5 Sept 2018

Semester break yang dimanfaatkan


Asslamualaikum

hii...? Lamanya blog ni ditinggalkan, rasa kekok nak menulis semula. Tapi yang terharunya, masih ada orang yang sudi singgah ke blog ni biarpun dah lama tak update sebarang entry. Ketahuilah bahawa even tengah cuti sem pun, aku busy cari duit. LOL

Adalah menjadi lumrah setiap kali cuti sem je mesti budak-budak nak buat kerja part time. Termasuklah aku. Entahlah, memang sejenis yang takleh duduk diam rasanya. Daripada duduk rumah membosan mereput tak dapat apa-apa, lebih baik aku keluar cari kerja dan dapat duit. Tak gitu?

Cuti taklah lama mana, cuma 2 bulan je. Tapi aku sempat kerja sebulan setengah je sebab lagi 2 minggu tu masih menganggur cari kerja. Mana ada kedai yang nak pakai budak kerja sekejap-sekejap macam aku ni. 

Tapi bersyukur kehadrat ilahi, dapat jugak kerja dengan MR D.I.Y dekat Evo Mall Bangi. Tu pun sebab branch baru so diorang memerlukan pekerja, maka bermulalah kisah saya menjadi seorang cashier buat pertama kalinya. Hiuk hiuk.

Honestly, ni kerja part-time paling seronok yang pernah aku hadap sepanjang banyak-banyak tempat yang aku pernah kerja selama ni. Environment kat sini sangat friendly dan selesa. Even first day kerja, diorang treat aku macam kawan yang dah kenal lama. Eheyy tapi memang ada beberapa budak sekolah aku yang kerja sini pun. Paling best sebab semua staff dalam tu umur lebih-lebih kurang je, itu yang senang nak bergaul.

Jadi cashier ni nampak je macam senang. Scan barang pastu ambil dan hulur duit. Tapi banyak kecuaian yang aku dah buat dan kena guna duit sendiri untuk ganti kesalahan aku ni ahaha padan muka kaulah maznii. Tapi biasalah, baru 1st time jadi cashier kann. Kalau tak buat salah mana nak tahu kesalahan lazim yang selalu cashier buat kan. Ingat lagi aku pernah down teruk sebab asisstant supervisor aku selalu kena marah disebabkan aku punya kecuaian. Sejak dari tu aku slow-slow belajar dan jadi lebih berhati-hati supaya tak menyusahkan orang hhu.

I really love group photos. So, biarlah aku letak gambar kat sini sebagai kenangan. Ini jelah cara aku nak menzahirkan rasa gembira dengan kenalan sendiri.

tengok movie kat IOI sampai nak dekat pukul 2 pagi lul.
celebrate member dari uitm puncak alam yang nak resign kerja. aku resign keesokkannya


Time nak berhenti kerja haritu, haihh menangis jugakla. Diorang yang tinggal ni pun sedih tengok kami 5 orang berhenti sekaligus, ada gakla yang nangis bila kami ni resign. Tak pernah-pernahlah aku sedih macamni bila nak berhenti kerja. Berkawan dengan diorang ni teringat pulak kawan-kawan diploma aku. Kitorang rapat sangat-sangat sampaikan nak berpisah tu sedih dia lain maciamm. Apapun, seronok kerja sini selain dapat pengalaman baru, kawan baru, dah up sikit communication skills~

So... I must say cuti semester kali ni digunakan dengan sebaiknya. Selain tu, aku juga berjaya dapat dean list untuk result degree yang pertama. Walaupun masa awal-awal dulu memang takde semangat langsung nak sambung belajar, tapi aku akan cuba untuk dapatkan anugerah naib canselor (ANC) untuk keseluruhan degree ni. Tolong doakan aku berjaya dan kuat semangat untuk habis belajar ya? :)

Thanks for reading!


14 comments:

  1. Reading your experience of being cashier with all those small mistakes tu buat akak reluctant nak apply untuk jadi cashier. Hahaha. Tak tahu nak cari kerja part time apa sekarang ni now that I don't want to apply for a cashier position anymore.

    By the way, moga tercapai hasrat untuk dapat anugerah naib canselor tu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalau ada apa2 biasanya memang customer akan serang cashier dulu so kami ni yg kena banyak tebal muka sikit. tapi seronok je dpt pengalaman baru camni

      terima kasih kak farah!

      Delete
  2. Dah macam keluarga agaknya kerja situ. Tu yang menangis tu nak berhentikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. semua orang baik sangat :)

      Delete
  3. Wahhh, memang best kalau keja dapat geng kamceng pulak. Hehe
    Saya cuti haritu ada jgk mengajar sikit2, berdua dgn adik. Memang konfem2 laa kamceng kan? Hee

    Apapun, best of luck for your study! Doa untuk saya jugak pleaseee. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe seronok sangat sampai rasa sedih nak berhenti tu

      all the best to you too! :D

      Delete
  4. patut la sunyi je blog, perasan jugak mazni part time kat mr diy sebab skodeng ig story :3

    dah pernah jadi cashier susah jugak T^T, bestnya dapat kawan sekerja lebih kurang je umurnya. mesti semua sporting2 kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tulah, kadang tu ada je masa nk update blog time off day. tpi bila off day rasa nk tido sepanjang hari je xD

      Delete
  5. Bila bonding tu dah kuat mesti lah rasa sedih jugak kan nak berhenti dah. Heheh. Cuti lama lama memang bosan kalau duduk rumah aje, bila kerja macam ni dapat jugak duit kan. Hehee.

    ReplyDelete
  6. it's good that you're enjoying ur break.

    ReplyDelete
  7. Wah bestnya. Alhamdulillah aktiviti bermanfaat. Tak bosan kt rumah, dpt duit, dpt pengalaman. Btw... saya lagi lama tak update blog wakaka. And tahniah utk dean list

    ReplyDelete
  8. dari dulu takut bab bab nak urus duit semua ni. kalo event sekolah ke apa ke kalau boleh janganla bagi bab2 jaga duit. takut jadi pape jenuuh tapi seronok sebab tengok kaaaching kaaching banyak hahaha.. dapat aura pun jadila =)

    ReplyDelete
  9. salam singgah. indah nya zaman remaja, universiti dan kerja part time. all the best untuk semua. gunakan masa emas ni selagi ada ^_^

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~