18 Sept 2024

Panggilan 'Akak' kepada stranger. Disrespectful kah?

 Assalamualaikum

Baru-baru ni, ada isu viral di apps Thread, iaitu panggilan 'Akak' pada stranger dianggap sebagai disrespectful. Of course yang membangkitkan isu ni adalah perempuan sebab perempuan terkenal dengan sifat complicatednya xD


Bila kita panggil seseorang tu as 'Akak', kat situ macam nak address dia lebih tua daripada kita lah, atau dengan kata lainnya mungkin tak manis untuk sesetengah orang. Same goes to panggilan 'Abang'. Tapi lelaki ni sempoi, diorang ni tak kisah pun orang tu tua ke muda ke, bantai je panggil abang. Kadang-kadang panggil bos teruss. 

Tapi lain pula dengan perempuan. Kadang-kadang umur beza setahun pun mewajibkan panggilan akak tu, kalau tak panggil akak tu risau kena label tak hormat pula. Pastu sekarang ni muncul pula isu tak boleh suka-suka panggil orang akak. Haha sungguh memeningkan!

Cakap pasal panggilan akak ni, aku pernah kerja sebagai promoter. So banyak kali je orang yang aku nampak macam lebih tua panggil aku as akak. Tapi aku faham panggilan tu sekadar panggilan casual. Sekarang ni kalau kita gi mana-mana je mesti panggil semua orang akak. Tak kisah tua atau muda memang semua dilabel akak je. Kadang-kadang nak tanya arah pergi sesuatu tempat pun memang guna panggilan akak je. Bagi aku it's not an issue pun asalkan aim kita nak panggil orang tu dan orang tu tahu kita sedang panggil dan nak bercakap dengan dia.

Cuma waktu tengah kerja atau ada urusan pejabat tu aku setujulah untuk tidak address orang as Akak, Abang, Pakcik atau Makcik. Sebaliknya guna Puan, Encik atau Cik terutamanya orang yang kerja office atau serve the public. Kalau kerja dalam mall atau kedai-kedai makan, mungkin takde masalah untuk panggilan yang casual kan?

Silap hari bulan takut jadi macam ni pulak kalau susah sangat takleh panggil orang akak. JANGAN TIRU PERBUALAN INI XD

Kalau korang okay tak bila stranger panggil korang as akak? :D

10 Sept 2024

Jalan-jalan Kundasang - Desa Dairy farm

 Assalamualaikum.

Previous entry --> Summit Attack Mount Kinabalu

Bila badan dan kaki kita sakit lepas mendaki dan lepastu kita have a good deep sleep, memang bangun pagi tu badan rasa macam nak lumpuh. Turun tangga tu part yang paling syahdu sekali sakitnya, haha. Tapi hari ni banyak plan berjalan, so terpaksa gigihkan jugaklah.

Pagi tu kitorang pergi mendobi kain dan sambil tu sarapan pagi. Lepastu terus checkout homestay dan pegi jalan-jalan area Kundasang kat mana yang sempat je. Taknak terlalu rushing. Tapi kena bersabarlah jadi sardin yang dihimpit sementara nak tunggu lokasi bermalam ni pulak.

Btw, rumah yang kitorang bermalam ni nice dan agak luas. Rupanya keluar dari kawasan rumah tu, betul-betul view Gunung Kinabalu dari jarak dekat. Besar gila, semalam masa check in tak nampak apalah sebab dah malam. 

korang boleh contact nombor ni. Muat duduk 8 orang

Lokasi pertama untuk jalan-jalan di Kundasang ni adalah ke Desa Dairy Farm. Hari pertama masa sampai Sabah ni memang Acai ada bawak pegi sini. Tapi masa tu hujan dan tempat ni dah nak tutup sebab sampai lewat, boleh baca kat entry SINI. Kalini kami datang lagi masa cuaca terik n boleh lepak lama sikit. Dapatlah bagi lembu minum susu dan shopping souvenir sikit.

Macam biasa, kalau datang Desa Dairy farm ni wajiblah makan dia punya gelato.

perisa favourite. Plain gelato + oreo topping

Aku try jugak gelato + strwberry syrup. Perisa ni pun sedap jugak cuma agak manis sikit. Tetap suka coklat + oreo je. Pastu kami lepak-lepak minum kopi dia dan makan pastry sikit. Rasa biasa-biasa je tapi harga tidaklah terlalu mahal untuk tempat tourist macam ni. 


