11 November baru ni, buat pertama kalinya aku berjumpa dengan rakan yang dikenali secara alam maya. Lebih mengujakan, gerangan tersebut adalah blogger daripada Indonesia! Tak lain dan tak bukan adalah Kak Fanny!
Tu diaa, first time jumpa kawan online terus dapat level-level international tau!
Ceritanya, kak Fanny ada DM di Instagram dan beritahu bahawa beliau akan ke Malaysia. 10-12 baru ada di Putrajaya. Kak Fanny cakap nak bagi buah tangan untuk blogger yang rajin menyinggah di blog nya.
11 haribulan tu, aku bekerja sebenarnya. Kak Fanny cakap if tak free dia boleh poskan barang tu. Aishh rasa serbasalah pulak orang dah dah datang jauh-jauh, tapi kita tak dapat nak jumpa. Lepas tahu kak Fanny stay di hotel IOI City Mall tu, okay macam boleh datang ni. Sebab tempat tersebut literally 10 minit je dari rumah. Since aku gerak dari office, jadi 40 minit lah haha. Kami janji nak jumpa lepas maghrib.
My first impression masa jumpa, waduh cute banget! Petite dan manis je orangnya!
 |
| Macam belia remaja sangatlahh (credit gambar from kak Fanny) |
Boleh dikatakan jadual kak Fanny haritu padat betul ye. Sebelah paginya tu jumpa beberapa rakan blogger lain di KL. Antaranya Kak Ezna, Kak Carneyz, Mama Zharfan dan Encik Afif. Petang selepas balik dari KL, jumpa pula dengan Kak Mulan.
Malam turn aku, kemudian Uncle Gedek orang terakhir. Tapi beliau sangatlah peramah menyantuni kawan-kawan blogger Malaysia tau. Onz je bila ajak jumpa!
 |
| Screenshot dari story IG. Ya tahun depan saya naik gunung di Indonesia lagik :p |
Kami just duduk-duduk minum kat Tealive sambil bersembang topik biasa-biasa je. Tapi sebab Kak Fanny ni orangnya rajin travel, mestilah selit-selit tanya tentang travel jugak. Kak Fanny bagitau pernah makan lobster kat area Timang Beach, harganya Rp800k sekali dengan set seafood. Murah gila you all!
Aku ada jugak pasang niat nak pergi ke Jakarta, sebab nak foodhunting dan shopping! Semoga ada rezeki sampai ke Jakarta, walaupun jalannya sentiasa macet hehe.
 |
| Kerepek perisa udang galah dan beg eiger |
Balik rumah, unboxing buah tangan dari Kak Fanny. Hurmm kat DM kata 'souvenirs kecil dari Jakarta'.. Ini tak kecil dah tau, ini besar sungguh! Kak Fanny tahu saya minat outdoor, so dia bagilah beg Eiger ni. Antara brand outdoor famous dari Indonesia yang saya minat. Suka sangat!
Lepastu, ingatnya cukuplah setakat dua hadiah ni je. Bila bukak beg ni, ada lagi isi dalamnya.. Ada telekung, sejadah travel, pinggan dan cup camping, set sudu, reusable straw, serta aromatic oil. Ya Allah banyak sungguh! Segan pulak saya bagi hadiah berapa ketui ja, sekali dapat hadiah berketul-ketul pulak.
Alhamdulillah, terima kasih atas pemberian yang bermakna ni. Tak sabar nak bawak masuk hutan! InsyaAllah moga ada rezeki, kita jumpa lagi. Minta maaf kalau saya sedikit kekok atau tak dapat berbual banyak. Saya agak pemalu bila pertama kali jumpa face to face. Maklumlah, masih bocah lagi :p
Seronok rupanya jumpa kawan blogger ni. Selama ni selalu singgah blog dan baca penulisan diorang je. Bila jumpa depan-depan, best je ajak sembang! Kot kot la lepasni dapat jumpa blogger yang lain pula kee.
Buat siapa yang belum mengenali kak Fanny, jom terjah blog beliau untuk baca cerita-cerita travel dan makan! --->
https://dcatqueen.com/