29 Nov 2018

Highlight oktober dan november


Assalamualaikum

Kisahnya, aku nak buat entry pasal "october recap" lah kononnya. Tapi bila fikir balik.. sekarang ni kita dah berada di penghujung november, rasa macam dah basi sangat kalau nak cerita pasal october kan.

Maka dalam entry hari ini, biarlah saya membebel sikit tentang kejadian menarik sepanjang tempoh aku menghilang dari dunia blogging ini. Ini ada je campur cerita october dan november, kita compile je dalam satu entry. Mungkin korang rasa entry ni macam tahpape tapi saja je nak update sebab taknakla blog saya ni nampak kosong saja. Pageviews aku dah jatuh menjunam sejak-sejak busy macam YB ni. Huaaaaaa!

Okay, mari kita berceritaaa

kejadian october

Sebenarnya october adalah bulan yang paling busy teramat dan bulan yang paling banyak aku menghabiskan duit lantaran kami semua banyak buat project dan selalu kena keluar untuk field work *nangis tepi bucu katil. Tapi takpalah, busy-busy pun okay juga. Adalah life juga kan dari duduk duduk saja

Dan tidak dilupakan juga, october adalah bulan kelahiran aku. Bermakna tahun ni aku dah 21 tahun! Ramai kawan-kawan yang wish birthday dan as usual, roommate saya Arissa memberikan saya teddy bear kecik yang pakai topi konvo. Family pula belanja makan. Semoga Mazni diberi kesihatan yang baik sepanjang tahun umurnya meningkat.

Konvo day

Pada previous entry, aku ada cerita dah konvo untuk diploma. All sleepless nights, all tears, all tiredness dan segala pahit manis finally pays off. Daripada zaman diploma lah aku berjaya meningkatkan self-esteem sendiri. Dari zaman diploma lah aku berjaya up communication skills. Dari zaman diploma lah aku dah pandai berfashion sikit (haha). Dan dari zaman diploma lah, aku dapat kawan-kawan yang paling seronok dan aku takkan lupakan each of everyone of them. Terima kasih pada yang terlibat dalam mewarnai zaman diploma saya. Kita kenal since 18 tahun, dari zaman muka semua orang selebet baru habis sekolah, sampailah dah 21 tahun ni semua dah helok-helok belakaaa.

Boleh baca kat sini --> cerita konvo
tips konvo : janganlah pakai tudung bawal. habis berkemut kemut tudung aku sebab pakai mortar board tu

Classmate dah kahwin!

Baru je cakap dah konvo kan? Seminggu lepas konvo tu guess what..? Classmate aku dah kahwin! Rasa macam tak percayanya kita belajar sama-sama dari sem 1 sampai sem 5, kita membawang sama-sama dalam kelas dan kadang-kadang selalu balik naik ktm sekali. Since ini adalah first kawan aku yang kahwin, mestilah nak tengok kann.

Kitorang datang dari Puncak Alam. Perjalanan nak ke rumah pengantin tu pun makan masa 1 jam. Aapapun, tahniah kepada kawan saya Fauzi Azizul dan pasangannya Fatin Najihah. Semoga bahagia sampai akhir hayat!

info tambahan, pengantin lelaki ni juga merupakan salah seorang ahli daripada kumpulan kompang 5 beradik so boleh subcribe on their youtube channel.

Pergi Muzium

Kan aku kata bulan 10 ni bulan paling banyak perabis duit kan? Sebabnya kitorang kena 2 kali buat field trip ke muzium untuk 2 subjek. Aku memang suka pegi muzium walaupun orang kata muzium tu bosan. Alang-alang dah lama tak pegi muzium, haruslah kami menggunakan kesempatan dengan sebaiknya.

Pastu kalau pegi muzium ni kan, gambar dia tersangatlah insta-worthy okayy.

