16 Oct 2013

Adik beradik berperang


Assalamualaikum

Adik beradik berperang? Perkara biasa.. Sebelum tu aku nak cakap, entri ni bukan nak menggalakkan korang semua bergaduh sesama adik beradik. TIDAK SAMA SEKALI. Aku pun taktau apa point untuk entri ni, yang pasti korang kena baca sampai habis baru korang dapat point dia. Haaaaaa :p

Semua orang ada adik beradik kan? Kadang-kadang tu mesti ada perselisihan faham sehingga menyebabkan kita bergaduh kan? kan kan kan ikan? *Campak ikan todak*

Ada je orang yang takde adik beradik, contohnya anak tunggallah. Okay itu memang tidak dinafikan lagi. Mesti diorang bosan takde kawan nak kongsi cerita. Walaupun ibubapa diorang ada, tapi mestilah rasa awkward kan bila nak share semua cerita dengan mak bapak. Terutama cerita pasal crush, lulz. Tapi, jadi anak tunggal ni untung jugak sebenarnya, pasal ibu bapa lebih berikan perhatian kat kita sepanjang masa. Bersyukurlah dengan apa situasi kita sekalipun. Setiap situasi pasti ada kebaikannya.

Apahal engkau dah terkeluar tajuk Mazni?

Opss sorry. Okay sambung cerita.

Adik beradik? Eeeeii nyampah hakuu! Diorang suka cari pasal! Rasa nak lenyek-lenyek je diorang macam mashed potato! Semalam kau tau tak adik aku buat apa? Dia makan biskut aku tak mintak izin wehh..! Ya Allah bengang betul hakuuuu! Lepastu kan, dia kan blah blah blah blah blah blah blah blah blah blah blah~~~
Camtu haaa..! Pastu kakak ngan abang aku pulak, diorang blah blah blah blah blah blah blah blah blah~~~

(Berapa lama kau nak bebel ni......)

Kadang-kadang tu memang rasa annoying gila dengan diorang. Aku pun macam korang jugak, pernah bertekhak dengan adik beradik, malah mungkin lebih dahsyat dari korang kot. Berapa banyak kali ntah kitorang pernah bertumbok. Oh tidak, buasnya! Kami memang gangster kalau dah bergaduh ni. Tapi kat rumah jelaa.

Percaya tak kalau aku cakap yang bergaduh sesama adik beradik ni boleh mengeratkan hubungan silaturrahim?

Apakena dengan kau ni?! Benda macam tu kau kata dapat eratkan silaturrahim? Menghancurkan keharmonian rumahtangga adalah. Eh? Rumahtangga?

Ini bagi pendapat aku lah, bila kita bergaduh dengan adik beradik ni mula-mula memang rasa benci sangat sampai taknak tengok dah muka diorang kat rumah ni. Tapi percayalah, lama-lama nanti mesti kita akan berbaik balik dengan diorang. Sama macam dalam komik yang aku lukis kat atas tu. Fakta kan?

Yang pasal eratkan silaturrahim tu, bila kita bergaduh kita boleh kenal sikap adik beradik kita ni jenis yang macam mana. Contohnya macam aku ni, bila tengah gaduh aku dah boleh nampak. 

"Oooo ganas jugak adik aku ni rupanya", "Oooo abang aku naik darah sebab dia tak suka bila aku cakap macamni kat dia", "Ooooo kakak aku mengamuk sebab aku paksa-paksa dia"

Dulu pernah sekali, aku saja bahan abang aku dengan kawan sekelas dia. Lepastu terus dia marah aku, last-last aku tak bahan dia dah sebab aku tau itu perkara yang paling membencikan dia. Bila kita bergaduh tu mesti ada sebab, samaa ada kita yang tersasul cakap atau diorang. Bila kita dah tau benda tu yang menyebabkan diorang marah, mesti kita tak buat lagi kan.

Bila adik beradik bergaduh, sekejap je tempoh dia. Mana pernah lama sampai bertahun-tahun. Kalau tak bertegur dalam tempoh 3 hari kan dah dikira berdosa. Bak kata pepatah,
"Air dicincang takkan putus"
Buatlah sampai perang dunia ke 700 sekalipun, lama-lama pasti berdamai semula. Aku pernah bergaduh terokss dengan adik aku sampai ber-smack down dah. Mak aku biarkan je. Selalu kalau anak-anak bergaduh mak bapak mesti halang tapi mak aku tak masuk campur pun. Lagi syoklah kitorang bertumbok.

Ada sebab kenapa mak aku biarkan. Bila tengah bergaduh api kemarahan kita memang tinggi. Sebab tu mak aku malas nak masuk campur. Kalau mak aku halang, pergaduhan kitorang tergantung dan masing-masing simpan perasaan tak puas hati sebab tak dapat nak luah habis-habis rasa marah kita dekat diorang. Mak aku tau esoknya kitorang akan baik semula n memang betul, esoknya dah berbaik ponn. Padahal masa gaduh tu punyalah kitorang cakap, "Aku taknak maafkan kau sampai bila-bila!" lol dramatic sungguh.

Memang bergaduh tu dah jadi asam garam kehidupan dalam sesebuah keluarga. Nanti bila kita dah ada keluarga sendiri esok, mesti kita akan teringat balik peristiwa pergaduhan dengan adik beradik kita dulu dan kadang-kadang rasa itu pengalaman yang lucu padahal sebenarnya pahit masa tengah gaduh. 

