Sambungan dari entry ---> Tiananmen Square
Dongsi Mosque |
Misi mencari makanan halal, tak lain dan tak bukan adalah perlu berdekatan dengan masjid. Sekaligus, boleh solat jamak zohor dan asar. Since kami dari Tiananmen west station, naik train dan turun di Dongdan Station (Line 1). Kemudian ambil train Line 5 dan turun di Dongsi Station.
Kalau tengok rupa dia, memang tak perasan ini adalah masjid. Sebab tak nampak minaret dari luar. Pintu bertutup separuh, pagar kat luar pun bertutup. Kitorang masuk ni dah serupa pencuri ye, slow je bukak pintu sambil terhendap-hendap haha. Lagipun masa tu belum zohor, takut tak boleh masuk pulak.
Masuk je di kawasan courtyard tu, nampak sorang pakcik tengah bersihkan kawasan masjid. Dia cakap bahasa cina, sambil tunjuk-tunjuk kat papan depan pintu tu seolah-olah nak cakap waktu solat belum masuk lagi. Aku pun cakapla nak tumpang Cèsuǒ (tandas). Terus dia tunjukkan tempat.
di sebelah kanan tu adalah tandas |
Heaven gila bila toilet ni ada bidet! Untuk pengetahuan korang, ni kali pertama kami pergi toilet di luar dari hotel dan jumpa bidet. Toilet awam diorang memang takde bidet tau.
macam tandas kat surau-surau Malaysia. Ada 2 toilet (squat & tandas duduk). Belakang tu bilik mandi. |
Sedikit info, masjid yang pertama kali dibina pada dinasti Yuan (1356) ni boleh memuatkan sehingga 500 jemaah dalam satu masa. Selain masjid Niujie, masjid Dongsi ni pun terkategori sebagai salah satu masjid tertua di Beijing. Katanya disini turut menyimpan salinan Quran tulisan tangan sejak dinasti Yuan.
Senibinanya pun bercirikan chinese architecture seperti masjid-masjid yang lain. Yang bestnya masjid-masjid kat China ni, dia takde tangga tinggi-tinggi dan kebanyakkannya cuma satu tingkat sahaja. Sangat mesra warga emas!
Jom tengok suasana di sekitar masjid ni.
![]() |
minaret |
meownaret. Eh? |
ruang solat |
furry guardian |
![]() |
ukiran cantik yang memenuhi segenap ruang masjid ni |
Lepas dah habis melawat masjid ni, kami nak keluar makan sementara tunggu azan zohor. Pakcik yang aku jumpa pagi tadi tu elok duduk depan pintu masjid sambil senyum-senyum. Dia macam nak ajak kami borak, tapi language barrier menjadi penghalang.
Aku tunjuklah gambar kedai makan halal yang jumpa kat tiktok tu nak bertanya arah, dia pun tak tahu. So kami jalan jelah straight dari masjid tu. Dan jumpa satu kedai halal makanan Xinjiang, dalam 5-7 minit berjalan kaki dari masjid.
Biasanya kalau nak cari kedai halal, aku akan tengok warna signboard hijau, atau yang bertulis tulisan Qingzhen 清真. Macam gambar atas ni, dia letak sign halal tu pada refrigerator kat dalam kedai pulak.
Kami perasan kedai ni halal pun sebab nampak stiker corak masjid kat cermin, haha.
Suasana dalam restoran masa tu tak ramai pelanggan. Harga makanan pun reasonable juga, itu yang order sorang sepinggan macam tak ingat dunia.
Masa ni, kami semua kelaparan yang amat sangat dan semua nak makan nasi. Jadinya, masing-masing order nasi berlauk tapi pilih different menu. Pastu tambah sikit sate kambing. Sekali bila makanan dah sampai, aduhhh garu kepala aku. Seriously lupa sangat porsi nasi kat sini membunuh! Sepatutnya satu pinggan boleh share 2 orang je..
menung tengok portion nasi.. Ni lauk telur dan cendawan fungus |
daging dan daun bawang |
Ala-ala kari daging. Tapi kuahnya tak sepekat kari |
sate kambing tercintah! |
aku order yang ni. Lauk potato hiris |
ayam dan capsicum |
Of course kami tak berjaya licinkan kesemua makanan. Lebih kurang 2 pinggan kot memang tak berusik langsung, terus tapau bawak balik. Then kami pergi semula ke masjid Dongsi tu untuk solat, sebelum bergerak ke destinasi seterusnya..
Akan bersambung di next entry