2 Dec 2021

Kesinambungan mimpi ngeri

 

Asslamualaikum

Takut tak baca tajuk? Mimpi ngeri apa yang bersambung tu agaknya? Anyway aku minta maaf sebab dah tenggelam timbul dalam dunia blogging ni. Pageview dah merundum teruk gila-gila tapi tulah, aku banyak je benda nak cerita, cuma mood malas nak update blog tu Ya Allahh xD

And my mental health was tested again dengan mimpi ngeri ni.

Kalau korang ada baca entry yang laptop aku dimasuki virus tu, KLIK SINI UNTUK BACA rupanya dia tidak habis setakat disitu ya.. Yes aku dah factory reset laptop, tukar semua password yang link dengan google account. Lepas semua tu, ingatkan aku dah selamat. Walaupun duka di hati masih sedih lagi sebab aku sayangkan gambar-gambar dalam hardisk yang dimasuki virus tu. Semua tempat aku dah try tanya dan tak ada yang boleh restore balik semua file-file aku yang hilang dalam hardisk tu.

Btw thanks to blogger Hanamiko Sakura sebab suggest call Cyber Security Malaysia. Dah try call and diorang pun kata tak boleh bantu huhu. Saya redha jelah..

Sebenarnya, email aku dah di godam oleh orang gila since dari kes masuk virus haritu. Lepas berapa bulan menyepi, dia hantar email ugutan kat aku yang menyatakan dia dapat access semua privasi aku macam gambar, video, email, chats dan bila-bila masa je dia boleh buat benda tak elok kat aku.

And i found out dia pernah berjaya masuk to my microsoft account. Rasa serabut gila like okay, kau dah dah pernah masuk privasi aku berapa bulan lepas, hilang habis semuanya. Cukuplah. Aku bukannya ada duit pun nak bayar ugutan tu. Literally memang orang biasa. Memang celaka sungguh manusia-manusia ni nak ganggu hidup orang.

Aku tak boleh cerita panjang and detail sebab still rasa tak selamat. Nak taip entry ni pun still rasa takut-takut-takut. But for sure, aku takde pilihan lain selain kena delete email tersebut. Yes, email yang aku dah guna since zaman sekolah, terlalu banyak kenangan.

Aku create email baru dan tukar semua social media dengan email baru. Blog ni pun haritu macam buntu jugak tak tahu cara nak tukar email. Tapi berjaya jugaklah alihkan. Kalau tak memang menangiss!

Followers di dalam blog aku ni masih kekal, tapi aku still kena follow balik blog korang semua. Mungkin disebabkan blogger profile aku sekarang dah tukar dengan yang baru. Kalau korang dah follow aku, drop je link blog korang, nanti aku akan follow semula yaa! :')

And logik ke kalau aku cakap disebabkan blogger profile aku ni dah tukar baru, pageviews blog jatuh merundum sebab orang macam dah tak perasan keberadaan blog aku? Tapi url blog ni masih sama je. Luar biasa rasanya bila i update entry baru walhal dah seminggu lebih, tapi pageviews untuk entry tu masih bawah 30 views..... Selalu paling-paling busuk untuk seminggu pun dapatlah atas 80. Ke sebab orang tak perasan update terbaru aku? Atau pun memang aku dah lama sangat tak update blog sampai takde orang datang :') Haihh entahlah... Tapi memang rasa lainlah sekarang ni. Aku kena blogwalking banyak-banyak untuk bantu menaikkan semula pageviews ni. sedih sangat bila jatuh teruk camni

Btw ada banyak lagi akaun yang aku perlu tukar email selain social media. Ni pun aku utamakan mana yang penting dulu dan ubah slow-slow. Tak pernah bayangkan benda seteruk ni boleh jadi pada aku :') Sekarang ni aku tengah pening camne nak alihkan google photos kita pergi email baru. Dah taknak apa-apa benda semua link ke email lama tu. Walaupun sekarang aku dah double the protection, tapi masih scary dan takut kalau-kalau orang tu dapat masuk lagi. Memang cara terbaik dia aku kena terus hapuskan je jejak email lama tu T__T

Korang doakan aku kuat dan sentiasa selamat daripada tangan-tangan jahat manusia tau. Jagalah korang punya security untuk akaun sosial media, email atau apa-apa benda online ni. Dunia internet ni memang tak pernah selamat.

