28 Oct 2024

Taiwan Last minit - Qingjing Farm, Nantou County

 Assalamualaikum

Untuk entry lepas boleh baca kat sini --> Arrived at Taiwan - Taichung

10/6/2024

Pagi tu kami bangun pukul 4 am sebab dah subuh. Sementara nak tunggu gap masa untuk naik bas tu lambat lagi, kami pun pergilah jalan-jalan di sekitar hotel. Jumpa Taichung Park tempat pakcik makcik bertaichi je haha. Tapi park ni lawa dan bersih je. Jadilah kan pergi melawat taman riadah je. 

2 gambar di atas ni diambil pada pukul 6 am. 6 am kat sana umpama dah pukul 8 pagi dah. Tapi aku still bitter sebab diorang ni tak bukak kedai awal. Macam mana orang nak cari sarapan?

Dalam pukul 8 am kami terus ke Taichung Main Station untuk ambil bas menuju ke Qinjing (sebutannya Cinjing). Taichung Main Station ni sangat besar. Station ni menjadi tumpuan kerana disini merupakan salah satu stop HSR. Biasanya orang yang nak ke Nantou County akan stop di sini untuk ambil bas.

Macam biasalah, tiket apa semua dah book online. Cuma perlu pergi booth untuk collect kad ala-ala touch n go sepanjang menaiki bas ke Qingjing. Kat perhentian bas ni ada lah bas yang pergi ke tempat-tempat yang famous seperti di Sun Moon Lake.

Pukul 9.30 am bas pun sampai dan kami pun terus bertolak. Sedikit info, Qingjing ni merupakan kawasan tanah tinggi di daerah Nantou dan antara famous spot bagi pelancong melawat ladang biri-biri. Tempat ni ala-ala Cameron Highland atau Kundasang lah. 

Perjalanan sekitar 2 jam menaiki bas. Dalam pukul 11.40 camtu kami sampai di Qingjing Farm. Sepanjang perjalanan tu ada juga nampak ladang-ladang strawberry dan boleh melawat rasanya. Cumanya kami susah sikit nak ke sana sebab naik bas je. Sini public transport dia cuma bas atau teksi sahaja. 

Cakap pasal teksi, aku ada cerita lawak pasal ni. Nanti aku cerita.

Kat Qinjing Farm ni biri-biri berkeliaran merata. Ada yang friendly, ada yang introvert. Aku baru ingat nak benamkan muka dalam bulu biri-biri yang gebu ni, tapi bulu diorang kotor sikit. Maklumla Qinjing ni selalu hujan, aku syak diorang ni dok berguling-guling kat tanah sampai melekat kekotoran pada bulu putih diorang tu. Yih.

Oh btw kat Farm ni ada disediakan locker letak beg tau. Free sikitlah bahu ni sebab dah trauma kejadian semalamnya usung beg dari pagi sampai ke malam.

So tataplah gambar farm ni serta biri-biri yerr.

Pusing-pusing kat ladang ni lebih kurang sejam dah settle sebab takde buat apa sangat. Masuk pukul 12, habis 12.50 pm. Sebenarnya, antara tarikan farm ni adalah show biri-biri & friends. Tapi show nya lambat, 2.30 pm baru start. Kami ni malas nak tunggu lama sebab tak buat apa-apa. So terus jelah turun sebab nak pergi Skywalk Bridge. Nak kesana perlu keluar dari farm dulu.

Ngam-ngam sampai bawah tu, hujan pulak. Cerita kelakar pertama, kitorang ada payung dalam beg, tapi semua tak teringat nak bawak, maka berteduhlah kat kedai-kedai sekejap. Kat bawah ni ada jual-produk-produk makanan, buah. Kalau tengok buah-buah dia, semua nampak fresh. Kami beli glutinous corn. Cantik jagung ni, dia campuran warna kuning dan purple.

Rasa jagung ni sedikit sticky dan rasa pulut2 sikit. Bila gigit tu, isi jagung tu rasa padat-padat macam makan sticky rice. Dia tak manis macam jagung biasa. Aku tak berapa suka sebab agak muak dan rasanya terlalu plain.... Tapi selalunya benda yang tak sedap camni baik untuk kesihatan kan? Korang boleh search purple waxy corn untuk health benefits :p

Lepas hujan dah berhenti, kami terus pergi ke Skywalk tu. Tapi aku rasa macam dah panjang sangat entry ni, so aku akan sambung dalam next entry ye. Stay tuned!

