pergi sini jugak xD If korang nak datang sini bawak budak-budak kecil, mandi di bahagian bawah saja sebab sungai ni sebenarnya agak dalam dan airnya sedikit deras. 

Petang tu pulak kami pergi segarkan tekak makan dessert di The Soybean Factory. Mula-mula nak pergi The Soya kat Seremban, tapi macam jauhlah pulak. Sudahnya pergi kat Semenyih punya jela. Rasa pun lebih kurang sama macam the one that we had dekat Seremban tu walau kedainya berbeza. Harga pun lebih kurang je.


Namanya pun Soybean Factory, maka menunya semua berasaskan soya lah. Ada pilihan antara hot or cold, ada beverage dan juga tauhu style goreng. Boleh tengok menu dia di sini --> Menu The Soybean Factory

Aku order Taiwanese Style Tau Fu Fah (RM 10.80). Rasanya macam makan taufufah biasa je, cuma bezanya diletakkan toppings dan taro ball. Kenyang juga makan semangkuk ni walaupun sekadar dessert. Aku sedikit rindu dengan Taiwan, itu pasallah saja nak pergi sini. Padahal masa kat Taiwan tu kami tak sempat merasa pun dessert taro ball ni.


Adik aku pulak order Maruko Tau Fu Fah (RM 14.20). Yang bulat-bulat tu mochi berinti kacang merah dan ada topping buah untuk menu ni. Sangat refreshing makan benda macam ni time cuaca tengah panas kat luar sana.

interior kedai bertemakan hutan rimba. Tapi apa kena mengena hutan dengan kedai yang menjual dessert soya?

You all habiskan weekend buat apa tuuu?


4 Jan 2025

Taman Negara Pahang - Night Jungle Walk & Canopy Walkway

 Assalamualaikum

Sambungan daripada entry Taman Negara Pahang Part 1

Petang before maghrib tu hujan tersangatlah lebat. So kami tak sure sama ada aktiviti dibatalkan or tak sebab tak tahu apa-apa info pun. Maklumlah takde group whatsapp... Aktiviti sepatutnya mula pukul 8.30 malam, tapi pukul 8 tu pun masih hujan lagi walau tak lebat.

Malu bertanya sesat jalan, kami pun tanyalah sorang abang kat tempat makan ni aktiviti jungle walk ada ke tak kalau hujan ni. Katanya tetap berjalan seperti biasa. Group lain ramai yang dah gerak kesana dulu, so kami pun kalutlah pergi makan dan kemudian terus naik powil. 

angin malam + hujan gerimis = extra sejuk!

Powil akan drop kami di jeti, kemudian perlu menyeberangi sungai menaiki bot untuk sampai ke tempat jungle walk. Honestly bagi aku, jungle walk ni agak bosan sebab disini sekadar berjalan dan tengok pokok-pokok mahupun insects saja. Lagipula, aku duduk di bahagian belakang, so guide terangkan apa-apa pun aku tak berapa dengar dan kitonya rabun, tak nampak sangatlah binatang kecil-kecil yang ada disebalik dedaun ni. Kat sini serious jem gila dan kena beratur macam budak sekolah xD

Kalau waktu siang, mungkin lebih menarik untuk bergambar sebab aku rasa cantik je tempat ni penuh dengan pokok-pokok. 

macet amat

Kami ada naik menara tinjau untuk tengok haiwan seperti rusa atau tapir yang sering berkeliaran di kawasan padang lapang. Haiwan ni aktif pada waktu malam dan diorang tak suka bunyi bising. Kalau lucky, boleh nampak penampakan haiwan tersebut dari jarak jauh. Tapi disebabkan cuaca malam tu sedikit gerimis, tak nampaklah pulak apa-apa kelibat haiwan. Aku hanya nampak pitch black view je, hahaha.

taktaulah Iqa ambil gambar ni boleh nampak apa....