Lepas dah settlekan masalah ni aku akan update entry macam biasa okie. 


30 comments:

  1. Takutnya kena hack. I pun pageview drop sebab orang kata google tukar algorithm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu scary sangat. Entah siapa2 yg masuk email saya tu :(
      Ohh camtu ke? Maksudnya utk blog2 picisan yg biasa2 ni takkan keluar kat google search ke?

      Delete
  2. Harap2 masalah ni dapat diselesaikan

    ReplyDelete
  3. ohh dah tukar profile jugakla kan, patut rasa macam lain. semoga dpt dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep dah tukar profile blogger. Cuma pageviews jatuh teruk aa hahah

      Delete
  4. Semoga selamat menukar semua email di medsos. Terima kasih berkongsi. Kalau tak, tak alert pun pasal hacker ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :) zaman skrg kena hati2. Jangan cuai bika kat internet ni. Dapat kat orang jahat habis semuanya

      Delete
  5. Hi, I'd suggest you to enable 2 factor authentication (2FA) in any social medias to avoid case camni in future (but not sure if you dah pernah try this, just a suggestion hihi), also don't forget 2FA to your emails & try not to depend only on 1 email and not to stick to the same 1 password too.. Wish you well! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, already set up 2FA kat semua social media termasuk email. Paranoid dah awak hahaha

      Delete
  6. Takut pulak rasa bila bab kene hack tu... Semoga semua urusan awak dipermudahkan ye? kuat yee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee awak sangat scary. Bayangkan kita igt takat bulan 8 tu je dia ganggu sampai bulan 11 saya perasan ada suspicious activity kat email saya. Kira berbulan bulan sebenarnya dia still pegang email saya. takut sangatt

      Delete
  7. sedihnya terpaksa delete email lama. BV pun guna email lama since zaman sekolah jugak T^T lepas ni kena buat two factor authentication untuk semua email dan login google (blogger) berserta social media, terutama kena buat yg ada push notification kat phone tu. semoga dipermudahkan urusan ya mazni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih sangat BV. Dahla kita taktau camne nak alihkan google photos tu gi ke email baru. Just download semua jelah. Lesson learned sangat, now every social media dah buat 2FA

      Delete
  8. Takut juga bila dengar cerita awak ni. Seramnya orang nak godam godam ni. Rasa kena tukar password email juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahla yg godam tu luar negara. Binawe hawau betul lagi scary hahah

      Delete
  9. Apa apa pun semoga urusan awak dipermudahkan

    ReplyDelete
  10. ya Allah, semoga orang yang buat jahat tu betul2 tak aman la hidup dia sebab mengganggu hidup orang lain. semoga mazni kuat semangat ya! semoga dipermudahkan segala urusan <3

    ReplyDelete
  11. trauma gambar hilang pun belum habis lagi, ni tambah kena hal mcm ni pula. dugaan betul.harap semuanya dah ok sekarang ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq awakk. Saya dah tak guna dah email tu. Harap takde pape lah lepasni. Memang trauma sungguh huhu..

      Delete
  12. I am still at a lost for words. 😢
    Semoga Allah permudahkan semuanya for you. *hugs

    ReplyDelete
  13. Mazni.. kesiannya awak.. sabar tau.. sungguh takde keje la orang mcm ni... satu penganiayaan.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia internet ni memang bahaya. Silap sikit habis hilang semua siap kena hack bagai. Scary sangat

      Delete
  14. siap ugut ni hawauu btolla khanns.. dh buat report polis blom?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan orang malaysia ni. Hackers luar negara. Lagi takut 😭😭

      Delete

Nak komen apa? silakan~