6 Oct 2024

Moroli Fish Spa & makan seafood di Kota Kinabalu


 Assalamualaikum

Ini merupakan entry terakhir untuk trip Sabah merangkap setelah berjaya menawan Gunung Kinabalu. Boleh klik link di bawah untuk entry-entry yang lepas.

Part 1 : Percubaan Kedua Menawan Gunung Kinabalu

Part 2 : Mendaki Kinabalu - Timpohon Gate to Panalaban

Part 3 : Mendaki Kinabalu - Summit Attack Mount Kinabalu

Jalan-jalan Kundasang

Pagi tu, aku bangun awal sebab nak tengok view Gunung Kinabalu daripada campsite kami ni. Awal-awal pagi tu cuaca macam mendung dan a bit cloudy sikit, so gunung sedikit tertutup dengan kabus. Gigih ya aku yang dalam berkeadaan kaki separa lumpuh ni naik menara tinjau untuk ambil gambar. 

Gunung yang masih diselimuti awan

Sambil tengah tunggu matahari naik, tetiba ada ibu dengan 2 orang anak perempuan dia ni lepak sekali kat tempat yang kami duduk. Family ni from Kelantan, dia datang melawat anak perempuan dia yang bekerja di sini. So mereka ni kira cuti lama jugaklah kat Sabah ni. Next stop diorang macam nak pegi main kat pulau kalau tak silap. Banyak jugaklah kami borak kat atas menara tinjau tu sementara penduduk lain masih lena dibuai mimpi subuh. Peramah n cute sangat family ni. Maklomla mek-mek Kelate kan.

Bila matahari dah start terang, barulah kabus sekitar puncak gunung tu nyah dari pandangan. Cuaca pagi tu pun cantik je dengan langit yang membiru. Pastu tetiba rasa sedih memandangkan ni last view Gunung Kinabalu sebelum kitorang nak gerak ke KK pulak. 5 hari weolls pusing Sabah ni ngadap view Gunung je taw. Bestnya orang Sabah yang duduk sekitar sini, hari-hari hadap view cantik camni. sobs.

Lepas dah siap kemas barang, kami pun terus checkout daripada Polumpung sekitar 8 pagi untuk ke next destination. Tapi before tu, pergi breakfast dulu kat Restoran Panataran yang kami makan masa first day nak naik gunung. Nasibla kedai tu tepi jalan dan menghala ke arah tempat yang kami nak tuju ni. 

Makan nasi ayam lemon + lemon tea je

Dah makan kenyang-kenyang, terus gerak pegi Moroli Fish Spa. Sampai situ nak dekat pukul 11 jugaklah. Rasa macam jauh sungguh Fish Spa ni. Datang semata nak suruh ikan urutkan kaki je hahaha.

Tiket masuk RM5 untuk Malaysian. Disebabkan time kitorang datang ni ramai orang, so kena beratur sikit. Tapi tempat ni ada sekian-sekian masa. Dalam 25 minit je untuk urutan kaki atau urut whole body. Bagi aku 25 minit tu is okay-okaylah sebab kau nak buat apa lama-lama dalam tu kan. Cuma harga RM5 untuk 25 minit session tu bagi aku sedikit mahal kot. Lainla kalau takde timing. Korang rasa?

Konon-konon akulah yang paling semangat nak suruh ikan ni gigit kaki aku. Sekali bila celup kaki....... mak.... i is scared! Besar-besar ikan dia, dahla kaler hitam lagi nampak garang. Budak-budak ramai takut nak masuk dalam air ni hahaha.

Ohh btw korang pun boleh beli makanan ikan jugak. Bila letak makanan tu, berpusu-pusu lah ikan datang menyerang. Aku lari dululah sebab gelii banyak-banyak sangat. Bila dia gigit tu, adalah rasa macam kena gigit semut sikit, tapi geli bila badan dia yang licin-licin tu berlaga dengan kaki! Aku banyak gelak je duduk dalam ni.

Eh tapi ikan-ikan ni pemalas jugaklah. Diorang akan datang menyerbu ramai-ramai bila kita bagi makanan je. Padahal bukannya buat kerja sangat pun untuk gigit kaki kita. Dahla ada yang sekor tu, badan dia besar tau, pastu kalau dia langgar kaki kau, sakit oii. Adik aku anti dengan ikan tu sebab kaki dia nak naik lebam dah kena langgar dengan ikan tu.

Laahh dengan ikan pun nak gaduh.

Habis sesi urutan kaki, kitorang pun keluarlah cari kudap-kudap atau souvenir yang dijual kat sini. Ada bottle holder anyaman ni cantik sangat corak-corak dia. Aku sangka mahal sebab benda tu macam kraftangan kan, rupanya adik aku beli harga RM5 je! Menyesal pulak tak beli kat situuu.

