Sambungan dari --> Spring Raya : Silk Street
7 April 2025
Hari tu merupakan hari terakhir kami di Beijing Zhongan Hotel, sebelum check out hotel pukul 12 pm. Pagi tu cuma aku, kakngah dan abang je keluar jalan-jalan sebab nak beli snek makanan di Niujie untuk bawak balik Malaysia. Disebabkan masih pagi, sangatlah tenang suasana di Niujie tu. Kalau tak, selalunya padat dengan manusia.
 |
| heaven betul kalini datang tak payah beratur |
Mak suruh tambah buah cherry lagi sebab nak bawak balik Malaysia. Kami beli lagi 2 bungkus. Pastu beli stok instant mee, ayam, sosej, daging RTE dan jugak snek untuk bagi kat kawan-kawan. Tak lupa juga, pagi tu kami tapau beef shaobing yang sedap tu buat kali terakhir kat Niujie, sobs..
 |
| cherry dan daging ready to eat yang super murah! |
 |
| beef shaobing paling sedap pernah ku makan. juicy dan inti gemokzz |
Kaklong dengan adik aku ada kirim ubat mujarab apa entah. Tapi dia cakap ubat tu sangat bagus. Try cari kat farmasi di sekitar Niujie ni, takde pulak. Kaklong kata dulu dia cari ubat-ubat tu kat traditional market. So kami pun pergilah Qianmen Street, antara old street yang penuh dengan shoplot di sana.
Disebabkan Qianmen ni merupakan traditional shopping street, kebanyakkan bangunan shoplot di situ berbentuk klasik. Rupanya, Qianmen Street ni berada di belah selatan Tiananmen Square je. Juga bersambung dengan Wangfujing Street.
Itulah Beijing kan, pusing-pusing jumpa tempat yang sama. Pastu mengomel, "kenapalah haritu kita tak sekalikan je tour Qianmen Street ni masa pergi Tiananmen haritu kan?" Hahaha.
Pastu aku nak pergi toilet tau. Ingat toilet dia ni standard macam toilet biasa yang ada penghadang pendek tu. Sekali bila masuk.... toilet ni cuma ada 3 jamban squat, 1 jamban duduk. Tak ada apa-apa pintu mahupun partition yang memisahkan anda dengan orang sebelah. Boleh berak sambil bertentang mata gitu wahaha.
 |
| Tak expect pulak toilet dia pun terlalu 'traditional'. Kita tahan jela sampai balik hotel yekk |
Kami pun meneruskan misi mencari ubat yang diminta oleh kaklong tu. Shoplot kat sini banyak betul yang nampak menarik. Disini juga ada banyak makanan halal tau! Barulah aku teringat, di sekitar sini ada masjid yang terletak di Yangwei Hutong, di belakang Dashilar Street. Boleh baca di blog Nota Kembara untuk pergi ke Masjid tu.
No wonder lah masa kat sini, aku jumpa a group of chinese muslim. Semua sepesen je pakai tudung putih lipat bulat, baju hitam. Nampak macam orang Hui.
 |
| kedai yang jual snek halal |
 |
| Lu Da Gun - tekstur dia macam mochi yang digulung bersama red bean paste. Kemudian ditaburkan soy bean flour di atasnya. Sedap dan tak manis sangat, tapi really sticky! |
Qianmen Street mempunyai sejarah sejak 570 tahun yang lalu. Ia dipanggil sebagai 'Zhengyangmen Street' ketika Dinasti Ming dan Qing, akhirnya mendapat nama Qianmen ni dari tahun 1965. Tempat ni memang di preserved sebagai traditional market/shopping sejak dari dulu hingga sekarang.
Jom tengok gambar kat sekitar Qianmen ni.
 |
| antara salah satu kedai yang menjual sate kambing halal |
 |
| berapalah harga pearl beijing ni. Nak masuk, tapi takut! |
Pastu, kat tengah laluan pejalan kaki ni pun ada tram yang akan round-round di sekitar Qianmen Street. Dangdang Che (trams) ini mula diperkenalkan di Beijing pada tahun 1924. Mengikut pembacaan di google, tram ni cuma ada 2 biji sahaja di Qianmen Street serta boleh memuatkan 84 orang pelawat dalam satu masa.
 |
| laluan tram |
Macam-macam kedai menarik yang kami jumpa. Ada jual kasut dan baju tradisional, teh dan herba, restoran dan street food yang bersepah di sana sini. Nak explore makanan kat Qianmen ni pun rasa tamak sangatlah pulak, sebab tadi pagi dah beli banyak makanan kat Niujie.
Tapi kami singgah beli yogurt sedap kat satu kedai ni. Abang aku cakap yogurt ni halal dan memang kena beli if dah sampai Beijing. Kira macam signature sini jugaklah.
