Assalamualaikum
Aku sebenarnya jarang nak review-review movie kat blog ni. Tapi nak recommend jugakla cerita ni sebab benarlah seperti yang dikata orang, movie ni boleh buat korang nangis! Semestinya aku pun menangis jugak.
Film arahan Pat Boonnitipat yang berdurasi 125 minit ni di release pada 4/4/2024. Berdasarkan tajuk cerita, mesti orang dapat agaklah yang nenek dia mati kat penghujung cerita. Tapi storyline banyak pengajaran dan berkisar hubungan kekeluargaan.
M. Thanaphat merupakan seorang university dropout demi menjadi game streamer sepenuh masa, senang cerita penganggur berjaya lah. Dia ni hidup dalam dunia sendiri, selalu tak ambil kisah pasal ahli keluarga. Mak dia beritahu bahawa Amah (nenek) dia ada sakit kanser usus tahap 4 dan ada hayat setahun saja lagi. Mak dia pesan supaya selalu pergi melawat Amah. Tapi dia buat endah tak endah je.
Satu hari, dia pergi ke rumah sepupunya bernama Mui (belah bapa) yang sedang menjaga atuknya. Selang beberapa hari lepastu, atuk Mui tu meninggal. Atuk dia mewariskan semua harta-harta kepada Mui sebab terhutang budi. Melihatkan Mui yang terus jadi kaya selepas dapat harta yang diwariskan, M. pun offer diri untuk jaga Amah dia dengan harapan, nanti Amah akan bagi seluruh harta pada dialah.
Berjaya ke si M. ni duduk di list nombor 1 dalam kesayangan Amah? Adakah Amah akan wariskan semua harta pada M. sebab terhutang budi pada cucu yang sanggup menjaganya?
_______________________________________
Cerita ni menggambarkan tipikal manusia zaman sekarang yang buat baik dengan orang tua sebab nakkan harta je. Kat sini juga di highlight kan bias antara anak lelaki dan anak perempuan. Di mana ibu M. yang paling banyak ambil berat pada Amah, tapi tetap Amah asyik lebihkan 2 orang anak lelaki nya walaupun mereka tu kurang ambil berat dan asyik bawa masalah je.
Ada satu scene masa Amah tengah kemas peti ais rumah mak M., Amah membebel jangan selalu makan makanan expired, nanti sakit cancer ni menurun kat awak. Reply mak M. Selapas tu memang deep betul, "Anak lelaki dapat warisi harta, anak perempuan warisi kanser". Barulah Amah sedar yang dia sendiri pun pernah lalui apa yang anak perempuan dia rasa. Dinafikan harta warisan oleh ibu bapa sendiri yang sentiasa melebihkan anak lelaki.
This movie is really an eye opener. Sesuai untuk tontonan ahli keluarga. Berbaloikah selama ni bergaduh sesama darah daging pasal harta mak bapak? Tengok jelah society sekarang, islam ke tak islam ke, sama je perangai tamak harta. Doalah semoga kita tak jadi orang yang putih mata bab-bab harta keturunan ni. Takut juga bila kita diuji jadi sebegini.. :(
ramai ckp cita ni best & sedih..nanti MA pun nak tgk la
ReplyDeleteBagi saya best walaupun agak slow sikit. Sedih tu masa dah akhir2 scene. part yg lain tu seronok tgok journey cucu dia jaga nenek n asik kena bebel je
Deletedah tengok movie ni kat wayang, BV rasa sedih part nenek dia menangis sebab sakit kanser tu time tidur ðŸ˜
Deletebanyak pengajaran movie ni
Kann. 😢 awal2 cerita tengok nenek dia kuat je lagi pergi berjalan, jual bubur apa semua. Makin lama makin tak berdaya sampai nangis2 tahan sakit
Deleteharta, rumah, tanah...
ReplyDeletepart2 ni yg berkopiah ke tudung labuh ke ustaz ke ustazah ke
boleh jd WW3
semua bagai hilang pedoman hilang iman kalau berbicara soal harta pusaka...
seolah harta2 tu boleh dibawa bersama dlm keranda nnt...
haihh orang kite niii
Setuju sangat. Padahal masa orang tu hidup, belum tentu ambil tahu pun. Bila dah mati barulah sibuk berebut. Haihh
DeleteDah tonton movie ni. Menarik dan sedih. Dalam masa sama ada part yang kelakar. Begitulah realiti kehidupan kita sebenarnya.
ReplyDeleteBest tgok gelagat opah dan cucu tu
Delete