Datang sini jangan lupa jugak beli produk-produk tenusu diorang. Ada saiz besar dan saiz kecil. Kalau kat Semenanjung, kita glemer dengan Farm Fresh. Tapi kat Sabah ni brand DESA ni jelah yang ada kat setiap pasaraya. Kat sini jugak boleh tengok dia produce susu ni :D

Langit biru yang sangat cantikk

Kitorang try cari area untuk tengok susu lembu diperah, katanya waktu pagi-pagi boleh tengok. Tapi macam tak jumpa. Akhirnya just bagi lembu minum susu kat kandang yang dah tersedia. Sebotol susu untuk lembu tu dalam RM3-6 tak silap.


Kalau bawak budak-budak, mesti diorang suka bagi lembu minum susu ni, comel sangat. tapi kesian sikit tengok keadaan lembu tu, muka sedih je dan kandang dia sedikit kotor.

Macam biasa, pukul 8 keatas je Gunung Kinabalu memang akan menyorok dibalik awan

Selesai lawat farm ni, kitorang pergi semula ke Kinabalu Park sebab adik aku nak beli medal. Masa turun gunung semalam nak beli tapi office dah tutup. Harga medal tu RM30 sahaja dan ada 2 design yang boleh dipilih.

Walaupun baru turun gunung semalamnya, harini dah rasa rindu dan rasa nak naik lagi

Nilah rupa medal RM30 tu. Pastu haruslah kitorang bergambar dengan sijil ni depan office Kinabalu Park sebagai tanda dah berjaya tawan Kinabalu. Flex la sikit xD

Tengah2 bergambar tu, tiba-tiba ada sorang abang ni ajak borak. Dia agent yang uruskan group naik Kinabalu. Abang ni bagitau nanti ada satu gunung baru akan dibuka di Sabah dan gunung tu akan jadi gunung kedua tertinggi di Malaysia. Maknaya Trusmadi akan jatuh ke tempat ke-3 lah kalau gunung ni dah buka nanti. Cuma aku lupa dah apa nama gunung tu.. Harap sahih la info daripada abang tu, sebab sampai sekarang belum dengar lagi news pasal gunung yang bakal menggantikan Trusmadi ni xD

Habis jalan-jalan untuk harini, kitorang pun gerak pergi lokasi terakhir untuk bermalam kat Sabah iaitu di Polumpung Melangkap, Kota Belud. Tempat ni merupakan campsite di tepi sungai yang menghadap view kinabalu. Antara campsite yang sangat popular di Sabah. 


Kitorang ambil 2 biji khemah yang boleh muat 4 orang serta dilengkapi dengan canopy, tilam bantal semua-semua tu, harga tak sampai RM150 pun. Untuk harga khemah tu RM30, canopy RM15, barang-barang lain kebanyakannya bawah RM10.

staf tengah setupkan khemah kitorang

Dah letak-letak barang tu terus masuk sungai. Cuaca waktu tu tengah panas, memang best dapat berendam dalam sungai yang airnya sejuk dan laju camni. Nama sungai ni ialah sungai Panataran dan air ni turun direct dari Gunung Kinabalu. Untuk kitorang yang kaki macam nak lumpuh baru turun gunung ni, elok sangat berendam dalam sungai ni untuk legakan otot kaki. Air pun bersih, so kalau terminum tak salahlah kan sebab ni dikira air gunung? :p


Malam tu kitorang cuma masak-masak megi dan borak-borak je. Walaupun waktu pagi sampai ke petang cuaca panas bahang, malam dia sejuk wey. Tidur nyenyak gila dengan bunyi deruan air sungai. 


Dah takde benda nak dibuat, aku tidur awallah. Diorang yang lain ni sambung bersembang. Pagi esoknya nak kena bangun awal sebab nak checkout dan berjalan dekat beberapa lokasi. Agak rushing sebab malam tu pun flight balik KL. 

Jumpa di next entry!


