27 Nov 2024

Galeri Telekung Siti Khadijah sempena ulang tahun ke-15

 Assalamualaikum

Hari Ahad baru ni kami pergi hiking di Bukit Melati, Nilai. After habis hiking tu tiba-tiba adik aku dengan kawan dia ajak pergi Galeri Siti Khadijah. Maklomla mereka kan ex-staff, saja nak melawat kawasan di company lama katanya. Hari yang kami datang tu kebetulan ada buat jualan AS-IS item. Salah timing pulak sebab ramai orang nok......

Sebut je pasal Siti Khadijah, confirm semua pernah dengar dan tahu syarikat ni terkenal dengan apa. Tak lain dan tak bukan telekung yang menjadi pilihan no. 1 wanita di Malaysia. Kalau korang tanya aku, memang family kami pakai telekung SK je. Aku sendiri pun ada 4 jenis telekung koleksi dari SK. Kakak, adik dengan mak aku kira lain lah xD


Dulu HQ Siti Khadijah ni bertempat di Bangi, tapi sejak tahun 2022 mereka dah berpindah ke Nilai. Cuma since 2023 barulah mereka officially pindah di Laman Khadijah yang lebih luas dan cantik ni!

masuk-masuk je disambut oleh acik telekung muka hitam ni

Dalam galeri ni menceritakan tentang penubuhan syarikat yang diasakan oleh foundernya, Puan Padzilah Enda Sulaiman sejak tahun 2009. Apa yang aku baca haritu, founder SK punya aim adalah untuk menghasilkan material telekung yang selesa, bentuk telekung yang sesuai dengan saiz muka orang Malaysia. 

Bab bentuk muka tu memang aku tak nafikan memang herlok terletak. Getah pada dagu tu pun stretchable dan tak ketat. Aku pernah pakai telekung murah-murah dulu, dagunya besau, asyik gerak-gerak je. 


Selain daripada bentuk muka telekung yang selesa, SK is well known dari segi kualitinya. Sulaman dan corak telekung pun semuanya lawa dan dijahit dengan kemas. Telekung yang kami belikan untuk mak masa nak pergi Haji tahun 2014 dulu pun masih elok kualitinya.

Dan aku suka kebanyakan koleksi telekung SK ni ada 'metal stopper' untuk ikat tali kat kepala. Memang inovasi yang paling memudahkan, tak payah susah-susah nak ikat tali setiap kali pakai telekung. Rasanya aku belum pernah nampak lagi brand lain jual telekung yang ada stopper, semuanya jenis berikat je.

Telekung SK seringkali menjadi mangsa cetak rompak
tagline SK yang paling melekat dalam kalangan rakyat Malaysia

Antara salah satu benda yang paling aku kagum dengan SK ni ialah dia punya marketing dan copywriting. Tagline "Nak, mak teringin.." ni memang dah sebati dengan the company itself. Yang aku ingat tagline ni mula diviralkan oleh twitter user. Sampai sekarang bila dengar je tagline tu, kita tau dah tu iklan SK. 

Aku pernah nampak billboard kerusi gaming masa lalu di highway guna tagline ni, ayat dia "Nak, mak teringin nak pakai kerusi gaming". Tiba-tiba rasa cringe dan tak kena pulak bunyi nya xD 

lokasi billboard ni masa firstime viral. Sebagai orang Bangi, saya bangga :p
Ni pun antara copywriting dari SK yang aku rasa mantap. "Nak solat? We've got you covered"
Contoh-contoh fabrik telekung

Kat Galeri ni pun ada dilampirkan jenis-jenis fabrik dan juga design telekung dari koleksi dulu hingga sekarang. Kalau koleksi yang lama-lama, bentuknya macam tudung sarung jenis awning keras tu, sekarang designnya lebih melekap pada bentuk muka. 


Selain Galeri, di visitor centre ni juga ada kafe, butik yang jual produk-produk SK dan juga workshop menjahit sejadah. Kotla lepas habis lawat galeri dan shopping nak try menjahit pula kan.

Good move Siti Khadijah lancarkan visitor centre ni! Tempat ni memang dibuka untuk orang ramai dan sesuai untuk peringkat semua umur kalau nak belajar menjahit.

Semoga perniagaan Telekung Siti Khadijah terus maju di masa hadapan.

24 comments:

  1. Bestnya galeri ni… nanti ada kesempatan nak pergilah. Akak suka telekung SK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, saya pun suka telekung diorang ni jugak, selesa pakai

      Delete
  2. Menarik ni!
    Ada kesempatan boleh melawat sambil menyopping :D

    ReplyDelete
  3. Bestnya..Rasa nak pergi melawat galeri tu juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau free2 boleh je pergi, boleh try jahit sejadah sendiri juga tau :D

      Delete
  4. bagus betul marketing SK ni!
    part ni mmg sy puji!
    ada je idea mereka utk tarik crowd...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marketing mereka mmg success. Tak perlu buat content propa mengarut pun orang still kenal SK

      Delete
  5. kalau dekat tu nak juga saya belajar menjahit kat situ hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tryla kak anies, jahit sejadah utk diri sendiri gitu hehe

      Delete
  6. Pada saya ini antara jenama lokal islamik yang paling berjaya. Kalau susah nak fikir hadiah boleh bagi telekung atau sejadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betull. Rasa happy tgok usahawan muslim yg berjaya. Kualiti produk pun bagus2.
      Kt sk sekarang bukan terhad pada alatan solat je, dah ada jual apparel jugak

      Delete
  7. Menariknya ada galeri pulak ya. Nanti nak melawat jugak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Galeri kecil je tpi informative jugak utk peminat2 SK hehe

      Delete
  8. Tengok dalam berita di TV. Memang tumpang seronok dan bangga dengan bisnes SK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bisnesnya terus maju dan konsisten hasilkan telekung yg berkualiti utk org solat

      Delete
  9. Wah...dah sampai laman kahdijah ye..akak masih berkira2 nak pergi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia ada buat sale kat warehouse tu bolehla sambil2 singgah galeri šŸ¤­

      Delete
  10. Wah! Dah ada galery! Tak sangka.
    Mula2 dulu opis dia kecik je, sama building dengan opis uncle lama dulu.... (cerita sejarah la pulak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tau ofis bangi sblum pindah nilai je. Yg building dia share dgn company lain

      Delete
  11. Menarik konsepnya.. Seperti di muzium/ Galeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagi2 dia tunjuk evolution style telekung dari dulu sampai sekarang. Nampak bnyk kemajuan dri segi design

      Delete
  12. Galerinya sangat baik dalam hal penataan ruangan dan yang dipamerkan.
    Hebat juga marketing SK ini Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus dijadikan galeri macam ni, peminat2 SK mest nak tau lebih tentang sejarah penubuhan syarikat ni :D

      Delete

Nak komen apa? silakan~