9 Apr 2016

Trip WA : Kalbarri National Park


Assalamualaikum!

7/2/2016 - Sunday (DAY 3)

Hyeeee! Kita teruskan lagi entry trip Australia yang tertangguh haritu.

2nd day di Kalbarri, bermulalah misi yang paling ditunggu-tunggu! Nak tengok nature windows!

Aku tak pernah dengar langsung pun pasal Kalbarri National Park ni sebab taktau banyak pun tempat-tempat yang menarik kat Western Australia. Lagipun WA ni kan yang paling terbesar kat Australia. So, camne aku boleh discover semua tempat2 yang unik ni? bolehlah klik link ni ---> Australia.com. Bukan sekadar Perth je, tapi untuk semua tempat2 menarik kat Australia korang boleh rujuk dari website tu!

So, pagi tu, aku bangun awallah, dalam kol 4 camtu. Masuk azan subuh pukul 4.30 terus solat then pegi masak sarapan dan tunggulah sampai sunrise muncul.
hello sunrise pukul 5.34 am
Mulanya tengah tunggu uncle Saf keluar bilik sebab nak tanya pukul berapa nak gerak, tapi tak nampak pulak unclenya, so aku masuk bilik sambung tidur balik. Haihh la anak muda.. Lepastu terjaga dalam pukul 8.30 am.

So sad sebab uncle kata patutnya pagi tu nak bawak kitorang tengok pelican. Memang semalam taktau pun ada plan nak tengok pelican ni.. Kalaulah aku tak tidur kan... Tapi uncle kata takpe esok ada lagi, dia kata kita pegi esok jelah. Kitorang pun okaylah.

Boleh tahan bertuah jugak kitorang ni en, ajak pegi semua tempat ada je malasnya. Uncle ajak tangkap ketam tak pegi, pastu lambat bangun nak tengok pelican. Ni esok ada lagi buat hal ni, haihh.
credit cuti perth
Sebenarnya time kitorang bangun tu dah dikira lewat sangat untuk gerak pegi National Park ni, uncle kata better gerak awal sebab nanti makin panas. Ok rasa bersalah pulak terbangun lambat. Nak taknak gerak jelah pukul 9 am tu walaupun matahari dah terik. Itulah lumrah musim summer.

Memula risau jugak nak datang sini sebab kadang-kadang, diorang tak bagi masuk ikut masa-masa tertentu. Oii.. Janganlah camni, orang mai dari jauh semata-mata nak tengok creation ni tau. Tapii, nasib baik boleh masuk sebab takde orang pun jaga kat gate depan tu. Syukur!

Sedikit info, Kalbarri national park ni mempunyai keluasan sebanyak 183,000 hectares. Sangat luas okayy.

Dekat sini, kau jangan harap nak lari dari cahaya matahari. Memang matahari akan sentiasa duduk atas kepala je. Nak menyorok bawah pokok pun, pokok pendek, daun pun tak berapa nak ada. 
 Ni baru duduk kat tempat parking kereta, pun takleh tahan dah..

 time datang ni suhu dah cecah 43c above
petola mana yg bijak sangat pegi pakai all black tu?

Maka berjalanlah kami sepanjang 1.2km bersama dengan matahari terik sambil dihurungi lalat. Memang kat sini banyak lalat, bukan sebab faktor busuk tak mandi ke apa.. Memang lalat bermusim. Ini baru bulan februari, bulan ogos lagi banyak... Ada mat salleh tu siap pakai topi penghalang lalat lagi tau.

Seronok sebenarnya pegi sini, tapi keseronokan tu hilang disebabkan lalat! Dahla cuaca tengah panas, pastu kena kacau ngan lalat pulak. Memang dok menyumpah jelah kat lalat2 ni T__T Rimas sangatt

Sampai pun 1st station, Z Bend Lookout!
 Air sungai yang dah separuh kering..
 Acah traveller part 1
Acah traveller part 2
 Uncle Saf the traveller

Ok jom gerak pegi next station
Tengah jalan tu, kitorang jumpa satu tempat berteduh. Apalagi budak 2 orang ni terus duduklah. Nak minum air pun tangan dah shaking sebab tak tahan sangat. Tengok uncle saf, relaks je tak penat langsung.. Tapi paling takleh tahan, air pun sampai boleh jadi panas.. Yang ni sedih gila tau, haha.

Lepas rehat 5 minit, terus gerak pegi lookout yang lain.

View kat sini sangat luas dan kosong. Lupa nak bagitau, sungai2 kat sini namanya Murchison River. Seperti yang telah dinyatakan tadi, sungainya tak berapa nampak sangat pasal dah separuh kering.
ada bran nak turun? *angkat kening*
 omjayhh takut tengok sebab kering sangat..

Next, terus gerak pegi last station, natures window!