17 Oct 2024

Review Movie : How to Make Millions Before Grandma Dies

 Assalamualaikum


Aku sebenarnya jarang nak review-review movie kat blog ni. Tapi nak recommend jugakla cerita ni sebab benarlah seperti yang dikata orang, movie ni boleh buat korang nangis! Semestinya aku pun menangis jugak.

Film arahan Pat Boonnitipat yang berdurasi 125 minit ni di release pada 4/4/2024. Berdasarkan tajuk cerita, mesti orang dapat agaklah yang nenek dia mati kat penghujung cerita. Tapi storyline banyak pengajaran dan berkisar hubungan kekeluargaan.

M. Thanaphat merupakan seorang university dropout demi menjadi game streamer sepenuh masa, senang cerita penganggur berjaya lah. Dia ni hidup dalam dunia sendiri, selalu tak ambil kisah pasal ahli keluarga. Mak dia beritahu bahawa Amah (nenek) dia ada sakit kanser usus tahap 4 dan ada hayat setahun saja lagi. Mak dia pesan supaya selalu pergi melawat Amah. Tapi dia buat endah tak endah je. 

Satu hari, dia pergi ke rumah sepupunya bernama Mui (belah bapa) yang sedang menjaga atuknya. Selang beberapa hari lepastu, atuk Mui tu meninggal. Atuk dia mewariskan semua harta-harta kepada Mui sebab terhutang budi. Melihatkan Mui yang terus jadi kaya selepas dapat harta yang diwariskan, M. pun offer diri untuk jaga Amah dia dengan harapan, nanti Amah akan bagi seluruh harta pada dialah.

Berjaya ke si M. ni duduk di list nombor 1 dalam kesayangan Amah? Adakah Amah akan wariskan semua harta pada M. sebab terhutang budi pada cucu yang sanggup menjaganya? 

_______________________________________

Cerita ni menggambarkan tipikal manusia zaman sekarang yang buat baik dengan orang tua sebab nakkan harta je. Kat sini juga di highlight kan bias antara anak lelaki dan anak perempuan. Di mana ibu M. yang paling banyak ambil berat pada Amah, tapi tetap Amah asyik lebihkan 2 orang anak lelaki nya walaupun mereka tu kurang ambil berat dan asyik bawa masalah je.

Ada satu scene masa Amah tengah kemas peti ais rumah mak M., Amah membebel jangan selalu makan makanan expired, nanti sakit cancer ni menurun kat awak. Reply mak M. Selapas tu memang deep betul, "Anak lelaki dapat warisi harta, anak perempuan warisi kanser". Barulah Amah sedar yang dia sendiri pun pernah lalui apa yang anak perempuan dia rasa. Dinafikan harta warisan oleh ibu bapa sendiri yang sentiasa melebihkan anak lelaki. 

This movie is really an eye opener. Sesuai untuk tontonan ahli keluarga. Berbaloikah selama ni bergaduh sesama darah daging pasal harta mak bapak? Tengok jelah society sekarang, islam ke tak islam ke, sama je perangai tamak harta. Doalah semoga kita tak jadi orang yang putih mata bab-bab harta keturunan ni. Takut juga bila kita diuji jadi sebegini.. :(

Aku asyik teringat kartun ni je masa tengok cerita ni


12 Oct 2024

Taiwan Last minit - Arrived at Taiwan - Taichung

 Assalamualaikum

Bulan Jun tahun 2024, aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Taiwan buat pertama kali. Ini adalah first international flight aku selepas 5 tahun dimana last timenya adalah ke Jepun. Ya korang perlu tahu itu sebab saja nak kabo yang kitonya dah lama tak ke luar negara. Sapot cuti dalam Malaysia je over the past 5 years. Kbai.

Anyway kenapa tajuk dia Taiwan last minit? Kisahnya, abang aku yang plan nak pergi Taiwan ni secara solo sebab dia nampak tiket murah, tiba-tiba abah nak ikut sekali. So depa pun done lah beli tiket untuk 2 orang. 

Seminggu lepas tu, abah cakap sedihlah pulak mak tak ikut sekali. Maka abah pun pujuk mak, aku dengan adik aku sekali. Berhari jugaklah abah pujuk mak sebab mak memang taknak pergi. Adik aku biasa-biasa je, aku pulak taknak pergi sebab kena ambil cuti 4 hari direct, risau nak cuti lama sangat. 

