23 Jul 2016

Trip WA : Clueless at Perth City


Assalamualaikum

9/2/2016 - Tuesday (DAY 5)



Huii lamanya entry Aussie ni berdiam diri kan? Belum habis lagi okayy. Walaupun iolls tau korang semua dah taknak baca pasal trip yg dah basi ni, tapi tetap kena habiskan jugak cerita Australia ni.

Setelah tamatnya 3 hari 2 malam kami di south perth yang jauh2 sana tu, kini kembali semula di Perth cideyy (baca; city). Masuk hari ke-5 kat perth ni memang taktau nak buat apa. Sebab mengikut itenerary yang dirancang, sepatutnya ada satu hari tu kitorang nak bermalam kat Cervantes, berdekatan pinnacles (err takdelah dekat sangat..), tapi cancel. 

Kitorang bangun2 tu terus tanya kat Aunty Ilah dengan Uncle Yon apa nak buat kat Perth City. Diorang cadangkan pegi jalan2 sekitar bandar, pegi King's Park. Well ini je benda yang boleh dibuat kat Perth City ni, haha. Alang-alang nak keluar tu, kitorang pun nak beli sikit bekalan untuk trip 11/2 ni. Lokasi, tunggu.



Sebelum keluar, kitorang tanya Aunty Ilah nak naik bas nak ke Perth. Rumah kami kat Marangaroo, so nak pegi Perth bukanlah direct dari Marangaroo ke Perth, kena tukar bus. 

But sorry, aku terlupa naik bas nombor berapa. Ada salin nota tapi hilanggg *emoji nangis* So kami kena naik bas dari,

Marangaroo --> Mirrabooka bus station --> Perth City

begitu juga untuk nak balik, daripada

Perth city --> Mirrabooka --> John monoly park highclere (Marangaroo)

Disebabkan kawasan Marangaroo ni ada banyak bus stop, so kena lebih spesifik sikit untuk nama tempat bus station tu.

Hay street

Yang ada clock tu sebenarnya ialah London court. Aku dah banyak kali lalu lalang depan kawasan ni tapi percaya atau tidak, aku TAK MASUK. Ok korang boleh tumbuk muka aku sekarang, sebab aku pun terasa macam nak tumbuk diri sendiri.
curik gamba adik i jap, haha

Memang tak perasan kat dalam tu ada apa sebab macam gelap sikit. Ingatkan kedai coklat ke apa, rupanya dalam london court tu ada kedai banyak2. Macam berkonsepkan kedai2 kat London lah. Bila dah balik rumah kaklong tanya "masuk tak london court kat perth city?" Aku pun macam, haaa ada ke tempat tu? Memang kena ceramahlah dengan kaklong, hahaha.

Murray street
Kitorang nak pegi King's Park sebenarnya. Kalau nak ke King's Park, kena naik bas Red Cat tapi yang aku asyik jumpa bas blue cat, blue cat, blue cat jeeee. Lepastu bila dah fedup sangat tak jumpa pun bas Red cat, kitorang otw nak balik baru ternampak bas Red Cat tu lalu. Hailah memang tak kena timing langsung! Satu pasal pulak nak kejar bas tu, dahla jauh. Maka kitorang pun balik jelah, hahha.

Kat Perth ni, memang rasanya tak lengkap kalau tak pergi King's Park. Luas sangat taman ni, dari atas flight je dah boleh nampak. Rugi jugaklah kitorang tak pergi...

Inilah gambar kings park. Tapi sorrylah terpaksa main tipu sikit, ni cilok gambar kakak aku haritu, haha.

View kings park dari DNA tower. Haa kauuu luas gila bapak kan? Nak berguling-guling atas rumput sepanjang 1 kilometer memang seronok gilo kalau camni.

lush grass~
So, end up dengan kitorang beli kebab sedap harga $10 pastu naik bas pegi beli bekalan dekat pasaraya yg ada dekat mirrabooka tu jeee. Pastu balik rumah taktau nak buat apa, lul sangat kan? Memang haritu terasa macam orang kampung yang sesat kat bandar.. Padahal Perth city ni takdelah besar mana pun...

Mintak maaf utk cerita kalini agak hambar sikit. Next entry kita akan berjumpa dengan sesuatu yg comel. Teruskan membaca ya!


13 comments:

  1. Uuuuu. Dah ada next location? Bestnyaaaaa~
    Taman tu, luasnyaaa. Penatlaa nak berlari2 camnii. Haha

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa. cantik betul langit cerah dekat perth :D
    macam rugi je tak masuk london court tu. sebab bangunan dia macam unik je :3

    ReplyDelete
  3. Comelnya nama tempat tu, Marangaroo, xD takpelah clueless sikit...at least dpt makan kebab sedap, kalau kebab tu tak sedap mesti rasa geram gila kan? lol

    ReplyDelete
  4. fuhhhh best sangatt ni! enjoy there :)

    ReplyDelete
  5. Agak-agaknya apa yang comel tu ya?

    ReplyDelete
  6. Luas nauu dekat park tu memang syok kalau nak baring baring terus berguling. Hahahha ! Apa yang comel tu Mazni? Hehe

    ReplyDelete
  7. jalan-jalan tengok foto mazni :)

    ReplyDelete
  8. Perghhh, tengok tempat dia cantik :D

    teringin nak p situ TT^TT

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. belum lagiii. jiwaku masih di australia HAHAHAHAHA x'D

      Delete
  10. Best nya, best nyaaaa..... Wuhu.... Bersih jer kan kat situ. Hihi

    ReplyDelete
  11. Hahahaha..benda yg kena buat tu kadang² mmg x dapat nak follow..adat la kalau g sendiri

    ReplyDelete
  12. Ala rugi jugak bila baca tak masuk london court tu. Takpe next time ade rezeki kesana lagi, boleh lah masuk

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~