30 Oct 2022

October recap

 

Assalamualaikum and hiii~!

It's been a while la aku tak update apa-apa kat blog. Macam tak biasa kan :p

Memandangkan sekarang ni kita berada di penghujung Oktober iaitu bulan kesukaan merangkap bulan kelahiranku, banyak benda ni nak cerita sebab banyak peristiwa menarik sepanjang oktober ni. 

1/10/2022

Memenuhi undangan kahwin rakan. Sebenarnya aku baru first time jumpa diorang ni face to face masa camping kat Jerangkang last year, second time jumpa dah kahwinn. Majlis buat kat Terengganu, aku ni pulak memang suka dengan negeri Terengganu. Pastu Iqa offer carpool sekali, apalagi ikutlah!



Tahniah Tasha & Hafiz! Untung betul member, baru pestime bercinta terus kahwin haa. Aku kapan Ya Allah.... 


7/10/2022

Meraikan birthday aku dengan makan di restoran steamboat refill sampai muntah tapi cuma berharga RM30 sahaja.

Pada 7/10 haritu genaplah umur aku 25. Dulu aku selalu looking forward lah bila umur ni menjangkau ke 25 tahun. Mesti time tu dah kahwin ke, ada kerjaya hebat-hebat, jadi dewasa yang berpandangan jauh tapi.... hahahaha! Takde... saya masih belum mencapai semua itu. 

Tapi takpe, engko kerja pun baru 2 tahun lebih je Mazni, memanglah belum kaya lagi. Semoga tak pernah putus asa untuk mencuba benda baru, jangan takut nak mulakan dengan orang baru(ko nak kawin kan?!), dan jangan rasa down dengan diri sendiri selalu. 

15-18/2022

Okay this is highlight of the month la. 2 minggu lepas, aku dengan adik beradik + kawan kakngah pergi jugak hiking ke Gunung Kinabalu setelah 2 tahun menunggu. Berapa kali jugaklah tangguh sebab covid ni. Aku excited gila nak pergi Kinabalu tapi at the same time takut pewai terukk!

Kitorang training pun kat tempat-tempat biasa je. Orang lain naik Nuang la, Rajah la. Cheq mampu Angsi, Gunung Datuk, and bukit-bukit biasa je hahaha. Kira macam kaki kau tak didera secara teruklah xD Tapi Alhamdulillah, sepanjang naik tu kaki tak sakit. 

Trip Kinabalu ni nanti aku akan buat entry secara berperingkat lah nanti tapi cam biasa, haruslah lambat kalau dah namanya Mazni hahaha.



Untuk menghabiskan saki baki Oktober ni, takde apa-apa pun berlaku selain 3 peristiwa yang dinyatakan di atas. Sambung siapkan kerja jelah. Dah sedap cuti lama kan, ha silakan sambung stress semula yeee.

Semoga bulan-bulan yang seterusnya kita diberikan nikmat kesihatan yang baik, rezeki yang tidak terjangka serta perkara yang menggembirakan hati kita!

How's your October so far? :D

10 comments:

  1. Wahh bestnya hiking sampai Gunung Kinabalu! Amaze betul! Nina tak pernah lagi hiking. Hehehe.. Yang pasal umur tu, betul.. Dulu2 Nina pun rasa macam wah, umur 20 lebih tu mesti dah dewasa sangat, tapi bila dah sampai umur tu rasa biasa2 ja. In fact, masih berasa jiwa kanak-kanak. Hahaha.. Takpa, jom kita enjoy dulu life as a young and single person kak Mazni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tercapai hajat nak gi kinabalu, tapi kena repeat balik ni sebenarnya xD

      Kann?! Zaman mak ayah kita dulu umur 20 lebih tu macam2 dah ada. Saya masih disini macam tiada apa2 huhu

      Delete
  2. Btw Kak Mazni, lari topic sikit.. Nina baru follow IG akak tau.. Sebab ingat nak tanya2 sikit pasal penerbitan majalah sebab teringat akak pernah buat magazine printing dulu kan. Sem ni Nina kena terbitkan magazine, kalau Kak Mazni tak keberatan boleh ke kalau nak tanya apa2 pasal layout atau anything berkaitan majalah? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jeee! Saya sampai sekarang masih buat layout buku hehe

      Delete
  3. semoga dipermudahkan kawin nanti., aminnn ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu bayangan jodoh pun belum nampak lagi ni wak hahaha xD

      Delete
  4. barakallahulakuma utk mempelai...

    ReplyDelete
  5. sama kita suka ganu.. win bab makan2

    ReplyDelete
  6. oktober saya dipenuhi dengan outstation dan kerja. hahaha

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~