Assalamualaikum
Ini cerita basi Oktober 2023 ya. Biasalah, aku kan pemalas, peram cerita je kejenya. Sekarang barulah nak update.
|
From the river to the sea, Palestine will be free! |
Ina kawan hiking aku ajak pergi camping 3 hari 2 malam kat Air terjun Padang Batu di Rompin, Pahang. Trip ni dianjurkan oleh member dia yang aku sendiri tak kenal. Kiranya ni a new circle untuk akulah. Si Ina dah kali kedua datang sini.
Tarikh camping ni pada 27 - 29 Oktober 2023. Group kami ni kira trip last before hutan simpan ditutup untuk musim tengkujuh.
|
pembahagian harta karun untuk survive 2 malam dalam hutan tanpa peti ais mahupun letrik |
Semua perlu berkumpul di Wisma (meetpoint) pada pukul 9.30 am untuk pembahagian pek makanan dan barang-barang. Anggaran peserta yang join haritu dalam 30 orang lebih jugakla including guide. Pastu kena naik powil (4WD) untuk sampai ke drop point sebelum trekking ke campsite.
Malim Gunung Perhutanan (MGP) berikan sedikit brief before start trekking. Dari drop point ni untuk sampai ke campsite dalam sejam lebih lah berjalan. Jauh jugak sebenarnya, tapi mujur trek landai je. Kalau banyak bukit mencanak, mintak nyawa jelah dengan masing-masing pikul beg berat, haha.
|
take 5 jap sebab semua dah lenguh bahu |
Finally setelah sejam trekking, kami tiba di campsite atau namanya dipanggil 'kem Y'. Terpegun jap tengok air sungai kaler biru kehijauan, cantik sangat! Ni baru kat campsite, belum sampai waterfall lagi. Sampai-sampai je diorang yang tak penyabar ni terus terjun masuk air. Aku celup-celup kaki jelah sebab malas nak basahkan baju. Japgi nak kena pasang khemah pulak.
|
look la the water, warna hijau batu jade! |
Untuk hari pertama ni memang main air kat Kem Y je. Pastu makan, karaoke, sembang-sembang n tido. Aku sebagai manusia paling introvert disini memilih untuk tidur awal sebab kitanya segan nak bermasyarakat.. Lepak-lepak sekejap je sebab aku memang sejenis manusia yang tidur awal. Macam orang tua kan? xD
Biasalah, bila jumpa new circle of people memang malu-malu lagi nak bergaul sebab tak reti sangat nak borak apa, haha what a loser!
|
malam aktiviti bebas |
Tapi sebenarnya seronok borak dengan diorang ni, macam-macam background ada. Ada yang kerja kat hospital, ada business sendiri, ada lecturer. Kita sebagai hadek-hadek Gen Z ni kagum dengar cerita orang yang lebih berpelangaman dan lebih berwawasan ni. Kah!
Padang Batu Waterfall
Second day ni baru kitorang pergi ke Waterfall Padang Batu. Kalau dari Kem Y, perlu trekking sekitar 40 minit. Trek ada turun ada naik, tak susah sangat pun jalannya. Sampai je sini, Subhanallah memang cantik! Rasanya this is the prettiest waterfall i've ever seen in Semenanjung (buat masa ini).
Kalau nak tahu, atas lagi daripada air terjun Padang Batu ni sebenarnya dah masuk ke Taman Negara Rompin. So no wonder tempatnya memang cantik, sebab dah termasuk dalam kawasan hutan simpan.
|
cries in beauty |
Kat sini air dia dalam jugakla. Disarankan pakai jaket bagi keselamatan. Pastu yang geng laki-laki spesies duyong ni, pergi melompat dari atas waterfall ye. Aku naik atas tu kejung perut bila tengok bawah. memang beranilah diorang ni boleh diving gitu je!
Bestnya pandai berenang... ;-;
view dari bawah vs view dari atas. Tinggi you all, mak is scared!
|
group photo macam biasa |
Kitorang bertenggek kat Padang Batu ni lama jugaklah sebab literally only our group je yang ada kat hutan ni, haha. Kawan aku yang sorang ni siap bawak pelampung kereta kebal dia, pastu tawaf keliling waterfall ni. Aku pun join sekaki lah main tawaf-tawaf ni xD
Main air sambil makan dalam air, surrr!
Ja'ang Waterfall
Ja'ang waterfall berada di bawah daripada air terjun Padang Batu. Kalau dari campsite cuma berjalan 5 minit je. Yang ni air terjun dia tak setinggi Padang Batu, tapi cantiknya taknak kalah juga.
|
batu-batu dia ni bentuk macam bongkah masa zaman mesopotamia. Tiberr |
Selebihnya kitorang banyak berendam kat area campsite je. Camping kalini tersangatlah leisure, mana-mana group pun dipersilakan pergi main air di kawasan mana yang anda berkenan. So okaylah, tak terlalu terikat sangat.
We really disconnect from dunia luar gitu, hanya saya dan alam, serta with a few bunch of crackheads xD
Ina memang acik kantin sejak dulu lagi, sentiasa takkan biarkan anak-anak berlapar xD
29 hb tu kami pun bergerak pulang dari campsite. Kalau ikut planning asal, pukul 3 tu dah kena keluar dari hutan dah supaya kami boleh sampai Wisma sebelum maghrib. Tapi kitorang ni pukul 4.30 baru gerak keluar hutan. Sampai Wisma tu memang dah gelaplah citer dia.
Saying goodby to kem Y!
Thanks organizer a.k.a BLACK! Dapat kenal ramai orang baru, tempat lawa!
Thanks for reading!