Assalamualaikum
Sambungan entry daripada --> Forbidden City
Selepas melawat Forbidden City, kami balik semula ke hotel untuk makan dan rehat. Bila penginapan dah duduk dekat dengan main station, jadi tak kisah nak ulang alik ke hotel.
Kebetulan ada restoran halal berdekatan dengan hotel kami, lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Lepas makan bolehlah balik bilik sekejap untuk rehat. Bila travel bawak warga emas ni memang perlu utamakan mak yang tak larat nak berjalan seharian. Lagi-lagi kita pula travel DIY yang banyak naik public transport nak kemana-mana.
![]() |
tangga tinggi camni takde escalator cokkk |
Apa yang aku perasan di station metro Beijing ni, tidak semua tempatnya ada escalator. Ada some station yang perlu turun naik tangga yang agak tinggi, which is pada aku sangat tak mesra oku atau warga emas. Mungkin escalator atau lift tu ada, tapi di pintu lain dimana jauh dari pintu yang kami jumpa ni.
Lain dengan station metro masa aku ke Taiwan tahun 2024, sentiasa ada escalator di setiap metro station tak kisahlah sama ada tangga tu tinggi atau rendah. Haiyoo Beijing banyak tangga dan sangat banyak berjalan ya. Makanya persiapkanlah kaki anda!
![]() |
Jumpa dengan random pokok otw balik ke hotel |
![]() |
signboard restoran dari luar. Aku cuma ada gambar restoran ni waktu malam je |
![]() |
porsi nasi membunuh (sebab banyak) |
look how big the portion! |
![]() |
la mian beef noodles |
Harganya standard, sepinggan nasi tu dalam belas-belas ringgit sama juga dengan mi tarik. Kami kalau taktahu nak makan mana, pergi restoran ni je sebab dekat dengan hotel dan affordable. Cuma disini susah bab nak komunikasi jela disebabkan pekerjanya semua tak boleh berbahasa english. Time nak order tu tunjuk gambar makanan jela kat waiter.
Cakap pasal komunikasi, korang wajib download chinese translator jika ke China. Aku macam tak suggest guna google translate sebab translationnya macam tak accurate je.
![]() |
antara apps yang aku download sebelum ke Beijing |
Selain tu, wajib ada apps alipay atau tng e-wallet, wechat (jika nak contact dengan agent) dan Amap (macam google maps tapi version china). Kebanyakkan makanan, entrance fee dan shopping memang sepenuhnya menggunakan TNG e-wallet je. Kami langsung tak bawak duit cash sepanjang di sana, haha tawakal sungguh dengan mengharapkan wifi 100% tauu.
Lepas makan tu, balik hotel untuk solat dan rehat, lepastu keluar semula dari hotel untuk sambung berjalan. Akan bersambung di next entry!
![]() |
main station di Beijing yang boleh menghubungkan line hingga ke serata province |
Patut makanan dia portion besar. Supaya banyak berjalan di stesen tren, naik dan turun tangga.
ReplyDeleteagaknya begitulah.. baru nak kurus duduk cina ni, sekali makanan dia pulak banyak benarr
DeleteBetul....kalau kat sana kawan saya cakap mereka tak guna aplikasi WhatsApp kan... Lepas tu pembayaran memang guna touch n go.
ReplyDeletemereka guna wechat. kat sana nak buka social media ig fb pun tak boleh. kena pakai roaming atau vpn
Deletebest sangat bayar guna TNG tu sebab dia akan convert kan terus dengan duit RM setiap kali payment. senang nak track perbelanjaan kat sana :D
Betul tu, saya dah tengok cara kerja touch n go boleh terus convert.
DeletePokok tu pulak cakap.... "Jumpa dengan randon tourist..."
ReplyDeletehehehe
Aduh uncle ni, ye tak ye jugak kan.. tergelak saya 🤣
Delete