25 Jan 2018

Malam Pra Graduan(MPG) night FSSR


Assalamualaikum

Baru-baru ni aku baru je pergi dinner anjuran fakulti buat pertama kalinya sejak masuk UiTM. Sadis tak sadis jugaklah kan ni kira first and last dinner T__T 

Dinner ni memang fakulti akan buat pada setiap penghujung semester untuk semua pelajar tahun akhir Art and Design bagi setiap department. Tapi pelajar AD yang duduk kawasan Selangor jelaa. Ni kira campurlah budak diploma and degree. Rasanya memang kitorang saja kot yang diploma.

dekorasi dewan ni sangat romantik
Dinner ni dibuat dekat Royal Palace Shah Alam, so kitorang konvoi 3 kereta untuk kesana. Sebenarnya fakulti ada sediakan bas tapi sebab lepas dinner tu cadangnya nak lepak-lepak, itu yang sengaja naik kereta haha.

Aku ingat bangunan dia macam glamz gila tau tapi dia nampak macam.... bangunan terbiar dari luar. Papan tanda pun cuma gantung guna banner je, kitorang tak perasan sampai terlajak. Tapi walaupun luaran dia buruk dalam ball room dia memang lawa jugaklah.

Sampai-sampai tu terus parking dekat belakang. Tempat parking tu macam kilang kosong, sekali tengok macam tempat gangster-gangster bergaduh pun ada. Dahla semua orang pakai baju hitam putih. Dan time tu jugaklah hujan turun dengan selebat-lebat alam. Adalah dalam 10 minit kitorang tak berganjak dari situ sebab taktau nak keluar ikut celah mana. 
Dan kami semua dapat cactus! Comel sangatt

So basically, dinner ni cuma makan-makan je dan ada penyampaian anugerah bagi pelajar cemerlang mengikut setiap department. Setiap fakulti juga ada buat performance dan of course department aku pun terlibat sama! kitorang dapat tempat keduaa.

That night was craaazy! Dinner malam tu bertemakan retro ala-ala klasik gitu tapi aku taktau macam mana diorang boleh buat macam kat night club pulak. Maklumla semua bakal-bakal graduan yang penuh dengan tekanan, sekali sekala nak berseronok jugak.
engko tengoklah perangai anak-anak muda zaman sekarang ni
Walaupun tema pada malam tu cuma hitam putih tapi semua orang nampak sangat segak bergaya. Lelaki sukalah tema hitam putih sebab majority mesti dah ada baju warna ni. Sejujurnya aku tak pernah ada any dress warna hitam atau putih, pening kepala jugaklah fikir nak pakai baju apa. Ikutkan ada je jubah-jubah dengan blouse hitam tapi biasalah aku ni, 1st time merasa pergi dinner, mestilah nak pakai dress cantik-cantik :p

So dengan beraninya aku pergi beli online last minute, nasib baik baju sampai sehari before dinner. Memang sangat menepati tema, dressnya warna hitam dan corak bunga 3D kaler putih. Paling penting harga below RM100, HAHA!

Cekak sebagai hiasan kepala pulak beli kat kedai RM2 je :p

ni Arissa, roomate dari zaman MDS sampailah sem 5. Kitorang nampak macam ying & yang pulak ahaha.

Dan macam biasalah, mesti akan ada group photos. Since ini memang kiranya kali terakhir kami berjumpa, haruslah ada gambar beramai-ramai. Kalau nak jumpa kena tunggu lagi setahun masa convocation day nanti.. TT

AD120 5B. 6 orang tak cukup
my housemate sepanjang diploma nii
muka normal
muka kurang normal aka muka hodoh
boys (kurang sorang)
girls (kurang ramai orang haha)
The hitams putih. Ke nampak macam taik cicak?
37th generation of diploma
Dinner kami pun berakhir pada pukul 12 gitu. Tapi kitorang tak teruslah balik kolej, pegi melepak kat mamak sampai nak dekat pukul 3 pagi, macam tak puas je makan kat dinner tadi kan. Maklumla kali terakhir keluar beramai-ramai macamni kan, nanti mesti rindu.


Pengalaman pertama pergi dinner? Oh that was fun! Semestinya ini jadi pengalaman manis untuk kami semua. Terima kasih fakulti Art and Design, barulah rasa jadi graduan yang diraikan hehe. Nak merasa dinner macamni lagi kena tunggu time dah grad degreelah pulak. Semoga semua para-para graduan berjaya mendapat result yang cemerlang!

Result keluar 15 febuari nanti. Dan tarikh itu adalah 2 hari sebelum aku keluar bercuti.. Semoga baik-baik sajalah.

Thanks for reading!


27 comments:

  1. Bestnya ada graduation dinner! You look pretty by the way.

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun dah final year kan, nanti mesti ada punyaa. Thanks btw xD

      Delete
  2. Kenangan manis untuk dikenang...

    ReplyDelete
  3. biaslah tu..bila dah jumpa mesti nk beramah mesra..tempat paling sesuai kedai mamak lah..dpt gak layan WIFI free heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi malangnya wifi dia tak free HAHA

      Delete
  4. bestnyaaaa. congrats mazni! best jugak tema hitam putih hahaha sbb baju warna hitam senang sikit nak cari. lepas ni ambil degree lagi mazni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tulah bajunya memang senang nak cari cuma before ni tak pernah terfikir pulak nak ada dress hitam. end up terpaksa beli jugak XD

      InsyaAllah

      Delete
  5. hmmm suddenly i miss study but hey u look so pretty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too, dah rindu pulak suasana nak pegi kelas TT

      Delete
  6. tengok event2 macam ni tingatla zaman2 study uni dulu.. indahnyaaa jadi muda hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul tu, nanti dah kerja mesti rindu zaman2 belajar camni :)

      Delete
    2. betul tu.. lepas tu lepak balik dengan kwn2 Uni gelak2 kenang benda tah pape kita buat dedulu haaha..

      Delete
  7. Pergi dinner time dah final year memang syokkk habis. Sebab time ni lah nak enjoy dengan kawan kawan apa semua lepas dah busy dengan assignments, presentation etc. Heheh :) Meriahh dinner korang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh rasa macam segala penat lelah kitorang diraikan xD

      Delete
  8. Pastinya memori manis untuk diingati.. :)
    Selamat bergraduasi :)

    ReplyDelete
  9. mesti rindu sangat2 lepas ni haih

    ReplyDelete
  10. bestnyaaa, suka tema camtu, nampak cool je. siap dapat kaktus lagi :D
    cantikkk la mazni, suka tengok jubah camtu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, hitam putih memang nampak cool xD
      nasib baik dpt jubah yang berkenan dihati/ikuttema even last minute :D

      Delete
  11. Seronoknya dapat pergi dinner macam ni :D

    ReplyDelete
  12. seronok sebenarnya dinner2 hujung tahun nih
    zaman study dulu semua bersemangat nak pergi
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat nak pegi sebab ni first dinner kitorang, merangkap dengan last dinner sekali haha

      Delete
  13. awwww seronoknyaaaa. dapat cactus lagi. comelll

    ReplyDelete
  14. Tetiba rasa macam sambung study je

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~