Setelah dihasut oleh diorang, finally aku pun jadi orang terakhir untuk say yes to the plan. Tu pun lepas mak dengan adik aku dah confirm nak pergi. Dia macam random sangat. Kami ni kalau nak pergi berjalan yang melibatkan naik flight, biasanya akan plan 6 bulan awal. Ini tiba-tiba plan 1 bulan sebelum, mananya tak 50-50.

Maka pada 9 hb, kami pun terbanglah ke Taiwan. Perjalanan memakan masa selama 5 jam dari KLIA ke Taoyuan International Airport. Disebabkan kami pergi pada bulan Jun, cuaca masa tu baru masuk musim summer. Panasnya macam di Malaysia lah. Waktu Taiwan dan Malaysia juga sama. Cuma subuhnya pukul 4 am.

Sedikit info, aku baru tahu yang Taiwan ni tak dibenarkan bawa makanan berdaging hatta yang dalam tin or packed foods pun. Itu pun sebab tertengok kat tiktok yang orang share. (LINK TIKTOK) Dah risau dah ni sebabnya before pergi tu, kami dah beli banyak makanan Ready To Eat (RTE). Takkan takleh bawak woi.

Setelah baca sharing daripada orang, bukak official website Taiwan. Boleh je bawak makanan yang ada daging asalkan perlu declare sebaik sahaja tiba di airport. Korang boleh rujuk di website untuk apa benda yang boleh dan tak boleh dibawa.

Customs Taiwan

Aku rasa makanan berdaging yang dia tak kasi bawa tu mungkin daging-daging mentah. Sebab taknak ada jangkitan something like that. Macam kami ni, makanan dah di sealed dan dah dimasak dalam bentuk RTE. Just pergi declare je untuk pihak diorang check satu-satu ingredients. Kalau you all bawak makanan tapi tak declare ni, boleh kena denda sebanyak NT$200,000 (Taiwan Dollar). Take note ya.

Selain itu, before memasuki Taiwan korang digalakkan untuk isi arrival card secara online. Tapi kalau taknak isi pun takpe, asalkan masa kat atas flight tu dia beri arrival card untuk kita isi. Macam aku, aku isi je both online and kat atas flight. Kita ni suka buat kerja berdouble, biar selamat. Hahaha.

Anyway, Taiwan tak perlukan visa jika anda datang melancong kurang daripada tempoh 30 hari ya.

Arrival Card

Lebih kurang sejam jugaklah nak settle urusan immigration & kastam kat airport ni. Pastu nak pergi solatlah sebab haritu baca yang dalam airport ni ada surau. Pusing punya pusing macam orang gila, langsung tak jumpa. Aku tanya orang tu, dia cakap kat hujung, tanya orang ni, dia kata hujung belah sana pulak. Pastu jumpa sister yang boleh cakap english ni, rupanya surau berada kat bahagian dalam before keluar dari kastam tu haa. I tell you eh, language barrier kat sini sangat susahh. They don't even understand simple english. So kalau nak bertanya arah jalan or apa-apa ke, agak susah sikitla.

Sudahnya, solat je kat kawasan yang tak ramai orang lalu. Tu pun minta izin pak guard airport. But Taiwanese poeple are so nice. Diorang punya language barrier dengan kita memang macam ayam dengan ikan, but they treat us baik tau dan usaha juga nak faham n tolong kita walaupun kelaut sikit, haha.

Abang aku pun pergi collect wifi router dekat booth. Wifi ni kami amik pakej dari Klook, boleh share 5 orang. 

Oh kemudian, bertarikh 1 May 2023 sehingga 30 June 2025, pelancong yang tiba di Taiwan boleh tebus lucky draw dan berpeluang memenangi NT$5000 (RM660++). Kempen ni adalah salah satu usaha untuk menarik pelancong untuk datang ke Taiwan. Tapi maaf, aku lupa nak ambil gambar booth lucky draw tu.


Boleh baca dia punya syarat-syarat dan daftar di Taiwan Lucky Draw

Pastu kalau korang perasan, ramai influencer muslim suka promote Taiwan dengan tagline SalamTaiwan. Yes, Taiwan sebenarnya dah mula menjadi negara yang welcoming muslim tourists. Kalau korang duduk Taipei, tak susah pun nak cari makanan halal kat sana. Di airport, sesetengah train station dan tempat pelancong pun ada disediakan prayer room. Bagus kan?

