4 Oct 2026

Aktiviti free and easy di Mekah



Selepas habis lawatan Taif, kami pulang semula ke hotel sebelum masuk waktu maghrib dan terus je pergi masjid untuk solat maghrib dan isyak. Lepastu masing-masing berpecah dengan agenda tersendirinya.

Suasana di area mataf pada waktu malam

Memandangkan ada lagi 2 malam je sebelum pulang ke Malaysia, masa yang berbaki ni lah kita gunakan untuk explore, shopping, foodhunting kat sekitar Mekah ni.

Cakap pasal shopping dan makan kat Mekah ni kan, aku pernah nampak orang tulis kat sosial media yang berbunyi lebih kurang; "orang sekarang ni pergi umrah, sibuk shopping sana sini la, cari makanan viral la. Macam dah lupa tujuan ke sana sepatutnya kena banyak ibadah".

Dia tak tahu kot masa aku pergi kursus umrah, ustaz yang racun suruh bawak duit banyak-banyak untuk shopping kat sana hahaha.

Bagi aku kan, ibadah is still ibadah, but at the same time dapat support ekonomi orang muslim kat sana. Kita pun happy dapat beli souvenir yang cantik-cantik, peniaga sana pun happy dapat pelanggan. Apa kamu ingat saya shopping semata-mata untuk diri sendiri jekee? Tidak hokeyy, kita berbagi-bagi dengan family dan kawan-kawan jugak. People can say whatever they want, yang penting kita haruslah sambil menyelam, sambil minum air~

Anyway, kami masuk mall kat dalam Clock Tower ni untuk cuci-cuci mata. Ada banyak shoplot yang branded, yang cantik-cantik level-level dato' datin laa. Memang ramai orang dalam tu dan tempatnya dibuka 24 jam. Weolls jalan just cuci-cuci mata sebab agenda utama dia adalah nak cari nasi arab unta je. 

Inside Abraj Al Bait Mall

Kami naik sampai level P3 area food court tu, dan nampak nasi unta tu bersebelahan dengan Burger King. Foodcourt dia macam tak besar sangat, tapi banyak kedai makan yang kelihatan menggiurkan untuk dicuba.

Ni antara kedai yang buat aku terliur. Tak sempat merasa makanan kat sini..
Hashi Basha dengan menu special nasi unta

Mulanya ingat nak makan situ, tapi kerusi banyak ghaib la pulak. So bungkus 2 pek untuk makan kat bilik. Satu pek tu seingat aku around 75SAR.. Agak pricey, tapi setiap suapan tu sungguh chef's kiss dan tiada penyesalan oleh setiap riyal yang dileburkan itu. Haa gitu punya over!

Mungkin sebab ini kali pertama aku cuba makan nasi unta kot. So tak pastilah review ni valid ke tak untuk dibandingkan dengan nasi arab unta kat tempat lain. Yang pasti, daging unta sangat sedap!

Daging unta dia banyak je sebenarnya, tapi tertanam dalam nasi

Actually malam tu kami tak beli shopping sangat pun sebab tengah survey-survey kedai. Kami menyopping jubah kat Al-Safwah Towers pada hari esoknya. Tapi cerita dia aku compile sekali dalam entry nilah ye. Ternyata pilihan kat Al Safwah Tower ni lebih banyak dan berbaloi dari segi harga!


Al Safwah ni menghadap King Abdul Aziz Gate. Masuk je dalam tu nanti kena turun escalator, dan jumpalah bermacam jenis kedai yang akan buat anda rambang mata! Harga yang ditawarkan lebih kurang sama je untuk setiap shop. Tapi kalau pandai kecek, bui sajo :p


Harga jubah yang paling murah aku jumpa 20 riyal, paling mahal 380 riyal. Tapi standard harga yang biasa dibeli oleh kitorang range 50-150 riyal. Ada abaya, jalabiya, mukhawar memang lawa-lawa chuolls. 


Aku pulak suka jubah yang kain dia macam campuran mixed linen sikit. Pastu ada embroidery yang cantik. Range jubah embroidery camni starting from 120 riyal. Tapi tula, masa kat Madinah haritu dah beli banyak jubah, so bajet untuk aku menyopping jubah mahal kat Mekah ni dah habis haha.