Kalaulah time ni murchison river tu tak kering, mesti lagi cantik. Ini rupa river tu bila air masih belum kering
credit
Sebenarnya boleh je kalau nak turun bawah tu. Ada jugak mat salleh yg turun bawah. Tapi rasanya macam tak berbaloi je kalau turun pun sebab lagi best bergambar bila ada sungai. Lagipun cuaca pun dah panas sangat time ni, memang tak mampulah nak turun sampai bawah.

And one more thing, sepanjang ada kat Kalbarri national park ni memang jumpa ramai mat salleh. Diorang ni peramah gila. Setiap kali bertembung mesti diorang senyum and say 'hi' or 'hello'. Sebenarnya sepanjang duduk kat Australia ni pun memang setiap kali jumpa orang, dia selalu approach kita dulu. Cashier kat mall pun sama.

Aku ni takut sikit dengan mat salleh sebab ingatkan diorang punya islamophobia ni kuat, haha. Tapi tak, orang Australia sangat baik dan peramah. Beruntung Malaysian yang dapat tinggal kat sini :) 
MasyaAllah guys, i'm here!

Hilang dah segala penat ni lepas dapat tengok natures window yang paling kitorang nak tengok sangat ni! Walaupun benda ni cuma batu, bila lagi kita boleh tengok batu yang unik macam ni kan? 
 Cantik sangattt!

Acah traveller yg keberapa tadi? haa sudahhh, lupa dah :p
#Trip2sisters


Kitorang duduk kat sini lama kott sebab takde orang langsung. Time nilah nak berteduh bawah batu2 tu, amek gambar bebanyak. Lagipun bila dah duduk bawah rock formation yang cantik ni, memang rasa taknak balik je sebab cantik sangat. Macam tempat ni kitorang je yang punya.

Lepas dah puas bergambar apa semua tu, barulah orang lain dah start datang. Kita pun balik jelah sebab dah duduk lama sangat kat sini. Kasi peluang kat orang lain pulaklah.

Bye Kalbarri National Park, till we meet again! :)

Oh ya, otw nak balik pegi Kalbarri town, suhu masa tu dah cecah 45c! Maklumlah dah tengahari.


Sebelum balik apartment, kitorang singgah pegi kedai souvenier jap. Time tu aku memang malu betul nak masuk sebab muka dah sunburn teruk! Bibir pun kering gila, muka pun nampak pucat lesi macam orang nak meninggal, hahaha. Dah ah mat salleh ni kulit cantik putih mulus, lagi rasa rendah diri tau tak T__T 

Dah beli souvenier, kitorang mintak uncle saf stop dekat mana2 kedai sebab nak beli air sejuk yang manis. Dah macam orang kena dihydrate tau, terdesak sangat nak air.. Nikmat musim panas ni bila kau jumpa benda2 yg sejuk jelah.

Semua jenis drinks yang ada dalam peti air tu sedap2 weyy! Rasa macam nak beli semuaaa! Ni beli air je pun dah sampai $16. Hmm lihatlah 2 beradik ini...
Nikmat paling besar bila musim panas.. ICE CREAM! Ni uncle Saf belanja.

Haa sape nampak belang kat muka tu? Sedih kan.. T__T *mulut comot sebab baru habis makan ice cream*

Kitorang sampai rumah dalam pukul 1 camtulah. Rehat-rehat dulu sebab pukul 4 nanti nak keluar balik. Aku apalagi, mestilah tidur! Penat kemain oii.

Pukul 4 tu keluar pegi mana? Haaa tu kita sambung next entry~ Yang entry ni pun dah panjang sangat dah ni.

Thanks for reading!

13 comments:

  1. wow, uniknya,
    *sy hanya mampu tgok gambar shja*

    :)

    ReplyDelete
  2. Cantiknya nature window tuh! Bestnya Mazni merasa pergi tengok sendiri dan rasa batu unik tu depan mata. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak ! Lamanya tak datang sini huwaaaa missing you ~
    Im going to read all entry you have posted ! Alahai syoknya dia pi berjalan :D

    ReplyDelete
  4. cantek laa semua view diaaaaaa

    ReplyDelete
  5. Baca je dah terasa panasnya. Hihi. Tapi berbaloi bila dapat tengok view indah camtu. Best! Gambar kat batu unik tu paling win lahhhh :D

    ReplyDelete
  6. kalau akak ni pergi sana, balik tu konpem kurus. kakaka

    ReplyDelete
  7. It looks hot but, you are so lucky to be there!!!!! Such an experience. Nak pi sana jugaks pwease.

    ReplyDelete
  8. acah traveler ye haha cute sangattt.. nak jugak gi Australia !

    ReplyDelete
  9. Omg panas nya... Huhuhu tp view cantik =)

    ReplyDelete
  10. Bila la nak dapat pergi sana macam Mazni ^-^

    ReplyDelete
  11. bestnyaa dapat pergi sampai Kalbarri.. hehe akak ada jumpa gak info pasal windows tu tapi apakan daya x boleh gerak sampai ke sana..

    ni yang rasa nak repeat ni.. tapi terdaya kah ku nk menapak tinggi2 tu wakaka..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~