Habis aktiviti kat Moroli ni sekitar pukul 12. Kalau ikutkan keluar daripada Fish Spa ni ada Sabah Tea Valley. Macam kat Cameron Highland gitu. Memandangkan masa tu dah tengahari, kitorang nak kena bajet masa daripada Kundasang nak turun ke KK memakan masa 2 jam. Pastu kat KK tu nak makan seafood dan shopping jugak, maka kami pun tak singgahlah Sabah Tea ni. InsyaAllah, nanti kita datang lain kali ya.

selamat tinggal Kundasang :(

Maka kami pun direct turun semula ke KK tanpa stop. Target memang nak makan kat Pasar Filipina dan shopping sekitar situ je. Pasar tu start buka 5 pm

Sekitar 3pm sementara tunggu pasar tu dibuka, kitorang shoppinglah ikan bilis n souvenir. Tapiii kat sini ya ampunn macet banget. Jalan jem macam sardin pastu susah nak jumpa parking. Kitorang dapatlah parking tepi jalan tapi walking distance nak ke Pasar Filipina tu macam jauh sikit. Disebabkan kaki masing-masing dah terhinjut-hinjut serta keletihan, tak mampulah nak jalan walaupun sejauh 300 meter.

Nama bulu ayam, tapi rupanya sejenis ikan masin yang crispy

At last kitorang makan kat tempat yang jual seafood jugak, tapi tak banyak choice macam kat Pasar Filipina. Sebabnya, kat sebelah market seafood ni dah attach sekali dengan shopping makanan kering dan souvenir. Senanglah sikit sebab tempat shopping dan tempat makannya duduk sebelah-sebelah je, maka kami pun makan jelah kat sini. Harga dia mungkin tak semurah kat Pasar besar sanalah tapi beza harga tidaklah banyak mana pun.

Sementara tunggu kedai tu bukak, kitorang bergilir-gilirlah keluar shopping sambil cop tempat duduk. Tapi maaflah, tempat yang aku pergi ni nak cakap the best price tu tidaklah. Aku ada baca orang share yang Jamilah Jewellery tu boleh dapat harga murah untuk kerongsang atau Sabah pearls ni. Tak mengikut hukum touristlah kalau datang Sabah tapi tak beli mutiara kan? 

Kalau ikutkan, Jamilah Jewellery tu dekat je dengan area kitorang tu. Tapi sebab kena berjalan jauh sikit, malaslah. Maka kami beli je apa yang ada kat depan mata hahaha. Korang kalau datang Sabah, trylah shopping di Jamilah Jewellery tu. Aku no comment sebab tak masuk tengok harga pun, tapi kata orang murahlah pearls kat sana. 

Oh lupa nak citer pasal pilih-pilih seafood. Kat sini boleh timbang harga seafood yang kita nak mengikut jenis dan berat haiwan tu. Kemudian boleh pilih nak masakan apa. Kami order sekor lobster yang dipotong dua (sebelah masak kamheong, lagi sebelah masak buttermilk), udang salted egg, sotong celup tepung, oyster kukus perah limau buat ghaso-ghaso je dan sayur kailan. Pastu diorang ni pergi beli sayap ayam madu. Aku taktau berapa harga exact setiap makanan ni, tapi total sorang bayar adalah RM37 termasuk ayam madu dengan air sekalilah. It is quite pricey kalau darab 8 orang xD Nasib kaulah labu, yang penting kenyang tersandor giteww.

Untuk lobster tu, harga sekitar RM120 untuk sekor bersaiz biasa.

Wish i could stay another 1 night in KK sebab rasa macam tak puas ye shopping dan makan pun macam rushing-rushing. Dah 2 kali datang Kota Kinabalu tapi 2 kali ni jugaklah tak sempat nak explore apa ada di KK selain pergi makan seafood je. Biasa bila petang ni orang suka jalan-jalan kat Pantai Tanjung Aru sebab sunset kat situ cantik sangat! Walaupun tak dapat pegi tepi pantai, tapi nampak dari tempat makan kitorang pun cantik dah weyy.

Bila senja melabuhkan tirainya, kini tiba masanya untuk pulang. Kami pulang kereta sewa di airport pukul 7.30 pm. Btw, ini kali kedua kami book kereta sewa dengan diorang ni tau. Boleh dikatakan yang kalini punya sewa kereta, aku tanya the veryyy last minute tau. Diorang boleh jugak hantar sampai Kinabalu Park tu. Haritu parents aku pergi Sabah pun aku suruh diorang book kereta dengan orang ni je.

