27 Apr 2023

Puncak Kinabalu yang tidak kesampaian

 

Assalamualaikum

Dalam entry yang lepas, aku berjaya tiba di Panalaban dan merehatkan diri untuk summit attack pada pagi ni. Klik untuk baca Penginapan di Panalaban & Mendaki Kinabalu.

Seawal pukul 12.30 pagi kami dah kena bangun untuk bersiap-siap dan makan supper sebelum naik ke puncak. Dapat tidur ke tak? Sejujurnya tidak. Dapat lelap mata sejam setengah je sebab sejuk sangat. Bangun pagi cuci muka dan gosok gigi pun rasa mau matikk.

Masa keluar dari bilik, cuaca sedang hujan. Aku risau dah sebab bila hujan lebat, biasanya pendaki memang tidak dibenarkan untuk summit. So nak tenangkan diri, kami pun pegilah makan dulu dan berdoa semoga hujan makin reda.

Muka masing-masing tak cukup tidur pastu kena paksakan diri untuk makan pagi-pagi buta xD

Kebiasaannya summit attack akan bermula sekitar 2 am jika tidak hujan. Macam kami haritu hujan kan, diorang tunda sehingga pukul 3.30 am untuk tengok keadaan cuaca semakin baik atau semakin buruk.

Untuk summit attack ni, pendaki hendaklah melepasi last check point di pondok sayat-sayat pada masa yang telah ditetapkan. Biasa cut off time nya sekitar pukul 5 am macamtu, so pendaki memang kena paksa diri and pulun sehabis baik untuk lepas di sayat-sayat tu. Sekiranya pendaki melebihi had masa tersebut, maka pagar akan ditutup dan pendaki takkan dapat sampai ke puncak. Time nak ambil sijil pun nanti keluar hitam putih sajaa.

Cabaran nak mendaki ke puncak ni sebab cuaca memang hitam likat dan cuma mengharapkan cahaya headlamp jelah. Cuaca pagi2 buta pun memang sejuk menusuk ke tulang, tambah pula dengan kena mendaki anak tangga yang banyak sepanjangg ke sayat-sayat tu. Dah lepas sayat-sayat, kena lalu laluan berbatu licin pulak sambil pegang tali xD

Okay sambung pengalaman aku pulak. Selepas pukul 3.30 tu, tiada tanda yang menunjukkan hujan akan berhenti, maka...... pendakian ke puncak Kinabalu pada hari tersebut adalah dibatalkan!

renjer Kinabalu beritahu keadaan cuaca di atas gunung yang telah membentuk pusaran air

Korang bayangkan aku kumpul duit setahun lebih, hiking almost every week sepanjang 3 bulan sebelum panjat gunung, beli barang-barang keperluan, fly all the way from Semenanjung ke Sabah untuk tawan Kinabalu tapi hancurrr. Berderai hatikuuu! 

Tapi siapalah kita untuk pertikaikan aturan Allah.. Kalau Dia tak berkehendak atas sesuatu, maka kita kena redha sebab mesti ada hikmah. Tapi lepas solat subuh tu serious hujan lebat tahap menakutkan. Macamtu kau kata nak naikk? xD

Gunung Kinabalu dah jadi air terjun. Hujan lebat non-stop!

Bila diumumkan pendakian pagi tu cancel, apalagi semua pakat sambung tidur lah. dapatlah lelap mata dalam sejam gituu sebelum breakfast. Lepas subuh aku tak sambung tidur, pegi rakam video and ambil gambar air terjun dari gunung je. Pastu lepak kafe update instagram kesedihan tak dapat summit hahaha!

pagi-pagi dah makan megi. Pastu nanti sambung makan breakfast pulak. Perut apakah?

Sementara tunggu hujan berhenti, kitorang naik semula ke Pendant Hut sebab adik beradik aku nak pos poskad untuk diri diorang jugak. Memang terpaksa redah hujan ye dan panjat tangga sepanjang 100 meter tu untuk ke Pendant Hut. Menggigil. Time tengah naik tangga tu tiba-tiba rasa macam sesak nafas. Perubahan altitude buat aku rasa nak pitam. Itukah rasanya AMS?

"Dear me, maaf tak dapat nak summit. Cuba lagi di lain hari. Sekian :p"

Walaupun jam telah menunjukkan pukul 10.30 am, tiada tanda-tanda yang hujan akan berhenti. Terpaksa redah hujan sebab rasa dah lewat sangat dah ni turun.. Memang "syiok" masa nak turun anak tangga tu airnya dah macam air terjun. Rimas amat ye kasut penuh dengan air. Ada lebih kurang 4-5 jam jugak nak kena tempuh dengan kasut dan baju basah ni hahaha.