Pura-pura faham apa yang sedang dibaca

From airport Terminal 1, kami nak ke Taoyuan HSR Station untuk menaiki speed train menuju ke Taichung. Kalau kat Jepun train laju dia kita panggil Shinkansen, Taiwan ni HSR (High Speed Rail) untuk ke tempat yang jauh. Okay so disini, berlaku sedikit benda yang sangat naik darah.

Kami dah beli tiket train tu secara online dekat Klook. Siap dah ada QR scan, kod number apa bagai semualah. Kat station tu pun siap ada mesin untuk kita redeem ticket secara online lah. Dah try redeem, dia takmau weyy.
Function kita beli online ni selain nak dapat harga murah, adalah sebab kita nak express tanpa perlu beratur kan? Tapi lama dan susah gilaa nak redeem ticket kat sini, nak mengamuk aku. Dahla tiket tu hanya boleh redeem kat Taoyuan Station ni  je tau, bukannya boleh redeem masa kat airport. Sampai 3 kali tau aku pergi tanya orang kaunter tu. Daripada ramai orang sampai kaunter sepi dah. Bayanglah dia punya lama tu -__-

Masa first gi kaunter nak tanya tu, staff suruh redeem kat mesin. Dah redeem and masuk code yang diberi, dia cakap invalid. Dahla kat mesin tu takleh detect scanner. Sepatutnya kalau nak redeem e-ticket ni simply scan barcode dan nanti keluarlah tiket tu kan?

Second time tanya lagi staff kaunter, dia suruh kita try satu persatu nombor code banyak-banyak yang kat redeem code tu like.....? Apekah?? Kitorang pun gigihlah masuk je nombor-nombor tu, tapi semua salah!

Last-last fedap dah. Kami cakap je memang tak boleh nak redeem, boleh tak you buat je apa-apa cara asalkan kami dapat naik train? hahaha. Then the akak proceed buat manual. Satu hal pulak dah kena keluarkan segala passport kitorang and key in again semua benda. Bengong betul serupa macam takyah beli online je.


Finally we got our tickets. Staff pesan the train will be arrived dalam 20 minit lagi dan jangan terlepas. So kitorang pun pergilah kat dia punya terminal mengikut arahan staff tu. Legalah dapat duduk-duduk. Dalam 10 minit menunggu tu, ada train sampai, tapi bukan kitorang punyalah.

Memula aku macam rilek tau sebab aku fikir mungkin lepasni train sampai. Sebab kami dah duduk kat Terminal yang betul. Ayah aku tak sedap hati suruh kitorang tanya staff yang jaga. Aku dengan yakinnya cakap takyah tanya lah sebab kita memang dah di terminal yang benar, lagipun yang jaganya macam pakcik-pakcik jugak, risau tak reti cakap english.

Sampailah next train tiba, tapi nombor train nya tak pergi ke Taichung. Aku dah cuak sebab literally lagi 5 minit sepatutnya waktu train berlepas, tapi belum sampai-sampai lagi. Akhirnya trylah tanya jugak pakcik staff tu, dia cakap bukan beratur kat sini, train kami tu is the opposite! Tapi masih dalam terminal yang sama. 

Sumpah cakap, jem gila kepala aku. Sempat ke nak berlari kejar train yang sebenar? Dengan kena  angkut beg roda, berlari naik tangganya, plus mak yang tak berapa larat berjalan rushing ni. Memang mencicit lari macam tak cukup tanah ye. Kesian mak. Tapi terpaksa jugaklah walau camne pun!

Alhamdulillah nasib baik tak jauh mana nak ke arah yang bertentangan tu, kami sempat jugak masuk train. Takleh imagine kalau terlepas. Right after kami masuk, seminit lepastu train tutup ye, ko ghaseee?


Kalini betul-betul boleh tarik nafas lega. Letih gila bahu aku rasa nak tercabut. Perjalanan nak ke Taichung ni memakan masa sekitar 40 minit. Masing-masing tidurlah kejap sebab letih gila. 