Mampu beli jubah yang harga bawah 70 riyal je. Sadis sungguh

Kaler ni cantik sangatt

So tu jelah antara masa yang digunakan bila ada waktu free kat Mekah ni. Ada jemaah dari group kami yang rajin, pergi ziarah masjid jin la. Shopping tempat-tempat yang jauh sikit dari Mekah (but ofcos murah). Kitorang takdelah rajin sangat nak explore jauh-jauh dari kawasan hotel ni hehe.

Next --> Solat subuh di rooftop Masjidil Haram - Suasana persekitaran masjid

13 Sept 2026

Mendaki gunung Merbabu - Campsite

Sambungan dari --> Tiba di Basecamp Merbabu

Start naik pukul 10 am, masa tu matahari tegak atas kepala cuy. Nak cepat sampai campsite, tapi kena hadap another 5 to 6 hour.. So begitulahh xD

Seperti yang aku mention pada previous entry, Jalur Suwanting ni merupakan jalur paling cepat untuk sampai ke puncak tapi kena tempuh perjalanan yang jauh. Trek dia pun terkategori as menanjak jugaklah walau tidak sedahsyat seperti gunung-gunung di Malaysia.

Awal-awal rasa nak putus nafas beb 
Nanti banyak jumpa trek camni xD

Lepas hampir sejam berjalan, akhirnya kami tiba di Pos 1 Cemoro (10.57 am). Rehat jap kat sini sambil tunggu yang lain-lain sampai. hiking dengan diorang kalini, tunggu semua orang sampai kat checkpoint baru kita gerak sama-sama. So that takdelah masing-masing tertinggal gap yang jauh dari group.


Dia punya pos tidak terlalu luas, tidak terlalu kecil. Kami rehat around 20 minit gitulah dan sambung perjalanan sampai ke next point pulak. Dia punya trek ni masih mengucap panjang, tapi apa boleh buat. Jalani setiap langkah dengan penuh tabah jela haha.

Banyak pokok di kiri dan kanan, so tak terasa panas sangat
Benda yang paling aku anti setiap kali hiking, trek bertangga macam ni
Mas Danny yang setia menemani 3 manusia siput ini
Reached Lembah Mito at 12 pm

Ni Lembah Mito yang berada pada ketinggian 2018m dari aras laut. Ingatkan ni pos 2, rupanya nak sampai pos 2 tu ada lagi sejam. Kat Lembah Mito ni luas dan lebih landai berbanding  pos 1 tadi.

Sepanjang hike ni ada satu benda yang aku tak suka, which is setiap kali kitorang rehat kat mana-mana pos je mesti akan bau rokok yang sangattt kuat. Kita hiking ni untuk hirup udara fresh. Lepas dah penat-penat memanjat dan baru nak amik nafas, tetiba tersedut asap rokok pulak aduh spoil mood.

Maybe it's their culture lah, kitonya tak biasa dan tak suka bau rokok kat tempat nature cenggini huhu.

Suhu dah start sejuk i looikeee!
Pos 2 - 12.46 pm

Memula ingat nak makan kat Pos 2, tapi agak ramai orang dan tempatnya pun tak rata sangat. Kena naik sikit lagi around 15 minit sampai di Lembah Manding untuk makan. Lunch ni kami rehat selama 45 minit. 

Lauk lunch yang simple serta bergambar dgn ahli group (with view kertas A4 :p)

Then sambung perjalanan.. Aku malas nak cerita panjang-panjang, so letak a picture with caption jelah ek.

Allahuuu ini apa miska?!
Ini namanya penyesalan!
Lagi penyesalan
Cuci mata tengok bunga comel
Posing dengan kehijauan
Rehat sebab masing-masing dah pewai
Kayu lumut yang sangat cantik! Memang wajib ambil gambar kat sini
bunga edelweiss dan Mazni

Bila kita dah naik makin tinggi, pokok-pokok pun makin berkurangan. View pun makin open. Sikit demi sedikit kami melepasi paras yang lebih tinggi dari awan, sampailah nampak beberapa puncak gunung yang diselimuti lautan awan gebu tu.

Gunung Andong kalau tak salah, belakang tu lupa gunung apa

Ralit aku tengok penampakan gunung kat belah kiri, rupanya bila toleh belakang, nampak gunung Merapi yang lagi cantik! Dia macam sipi-sipi sikitla sebab masih bertutup lagi. Tunggu lewat petang nanti dia belanja clear view! Subhanallah taktau nak cakap macam mana cantiknya pemandangan yang tersaji depan mata ni.

