31 May 2017

Althea Haul!


Assalamualaikum

Baru ni aku cuba beli skincare/makeup kat althea. Selama ni selalu beli kat hermo, tapi disebabkan benda yang aku nak tu telah kehabisan stok maka kita pun beralih arah ke Althea pulakss. 

Oh ya, Althea dengan Hermo ni tak banyak beza pun. Sama je jual skincare dari korea. Cuma bezanya Althea ni ship all the way from korea so boleh tahan jugaklah nak menunggu parcel sampai rumah. Kalau hermo sampai rumah 2-3 hari je Althea ni 10-15 hari. Sapa tak menyabor macam aku sila pikir dua tiga kali okayy.

tengoklah kotak dia comel betul kaler pinkieuu
tak banyak pun, 5 je

Sebenarnya pencuci muka aku dah nak habis, tu yang kalut cari cleanser baru tu. Sebelum ni pakai green tea cleanser jugak tapi jenama Nature Republic, kali ni nak try brand innisfree disebabkan aku memang suka dengan brand ni! Ahaa tak elok kan tukar2 cleanser ni, sebabnya green tea Nature Republic takde kat althea ni. Tu yang rembat terus innisfree asalkan green tea kan? 


Yang ni bau dia memang wangi sangat. Bukak-bukak kotak je terus bau green tea, dah rasa macam kat ladang teh pulak *tetiba*. Function dia sama je kot macam green tea Nature Republic tu, membersihkan serta menyegarkan kulit muka. Bila aku pakai any product green tea ni memang muka rasa segar gila pastu rasa macam kurang berminyak! Green tea ni memang sesuai dengan semua jenis muka rasanya, termasuklah saya!


Compact powder nilah yang menyebabkan aku terpaksa cari sampai ke Althea. Ni 2nd purchase tau sebab bedak ni memang oil control untuk muka aku yang berminyak ni! Selalunya kalau pakai compact powder mesti muka asyik berminyak je, tapi bila pakai innisfree punya no-sebum mineral pact ni steady je takde minyak-minyak tauu. Highly recommend untuk siapa-siapa yang jenis oily face!

Bye compact powder brand lain, aku akan stick dengan innisfree ni je

Haven't tried it yet. Bila baca review macam menarik. Haraplah concealer ni high coverage macam yang diperkatakan.

Baru try 2 kali je, setakat ni takde kesan lagilah. Yang penting bila apply kat muka tu rasa smooth dan tak sticky. Oh kawan aku kata arbutin tu function dia untuk mencerahkan kulit, tu kita tunggu dulu hasilnya. Jeng jenggg~


Aku ni bukanlah sejenis makhluk yang selalu pakai hand cream pun. Beli hand cream ni pun sebab nak cukupkan RM100 supaya dapat free postage, kahkah! Tapi bau cream ni wangi macam babyy. Function dia pulak sama je macam hand cream yang lain, moisture dan melembutkan kulit anda persis seperti kulit bayi, ewah.

Sooo, total damage untuk 5 ketul item ni RM100! Kira oklah kan 1 item bawah RM30 je? Apapun thank you Althea sebab menawarkan harga yang berpatutan untuk semua skincare dan makeup stuff ni. Saranghaeee!

Thanks for reading!

26 comments:

  1. comel gila kotak. buat hiasan kat rumah pun boleh. nanti dah guna It's 10 tu share share lah eh result guna xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann kotak dia tu tebal gila xD
      will do! kalau saya tak share tu maknanya tak berkesan tau hahaha

      Delete
  2. Mmg lama tggu brg althea ni tp dijamin puas hati en, bau korea 😆

    ReplyDelete
  3. geram tengok barang2 dari korea yang comel2 nie :D
    rasa nak beli je semua. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa cam nak beli semua je BV, tapi apakan daya....

      Delete
  4. compact powder tu mcm best je,blum pernah try lagi, nanti nak tengok lah hehe
    btw handcream tu cute sangattt

    ReplyDelete
    Replies
    1. best xD kalau tak best mmng saya taknya nak repeat order smpai 2 kali hehe
      beli handcream tu pun sbb packaging dia comel, dan nk menggenapkan harga 100

      Delete
  5. i thought rm150 above baru dpt free postage? ada org bagi tips kalau nak beli products byk2 better pergi kat althea sbb murah kan. ada yg lg murah daripada hermo. tp kalau nk beli satu dua je pilih hermo je la jwbnya. hihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat althea ni 99 above free shipping! haah selepas buat sedikit perbandingan, althea lagi murah xD

      Delete
  6. Amboi amboi Mazni. Kak Nad pun so far tak pernah beli dari Althea heheh :p Syok lah dia banyak skincare dari Korea tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nad terus makan shaklee, mmng terus lawa dah :p ni pun rasa cam nak beli lagi tau haha tamak sangat

      Delete
  7. Saya pon tertarik dengan compact powder tu kak mazni! Kulit saya pon senang berminyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila baca review mmng banyak +ve feedback utk oily face. best sgt pakai tuu

      Delete
  8. Amboi shopping! Hahah. Tapi memang best kalau beli produk yang bau wangi wangi macam ni. Belum pakai pun dah semerbak bau. Eheheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sabar pulak nak pakai! ni nak kasi habis yg lama dulu baru boleh pakai baru xD

      Delete
  9. wuyoo, tapi nape packaging yg innisfree no sebum tu nampak lain eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ada 2 jenis, satu compact satu lagi yg macam jenis serbuk tu. saya beli yg compact punya

      Delete
  10. macam best je sis skincare ni! comel pun comel. nak kena cuba jugak ni :D

    ReplyDelete
  11. Teringin nak try no sebum mineral pact tu tapi saya tak reti pakai powder lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm pakai bedak biasa je you. tepak2 je kat muka ni ha xD

      Delete
  12. Packaging comel-comel. Hand cream tu pon comel. Tetiba ada HUG ME dekat situ 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman sekarang ni semua benda kena comel cik epal hahaha

      Delete
  13. Berkenanlah dengan barang innisfree. Siqah nak terjah nanti. Compact powder innisfree comel 😍

    ReplyDelete
  14. Annyeong! Thanks for supporting Althea. We always love making sure Altheans get the best price possible. 😘
    x, 멜 (Mell) from Althea

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~