Assalamualaikum
Bulan Jun tahun 2024, aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Taiwan buat pertama kali. Ini adalah first international flight aku selepas 5 tahun dimana last timenya adalah ke Jepun. Ya korang perlu tahu itu sebab saja nak kabo yang kitonya dah lama tak ke luar negara. Sapot cuti dalam Malaysia je over the past 5 years. Kbai.
Anyway kenapa tajuk dia Taiwan last minit? Kisahnya, abang aku yang plan nak pergi Taiwan ni secara solo sebab dia nampak tiket murah, tiba-tiba abah nak ikut sekali. So depa pun done lah beli tiket untuk 2 orang.
Seminggu lepas tu, abah cakap sedihlah pulak mak tak ikut sekali. Maka abah pun pujuk mak, aku dengan adik aku sekali. Berhari jugaklah abah pujuk mak sebab mak memang taknak pergi. Adik aku biasa-biasa je, aku pulak taknak pergi sebab kena ambil cuti 4 hari direct, risau nak cuti lama sangat.
Setelah dihasut oleh diorang, finally aku pun jadi orang terakhir untuk say yes to the plan. Tu pun lepas mak dengan adik aku dah confirm nak pergi. Dia macam random sangat. Kami ni kalau nak pergi berjalan yang melibatkan naik flight, biasanya akan plan 6 bulan awal. Ini tiba-tiba plan 1 bulan sebelum, mananya tak 50-50.
Maka pada 9 hb, kami pun terbanglah ke Taiwan. Perjalanan memakan masa selama 5 jam dari KLIA ke Taoyuan International Airport. Disebabkan kami pergi pada bulan Jun, cuaca masa tu baru masuk musim summer. Panasnya macam di Malaysia lah. Waktu Taiwan dan Malaysia juga sama. Cuma subuhnya pukul 4 am.
Sedikit info, aku baru tahu yang Taiwan ni tak dibenarkan bawa makanan berdaging hatta yang dalam tin or packed foods pun. Itu pun sebab tertengok kat tiktok yang orang share. (LINK TIKTOK) Dah risau dah ni sebabnya before pergi tu, kami dah beli banyak makanan Ready To Eat (RTE). Takkan takleh bawak woi.
Setelah baca sharing daripada orang, bukak official website Taiwan. Boleh je bawak makanan yang ada daging asalkan perlu declare sebaik sahaja tiba di airport. Korang boleh rujuk di website untuk apa benda yang boleh dan tak boleh dibawa.
Aku rasa makanan berdaging yang dia tak kasi bawa tu mungkin daging-daging mentah. Sebab taknak ada jangkitan something like that. Macam kami ni, makanan dah di sealed dan dah dimasak dalam bentuk RTE. Just pergi declare je untuk pihak diorang check satu-satu ingredients. Kalau you all bawak makanan tapi tak declare ni, boleh kena denda sebanyak NT$200,000 (Taiwan Dollar). Take note ya.
Selain itu, before memasuki Taiwan korang digalakkan untuk isi arrival card secara online. Tapi kalau taknak isi pun takpe, asalkan masa kat atas flight tu dia beri arrival card untuk kita isi. Macam aku, aku isi je both online and kat atas flight. Kita ni suka buat kerja berdouble, biar selamat. Hahaha.
Anyway, Taiwan tak perlukan visa jika anda datang melancong kurang daripada tempoh 30 hari ya.
Lebih kurang sejam jugaklah nak settle urusan immigration & kastam kat airport ni. Pastu nak pergi solatlah sebab haritu baca yang dalam airport ni ada surau. Pusing punya pusing macam orang gila, langsung tak jumpa. Aku tanya orang tu, dia cakap kat hujung, tanya orang ni, dia kata hujung belah sana pulak. Pastu jumpa sister yang boleh cakap english ni, rupanya surau berada kat bahagian dalam before keluar dari kastam tu haa. I tell you eh, language barrier kat sini sangat susahh. They don't even understand simple english. So kalau nak bertanya arah jalan or apa-apa ke, agak susah sikitla.