1 Sept 2024

Sambutan Hari Merdeka 2024

 

Assalamualaikum

Semalam buat pertama kalinya me and my siblings pergi join Sambutan Merdeka dekat dataran Putrajaya. Sebelum ni macam tak kuasa nak pergi tempat bersesak ramai orang macam ni, tapi tiba-tiba tahun ni nak merasa suasana jadi anak Malaysia yang patriotik. Dengar cerita, ramai orang dah start berkumpul since malam 31 Ogos lagi. Kitorang ni rilek je pukul 7 pagi baru keluar rumah. Maklumlah rumah dekat je dan pergi pun naik motor xD

Kalau naik kereta tu memang goodluck la nak cari parking sebab sumpah dahsyat gila yeee. Kitorang yang naik motor ni pun kena parking dekat depan SK Presint 8, pastu kena jalan kaki merentasi Jambatan Wawasan sampai ke Dataran Putra tu. Dalam 2km jugak jalan. Banyak jalan yang dah ditutup.


Ramai gila yang gigih berjalan kaki macam kitorang jugak. Semangat gila rakyat Malaysia! 

Sambutan Hari kemerdekaan ke-67 yang bertema Malaysia Madani : Jiwa Merdeka ni dimeriahkan dengan hampir 100,000 orang yang termasuk dengan 17,000 peserta perbarisan, 59 kontinjen, 24 pasukan pancaragam, 439 aset ketenteraan serta 112 haiwan. 

Boleh bayang tak ramai dia camne. Aku sebagai bangsa yang datang last minute ni, memang tak dapatlah duduk barisan depan, apatah lagi nak dapat tempat duduk yang berkerusi xD


So di bawah ni aku share lah sikit gambar yang aku snap walaupun kualiti zoom dia buruks. Maklumla, kitanya duduk bawah pokok, Jauh pulak tu. Dapat nampak sikit-sikit pun okaylah.

Bomba Malaysia buat gaya tugu negara

Setiap tahun perbarisan merdeka, ramai orang always looking forward nak tengok unit VAT69 Komando. Smart bergaya gila! Semua orang sedia maklum nak masuk jadi komando ni bukan calang-calang orang ya. Hanya yang mampu tahan latihan brutal je yang layak. Respect gila.

Cuma tahun ni takde acara payung terjun macam tahun lepas. Tapi ada persembahan tempur tanpa senjata daripada Angkatan Tentera Malaysia. Aku pulak risau tengok kepala diorang ada pendarahan dalaman sebab hantuk kepala dekat kayu & atap rumah. Power-power abang askar kita ni.

Untuk tahun-tahun sebelum ni aku tak terlalu take noted sangat pasal 'Human Graphic' ni sebab kat TV pun tunjuk sekejap-sekejap je. 'Human Graphic' ni diwakili oleh 2,000 pelajar sekolah menengah di sekitar Selangor, tugas diorang ni membentuk text ataupun corak-corak sebagai penyeri untuk hari kebangsaan ni. Walaupun aku duduk jauh, still boleh nampak sipi-sipi diorang buat corak bendera Malaysia, tulisan Daulat Tuanku. Goodjob!

kredit image : Sinar harian

Di hujung acara ni, ahli dari JKKN mempersembahkan tarian 'Cuci Rasuah' sebagai usaha untuk menyokong perjuangan PMX dalam membanteras rasuah di negara ni. Diorang menari dengan penyapu dan tong sampah dengan rentak yang sangat energetik. Aku harap orang-orang yang kuat makan rasuah tak sedar diri dalam jabatan kerajaan mahupun pak-pak menteri tu terasa dan bertaubatlah ye. Bukitkan yang negara Malaysia ni berintegriti dan tunjuk contoh negara Islam yang baik dengan jauhi rasuah.

Bagi aku yang pertama kali join sambutan merdeka ni, Memang best sangat. Ingatnya nak first and last, tapi rasa macam tahun depan nak join lagi kalau dia buat kat Putrajaya lah :p Semoga Malaysia negaraku terus aman damai, hidup harmoni dalam bangsa berbilang kaum serta stop drama dan kontroversi terutama dari ahli politik, haha.

Salam Kemerdekaan ke-67!


18 Jun 2024

Mi Sedaap Buldak cheese

Assalamualaikum.

