Assalamualaikum
Sambungan daripada entry --> Pelawangan Campsite to Danau Segara Anak
29/4/2025 - Selasa
Ini merupakan hari terakhir kami di gunung. Untuk hari terakhir ni, kita akan melalui jalur yang namanya Torean hingga keluar ke kampung Torean. Ia akan menjadi hari Yang agak panjang kerana kebiasaannya akan mengambil masa 9 hingga ke 12 jam.
Jalur Torean ni MasyaAllah, aku tak pernah lagi lihat view macam ni di Malaysia! Dia macam vibes jurassic Park. Sangat terpegun sepanjang jalan dan tak habis-habis mulut ni meratib perkataan cantik dan bertasbih tengok ciptaan indah dari-Nya.
 |
yang bulatan merah tu, kami nak menuju ke situ untuk makan tengahari. Kuss semangat nengoknya |
Start turun dari Danau Segara Anak pukul 8.30 am, walaupun masih pagi tapi matahari sangat terikk nak terbako otak. Kaki aku yang sakit sejak semalam masih tak recover lagi, so redha jelah apa nak jadi pun. Awal-awal lagi aku dah beratur kat lineup yang hujung dan eh, bertemu lagi dengan muka-muka yang sama sejak semalam. Team keluar malam lagilah kita harini ye, haha.
Setelah sejam berjalan, kami jumpa dengan kolam air panas untuk berehat. Sangat syok rendam kaki untuk legakan otot. Aku celup tangan jelah sebab malas nak buka kasut dan stokin.
 |
jalan turun ke kolam air panas |
 |
tengokla matahari duduk tegak atas kepala |
Kami meneruskan perjalanan sambil dibakar matahari terik. Adalah juga sambil-sambil tu stop bergambar sebab macam mana kita taknak ambil gambar kalau setiap pelusuk view di sini sangat cantik?! Tataplah sekejap gambar-gambar ni yepss.
 |
belum 3 jam jalan, dah terbakar segini.. |
 |
berjalan tengah panas sambil lihat pemandangan macamni? Saya rela terbakar sampai rentung |
 |
this is the view |
 |
but i am the view. Tibahh |
Ok target kita sekarang adalah nak turun sampai ke sungai yang bawah sana tu. Nampak je macam dekat kan? Tapi sebenarnya suatu keseksaan jugaklah nak menurun sampai bawah sana sebab akan melalui banyak tangga, lalu di trek berbatu yang curam supo rock climbing. Peh bersepai lutut weii!
Mas Nopal lah (porter) yang paling banyak tolong aku especially bila kena turun di kawasan yang curam. Memang all the time aku berjalan dengan dia je because my lutut kenot take it anymore. Aku tak pernah menyusahkan orang masa hiking tau, tapi kalini memang perlukan pertolongan and i feel ashamed for that hahaha dasar lemah!
 |
mas Nopal porter aku dan Sahira. Tapi dia cakap Nopal tu nama anak dia, so aku pun tak tahu apa nama sebenar dia, lolz |
Porter aku ni kecik je orangnya, tapi kuat betul tiap-tiap minggu naik gunung angkat beg pendaki yang berat-berat. Mas Nopal cakap beg aku dengan Sahira ni ringan sebab dia pernah bawak beg sampai 25kg, itu yang paling berat dia pernah pikul. Kalau lagi berat beg, lagi susah nak tolong pendaki katanya. Ada hikmahnya beg kami tak berat sangat, bolehlah mas towing saya sampai ke pangkal jalan kan? Hikss.
Btw seronok tau borak dengan mas ni sambil tanya pengalaman beliau sepanjang jadi porter. Pernah dia cerita 11 hari direct tak balik rumah sebab trip back to back. Kebiasaannya porter-porter ni akan naik gunung 2 kali seminggu. Katakan dia naik gunung dari hari ahad hingga selasa, khamis atau jumaat tu dia kena naik gunung lagi untuk trip lain pulak. Fuhh letihnya dengar..
Semoga semua porter-porter dan guide di gunung Rinjani ni murah rezeki selalu. They are the real definition of membanting tulang 4 kerat bagi mencari rezeki.
 |
turun Torean ni bukan setakat kaki je kena kuat, tangan pun kena kuat juga sebab banyak kena pegang tangga, pegang tali |
 |
sikit lagi nak sampai sungai. Wait for me! |
 |
yay dah sampai! |
Rasa happy sikit sebab jalan dah mendatar je kat bawah ni. Rehat-rehat kaki sambil makan biskut jap. Btw nama sungai ini ialah Sungai Kokok Putih, airnya mengalir dari Danau Segara Anak. Sangat bersih dan menyegarkan tau!
 |
setiap kali berhenti, setiap kali tulah porter and guide ngerokok. Pam energy katanya haha |
 |
menggigil-gigil aku nak seberang sungai ni. Alirannya deras |
Korang ingat kat Torean ni menurun saja ke? Tidak okay! Kat sini sekejap turun, sekejap naik, sekejap lagi tu kena rock climbing atau panjat tangga pulak. It's like never ending punya turun naik ya, menyirap aku!
 |
kena panjat pula bukit ni untuk ke tempat mata air |
 |
panjat tangga lagi |
 |
panjat lagi sampai penat! |
Setelah 10 minit jugaklah memanjat, kami tiba di Banyu Urip dimana ianya adalah tempat mata air semulajadi. Lain sangat rasanya air fresh gunung dengan air botol Aqua yang aku beli kat Indomaret tu hahaha. Mas Nopal pun geleng kepala je tengok aku sakan topup air, padahal dalam beg tu ada je lagi air botol yang belum dibuka.
