11 Dec 2016

me'nate steak hub si daging juicy!


Assalamualaikum

Dah lama teringin nak makan kat me'nate ni sejak tau branch bangi baru bukak awal tahun haritu. Sebagai warga bangi, haruslah kami gembira sebab takyahla pegi jauh2 dekat Ampang dengan Setapak sana! Alhamdulillah bangi semakin maju dengan makanan sedap. #lulz

Rasanya restoran ni pernah viral suatu ketika dahulu sebab dikatakan harga steaknya mahal dan ada yang sampai mencecah ribu ringgit. Selain tu, pernah juga viral pasal sorang diva yang taknak ku sebut namanya sebab well you know who kan? haha :p

Tapi tak semua steak kat sini mahal-mahal oii, bergantung pada jenis steak yang korang makan jugak. 

Marhaen macam iolls ni ambik yang biasa-biasa jelah. Tapi biasa-biasa pun sedap jugak y'all!


Kalau korang taknak makan steak. ada jugak menu lain macam pasta, pizza semua tu.


Menariknya, kita boleh pilih steak sendiri. Ada jugak baca review dari blog orang lain tapi still, masih jakun dan tak reti bab-bab memilih steak ni. Macam-macam jenis, macam-macam nama ada. Tak fahamlah saya dengan bahasa daging ni..

grain fed, grass fed, angus, wagyu. Ni nama-nama daging, dan yang paling mahal mestilah daging wagyu tu. Sejenis lembu import daripada jepun yang berkualiti tinggi!

sesi pemilihan daging untuk diabadikan didalam perut
Selain tu, boleh pilih teknik grill yang kita suka. Memula aku nak try medium rare, tapi dia tak galakkan sebab daging berdarah-darah. So cadangan terbaik adalah medium well. Berlagak mat salleh betul iolls ni nak try medium rare, kalau reti makan takpelah jugak kan? telor mentah pun kau tak mampu telan jangan mimpi nak makan daging separuh masak. #Tetiba xD

Oh lupa, air boleh refill free sampai muntah. Kopi dia sedap, dua cawan aku minum. Air jus pun okay jugak!

sebab meja kitorang betul2 berdepan dengan refill bar....Anda boleh tahu apa yang terjadi selepas tu :p 

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, steak pun sampaiii~ Dia terhilangkan steak yang kaklong aku dah pilih padahal dah ada tulis nama kot... So, steak kaklong sampai lambat sikit daripada kitorang. Kesian beliau..


grain fed ribeye - RM 57.64
Steak ni lembut serta senang dikunyah dan of courselah sedap. Black pepper dengan mushroom gravy tu paling aku suka! Yang ni special sikit sebab dia bagi mushroom gravy, diorang yang pilih steak lain tak dapat pulak kuah mushroom ni.

lamb rack - RM 59.84
Macam lamb chop yang biasa makan tu. Tapi yang ni punya tak liat and senang nak kunyah.

the grass strip
Taktau kenapa, grass strip ni agak liat sikit berbanding daging lain, penat dok ngunyahh. Walaupun dah mintak cara grill medium well, tapi rasanya macam diorang grill medium jee. Ke memang daging ni yang liat? Apapun, beliau sangat cantik ><

oh cantik sekalii <3

So here's the result....

Jangan pandang rendah dengan steak, nampak je macam sikit kan tapi sekali kau makan memang kenyang sungguh. Abang aku yang kuat makan tu pun sanggup menolak steak yang aku offer kat dia, haha.

Not bad laa, steak dia sedap! Patutlah tiap-tiap hari pun orang ramai makan kat sini.

Rate saya:
3.5 / 5

Thanks for reading!


21 comments:

  1. Assalamualaikum Mazni,

    Wahhh Me'nate ada cawangan Bangi, best.. Hurmm saya tak boleh telan medium well tu sbb msh nmpk merah (tekak kampung).. Kalau steak mesti order well done.. Overall nampak sedap dan suka bab minuman free refill, hehehe. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam,

      haah cawangan paling baru bukak. medium well tu ok pada steak saya, tpi tktaulah steak kakak abang saya macam liat sikit, macam dimasak medium pulakk
      air refill tu yang best xD

      Delete
  2. Tak pernah lagi makan dekat sini. Sedapnyaaaa !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nani food hunter kenalah try makan kat sini :D

      Delete
  3. tertelan air liur je tengok ni *gulp* sekali sekala boleh lah makan steak ni kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mampu nak makan selalu. ni pun ayah tetiba nk belanja, hehe

      Delete
  4. sedapnyaaaa. terliur tengok steak tu. menarik sungguh :D
    paling best, free refill air tu. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang ada free refill ni, takdelah rasa terbeban nak bayo harga steak dgn air sekali :p

      Delete
  5. tak pernah try lagi me'nate ni...

    wagyu tu cry tiger ehh..

    bahagian lembu plh sedap mmg daging rimau menangis...tapi saya sslu mkb daging lembu biasa laaa...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg saya tau mmng dia bahagian daging lembu yg paling sedap, lembu mahal ni xD

      Delete
  6. pernah pergi yang dekat bangi punya. nampak macam kecik tak kenyang kan, rupanya kenyang dia masha Allah sampai pagi esok! kalau steak, medium la yang sedap sebab juicy. buat buat tak nampak je kalau ada darah tu hihi

    http://www.erinazmir.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tula, liat bila dah gigit tu T__T

      Delete
  7. teringin jugak nak makan kat menate.. tp jauh... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haraplah nanti dia boleh bukak cawangan kt luar selangor pulak

      Delete
  8. mahal sangat kalau camni, harga makan seharian untuk 10 kali hahaha >.<
    kat bangi je, dekat sangat tuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ni pun ayah yg nak belanja, kalau pakai duit sendiri mmng taknaklah saya xp

      Delete
  9. Till now, tak pernah lagi makan dekat Me'nate! Huhu. Bila tah la eh nak dapat merasa steak dekat sana.

    ReplyDelete
  10. mmg best gila steak dia...teringat masa review Ramadhan punya menu..bos baik hati kasi rasa daging dia...MasyaAllah! sedap...yg wagyu pun dapat makan jugak...kiranya kalau mati pun senyum laa..hihi

    ReplyDelete
  11. Okeyy, stop kejap blogging. Pi dapur cari makanan. haha

    ReplyDelete
  12. betul la tu Bangi da maju sangat sampai akak tak kenal da kampung sendiri macam mana hehehe.. banyak kedai best2.. takdan pegi lagi Menate ni.. tapi pegi kena usung duit banyak nampaknyaaa deh..

    ReplyDelete
  13. Woweeeee! Terus tekak ni mengidam nak makan stik!

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~