Semalam aku beli barang kat Jaya Grocer niatnya nak ambil sepaket Mi Sedaap perisa ori, pastu nampak adik ni promote tester Mi Sedaap Buldak Cheese pulak. Mula-mula aku jual mahal taknak try, tapi sebab tengah lapar dan promoter tu pun dah offer, ambil jelah kan.

Bila makan tu eh sedap pulak. Maka aku pun belilah sebungkus pek mi perisa buldak cheese ni. Harga kat Jaya Grocer sekitar RM7.40 camtu (tak ingat). 

Inilah rupa mi tu. Rupanya perisa buldak ni dah ada sejak tahun lepas lagi, aku je yang baru tahu sekarang. Dalam 1 pek ni ada 5 bungkus macam biasalah. Kemudian didatangi dengan 4 pek perencah.


Personally pada aku, rasa dia macam Samyang cheese sikitlah dan aku lebih suka Mi Sedaap Buldak ni berbanding Samyang cheese. Sebab Samyang cheese tu terlalu pedass. Yang ni sedang-sedang je. 

Dari segi harga memang Mi Sedaap ni menanglah kan, harga bawah RM10 je. Samyang tu je harga sekitar RM20++. Kalau murah sikit dapatlah dalam RM17 gitu. Agak berbaloi kalau teringin nak Samyang cheese, tapi nak version bajet xD

Gambar first tu dengan cahaya outdoor, 2nd tu indoor. Melampau je gambar indoor tu nak merah-merah macam pedas menyengat sangat. Padahal tak pedas sangat pun haha.

Overall, sedap kena tekak dan boleh ke nak repeat lagi.

Korang dah pernah rasa ke belum?

17 Jun 2024

Eid Al-Adha dan pengorbanan Palestine

Assalamualaikum.

A picture of my recent trip, Taipei Grand Mosque.

Selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Rasanya Idul Adha tahun ni mesti sangat memberi impak pada seluruh umat Islam di dunia tentang apa itu pengorbanan yang sedang terjadi sekarang ni. Kebanyakan khutbah-khutbah di masjid tadi mesti akan bercakap pasal Palestine. Pengorbanan yang mereka lakukan tersangatlah besar dan perit untuk ditanggung. Kita yang tengok ni pun tak sanggup, fikirlah macam mana diorang yang kena hadap sejak 8 bulan ni. Tak, sejak 1948 lagi! Cuma kalini sangat dahsyat, melampau dan biadap.

Takde apa yang kita semua harapkan pada tahun ni melainkan pembebasan Palestine. Pengorbanan rakyat Palestine betul-betul telah membuka mata mereka yang bukan beragama Islam untuk turut bersolidariti sekali. Di belah-belah Europe dan America sekarang antara yang lantang bersuara tentang genocide yang berlaku. Rasanya dulu-dulu cuma orang Islam je yang bersuara pasal isu Palestine ni. Tapi sekarang tak lagi. 1 dunia dah letih tengok barbaric act of Zionist/Israel. Lagipun sekarang zaman teknologi, senang nak dapat info di hujung jari. Cuma kalau ada yang masih buta to see the truth tu, dia dah tak layak dipanggil manusia.

Funny betul orang-orang barat selalu buat cerita pasal superhero selamatkan dunia, but in real life dioranglah punca dunia ni kucar kacir. Dalam movie kemain cipta watak puak tertindas berusaha nak dapat kebebasan macam dalam cerita The Hunger Games, tapi in real life diorang sendiri menidakkan pembebasan rakyat Palestine walaupun selepas 40,000 angka kematian dalam masa kurang dari setahun. Lagi teruk daripada perang dunia kedua atau pada zaman holocaust.

Semoga doa-doa kita semua diangkat pada hari arafah dan dimakbulkan. Semoga Allah turunkan tentera malaikat untuk membantu para mujahidin melawan musuh dan semoga Israel musnah berkecai. Palestine will be free.

Calling for a permanent ceasefire because enough is enough.