Finally sampai ke Taichung HSR Station. Kami kena ambil connected train dari Xinwuri station menuju ke Taichung Railway Station. Haih perjalanan nak menuju ke hotel ni pun pancaroba jugaklah. Banyak gila bas lalu, tapi tak sure bas ni stop tak kat hotel kami.. Dengan semuanya bahasa cina, tanya orang pun diorang takleh nak jawab. Terpusing-pusing jugaklah kat situ, siap nak naik taxi lagi. Tapi taxi pun tak faham kitorang.

Aku memang koyak habis dah kat sini sebab beg berat, pastu cari nombor bas tak jumpa-jumpa. Pastu mula lah terkenang peristiwa dari kat airport masa terpusing cari tempat solat, nak claim tiket train online tak boleh, tersalah duduk terminal sampai berlari nak tercabut jantung. Tiba-tiba rasa menyesal aku ikut gi sini, padahal kitanya cuma nak balik hotel je.. Drama kan?

Sebanyak-banyak bas lalu, at last kitorang naik jugakla bas ni. Dia berhenti dekat area hotel tu. Nak tahu tak apa yang kelakar? Hotel kami tu sebenarnya walking distance je nak ke station ni, dalam 5 minit berjalan. Dan sebenarnya setiap bas yang lalu lalang tu memang akan lalu pun hotel kami ni...... Dah penat memang takleh fikir semua benda dah.


Hotel ni betul-betul tepi jalan, kalau keluar dari hotel je terus boleh nampak Taichung Station tu. Akhirnya, kami benar-benar dah boleh tarik nafas lega untuk harini. Esok taktaulah apa pulak bakal jadi. Hari pertama ni banyak betul pancaroba nya, masih tengah cuba sesuaikan diri dengan public transport kat sini. 

Kat Taichung ni sebenarnya banyak je kedai makan muslim sebenarnya. Tapi sampai hotel pun agak lewat dalam jam 9 malam, memang tak sempat nak explore bandar Taichung ni. Lagipun tak lalu dahla nak jalan, kedai-kedai sini pun tutup awal. Pukul 9 malam tu ibarat dah 10 malam lah.

See you in next entry!

6 Oct 2024

Moroli Fish Spa & makan seafood di Kota Kinabalu


 Assalamualaikum

Ini merupakan entry terakhir untuk trip Sabah merangkap setelah berjaya menawan Gunung Kinabalu. Boleh klik link di bawah untuk entry-entry yang lepas.

Part 1 : Percubaan Kedua Menawan Gunung Kinabalu

Part 2 : Mendaki Kinabalu - Timpohon Gate to Panalaban

Part 3 : Mendaki Kinabalu - Summit Attack Mount Kinabalu

Jalan-jalan Kundasang

Pagi tu, aku bangun awal sebab nak tengok view Gunung Kinabalu daripada campsite kami ni. Awal-awal pagi tu cuaca macam mendung dan a bit cloudy sikit, so gunung sedikit tertutup dengan kabus. Gigih ya aku yang dalam berkeadaan kaki separa lumpuh ni naik menara tinjau untuk ambil gambar. 

Gunung yang masih diselimuti awan

Sambil tengah tunggu matahari naik, tetiba ada ibu dengan 2 orang anak perempuan dia ni lepak sekali kat tempat yang kami duduk. Family ni from Kelantan, dia datang melawat anak perempuan dia yang bekerja kat Tawau ke Sandakan seingat aku. Anak dia baru setahun dipindahkan kesana. So diorang ni kira cuti lama jugaklah kat Sabah ni. Next stop diorang macam nak pegi main kat pulau kalau tak silap. Banyak jugaklah kami borak kat atas menara tinjau tu sementara penduduk lain masih lena dibuai mimpi subuh. Peramah n cute sangat family ni. Maklomla mek-mek Kelate kan.

Bila matahari dah start terang, barulah kabus sekitar puncak gunung tu nyah dari pandangan. Cuaca pagi tu pun cantik je dengan langit yang membiru. Pastu tetiba rasa sedih memandangkan ni last view Gunung Kinabalu sebelum kitorang nak gerak ke KK pulak. 5 hari weolls pusing Sabah ni ngadap view Gunung je taw. Bestnya orang Sabah yang duduk sekitar sini, hari-hari hadap view cantik camni. sobs.

Lepas dah siap kemas barang, kami pun terus checkout daripada Polumpung sekitar 8 pagi untuk ke next destination. Tapi before tu, pergi breakfast dulu kat Restoran Panataran yang kami makan masa first day nak naik gunung. Nasibla kedai tu tepi jalan dan menghala ke arah tempat yang kami nak tuju ni. 

