27 Sept 2025

Mencapai 1 juta pageviews

 

Berblogging dari 2011 yang asalnya adalah untuk suka-suka,  pada tahun 2025 akhirnya blog ini dah capai 1,000,000 pageviews. Honestly, aku ambil masa yang agak lama jugaklah untuk capai 1 juta ni, 15 tahun beb!

Orang lain 3 tahun buat blog dah boleh dapat 1 juta, kecoh jela Mazni ni kan? :p

Mulanya tak expect pun boleh capai 1 juta pageviews by tahun ni. Sebab penghujung tahun 2024 haritu, nak kejar jumlahnya agak jauh. Tapi berkat tahun ni agak rajin update entry walaupun seminggu sekali, dapat jugaklah reach 7 angka ni. 

gambar tak tepat 1,000,000 la pulak

Aku mula berblogging sejak dari zaman sekolah lepas terpengaruh dengan ajakan kawan. Katanya blog ni macam online diari, boleh pasang widget cantik-cantik. Kita pun buatlah blog, tulis citer-citer merapu masa zaman remaja hingusan dulu hahaha. Tapi tak expect jugak era blog ni boleh bertahan sampailah umur yang sekarang ni.

Banyak kawan-kawan yang aku pernah kenal dari blog ni, sekarang dah tak aktif. Tapi kitorang masih follow each other punya IG atau facebook. Begitulah bagaimana era blog ni kian menyepi bila pengguna lebih memilih platform sosial media yang lain.

Apapun, terima kasih untuk korang yang sudi baca blog saya, sudi tinggalkan komen dan saling support each other punya blog. Tanpa korang, tak mungkin saya akan capai sejuta pageviews ni. Bukanlah dapat duit daripada blogspot ke apa bila kita reach 1 juta ni. Dia just another milestone untuk saya bahawa ada jugak yang sudi baca blog sendu ni, hahaha.

Harapnya adalah salah satu entry dari blog saya ni yang bagi manfaat dan info untuk pembaca. Sikit pun takpelah, yang penting ada.

ps: dah capai 1 juta ni, haraplah adsense boleh lulus. Tiberrr

6 comments:

  1. Cie pun berblog sejak 2011, 2021 capai 1 juta. Memang lama tapi takpe berkat usaha kita capai jugak. Jom road 2k pulak 💪🏻💪🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. tips dia kena rajin update blog everyday je. tapi tulah yg susah sikit utk saya huaa. dah lepas sejuta ni pun happy sangat!

      Delete
  2. Kak SA dari 2010...amik alih dari adik akak...sblom tu 2009 rasanya...hahaha..malas nak tgok balik..apapun tahniah Mazni...keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh kira blog turun temurun la ni. nanti2 boleh pass kat dania pulak hehe

      Delete
  3. Tahniah, Mazni, dapat capai views sejuta. Bukan mudah tu, lama bertahan dalam dunia blogging. Semoga permohonan adsense Mazni diluluskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, tak sangka saya masih bertahan blogging lagi. kawan2 sebaya saya yg kenal kt blog ni dulu semua dah takdee.
      aminnn!

      Delete

Nak komen apa? silakan~