Untuk naik Kinabalu, aku boleh lagi control kaki daripada rasa sakit. Tapi untuk turun ni maaf, nak taknak memang kaki akan sakit. Sebabtu orang kata, turun ni lagi sakit dari naik sebab time turun banyak guna brake kaki dan hentak-hentak. Kalau mampu, berlarilah. Sakit yang sama, kelajuan yang berbeza xD

Tapi seperti biasa, nak kurangkan sakit tu turunlah secara zigzag.

Macam bigfoot sakit kaki. Jalan turun macam ketam
Lalu kat sini, aku sedaya updaya cuba jalan laju-laju sebab angin kuat. Kiri kanan dahlah gaung
Nampak je Carson Waterfall ni muka manyak happy sebab tandanya nak sampai gate dahh
A successful climbers dia bilang. Kita aminkan jelah walaupun sedeyy

Setelah hampir 5 jam turun, kitorang selamat sampai di bawah dan collect sijil hitam putih yang sedih tu. Lepastu pergi ambil barang dan request nak mandi jap. Sabar jelah drebar tu kena tunggu kitorang berlima mandi bergilir-gilir. Perjalanan makan masa 2 jam dari Ranau nak ke Kota Kinabalu, mana tahan duduk dalam kereta basah kuyup badan bau bacin macam ni. 

Sesi penyerahan sijil hitam putih. InsyaAllah nanti kita aim for sijil berwarna!

So itu saja kisah Kinabalu yang tak kesampaian ni. Sedih dan kecewa memang ada. Tapi tulah, tau-tau sekarang ni aku ada lagi 3 bulan lebih untuk panjat lagi Gunung Kinabalu buat kali kedua. Yes, tahun ni kitorang nak cuba naik lagi pada bulan 8. Kalini ramai sikit yang join, kecuali abang aku dah merajuk taknak naik dah, haha. Mudah-mudahan semoga cuaca baik masa time kami pergi nanti dan dipermudahkan segalanya. Yang baca ni tolong doakan kami pleaseee.

Nanti if ada masa, aku update entry makan seafood kat KK. Itu pun kalau terasa nak update lah hehe.

Thanks for reading!



13 comments:

  1. Semoga diizinkan Dia untuk menawan puncak Kinabalu bulan 8 nanti. Sy cuma mampu kagum. Abangnya tu dah buat keputusan muktamad ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin terima kasih! Harap sgt cuaca baik masa tu 😭 abang muktamad takmo pegi hahaha

      Delete
  2. alaaaaaaaaaa sayangnyaaaaaaa sy yg baca ni.pulak yg frust.
    ya sy faham perasaan tu. kita dah sehabis usaha tp tu laa... perancangan Allah tu mmg x mampu nak lawan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih kak, tapi tula atas faktor keselematan terpaksa akur jelah. Lagi ngeri kalau dah summit tapi tiba2 hujan lebat dgn dahsyatnya kat atas tu kan

      Delete
  3. sy doakan percubaan kali ke 2 nanti semuanya dipermudahkan. insya allah sijil berwarna dlm tangan💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn insyaAllah. Terima kasih kak anies! Saya nervous dah nii 🤣

      Delete
    2. biasa laa buat apa2 pun mng aakan nervous. yg penting kita dah bersedia sebaik mungkin💪💪💪💪all the best

      Delete
  4. hahaha, baru nak ajak sama2.. tahu2 dia dah nak naik dulu.. semoga berjaya sampai summit!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha lepas broken tahun lepas, 2 bulan lepastu terus buat keputusan utk panjat balik. Harap kalini baik2 je

      Delete
  5. Tak apa kak, yg penting memang keselamatan diri. Pasti ada hikmah juga tidak bisa ke puncak saat itu. Ini dah Agustus, berarti kakak dah siap2 nak pergi lagi ke Kinabalu kan ?. Tak sabaaar tunggu cerita

    Dari cerita ini, saya jadi tahu cara jalan saat trekking gunung harus zig zag biar tak sakit 👍🏿

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu depan saya pergi! Doakan semoga cuacanya memihak pada saya ya 😭

      Benar, disarankan utk naik secara zigzag utk trail yg bertangga, biar lambat asal tidak sakit 🤣

      Delete
  6. cepatttt update cerita mendaki 2.0!!!!

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~