Kami beli 3 yogurt dalam 15 yuan if tak silap. Tak berani nak beli banyak sebab takut tak sedap ke apa.. Bila makan tu, ya Allah rasa rugi betul tak beli banyak. Rasanya ni yogurt yang paling sedap pernahku makan sepanjang hidup ni! (over tak?) Selalu kalau kita makan yogurt kan ada rasa masam-masam kan, tapi yogurt ni rasa macam makan cream cheese.
Ziguangyuan (紫光园) yogurt, popular dengan 'Naipizi' (milk skin) yang menjadi signature di sini. Selain perisa original milk skin tu, ada perisa lain seperti matcha dan jasmine juga. Yogurt ni tidak menggunakan sebarang artifical atau preservatives.
How it's Made:
- Uses fresh milk and traditional techniques, fermented for over 18 hours.
- Fermented in the cup, not stirred, retaining its thick, natural form.
 |
| teksture yogurt yang sangat padat dan creamy |
 |
| korang wajib cari Ziguangyuan (紫光园) yogurt kalau datang Beijing! |
 |
| ni perut lembu dimasak dengan chinese style. Adik aku cakap sedap |
 |
| bao kecik comey. Tapi rasa biasa je nyahh |
 |
| kat Malaysia sebut Mixue je, kat China sebutan dia lain sikit ke.. sebab panjang bebenor tulisan tu pun |
 |
| peking duck yang sampai kesudah lah kitorang tak sempat merasa. Halal peking duck agak limited sikit kat Beijing ni |
Maka tamatlah sudah sesi berjalan-jalan kami sepanjang di Beijing ni. Balik dari Qianmen tu, kami pindah ke hotel yang berdekatan dengan airport. So takde lah nak berjalan-jalan kat Daxing tu sebab macam takde apa pun.
Patutnya balik dari Qianmen tu aku nak ajak mak abah dengan adik aku pergi jalan-jalan kat sana, beg-beg nak checkout dari hotel tu boleh je kita biarkan kat lobby dulu. Tapi diorang ni dah pergi susun semua beg kat luar hotel pulakk. Terpaksa lah panggil DiDi dan terus gerak ke Daxing. Sampai Daxing tu, book DiDi dan pergi semula ke Qianmen. Gigih ye walaupun 40 minit perjalanan!
Nasib baiklah harga DiDi tu murah je. Lebih kurang RM50+ sehala, pastu bahagi dengan 4 orang je. Citer hotel Daxing tu nanti aku sambung next entry.
 |
| Beijing's Bustling Century-Old Streets |
Wow, yogurt asli tanpa pengawet, tentu sedap.
ReplyDeleteKalau akak pun tak sanggup, toilet begitu, rela tahan. Huhu..
Yogurt tu memang sedap sangatt. Macam rasa cheese!
DeleteSaya baru nak tutup pintu, pastu dirempuh oleh aunty chinese yg gayanya mcm dah tak tahan sangat dah. Kita cepat2 keluar toilet bila dia nk bukak zip seluar hahaha
ada perut lembu juga kt sana...sedap tgk beef shaobing tu
ReplyDeleteSaya tak merasa perut lembu tu. Tapi mak ngan adik saya kata sedap sangat
Deletecantik-cantik fotonya, beef shaobing tu tengok foto pun dah terbuka selera.. tapi tandasnya aduh ngeri.. macamana diorang boleh membuang.. cannot brain
ReplyDeleteBeef shaobing tu paling teringat kesedapannya sampai sekarang 😋 toiletnya memang boleh putus selera. Tak sanggup la nak membuang camtu
DeleteBeautiful photos. I really enjoyed this tour, it is fascinating for me to see different places around the world...the views, the culture, the food, everything. Thank you so much for sharing!
ReplyDeleteChina is a beautiful country, rich with culture too. But not the public toilets, hehe.
DeleteYou're welcome
Allah, trauma tengok jamban tu 🫣
ReplyDeleteBeef shaobing tu nampak yummy. Suka kalau kuih/roti inti² daging ni.
Terus tak jadi nak membuang hajat 🤣 kat china memang banyak roti inti2 daging gemok camni, wajib try!
DeleteSedap pulak nengok beef shaobing tu. Huih tandasnya tu lain macam.
ReplyDeleteJuicyyy! Plus point, toiletnya bersih je, cuma tak berpintu 😂
Deletesaya surrender bab2 toilet niii.... sebab jenis yg kerap gi toilet apatah lg kalau travel time winter...so memang tak leh nak travel ke negara cina nampaknya
ReplyDeleteTapi china cantik tau 😆 Saya tktau kalau belah2 yg bandar cam chongqing, shenzhen tu toiletnya camni ke tak
DeleteLawak la bab toilet tu. Diorang memang open minded ya?
ReplyDeleteBusu Cuya pernah cerita kalau pergi China peniaga dia suka paksa2 membeli padahal kita cuma tanya harga je. Sampai boleh gaduh. Awak gi sana ada macam tu tak?