8 Jun 2024

Part 3 : Mendaki Kinabalu - Summit Attack Mount Kinabalu

Assalamualaikum

entry yang lepas --> Part 1Part 2

25/08/2023 - Jumaat

Memandangkan malam sebelum summit attack tu aku tidur awal (dapat lelap mata 4 jam), pagi tu aku agak segar jugaklah dan bersemangat nak summit attack. Pukul 1 am aku dah bangun siap-siap dan turun ke kafe pada pukul 1.30 am untuk supper. 

Pagi tu cuaca sangat sejuk, lebih kurang 3°C. Tengah makan tu, tiba-tiba diorang cakap kat luar tengah hujan. Aduhh janganla jadi macam tahun lepas lagi... Tak sanggup menanggung kecewa tak dapat naik buat kali kedua weh.. Dah fikir macam-macam dah time ni, negatif positif semua ada. 

Kebiasaannya pendaki boleh summit attack bermula pukul 2.30 am dan cuf off time pada pukul 5.30 am. Tapi jika cuaca diluar hujan, kena tunggu sehingga 3.30 am untuk pelepasan terakhir. Alhamdulillah, guide bagitau kami boleh start naik pukul 3.30 am tu. 

Mesti orang fikir if naik lewat, cut off time akan dilajakkan masa ke tak? Jawapannya, TIDAK. Cuf off time masih pada pukul 5.30 am walaupun kita gerak lambat kerana faktor cuaca. Pandai-pandailah manage masa 2 jam tu untuk sampai ke checkpoint Sayat-Sayat. If tak melepasi masa yang ditetapkan, maka hancurlah harapan untuk ke puncak.

Telan air liur dah aku, mampu ke nak terkejar-kejar 2 jam sampai ke Sayat-Sayat before COT ni? Dahla cuaca sejuk, udara makin menipis, walaupun cuma 2km jerr.

Lepas dah dengar pesanan ringkas oleh guide, maka kitorang berlapan pun terus start gerak. Masa ni wajib pakai headlamp sebab memang gelap gelita tak nampak apa.

Bila tengah summit attack ni memang kita kena jadi selfish sikit, tak boleh tunggu2 kawan dah. Aku memang percepatkan langkah tak pandang dah siapa kiri kanan. Pastu semput sebab udara makin menipis + cuaca sejuk. 

Cahaya lampu dari headlamp pendaki dan sipi2 lampu di Kundasang
Sepanjang naik ni memang tak ambil gambar sangatlah sebab tak nampak apa pun. Cuma fikir nak cepat sampai last checkpoint je. Tapi rasa macam nak pengsan pun ada sebab susah nak bernafas. Lagi situ, disebabkan penglihatan yang terhad, pendaki kena sentiasa pegang tali sebab baru lepas hujan renyai dan permukaan batu agak slippery. Ada 1 jalan tu agak susah dan menakutkan sebab kau kena berpaut pada tali dan peluk batu yang besar untuk melangkah. Masa tu dahlah tengah koyak kena serang AMS, pastu nak kena langkah batu besar pulak.

Apapun, aku berjaya reach Pondok Sayat-sayat pukul 5.15 am. Lagi 15 minit before gate tutup. 

Dekat pondok ni ada sediakan tandas dan bilik rehat. So siapa-siapa nak gi toilet ke, tidur sekejap atau ambil wudhu, sinilah tempatnya. Lepas tu takda dah tandas-tandas ni. Dari pondok Sayat-Sayat nak ke Low's Peak, kena berjalan lagi 1.7 km.

Daripada pondok Sayat-Sayat ni, kita perlu sampai ke Puncak sebelum 7.30 am. Lebih daripada 7.30 am tak dapatlah bergambar dengan sign Low's Peak tu. Ikut budi bicara Guide yang jaga kat atas tu jugalah.

