28 Nov 2016

Program Dapur Jalanan KL


Assalamualaikum

Pada 25 September yg lalu, kelas kami join program Dapur Jalanan Kuala Lumpur atau nama singkat dia DJKL jelah eh korang panggil.

Kami join DJKL ni sempena untuk projek akhir kelas interpersonal communication. Untuk subjek ni, semua kena buat keje2 amal dan time tulah lecturer serahkan semua tanggungjawab kat kitorang untuk uruskan program ni. Baru tau betapa susahnya bila bebudak cam kami ni disuruh handle program, huhu.

 
hi ini saya, AJK media utk program dan ini partner saya, nizam

Tugas media takdelah teruk sangat macam jadi pengerusi, naib, setiausaha blabla semua tu. Kitorang main peranan penting masa program tengah berlangsung je, jadi paparazzi sepanjang hari.

Oh btw, aku yang design baju dengan banner program kalini. Rasa bangga jap satu kelas pakai baju yang i design muahaha! #riakciked

DJKL ni beroperasi setiap hari ahad dari pukul 5-7 petang. Lokasi tempat kat Jalan  Panggong, KL. Tiap-tiap minggu akan ada volunteer yang datang untuk agihkan makanan dan menu pun berbeza-beza setiap minggu. 

Btw, kitorang masak makanan semua ni kat premis DJKL kat Bangsar. Lepas dah siap masak barulah semua makanan ni kena angkut pegi Jalan Panggong. Menu haritu ialah mee rebus!


Haa mai pilih bakal2 menantu pilihan mak awak. Semua orang rajin sangat masa ni, berebut-rebut nak buat keje. Situasi yang agak jarang dilihat :p

Lepas dah habis memasak, kami diberikan taklimat pasal DJKL ni. 

DJKL ditubuhkan pada tahun 2014, untuk pengetahuan korang program ni dijalankan secara sukarela dan tak ditaja oleh badan2 khas pun. Semuanya guna duit pihak DJKL je. Salute sangat dengan niat baik diorang ni!

Motif DJKL ini adalah untuk membantu golongan warga miskin kota yang hidup susah kat KL. Time ni barulah kita dapat nampak, tak semua yang tinggal kat ibu kota tu bernasib baik. So bayangkanlah, kat KL bandaraya besar tu pun masih ramai orang susah, camne pulak kat tempat-tempat lain?

Jalan Panggong Kecik je laluan dia.

Cuma bantuan makanan je yang mampu kami sumbangkan untuk mereka. Tapi rasa seronok sangat sebab sekurang-kurangnya kitorang try menyumbang sesuatu untuk masyarakat. Barulah rasa diri ni berguna sikit bila buat kerja2 volunteer ni, haha. Anda pula bagaimana?

Sepanjang program ni, semua orang tak sempat pun nak berborak dengan mereka-mereka. Busy buat keje dan takut kalau kita tertanya benda-benda yang sensitif kat depa. Kalau bercakap pun just tanya, "dah amek makanan ke belum?" "nak tambah mee lagi?". Itu jelah yang mampu cakap punn.


Haritu kami masak makanan untuk 200 orang, tapi tu pun tak habis. Sebabnya, golongan warga miskin kota ni semakin lama semakin berkurangan sebab ramai yang kena tangkap masa serbuan.. Taktau apa jadi dengan nasib diorang.. :(

credit: facebook DJKL

Maka pukul 7 tu berakhirlah program kamii. Tak sia-sia usaha untuk satu sem ni, berjalan dengan lancar je! Serious rasa puashati sangat bila dapat buat kerja sukarelawan macam ni. Semua orang pun baik sangattt!


Kalau korang pun berminat nak buat program amal macam ni, boleh ke facebook Dapur Jalanan Kuala Lumpur

Hidup anak muda!

Eh tetibaaa.

Thanks for reading!



14 comments:

  1. Bestnyaaa. Nanti kalau ada lagi program macam ni roger akak eh. Kalau time tu free boleh join :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ajak kelab blogger datang! hehe

      Delete
  2. bestnyaa. teringin nak join program volunteer macam nie. :)
    macam sedap je mee tu :D
    memang kesian dgn nasib homeless tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah join! seronok sangat :D
      haah mee tu mmng sedap, bau dia je dah mengancam. tapi kitorg tak dpt makan...kahkah

      Delete
  3. Best kan buat projek mcm ni...penat tapi seronok bila dapat tgk wajah dorang masa makan kan?

    ReplyDelete
  4. aktiviti mcm ni mmg best! best ar mazni tukang ambil gambar hehe kalau sy pun nak gak join aktiviti ni,so that kita dapat tgk betapa ramai lagi yg ssh daripada kita

    ReplyDelete
  5. Kalau design baju di tunjuk di entry ni boleh saya tiru. Ubah sikit2.

    ReplyDelete
  6. Memang rasa satu kepuasan sangatkan bila join program volunteer. Dapat lihat dorang tersenyum pun dah sangat2 mggembirakan. :')

    ReplyDelete
  7. Teringin nak join benda benda macam ni tapi matrik takdak program macam ni T.T

    ReplyDelete
  8. pernah dengar pasal dapur jalanan ni but jauh sangat,kalau dekat mesti dah join...

    ReplyDelete
  9. menariknyaaaa! nampak sedap je kan bagus tengah lalu lalang kat situ masa tu XD

    ReplyDelete
  10. wah.. best nya join aktiviti cm ni . :)

    ReplyDelete
  11. bagusnyaaa program macam ni.. kipidap !! btw kena tangkap ? huurm kesiannya..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~