Makan nasi ayam lemon + lemon tea je

Dah makan kenyang-kenyang, terus gerak pegi Moroli Fish Spa. Sampai situ nak dekat pukul 11 jugaklah. Rasa macam jauh sungguh Fish Spa ni weh. Datang semata nak suruh ikan urutkan kaki je hahaha.

Tiket masuk RM5 untuk Malaysian. Disebabkan time kitorang datang ni ramai orang, so kena beratur sikit. Tapi tempat ni ada sekian-sekian masa. Dalam 25 minit je untuk urutan kaki atau urut whole body. Bagi aku 25 minit tu is okay-okaylah sebab kau nak buat apa lama-lama dalam tu kan. Cuma harga RM5 untuk 25 minit session tu bagi aku sedikit mahal kot. Lainla kalau takde timing. Korang rasa?

Konon-konon akulah yang paling semangat nak suruh ikan ni gigit kaki aku. Sekali bila celup kaki....... mak.... i is scared! Besar-besar ikan dia, dahla kaler hitam lagi nampak garang. Budak-budak ramai takut nak masuk dalam air ni hahaha.

Ohh btw korang pun boleh beli makanan ikan jugak. Bila letak makanan tu, berpusu-pusu lah ikan datang menyerang. Aku lari dululah sebab gelii banyak-banyak sangat. Bila dia gigit tu, adalah rasa macam kena gigit semut sikit, tapi geli bila badan dia yang licin-licin tu berlaga dengan kaki! Aku banyak gelak je duduk dalam ni.

Eh tapi ikan-ikan ni pemalas jugaklah. Diorang akan datang menyerbu ramai-ramai bila kita bagi makanan je. Padahal bukannya buat kerja sangat pun untuk gigit kaki kita. Dahla ada yang sekor tu, badan dia besar tau, pastu kalau dia langgar kaki kau, sakit oii. Adik aku anti dengan ikan tu sebab kaki dia nak naik lebam dah kena langgar dengan ikan tu.

Laahh dengan ikan pun nak gaduh.

Habis sesi urutan kaki, kitorang pun keluarlah cari kudap-kudap atau souvenir yang dijual kat sini. Ada bottle holder anyaman ni cantik sangat corak-corak dia. Aku sangka mahal sebab benda tu macam kraftangan kan, rupanya adik aku beli harga RM5 je weyy. Menyesal pulak tak beli kat situuu.

Kitorang habis aktiviti kat Moroli ni sekitar pukul 12. Kalau ikutkan kat depan sikit tu ada Sabah Tea Valley. Macam kat Cameron Highland gitu. Tapi memandangkan masa tu dah tengahari, kitorang nak kena bajet masa daripada Kundasang nak turun ke KK memakan masa 2 jam. Pastu kat KK tu nak makan seafood dan shopping jugak, maka kami pun tak pergilah Sabah Tea ni. InsyaAllah, nanti kita datang lain kali ya.

selamat tinggal Kundasang :(

Maka kami pun direct turun semula ke KK tanpa stop. Target memang nak makan kat Pasar Filipina dan shopping sekitar situ je. Pasar tu start buka 5 pm

Sekitar 3pm sementara tunggu pasar tu dibuka, kitorang shoppinglah ikan bilis n souvenir. Tapiii kat sini ya ampunn macet banget. Jalan jem macam sardin pastu susah nak jumpa parking. Kitorang dapatlah parking tepi jalan tapi walking distance nak ke Pasar Filipina tu macam jauh sikit. Disebabkan kaki masing-masing dah terhinjut-hinjut serta keletihan, tak mampulah nak jalan walaupun sejauh 300 meter.

Nama bulu ayam, tapi rupanya sejenis ikan masin yang crispy

At last kitorang makan kat tempat yang jual seafood jugak tapi tak banyak choice macam kat Pasar Filipina tulah. Pastu sebab kat sebelah market seafood ni dah attach sekali dengan shopping makanan kering dan souvenir. Senang sebab duduk sebelah-sebelah je, maka kami pun makan jelah kat sini. Harga dia mungkin tak semurah kat Pasar besar sanalah tapi beza tak banyak mana pun.