Aku target nak sampai peak before sunrise, tapi sunrise kat Sabah ni pukul 6 dah naik. Kita pulak pukul 5.30 am baru gerak dari Sayat-Sayat, memang tak dapatlah citer dia. Sedih berhuhu-huhu jelah sambil jalan nak pegi peak tu tengok sunrise.
Dongkey ear. Lagi sebelah telinga tu dah takda akibat daripada gempa bumi tahun 2015
Dalam 40 minit berjalan, barulah jumpa papan tanda 8 km di mana situlah spot paling femes bergambar sebab view tu ada dalam duit kertas RM100.
Daripada puncak RM100 ada berbaki lagi 700 metre untuk sampai ke Low's Peak. 700m tu pun lebih kurang 40 minit jugaklah berjalan. Langkah aku pun makin sloww sebab kita nampak peak, tapi rasa macam jauh gilaa nak sampai. Dekat di mata, jauh di kaki.
Atas sekali tu adalah Low's Peak, puncak paling tertinggi di Gunung Kinabalu. Saat gambar ni diambil, ada lebih kurang 400m jarak nak naik keatas. Aku rasa nak sampai puncak tu part yang paling rasa nak meninggal. Sebab kita menggunakan sisa tenaga yang yang tinggal sipi-sipi... pastu kena panjat batu-batu yang besar tu. Tercalar sikitlah tangan aku masa memanjat kat batu tu. Ini kalau jatuh ni, adui sakitt. 

Ada brader ni kesian kot tengok muka aku macam mintak nyawa sangat, dia hulur tangan untuk tarik aku, auchhh hahaha. Sebab batu dia agak tinggi, aku taktau nak pijak belah mana yang selamat. Dahlah kita ni tengah nazak sangat.
Tepat pukul 7 am, aku dan Lily sampai kat puncak. Kak Sarah pulak dah sampai 10 minit awal dari kitorang. Fuh rasa bangga bila dulu kita selalu tengok kat TV je, finally berjaya menawan puncak yang berketinggian 4095.2 m dari aras laut dan paling tertinggi di Malaysia! Terharu beb, ni pun second try tau.
Gambar kiri, adik aku baru sampai Low's peak pukul 7.30 am, gambar kanan si Lily feeling macam kat Korea. Kat atas puncak tu takleh duduk ramai-ramai pun sebab sempit sikit. Selesai bergambar, jangan melepak lama-lama sangat kat atas sebab orang lain pun nak ambil gambar jugak.

Walaupun aku kata pukul 7.30 am tu dah tak boleh ada kat Low's Peak kan, tapi disebabkan kitorang ni naik lambat, guide tu cam okay je untuk siapa-siapa yang baru sampai peak pukul 7.30. Kitorang start turun bawah pun pukul 8 camtu haha.

Dah siap bergambar dan otw nak turun, Kak Sarah kena serang cramp yang maha dahsyat sampai menjerit-jerit. Kat atas tu sejuk sangat yang buat kaki boleh cramp. Time-time macam nilah kitorang perlukan guide tapi dua-dua tak nampakk. Pastu guide dari group lain tanya "mana guide kamuorang?" haha rasanya lepas keluar 3.30 am tu memang guide kitorang terus hilang -__-
Dekat puncak Low's Peak tu, aku siap whatsapp Acai lagi tanya macam mana nak buat ni. Acai kata bancuh air garam ORS tu, atau kalau takde bagi gula-gula Himalayan Salt. Nasib baikla ada gula-gula tu dalam beg aku. Eh btw kat atas tu dapat line tau. Aku siap update ig story lagi.

Otw turun, macam-macam gambarlah kitorang ambil.
Masa nak turun tu barulah nampak guide kitorang. Tapi kalini diorang pegi tinggalkan 4 orang yang lain tu pulak hahaha. Kak Dila sampai terjatuh sebab diorang semua cam clueless takde orang guide cara nak turun. Aku cam geram jugaklah dengan guide ni, sebab patutnya sorang jaga group depan, sorang lagi jagalah yang belakang. Time kitorang perlukan guide lah patutnya diorang kena ada on scene. 

Pastu dapatlah bergambar berempat. Masa ni matahari dah terik walaupun belum pukul 9. Dahlah atas puncak tinggi, rasa macam matahari direct memancar kat muka kitorang haha.
only 4 of us yang berjaya sampai. Lagi 4 terkandas di Sayat-sayat
Sempat picnic sambil buat hot chocolate xD
Maka bermulalah perjalanan turun daripada Low's Peak hingga ke Timpohon Gate untuk hari ni. Summit date memang akan jadi hari yang paling penat sebab kita bangun seawal 1 pagi naik gunung dan direct turun without rest untuk tidur-tidur. Rest pun cuma untuk sarapan je. maka bajet-bajetlah masa tu untuk sampai ke Timpohon Gate before 4.30 pm kalau taknak dikenakan cas tambahan.
Kelebihan naik waktu gelap-gelap ni, kita tak nampak betapa curam dan tingginya time naik. Masa nak turun tu terus jadi tak pandai hahaha. Bersedialah untuk longgar-longgar lutut dan kaki jelly.