Oh lagi satu, di depan menara tinjau ni ada pokok tualang yang sangat tinggi. Aku dari dulu wonder, macam mana nak dapatkan madu dari pokok tualang ni sebab tinggi gila kan. Guide cakap, diorang akan campakkan tali ke atas dahan pokok dan repeat lilitan tersebut sampai kukuh. Kemudian, panjat pokok menggunakan tali tersebut. 


sebelum keluar dari Jungle Walk tu akan lalu di chalet Mutiara ni. Ramai mat salleh je yang duduk sini

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk hari kedua, kami pergi Canopy Walk dan hiking di Bukit Terisek. Macam biasa, kena menyeberangi sungai dengan menaiki bot yang tak sampai 5 minit pun. 


Untuk ke Canopy Walk dan Bukit Terisek ni perlu mendaki beribu anak tangga. Serious cakap, tangga-tangga ni mengingatkan aku pada tangga Kinabalu. Kami perlu trekking sekitar 15 minit untuk sampai ke Canopy Walk tu. 


Layankan jelah tangga-tangga ni. Masa sampai tu MasyaAllah... macam sardine beb! Ramai sangat orang beratur tunggu turn. We all sampai tu around 9.30 am, dengan kepadatan orang di situ, nampak gaya macam tengahari jugaklah baru dapat masuk Canopy Walk ni.


Guide suruh kitorang pergi trekking ke Bukit Terisek dulu supaya tak buang masa sangat. Trail disini sangatlah cantik, penuh kehijauan dan segar hidung.

1st checkpoint

Bukit Terisek cuma berketinggian 334 meter sahaja. Trail dia pada aku sangat mudah. Kalau cuaca baik, boleh nampak view Gunung Tahan yang merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Tapi puncaknya ditutupi kabus haritu. Bilalah aku nak tawan Gunung Tahan agaknya ye? :p

Dah takde apa nak dibuat, kami turun baliklah ke Canopy Walk tadi. Ingatkan sampai bawah tu dah boleh terus masuklah, ternyata belum cok. Pukul 12.30 pm baru dapat masuk! Melangutlah sejam setengah taktau nak buat apa.


This is the highlight of Taman Negara Pahang. Panjang canopy bridge ni adalah 550 meter dan ketinggiannya adalah 45 meter dari tanah (lebih kurang 15 tingkat bangunan). Ia merupakan the longest suspension bridge in the world!


Hutan disini berusia 130 juta tahun. Mindblown betul dapat berjalan di atas canopy walk dan tengok view hutan yang masih kekal terjaga ni. Dapat jumpa banyaklah pokok tualang yang tinggi-tinggi dan pelbagai jenis pokok lagi yang tidakku tahu namanya.


Berjalan di atas Canopy Walk ni lebih kurang 20 minit sahaja. Walk slowly je untuk menikmati keindahan suasana. Rasa macam hukaloh, naik sini 20 minit je, beratur sampai 3 jam! Apapun, aku tetap enjoy tengok suasana hutan ni.


Dah turun Canopy Walk tu kena tunjuk permit yang guide dah bagi semalam. Cari punya cari, tak jumpa! Rasanya tertinggal kat dalam khemah hahaha. Renjer situ dah cakap tak tunjuk permit takleh keluar eh. Nasib baik kat situ dapat line, so kami whatsapp Iqa untuk snapkan gambar permit tu. Ada hikmah jugaklah Iqa tak join aktiviti harini. Bayangkan kalau Iqa ada sekali, pastu kami 3 orang ni semua tak tertinggal permit kat khemah? Melayang duitlah kena denda hahaha.


Habis je segala aktiviti, balik semula campsite untuk makan! Menu hari kedua ni ialah pais patin, first time aku makan dan rasa nak nangis sebab sedapnya! Terima kasih Danz Eco Resort sebab menyediakan makanan yang sedap-sedap sepanjang 2 hari duduk sini!

with our guide!

Overall, best sangat Taman negara Pahang ni. Cuma bagi kami, aktiviti tak banyak sangatlah. I really thought yang nak ke Lata Berkoh tu dah di include sekali dalam aktiviti, rupanya kena add on. Kalau ambil 3 hari 2 malam tu maybe dah include sekali, tapi mahal sikitlah.

Thanks for reading!