Siapa yang tak pernah gaduh dengan adik beradik? Ada ke haaaa? Kalau ada aku tabik sangat kat orang tu. Memang hebatlah! :p Apapun, bergaduh memang tak elok untuk kesihatan, Islam mewajibkan kita untuk menjaga hubungan silaturrahim
"Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim)” (Hadits riwayat Bukhari) 
Erkkk?!! Uhm okay aku selalu bergaduh

Dah boleh nampak point yang aku nak sampaikan? Bergaduh boleh mengeratkan hubungan silaturrahim tapi pada masa yang sama boleh memutuskan silaturrahim kalau pergaduhan kita terokss sangat.

Langkah untuk menjaga silaturrahim ialah sabar. Kalau tak sabar pun, salah sorang dari kita kena minta maaf dan hentikan perbalahan adik beradik ni. Camtu lah. Okay dah bebel panjang sangat ni, aku rasa ada yang dah tekan butang (X) sebelum beliau menghabiskan bacaan disini. Tskkk tskk..

Thanks sudi baca sampai habis, entri ni berdasarkan pada pendapat aku je. Lain orang lain pendapatnya. Ambil mana yang baik, bab-bab gaduh tu jangan jadi buas macam aku haha ok. 

Assalamualaikum 


31 comments:

  1. yess, air yg dicincang takkan penah putuss. kekadang rasa geram masa gaduh2, tapi bile da jauh2 rinduu pulak. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Haha. Lia pon slalu sgt men smack down nge adek bradek lia.. Lagi2, sumenye laki. Lia sorang je perempuan. Huhu. Mmg xde geng ah :p

    ReplyDelete
  3. @sha (chirp chirp) ahaaa stuju. rindu dgn abang sye yg duduk asrama wlaupun sye dgn dia tklah selalu bergaduh T_T

    ReplyDelete
  4. @♥ Lia Abdillah ♥ hehe sama :p oh terbalik ceritanya, adik beradik akak semua perempuan kecuali abang akak. dia tk terpengaruh dgn sifat perempuan pun tpi akak dgn adik akak yg jadi ganashhh

    ReplyDelete
  5. sama la
    yumida ms kecik pun kuat gaduh ngan adik
    bila dah besar ni makin akrab

    ReplyDelete
  6. betul tu.. adik-beradik.. gaduh2 tu perkara biasa.. hihi^^

    p/s: maksud mazni tutor icun tepi title tu, title apa ya? title entri ke?

    ReplyDelete
  7. hahaaa! kawan aku gaduh dgn adik dia, tarik2 rambut~ sampai benj0l dibuatnya~
    aku...takde ape... cool ja~ malas nak cari gaduh~ xD

    ReplyDelete
  8. berperang r mcm mana pun, nnt bila susah, cari adik beradik sendiri gak.. kan.. huhu..

    ReplyDelete
  9. @deno hehehe, dah balas kt cbox :p sorry kalau buat keliru :p

    ReplyDelete
  10. @Zaf98 hahaha kira abang yg baiklah kau ni :p

    ReplyDelete
  11. gaduh tu biasala..lg2 masa zaman remaja.. masing2 darah panas..

    ReplyDelete
  12. Hello I'am Chris From France!!
    You Have A Wonderful Blog Which I Consider To Be Registered In International Blog Dictionary. You Will Represent Your Country
    Please Visit The Following Link And Comment Your Blog Name
    Blog Url
    Location Of Your Country Operating In Comment Session Which Will Be Added In Your Country List
    On the right side, in the "green list", you will find all the countries and if you click them, you will find the names of blogs from that Country.
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    Happy Blogging
    ****************

    ReplyDelete
  13. mun ngan adik mun slalu bergaduh..tu cara kiteorang tunjuk kasih syg kot..hahaha

    ReplyDelete
  14. @Cik Mun mmng adik beradik suka sgt bergaduh :p btw nama akak sama dgn nama kaklong saya. hohoho.

    ReplyDelete
  15. adatlah lah tu bergaduh kadang kadang..kalau tak gaduh tak seronok tapi janganlah berpanjangan pulak kan..nanti lain pulak jadi.

    ReplyDelete
  16. akak selalu buli adik akak.. dia yang banyak sabar dengan akak.. tapi akhirnya boleh jadi adegan gaduh dan merajuk juga.. jenis akak ni cepat menyesal, terus minta maaf kat dia.. macam tu la selama 28tahun (umur adik akak) kami gaduh dan baik balik..

    ReplyDelete
  17. biasalah tu, gaduh-gaduh tapi sayang sayang....

    ReplyDelete
  18. 2 lah.. akak dgn adik beradik pun mcm 2 jugak..

    ReplyDelete
  19. @Mizz Aiza (Dunia Kecil) eh kak aiza sama mcm saya, bila adik dh merajuk baru rasa nak menyesal :o

    ReplyDelete
  20. hai... apakan daya saya hanya anak tunggal. uhuk

    ReplyDelete
  21. gaduh tu xpe..cuma jgn sampai terguris..kadang tamparan2 manja mmg terasa di luaran..tapi kira okey dari kata2 nista yang mengoyak2 jiwa..hehe

    ReplyDelete
  22. hahaha..mcm2 =) teruk gak awk bergaduh tu..agak2 boleh msuk wwe x?? he3..sy dulu bergaduh jgak..siap tmbuk bgai..pnh bergduh dgn kakak smpai xckap 3thun..last2 dah baik n jd rapat..skrg xbrgduh dah dgn adik bradik..msing2 dh besar..perli n nsihat tu sllu la =)

    ReplyDelete
  23. Air yang dicincang takkan putus tapi kalau dah rebus kering jugan . Saya benci sungguh abang abang saya.

    ReplyDelete
  24. Tapi kalau adik tak dengar cakap nk ikut nafsudye

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~