 Islamic Art Museum Malaysia, Kuala Lumpur
Muzium etnik Melayu dan Maritim museum

Kejadian November

Petrosains

Rasanya sangat lama aku tak menjejakkan kaki ke Petrosains. Time sekolah rendah kira last timelah aku pergi situ. I love discovery place sebab boleh explore benda-benda menarik. Pergi sini dengan 3 orang rakan saya masa kerja kat DIY dulu. Lagipun dah lama tak jumpa kat pengarang jantung saya ni, kami plan nak pegi petrosains dah lama dah. Ini kira jalan-jalan sambil lepaskan rindu jugaklah :p

Normal price nak masuk sini RM 22 tapi kalau bawak student id cuma bayar 16 je. Dah masuk dalam tu, kau mainlah seberapa banyak yang boleh. Macam kitorang ni, semua benda kitorang cuba. Nak dekat 3 jam jugaklah duduk dalam tu.


Aku rasa worth it la kot main dalam ni sampai 3 jam. Banyak aktiviti menarik. Ada certain benda yang dah takda, ada juga yang dah buat pembaharuan. Dan ada tempat yang kena bayar jugak dalam ni, contohnya macam nak masuk bengkel lukis. Ahaha better aku main je benda lain yang free tu.

Bulan 10 dengan 11 memang antara hectic month jugaklah sebab sangat kelam kabut. But i enjoy every moment! Terutama bila jumpa dengan orang yang dah lama tak jumpa.

Sekarang ni tinggal lagi 2 minggu sebelum nak habis semester 4. Masuk je cuti sem ni aku terus praktikal 3 bulan *nangis tepi bucu katil Nak cutiii sebab sem ni penat sangat.. Tapi apakan daya..... Semoga baik-baik sajalah.

Itu jekot, thanks for reading!




16 comments:

  1. tahniahhhh dah konvo diploma! :D
    bestnyaaa enjoy ngan kawan2 walaupun busy2 kan :)
    BV pun rasa macam hectic jugak bulan nov, sebab kerja kot XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih BV!
      hehe best sangatt. sebab dah lama tak jumpa dgn kawan2 kita tu
      rasanya bila dah hujung2 tahun ni memag busy kan xD

      Delete
  2. Rasa nak kena pergi baliklah petrosains tu..
    Last pergi masa kecik kurang 10 tahun kut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yes saya pun last pegi petrosains masa 10 thun dgn lawatan sekolah xD
      ni dah 21 tahun baru pegi balik. tk banyak perubahan sangat tapi okaylah, masih menarik

      Delete
  3. ha'ah setiap kali kalau perlu pergi site visit ke apa ke mesti duit habis T_T & thank you for the tips utk tudung bawal tu hahaha

    & congrats again mazni sbb dah konvo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat kak T_T dah lari bajet dah untuk perbelanjaan bulan 10 tu hahaha

      ye, sila jangan pakai tudung bawal for convo sebab confirm tak jadi tudungnya
      thankyou! ^^

      Delete
  4. Bestnyaa dah konvo. Tahun depan kak nini pulak :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh kak nini, lamanya tak nampak! rindu tengok blog akak yg penuh dgn doodle tu :3
      congratulations konvo next year!

      Delete
  5. Nak buat pengakuan, saya tak pernah masuk pun Petrosains tuuu. Kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti tryla pergii best je sebenarnya xD
      kawan saya yg dua org tu pun tk pernah pegi excited lak memasing haha

      Delete
  6. tahniah...dah konvo

    salam kenal dari umifuzy.com

    ReplyDelete
  7. Tahniah Mazni dah convo! Goodluck untuk degree pulak. Nice jugak eh Petrosains sekarang, lama sangat dah tak pergi. Hahah!

    ReplyDelete
  8. A ah lah hectic betul two months yg lalu smpai time baca post ni baru perasan dah mula disember dah. huhu. Tahniah for ur graduation ^^

    The Hundred Pages | Eyqa Zq

    ReplyDelete
  9. macam best jee dia punya recap, pi museum and petrosains tu! hahahah sbb dah lama xpi petro sains, last 15tahun lepas kot, ttbe rasa mcm dh tua :p

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~