Tapi layankan jelah. Bila lagi nak rasa sakit camni kan.
Postbox paling tertinggi di Malaysia
Bye Panalaban, bye Gunung Kinabalu! Mission accomplished, Alhamdulillah.
Adik aku dengan kawan dia pergi tidur sekejap sebab diorang ngantuk. So aku dan yang lain-lain ni gerak turun bermula 11.30 am. Ni pun kira lewat dah sebenarnya. Tapi asal sampai bawah dengan selamat pun cukuplah.

Last COT untuk turun ke Timpohon Gate ni adalah 4.30pm. Ini COT wajib, bermakna jika pendaki melebihi had masa yang ditetapkan, akan dikenakan cas OT untuk guide bergantung pada budi bicara. Untuk turun ni aku anggarkan masa sekitar 4-5 jam je. 
Pada pendapat aku, turun Kinabalu lagi sakit daripada naik. Time turun ni lah muncul scene lemah lutut, kaki menggigil, kena seret kaki dan korang akan benci tengok tangga lepastu xD Kalau power, turun sambil berlari je. Sama je kalau turun slow kaki sakit, lari pun kaki sakit. Tapi bezanya dari segi masa tu takdelah nak menempuh seksa yang lama sangat betul tak? hehehe.

Alah gurau je, siapa power dia larilah. Aku jalan je, tapi kena jalan laju-lajulah sebab dah janji dengan orang kereta sewa :p
Bila petang je dah start hujan lebat. Aku pulak jalan sorang time tu, langsung tak jumpa pendaki lain. Taktaulah ni cerita seram atau perasaan je.. Tapi masa jalan sorang tu, aku macam dengar bunyi orang berjalan dengan hiking stick tau, bila toleh takda pun. Baru nak excited ada orang teman jalan sekali. Bila sambung jalan lagi dan tak lama lepastu, dengar lagi. Taktaulah itu bunyi air hujan yang mencurah kena daun pokok/lopak ke apa. Tapi bunyi dia tu memang macam bunyi orang berjalan atas permukaan berbatu dan bunyi hiking stick tu paling ketara. Aku time turun memang tak guna hiking stick.. mana datang bunyi tu ._.

Nampak je tangga last ni, terus rasa sedih sebab finally it's time to say goodbye to Mount Kinabalu. Aku sampai kat gate tu tepat-tepat pukul 4pm. Lepastu tunggu transfer van hantar pegi office untuk ambil beg-beg dan kereta sewa. 

Lepastu barulah sorang demi sorang geng aku turun selang 30 minit. Paling last pukul 6.30pm. Sampai bawah tu jangan lupa ambil sijil kat office.
Gunung Kinabalu masa tengah sunset. Yang kat atas hostel masa ni mesti nampak view lawa macam kitorang tengok semalam
Lepas semua dah sampai, terus gerak pergi homestay kat area-area Kundasang. Sampai homestay tu mandi, solat, makan megi, terus pengsan. Tak larat dah nak keluar cari makanan berat walaupun masing-masing lapar. Penat melebihi dari lapar xD

Itu saja kisah pendakian di Gunung Kinabalu ni. Sampai je bawah tu aku dah berazam mungkin takkan repeat lagi dah sebab mission accomplished kan. Tapi who knows kalau tiba-tiba nanti nak repeat buat via ferrata pulak? xD

Aku rate Kinabalu ni 6/10. Sebab trek dia easy sebenarnya. Trek bertangga je. Aku pergi Gunung Besar Hantu yang tingginya cuma 1400 meter tu pun lagi susah dari Kinabalu. Dengan kaki tersekat dalam selut, kena merangkak nak panjat akar-akar pokok yang tinggi. Kat Kinabalu trek santai, bersih dan paling best ada toilet kat setiap pondok. 

Jumpa di next entry kitorang gi jalan-jalan Kundasang!