Sorry mas, saya pun nak rasa jugak air dari Gunung Rinjani. Bukan selalu datang sini :p
 |
tak tahulah apa masalah aku tak ambil gambar mata air tu, tapi sebaliknya pergi selfie pulak. Motif?? |
Selesai rehat dan topup air, kami meneruskan perjalanan ke tempat yang paliiinng viral dan paling curam di Torean ni. Di sini jugalah berlaku kes maut pendaki dari Malaysia pada awal Mei haritu, Innalillah..
Guide banyak kali pesan jangan sibuk merakam, jangan pegang tongkat tapi peganglah tali. Laluan tu memang cukup untuk seorang saja lalu, salah langkah memang sadaqallah lah citer dia.
But the view is really chef's kiss!
Lepas melalui tebing yang viral tu, stop lagi di spot bergambar wajib. Cuma sayang, awan mendung sangat makanya gambar sedikit gloomy.
 |
Cuba bayangkan belakang tu ada dinosaur bergaduh, mesti epic gila! |
Pukul 2.08 pm macam tu kami tiba di Pos Kebon Jeruk untuk makan tengahari dan solat. Ini juga merupakan makanan terakhir kami di gunung.
Dahlah makan Indomie yang menjadi favourite semua manusia, boleh pulak takde selera makan. Aku jamah sikit je, selebihnya makan buah. Nasib baiklah ada kawan yang sorang ni tolong habiskan mie aku, nampakla pinggan kita licin licau tak membazir kan?
 |
Indomie dan nenas yumzz |
Daripada Kebon Jeruk, kami menuju ke Air Terjun Penimbungan untuk bergambar lagi. Serious memukau sangat viewnya! Kat Rinjani banyak sangat air terjun, tapi yang paling cantik memang di Penimbungan ni lah.
Ini juga merupakan last stop open view kami.
 |
close up sikitt |
 |
mas Cika ambil gambar memang on top! |
 |
porter yang angkat bebanan up to 20kg |
Untuk trek terakhir ni banyak lalu kawasan hutan je, no more tebing curam yang menyajikan view cantik lagi sobs.. Ingatkan dah hujung-hujung ni mendatar sikitlah jalannya, ternyata tidak. Masih banyak kena turun naik jugak. Masa ni aku jalan bertiga je dengan mas Nopal dan sorang lagi kawan, Acap. Hanya diorang je yang tahu betapa nak meninggalnya aku waktu ni sebab literally out of energy dah. Jalan pun terhuyung-hayang sampaikan mas Nopal cakap aku mabuk ketum lah, suruh buang lutut lah haha siot tau porter aku ni.
 |
pos Birisan Nangka. Pinjam gambar group first yang sampai awal jap
|
|
Lepas dah jumpa dengan Birisan Nangka ni, perlu berjalan lebih kurang sejam lagi sampailah kita jumpa Pos permit. Disini perlu tunjuk slip keluar hutan dan declare sampah.
Kami sampai di pos permit ni pukul 8.10 pm gitu. Dari pos permit ni, perlu berjalan lagi 20 minit untuk sampai ke pos ojek pulak. Kemudian dari pos ojek nak ke kampung Torean tu pula perlu berjalan kaki 30 minit jika taknak naik ojek.
 |
geng seret kaki |

Jauh betul perjalanan nak keluar dari sini. Sejak daripada Birisan Nangka aku asyik kena scam je kononnya nak sampai dah, ternyata belum nampak lagi pintu keluarnya. Memang taklah aku nak berjalan kaki pergi kampung Torean tu, jauh okayy. Untuk naik ojek pula, harganya Rp80k sebab dah malam.
Finally hampir pukul 9 pm macam tu, kami sampai pun di pintu Torean dan gerak ke homestay dalam pukul 12 am lepas pendaki last dah selamat sampai. Bebas sudah penderitaan kakiku sepanjang 3 hari di Rinjani ni, Alhamdulillah! Total perjalanan menuruni Torean ni adalah 13 km.
 |
pintu gerbang kemenangan! |
Aku ucapkan terima kasih pada mas Nopal dan kasi extra tip juga sebab banyak tolong aku. Korang kalau upah personal porter, jangan berkira nak bagi extra tip tau sebab porter kat Rinjani ni memang jaga kaw kaw baik punya.
Tamat sudah misi pendakian Rinjani. Terima kasih kepada semua local guide, porter yang dah sediakan khemah, masak sedap-sedap, towing pendaki, layan je kerenah kami semua ni. Tak lupa juga pada crew dan team Gunung Hub yang sporting semuanya! Kenangan manis betul 3 hari 2 malam duduk dengan diorang semua ni dalam keadaan sama-sama busuk tak mandi hampir 3 hari, muka serabai. I'll treasure this memories forever! Gituhh
Next entry, pergi main air terjun!