Assalamualaikum
Baru-baru ni, ada isu viral di apps Thread, iaitu panggilan 'Akak' pada stranger dianggap sebagai disrespectful. Of course yang membangkitkan isu ni adalah perempuan sebab perempuan terkenal dengan sifat complicatednya xD
Bila kita panggil seseorang tu as 'Akak', kat situ macam nak address dia lebih tua daripada kita lah, atau dengan kata lainnya mungkin tak manis untuk sesetengah orang. Same goes to panggilan 'Abang'. Tapi lelaki ni sempoi, diorang ni tak kisah pun orang tu tua ke muda ke, bantai je panggil abang. Kadang-kadang panggil bos teruss.
Tapi lain pula dengan perempuan. Kadang-kadang umur beza setahun pun mewajibkan panggilan akak tu, kalau tak panggil akak tu risau kena label tak hormat pula. Pastu sekarang ni muncul pula isu tak boleh suka-suka panggil orang akak. Haha sungguh memeningkan!
Cakap pasal panggilan akak ni, aku pernah kerja sebagai promoter. So banyak kali je orang yang aku nampak macam lebih tua panggil aku as akak. Tapi aku faham panggilan tu sekadar panggilan casual. Sekarang ni kalau kita gi mana-mana je mesti panggil semua orang akak. Tak kisah tua atau muda memang semua dilabel akak je. Kadang-kadang nak tanya arah pergi sesuatu tempat pun memang guna panggilan akak je. Bagi aku it's not an issue pun asalkan aim kita nak panggil orang tu dan orang tu tahu kita sedang panggil dan nak bercakap dengan dia.
Cuma waktu tengah kerja atau ada urusan pejabat tu aku setujulah untuk tidak address orang as Akak, Abang, Pakcik atau Makcik. Sebaliknya guna Puan, Encik atau Cik terutamanya orang yang kerja office atau serve the public. Kalau kerja dalam mall atau kedai-kedai makan, mungkin takde masalah untuk panggilan yang casual kan?
Silap hari bulan takut jadi macam ni pulak kalau susah sangat takleh panggil orang akak. JANGAN TIRU PERBUALAN INI XD |
Kalau korang okay tak bila stranger panggil korang as akak? :D
Sy pergi mana2 mmg biasa panggil akak... Kalau mmg sy nampak muda dr sy biasanya sy panggil miss... Kat Sabah biasa panggil miss...
ReplyDeleteBetul, saya pun biasa guna akak je. Kalau yg muda saya panggil awak je xD
DeleteBagi saya, untuk urusan tak formal, panggil lah apa sekalipun, asalkan panggilan tu atas tujuan hormat. Benda simple, tapi si polan tu yang buat complicated.
ReplyDeleteKan. As long as orang faham sudahlah. Orang sekarang ni kadang2 sensitif sikit, panggilan pun ada kasta2 dia
DeleteKalau urusan formal kena panggi puanlah
ReplyDeleteKalau urusan biasa2 memang selalu panggil 'kak'
Betul tu. Asalkan panggilan tu sopan
DeleteBagi PH ianya atas individu and depends on situation, takde isu pun sebenarnya kan...
ReplyDeleteHaha sepatutnya takde isu. Kita pun berkurun dah bahasakan org as akak. Tetiba tahun ni muncul pulak isu disrespectful ni xD
Deleteammi ok je orang panggil ammi akak... tapi menyampah bila orang panggil ammi "sis"... hahahah walaupun maksudnya sama tapi ntah kenapa menyampah bila org sis sana sis sini.
ReplyDeletekalau kat office ataupun official mmglah tak sesuai panggilan akak tapi lebih sesuai panggil cik atau puan tapi alaaaaa chill la. memang complicated betul perempuan yang bangkitkan isu ni.
Sis tu sesuai panggil kt belia2 remaja okaylah. Tu pun org byk guna kt online je xD
DeleteKalau lelaki panggil stranger "Abang" atau "Bang" lebih kepada menunjukkan respect.. Hurmm .. payah juga kalau ada wanita beranggapan sebegini .. huhuu
ReplyDeleteBetul2. Lelaki tkde isu sangat. Cuma kalau dpt laki jenis gelenyar bila kita panggil dia abang tu mmng rasa nak hempuk sikit haha
Deletedulu saya pun tak cakna sangat pasal ni. tapi once dah terlibat dengan marketing, saya belajar juga laa hal2 seperti ni. so skrg kalau jumpa orang luar or berbual, yang nampak macam berusia sikit sy akan panggil puan. kalau tak sy panggil cik atau sis... nampak muda sket panggil adik laa kot...
ReplyDeleteya betul jugak tu. kalau nampak yg baya2 mak kita, saya panggil puan jugak. cuma kadang-kadang je terpanggil acik, hehe
Deletex dinafikan org pompuan mmg cerewet. sy syak pompuan yg tulis ni dah biasa dgn situasi yg mn org panggil dia puan. so once dia berhadapan dgn siatuasi mcm ni... dia jd sikit 'melenting'...agaknya laaaa
ReplyDeleteterlalu korporat pun agak susah jugak xD
DeleteSaya malah senang. Daripada dipanggil ibu š¤£š¤£. Kakak menandakan hormat tp dalam range usia tak jauh lah dari mereka juga. Kalo dipanggil ibu, puan, macam dah tua sangat.
ReplyDeleteTapiiii saya paham kalo di tempat macam bank, mestilah panggilan hormat. Kalo di Indonesia semua standard, panggil Ibu atau Bapak. Dulu saya kerja di HSBC soalnya. Di sana SOP nya seperti itu. Tp kalo tempat casual, tak mestilah. Panggilan kakak pun sopan.
Betul jugak. Akak tu sebenarnya nampak muda kan xD
Deleteutk urusan pejabat mmng kne panggil panggilan hormat