Sudahnya, solat je kat kawasan yang tak ramai orang lalu. Tu pun minta izin pak guard airport. But Taiwanese poeple are so nice. Diorang punya language barrier dengan kita memang macam ayam dengan ikan, but they treat us baik tau dan usaha juga nak faham n tolong kita walaupun kelaut sikit, haha.
Abang aku pun pergi collect wifi router dekat booth. Wifi ni kami amik pakej dari Klook, boleh share 5 orang.
Oh kemudian, bertarikh 1 May 2023 sehingga 30 June 2025, pelancong yang tiba di Taiwan boleh tebus lucky draw dan berpeluang memenangi NT$5000 (RM660++). Kempen ni adalah salah satu usaha untuk menarik pelancong untuk datang ke Taiwan. Tapi maaf, aku lupa nak ambil gambar booth lucky draw tu.
Pastu kalau korang perasan, ramai influencer muslim suka promote Taiwan dengan tagline SalamTaiwan. Yes, Taiwan sebenarnya dah mula menjadi negara yang welcoming muslim tourists. Kalau korang duduk Taipei, tak susah pun nak cari makanan halal kat sana. Di airport, sesetengah train station dan tempat pelancong pun ada disediakan prayer room. Bagus kan?
Pura-pura faham apa yang sedang dibaca |
Masa first gi kaunter nak tanya tu, staff suruh redeem kat mesin. Dah redeem and masuk code yang diberi, dia cakap invalid. Dahla kat mesin tu takleh detect scanner. Sepatutnya kalau nak redeem e-ticket ni simply scan barcode dan nanti keluarlah tiket tu kan?
Second time tanya lagi staff kaunter, dia suruh kita try satu persatu nombor code banyak-banyak yang kat redeem code tu like.....? Apekah?? Kitorang pun gigihlah masuk je nombor-nombor tu, tapi semua salah!
Last-last fedap dah. Kami cakap je memang tak boleh nak redeem, boleh tak you buat je apa-apa cara asalkan kami dapat naik train? hahaha. Then the akak proceed buat manual. Satu hal pulak dah kena keluarkan segala passport kitorang and key in again semua benda. Bengong betul serupa macam takyah beli online je.
wahhh g taiwan yaaa
ReplyDeleteni terpengaruh dgn nabila razali ke ni?😁
Haha plan last minit jewww
DeleteAlamak saya tktau pulak nabila razali duta taiwan 😛
taiwan bestttt x puas dok sn 6 hari... bla laa ada rezeki nak repeat lg..
ReplyDeleteBetul, saya pergi 5h 4m rasa macam rushing. Next time memang nak pergi lagi. Cari tmpt yg banyak nature
Delete😁😁😁😁dlm google map berapa jarak ke hotel tu?
ReplyDeleteDalam 10 minit cmtu tk silap. Masa bukak google map tu kitorg dh ada kt pintu lain, so mcm kena patah balik jauh sikitla. Kalau tgok station tu dri hotel, mmng literally dekat je sebenarnya 🤣
Deletebtw naik flight apa ke sana? sy dulu malindo air... best sbb ms tu x ramai so 3 seat kongker sorg2
ReplyDeleteNaik airasia. Wahh bestnya kongker sorang! Malindo sama mcm AA ke? Sbb naik airasia sempit sikit, agak sakit badan hahaha
DeleteAgaknya sbb plan pun quite last minute, itu yg bila sampai sana kelam kabut tu...
ReplyDeleteMemang selalu juga nampak iklan Salam Taiwan tu... Dulu Mira Filzah dutanya kan
Boleh jadi 🤣 lagipun before ni kalau pergi travel selalu kakak yg jadi tour guide, smooth je. Kalini tkde kakak, harulah sikit haha.
Delete