Sementara tunggu kedai tu bukak, kitorang bergilir-gilirlah keluar shopping sambil cop tempat duduk. Tapi maaflah, tempat yang aku pergi ni nak cakap the best price tu tidaklah. Aku ada baca orang share yang Jamilah Jewellery tu boleh dapat harga murah untuk kerongsang atau Sabah pearls ni. Tak mengikut hukum touristlah kalau datang Sabah tapi tak beli mutiara kan? 

Kalau ikutkan Jamilah Jewellery tu dekat je dengan area kitorang tu, tapi sebab kena berjalan jauh sikit yang malas tuu. Maka kami beli je apa yang ada kat depan mata hahaha. Korang kalau datang Sabah trylah shopping situ. Aku no comment sebab tak masuk tengok harga pun, tapi kata orang murahlah pearls kat sana. 

Oh lupa nak citer pasal pilih-pilih seafood. Kat sini boleh timbang harga seafood yang kita nak mengikut jenis dan berat haiwan tu. Kemudian boleh pilih nak masakan apa. Kami order Lobster (sebelah masak kamheong, lagi sebelah masak buttermilk), udang salted egg, sotong celup tepung, oyster kukus perah limau buat ghaso-ghaso je dengan sayur kailan. Pastu diorang ni pergi beli jugak sayap ayam madu. Aku taktau berapa harga exact setiap makanan ni, tapi total sorang bayar adalah RM37 termasuk ayam madu dengan air sekalilah. It is quite pricey kalau darab 8 orang xD Nasib kaulah labu, yang penting kenyang tersandor giteww.

Untuk lobster tu, harga sekitar RM120 untuk sekor bersaiz biasa.

Wish i could stay another 1 night in KK sebab rasa macam tak puas ye shopping dan makan pun macam rushing-rushing. Dah 2 kali datang Kota Kinabalu tapi 2 kali ni jugaklah tak sempat nak explore apa ada di KK selain pergi makan seafood je. Biasa bila petang ni orang suka jalan-jalan kat Pantai Tanjung Aru sebab sunset kat situ cantik sangat! Walaupun tak dapat pegi tepi pantai, tapi nampak dari tempat makan kitorang pun cantik dah weyy.

Bila senja melabuhkan tirainya, kini tiba masanya untuk pulang. Kami pulang kereta sewa di airport pukul 7.30 pm. Btw, ini kali kedua kami book kereta sewa dengan diorang ni tau. Boleh dikatakan yang kalini punya sewa kereta, aku tanya the veryyy last minute tau. Diorang boleh jugak hantar sampai Kinabalu Park tu. Haritu parents aku pergi Sabah pun aku suruh diorang book kereta dengan orang ni je.

Assalamualaikum πŸ₯°

Bagi sesiapa yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa selama berada di Sabah atau untuk menghadiri majlis2 tertentu atau untuk kebutuhan ketika kereta anda berada dalam masalah boleh whatsapp saya Amirul Affendi

πŸ“²WWW.WASAP.MY/60148385158

πŸ“©sabahmuslimtranport@gmail.com

🌐 https://youtu.be/Q5eGseBCZEg

πŸ“Œ PERODUA

Axia πŸš— RM120/day | Myvi πŸš—RM130/day | Bezza πŸš— RM140/day | Alza πŸš— RM200/day

πŸ“Œ PROTON

Saga πŸš— RM130/day | Persona πŸš— RM150/day | Exora πŸš— RM220/day | X50 πŸš— RM450/day | X70 πŸš— Rm550/day 

πŸ“Œ TOYOTA

Vios πŸš— RM200/day | Avanza πŸš— RM220/day | Innova πŸš— RM280/day | Hilux Revo πŸš— RM450/day | Van Hiace πŸš— RM350/day | Fortuner πŸš— RM550/day | Vellfire πŸš— RM750/day | Alphard πŸš— RM800/day

πŸ“Œ HONDA

City πŸš— RM200/day

πŸ“Œ HYUNDAI

STAREX πŸš— RM550/day

πŸ“Œ NISSAN

Van Urvan 13 seat πŸš— RM350/day

πŸ“ŒBus 40 seat also available

we also provide :

πŸ‘¨πŸ»‍✈️package for Car Rental with Driver +  Petrol |🧳Tour Package to Sabah


Semoga lepasni ada rezeki untuk explore negeri lain di Sabah pulak, terutamanya pulau-pulau. Thanks for reading btw!

Thanks geng Kinabalu. Jumpa di gunung Indonesia pula! Laah tiberrr