1x zoom
30x zoom

Sebelum sampai campsite, kita akan lalu kat pos air. Kat sini bolehla topup air fresh dari gunung, memang heaven gilers. Silap pulak sebab kitorang bawak air botol banyak, end up tak habis minum pun.. Air topup gunung tu jugak yang habis dulu xD

Tapi nak turun ke tempat mata air tu agak licin dan curam sikit so silalah berhati-hati.

Jalan turun ke pos air. Ada sorang mamat ni terjatuh, tak sempat aku nak rakam aib beliau
Sakan topup air. Padahal ada 2 botol air besar belum bukak dalam beg dia :p
Porter-porter gagah usung air untuk sediakan makan malam yehaaa!
Tanjakan terakhir boleh tahan pacak jugak..
Sambil layan pacak, dapat tengok keindahan ini

Dari pos air ni dah tak jauh nak sampai camspite, sekitar 15-20 minit je. Kitorang pulak belum solat zohor dan asar lagi waktu ni padahal dah pukul 4 petang. Maghrib kat sana around 5.30 pm. Kalutlah nak cepat-cepat sampai dan solat. 

Khemah sudah tersedia, kita tinggal masuk cuci kaki je. Aku cop khemah yang duduk kat corner lot, so that kalau malam nanti terdengkur kuat, at least takdelah kedua-dua jiran kiri dan kanan terseksa dengar dengkuran ku kan wahaha.

Nak tunjuk sikitlah rupa campsite dia camne.

camping di atas awan you alls, memang 5 stars!
hai khemah tandas yang dirindui~
The sun is setting down
And the sky turns colorful
Then, it went dark
Pisang goreng sedap dan merasmikan mug yang Kak Fanny bagi!

Lepas solat maghrib tu aku tertidur pulak sebab penat sangat then barulah bangun makan. Malam tu diorang masak sup kuah lodeh, teh hangat dan goreng pisang je. Porter gunung kalau masak selalunya sedap2 tau! Lepas makan tu telan lah segala jenis ubat selesema la, ubat tahan berak, ubat Acute Mountain Sickness. 

Then lights out sebab esok nak mula summit attack pukul 1.30 am. Seksa jugaklah nak tidur malam tu sebab sejuk sangat! Rasanya aku dapat tidur 3 jam jekot 

Next --> Summit attack gunung Merbabu

6 Sept 2026

Ziarah Taif - Kilang bunga rose & makan nasi arab dan kunafa

 

Sambungan --> Masjid Ibn Al-Abbas & pasar buah Taif

Kami tiba di kilang bunga rose selepas habis shopping buah. Disebabkan Taif ni letaknya di tanah tinggi, dia sesuai untuk tanaman bunga yang segar, hence digelar sebagai City of Roses.

Kilang ni nama dia Rasheed Al Qurashi Factory. Ia merupakan pengeluar produk bunga mawar yang berkualiti tinggi. Diorang pun ada ladang bunga rose sendiri tau.

keluar dari bas je nampak bukit cantik ni :D

Jemaah boleh mempelajari tentang pembuatan produk berasaskan mawar ni from scratch. Proses bermula dengan memetik bunga mawar, timbang, tambahkan air kemudian mendedahkannya pada haba yang tinggi untuk memulakan proses penyulingan dan mengekstrak minyak mawar. Dengan terhasilnya minyak daripada bunga mawar tersebut, bolehla jadikan sebagai produk-produk lain seperti perfume, sabun atau skincare. Yang penting prosesnya tu semulajadi!

Info-info nak hasilkan minyak wangi
Penerangan dalam bahasa Indonesia 

Pengunjung boleh lawat masuk ke dalam kilang jugak untuk tengok proses-proses penyulingan minyak mawar tu. My bro in law jelah rajin masuk situ, kitorang yang lain ni malass hahaha. Nak masuk area shopping tu pun aku malas ye. Maafler kita tak ambil gambar pulak apa produk-produk yang dijual kat situ.

Boleh tengok mesin penghasilan minyak wangi ni dengan lebih dekat
Wahh nampak banyak munge2, mesti menarik nii

Kami lebih memilih untuk lepak kat tempat yang disangkakan kebun bunga rose.. Sebab tengok dari luar macam agak lebat jugak bunga-bunga tu. So kita expect dalam dia lagi meriahlah. Btw nak masuk dalam ni berbayar tau, dalam 3 riyal gitu kalau tak salah.