Open minded bab toilet kot hahaha.
DeleteSaya ada gak tanya2 harga pastu tak beli. Dia suruh saya letak price la apa la tpi kita keluar je. Takla sampai gaduh ke apa 😆
Ingat lagi kena scam naik teksi derang. Entah mana2 dia turunkan. Geram pun ada. Memang kalau pergi kita ada driver bawa ok kot. Ni pergi sendiri....
ReplyDeleteKami pegi sana pakai DiDi. Terus bayar melalui apps, harga pun murah
DeleteWahhh beef shaobing tu paling menambat mata. Best nya trip ni. Moga kami sampai sana nanti.
ReplyDeletevery mouthwatering sangat!
Deletebest jalan2 kat china ni wlaupun language barrier sedikit off
Alamak tandas dia 😂. Agaknya kat Beijing yang banyak tandas menakutkan sebab akak dah 2x ke Guangzhou tak pernah jumpa tandas gitu. So far ke Nanjing dan Kunming pun ok, atau belum ‘ada rezeki’ jumpa tandas gitu. Semoga dijauhkan 😄
ReplyDeleteCantiknya tram dia.
saya pun rasa tandas pelik2 camni banyak kat beijing je. tpi tandas kat metro dia okay pulak, siap berpintu penuh. unik juga jumpa toilet camni, hehe
Deletetram dia cantik kan, kaler soft jee
Ok.. kalau gi Beijing kena cari Ziguangyuan yogurt!
ReplyDeletePeking duck pun kena cari juga lah eh sebab kat Malaysia tak pernah nampak yang halal... ke ada😆
yess kena cari, only in beijing gitu!
Deletepeking duck halal kat beijing ni, namanya Hong Bin Lou. kedainya selalu ramai orang, tapi kami tak jumpa pulak. tu pun antara famous dish kat beijing ni huhu
Yogurt rasa macam cream cheese. Ala....ini yang buat menitik air liur. Tengok gambo pun menggiurkan. Kalau cerita China bila bab makan yang sedap-sedap Peking duck tuh jatuh wajib la ada dalam menu tu. Toilet tuh kalau memang dah tak boleh tahan kira halal je la ye sambil pandang memandang😅
ReplyDeleteserious sedap, takde rasa masam2 macam yogurt biasa tu pun! sampai sekarang kami wonder camnelah rasa peking duck yg tak kesampaian tu, haha.
Deletekalau saya yg guna toilet tu, memang saya kunci pintu utama taknak orang masuk yee
idok lerrrrr sy nak guna toilet sharing not caring mcm tuuuuu hahahaa
ReplyDeletesaya nak guna pun terus tak jadi kak, hahaha
Deletebesar-besar portion nyaaaa... puas makan ni...
ReplyDeleteoh ya kalau suka makanan cina nnt dtg laa ke 1Utama mulai 25/12...mana laa tau yogurt tu pun ada dijual kat sana
iyeee yg ni saya ada tengok kat ig eatai_halalfoodie. last year saya ada pergi, bestt. taktaula this week sempat pergi ke tak
DeleteTengok tandas..terus teringat cerita² dalam penjara... Kikiki
ReplyDeleteItulah pasal. Mcm tndas penjara pun iye jugak
DeleteHebat travel mazni ni hingga ke sini..bukan calang2 orang nya ni..banyak pengalaman membawa kenangan dalam lipatan ingatan yang tak hilang terlakar dalam hati..tahniah..perkongsian yang menarik membuat kita nak terbang bersama..
ReplyDeleteterima kasih sudi baca cikgu etuza!
Deletetandas tu parah!
ReplyDeletekalau ada geng tunggu jaga luar sementara kita guna tak bagi orang masuk boleh ke?
Macam tak boleh je 🤣 diorang mana boleh nak tunggu
Deleteterkadang saya nak tahu apa yg ada dalam pikiran orang2 chinese nih, ketika membuat toilet yg bisa untuk bergosip sekalian hahahahahahaahha. tak ada rasa malu kah?? ;p atau at least, tercium aroma tak sedap, nak farting pun jadi segan.. macam nak masuk balik poop tuh kaaan wkwkwkwwkwk
ReplyDeletememang saya lebih rela tahan drpd buang di situ mazni hahahahahah
aiiiiiih, lihat aneka makanan dan yoghurt tuh saya drooliiiing sangat ... agaknya saat ke mongolia nanti saya nak stay 2 malam lah di beijing ;p... biar puas kuliner saja.
itulah! negara dia kemain maju tapi bila tengok tandas... aduyaiii! cuma saya perasan, kat beijing atau kampung2 je yg banyak tandas camni. kalau kat kawasan bandar2 sikit, tandas dia macam okay je.
Deletebestnya pergi mongolia! jarang orang pergi sana tau. bolehlah stay 2 malam kat beijing, makan puas2 dulu kak :p