Assalamualaikum πŸ₯°

Bagi sesiapa yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa selama berada di Sabah atau untuk menghadiri majlis2 tertentu atau untuk kebutuhan ketika kereta anda berada dalam masalah boleh whatsapp saya Amirul Affendi

πŸ“²WWW.WASAP.MY/60148385158

πŸ“©sabahmuslimtranport@gmail.com

🌐 https://youtu.be/Q5eGseBCZEg

πŸ“Œ PERODUA

Axia πŸš— RM120/day | Myvi πŸš—RM130/day | Bezza πŸš— RM140/day | Alza πŸš— RM200/day

πŸ“Œ PROTON

Saga πŸš— RM130/day | Persona πŸš— RM150/day | Exora πŸš— RM220/day | X50 πŸš— RM450/day | X70 πŸš— Rm550/day 

πŸ“Œ TOYOTA

Vios πŸš— RM200/day | Avanza πŸš— RM220/day | Innova πŸš— RM280/day | Hilux Revo πŸš— RM450/day | Van Hiace πŸš— RM350/day | Fortuner πŸš— RM550/day | Vellfire πŸš— RM750/day | Alphard πŸš— RM800/day

πŸ“Œ HONDA

City πŸš— RM200/day

πŸ“Œ HYUNDAI

STAREX πŸš— RM550/day

πŸ“Œ NISSAN

Van Urvan 13 seat πŸš— RM350/day

πŸ“ŒBus 40 seat also available

we also provide :

πŸ‘¨πŸ»‍✈️package for Car Rental with Driver +  Petrol |🧳Tour Package to Sabah


Semoga lepasni ada rezeki untuk explore negeri lain di Sabah pulak, terutamanya pulau-pulau. Thanks for reading btw!

Thanks geng Kinabalu. Jumpa di gunung Indonesia pula! Laah tiberrr

22 comments:

  1. seronoknya ke Sabah ni. lagi2 gunung kinabalu ye. auntie dah tua dah. tak larat dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok :D hehe gi sabah jalan-jalan sekitar kundasang je pun dah okay. santai saja

      Delete
  2. Cantiknya pemandangan gunung kinabalu

    ReplyDelete
  3. tenang je suasana pagi kat situ... duduk lama2 layan persekitaran pun boleh leka.... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, lelagi dengar deruan air sungai. memang tarik selimut haha

      Delete
  4. sebelum tgk gmbr mati2 sy ingat ikan tu kecik2 mcm kat spa ikan tu...ni kalau besar2 tangkap buat goreng belado sodap ni hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye! saya pun igt kecik, besar rupanya xD

      Delete
  5. part beli mutiara tu, sy pun rambang juga. rasa nak angkut semua hahaha tp pearl brooch sabah mmg terbaik. jarang tercabut or rosak. kadang pakai lasak juga tp pearl kekal mcm tu juga... pin dia pun tak mudah tumpul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kalau beli pearl brooch yg besar tu tahan lasak. Yg saya beli kecik2 ni idokler sangat. Tanggal2 jugak Pearl dia. Mungkin bukan Pearl asli hahaha

      Delete
  6. ada 1 resto seafood tak jauh dr pasar filipina tu...mmg sedap laa masakan dia. yg bawa ke situ, sedara arwah mak cik sy yg mmg dok sabah. puas hati laa makan kat situ. sampai tersandar dibuatnya. dia siap tanya lagi nak tambah tak? hahaha... mmg tak laa... syg nya sy tak snap resto tu. kalau tak boleh jadi rujukan di masa hadapan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasar filipina tu mmng banyak sangat tmpt makan dia, cuma tulah nk musing satu persatu tu mmng tak larat lah. kali ni kami tak masuk sana pun xD next time kena datang lagi survey betul2

      Delete
  7. nanti ada rezeki ke KK boleh laa kot sy try sewa kereta yg dicadangkannya ni... ;-)

    ReplyDelete
  8. Cantik-cantik la gambarnya. Ikan gigit kaki tu mesti kita rasa geli-geli kan?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe gambar phone je. haah geli, saya tak duduk area ikan tu datang menyerbu, geliii!

      Delete
  9. bestnya pi sabah. belum pernah sampai sana. semoga ada rezeki nak ke sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn! Semoga puan ada rezeki sampai sana juga nanti :D

      Delete
  10. Haha dgn ikan pun bergaduh ye πŸ˜†
    Belum sampai ke Sabah tp teringin sangat... Rezeki belum sampai :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus gaduh, rakus sangat!
      semoga direzekikan pergi ke sabah juga nanti :D

      Delete
  11. Laah besar2 ikan utk fish spa itu 🀣. Kalo di sini pakai ikan kecil, namanya Garra rufa. Makanannya memang kulit mati , JD dia makan kulit mati dari kaki manusia atau makhluk lain. Kecil2 ikannya. Kalo besar, saya macam takut pula 🀣🀣.

    Waaah thank you sampai ada referensi sewa mobil di sana kak. Saya nih memang dah niat nak ke Sabah Serawak. Bagian dr Malaysia yg belum saya datangin samasekali. Selama ini asyik KL dan Penang saja πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besarrr. Jangankan budak, saya pun takut 🀣 biasa kalau pergi spa kaki ikan memang pakai ikan kecil, di sabah ni je yg besar mcm boleh goreng masuk kuali hahaha.

      Kak fanny nanti boleh libur sabah atau sarawak. Disitu lebih banyak nature nya berbanding KL atau Penang 😁 saya pun belum sampai sarawak lagi

      Delete

Nak komen apa? silakan~