Bila masuk dalam ni, langsung tak nampak sekuntum bunga rose pun. Dia sebenarnya kedai makanan rupanya.. Ada sate unta dan kunafa, makan tu jela. Kitorang ni jemaah yang kuat melantak je! :p


Pertama kali makan sate unta, ya ampunnn sedapnyaaa! Secucuk 5 riyal. Kunafa tu pun sedap sangat, lembut dan cheese banyak! Japgi kami nak gi makan kat restoran, ustaz cakap kunafa kat kedai tu paling sedap yang dia pernah rasa. 

Habis je lawat kilang bunga rose ni terus gerak pergi ke restoran tersebut. Sampai-sampai tu, kena tunggu sekejap la sebab ramai sangat orang! Tapi Alhamdulillah group kami dapat makan kat bahagian dalam.

Aku pun lupa apa nama restoran ni xD

Bahagian luar restoran

Makan kat ruangan dalam ni, terasa vibes ke-arab-an tu. Makanan ustaz order sama je untuk setiap jemaah iaitu nasi mandy ayam. Kalau sebelum ni kita selalu makan dalam talam, kali ni nasi tu makan sepinggan sorang. Budak-budak pun dapat sepinggan nasi yang lebih besar dari muka diorang hahaha.


Tapi percaya atau tidak, aku berjaya habiskan sepinggan nasi ni. Cuma takde gambar bukti je nak tunjuk kat korang. Nak cakap lapar, tak sangat pun. Nak kata sedap sangat, rasa standard nasi arab biasa je. Entah apa merasuki ku sampai boleh habiskan nasi ni sorang-sorang :p

Akhir sekali kami makan kunafa yang ustaz cakap sedap tu. Tapi sejujurnya, aku lebih suka kunafa dekat kilang bunga rose tadi sebab lebih lembut dan cheesenya lagi banyak. Kunafa sini macam terlebih crispy sikit. Benarlah lain orang, lain deria tekaknya.


Makan sampai kenyang tersandar. Lepas makan ni kami nak gerak balik dah. Patutnya ada satu lagi aktiviti which is naik cable car. Tapi yang tu kena tambah lagi 100 Riyal dan tak ramai yang nak vote pergi ke sana. Bila kita dah tinggal hari hujung-hujung, 100 Riyal tu sangat bermakna untuk duit shopping dan makan aku kat Mekah ni :p

Ada rezeki lain kita datang lagi.

Sebelum gerak balik ke Mekah, kami singgah solat di masjid Qarnul Manazil.

Kalau kita fly dari Asia tenggara menuju ke Jeddah, nanti anak kapal akan buat announcement untuk berniat ihram sebab melintasi sempadan miqat. Besar jugak masjidnya dan bentuk petak je. Takde kubah yang grand pun :D

Snap gambar dari belakang masjid je sebab Mazni ni suka lupa nak ambil gambar

Alhamdulillah, seronok ziarah kat Taif ni. Di samping kita jalan-jalan cuci mata, dapat lihat kawasan bersejarah di mana Nabi kita bersusah payah cuba berdakwah di sini walaupun ditolak secara kasar.

Sebenarnya Nabi tak gagal pun berdakwah di Taif pada waktu ni. Selepas Baginda dibaling batu oleh orang-orang Taif, Baginda berlindung di sebuah kebun. Dari situlah seorang hamba bernama Addas (beragama Nasrani) datang membawa buah anggur untuk Nabi. Sebelum makan, Nabi membaca 'bismillah'. Ucapan tu mengejutkan Addas sebab ia tidak pernah diucapkan oleh masyarakat Arab di kawasan itu.

Akhirnya Addas menjadi orang Taif pertama yang memeluk agama Islam. Dengan pengislaman Addas tulah terbitnya cahaya di tengah kegelapan. Walaupun satu kota menolak dakwah Nabi, tapi usaha dakwah tetap membuahkan hasil walaupun hanya dengan pengislaman seorang hamba. Malah Rasulullah juga mendoakan zuriat keturunan Taif akan menyembah Allah pada masa hadapan.

Selamat tinggal Taif yang cantik