27 Aug 2013

Wordless Tuesday #8 : yang salah dicarinya


Assalamualaikum
is it true?
faham tak maksud tersirat di sebalik komik ni?

manusia lebih suka bergaduh daripada buat benda yg baik. bila kita cakap/nasihat elok-2, dia buat kisah tak kisah je. bila kita cakap macam nak cari gaduh, makin menjadi-jadi perangai dia then terus ajak gaduh. kenapa pilih untuk berperang yg menyakitkan jiwa sedangkan yang baik bagaikan mutiara itu dah ada di depan mata sendiri?

22 Aug 2013

Review novel : kampung girl


Assalamualaikum

eh eh, tidak pernah-2 aku meng-review novel kan? tipuuu! dulu pernah sekali, kau review novel fatimah syarha tapi gaya penulisan masa tu sangatlah kelakar. past is past, sekarang gaya penulisan dah lain, siap dapat A++ lagi dalam karangan hahaha :p *sila muntah ramai2*

novel yg aku nak review harini bertajuk KAMPUNG GIRL. kat tv 3 pun ade tayang cerita ni pada hari jumaat pukul 9 malam. cerita ni tayang masa bulan puasa tak silap, hmph memang takde kat rumahlah kan, kena terawih. bila dah musim raya ni sibuk beraya pulak, minggu lepas bila nak tengok kampung girl ni, ganti cerita bintang mencari pasal raya pulak. ayyy memang cari pasal kan kau? nasib baik aku dah baca novel sebelum tengok cerita kt tv :p

hasil nukilan penulis memang sempoi. sampai tergelak jugaklah aku baca. novel ni bukan sekadar cinta semata-mata, ade jugak diselitkan peringatan tentang agama. so freaking awesome this novel :)

sinopsis daripada novel
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

sekian
Assalamualaikum


17 Aug 2013

Download lagu cara mudah


Assalamualaikum
pagi semuaa. maybe ramai yg tau cara nak download lagu kot, tapi ini versi mudah punya. just copy paste jerrr~ btw saja nak share, kot-2 ade yg taktau ke? kalau yg dah tau tu nak tengok pun takpe :) 

- carilah apa-2 lagu yg korang suka kat youtube

- copy link lagu yg korang nak tu
- tekan SINI
- pastekan link tadi kemudian tekan 'convert video'


- tekan DOWNLOAD.
- lepas dah siap download, extract file macam biasa.


harap bermanfaat walaupun tutorial simple
sekian :)

16 Aug 2013

Fatih Seferagic dah kahwin


Assalamualaikum
terjumpa cerita ni kat facebook, Alhamdulillah, Fatih Seferagic telah selamat mendirikan rumah tangga pada hari ini. walaupun beliau baru berusia 18 tahun, ia tidak menjadi halangan utk beliau memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Barakallah! may Allah bless both of you :)

Fatih Seferagic Telah Selamat Mendirikan Rumah Tangga

Fatih Seferagic Telah Selamat Mendirikan Rumah Tangga
congratulations

btw, saya sedih dgn komen gadis remaja melayu di facebook yg katanya patah hati melihat fatih berkahwin. ada yg siap kata 'fatih curang dengan aku'. Astaghfirullah..dah ini jodoh dia.

woi, Fatih Seferagic tu Dae'i, bukan tempat kau nak tergedik-gedik -_-'
semua wanita impikan ciri-2 lelaki yg cukup pakej mcm dia. hensem, al-hafiz, tarannumnya bagus. cuba kalau fatih ni tak hensem, berapa ramai agaknya wanita yg tertarik dengan dia? hmm sorry kasaq, tapi ini apa yg saya lihat, ramai yg suka fatih seferagic kerana rupa yg tampan je..tolong ok, jangan nak harapkan lelaki soleh kalau diri sendiri belum jadi yg solehah. berusaha jadi yg solehah, baru cari yg soleh. InsyaAllah.

salam :)

sumber: sini




13 Aug 2013

Dubu Dubu Seoul food


Assalamualaikum
suka korea? dah pernah makan makanan korea? haaaa..tau tak restoran Dubu Dubu yg ade kat mid valley, KL tu? tadi aku baru makan sana. kenyang tahap raksasa. so, aku nak promote sikitlah tentang restoran tu heheh :p actually, dulu aku pernah makan kat sana and pernah jugak update entri dalam blog ni, cuma entri dia tak menyerlah sangat hohoho. 

Dubu Dubu Seoul food yang lokasinya berada pada tingkat paling bawah di Mid Valley, KL. makanan dia memang sedap and rasa dia macam makanan korea yg betul-2 ade kat korea. 

harga makanan? Bagi aku ok-oklah~. Portion banyak dan makanan sedap. Suasana dalam kedai dia cantik dan selesa. restoran ni selalunya ramai pelanggan, kadang-2 sampai kena tunggu kat luarlah semata-mata nak makan makanan korea. 

peach teanicee and sweet!

Dol Sot Bibimbap set(beef) - RM 17.90



Honey Garlic Bulgogi(beef) - RM 18.90 


Soondubu Jigae(beef) - R15.90 (sedapp!)

untuk maklumat lebih lanjut tentang dubu dubu, CLICK HERE!

bye Assalamualaikum :D