22 Feb 2026

Ziarah Madinah - Masjid Quba' & Jabal Uhud

 

Sambungan dari --> Ziarah Badar - Makan Nasi Arab Talam & Jabal Malaikat

6 Disember 2025 (Sabtu)

Hari keempat, ada aktiviti ziarah sekitar Madinah. Haritu aktiviti kami cuma setakat tengahari, so dapat cover kat 3 tempat je.

Tak jauh sangat dari hotel, lokasi pertama adalah di Masjid Quba'.

Sebenarnya dari Masjid Nabawi pun boleh je berjalan kaki sehingga ke Masjid Quba' sebab jaraknya cuma 4 km sahaja. Kalau taknak jalan kaki, boleh naik buggy yang disediakan jugak. Tak silap aku naik buggy untuk sehala ni 10 riyal kot.

Masjid Quba' adalah masjid pertama yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat semasa dalam perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. 

Pada asal pembinaan, masjid ni cuma dibuat daripada pohon kurma dan tanah liat untuk base, dan beratapkan pelepah kurma saja. Setelah pembinaannya siap dalam masa 8 hari, Rasulullah meletakkan batu qiblat (batu asas pertama) yang menghadap Baitulmaqdis di Palestine.

Nabi Muhammad SAW bersabda;

"Barangsiapa berwudhu dari rumahnya, kemudian menunaikan solat sunat 2 rakaat di Masjid Quba', maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan umrah" (HR Ibnu Majah).

Tudiaa punya hebat. Solat kat masjid ni je dah boleh dapat 1 pahala umrah. 

Ruangan solat wanita

Amalan Nabi adalah menziarahi Masjid ni pada hari Sabtu, dan kebetulan kami pun datang pada hari yang sama. Kenapa Nabi selalu datang masjid ni hari sabtu? Sebab hari Jumaat kan orang ramai solat di Masjid Nabawi, maka Baginda menziarahi masjid Quba' sebagai mengganti kekosongan tersebut.

Kat sini, the only masjid yang aku berani letak kasut kat rak yang disediakan. Sebab pintu masuknya cuma ada 1 je kat bahagian wanita. Kalau Masjid Nabawi tu, kehulu kehilir la simpan kasut kat dalam beg sebab nanti tak ingat letak kasut kat pintu mana, haha.

Tandas wanita di belah belakang sikit
Bergambar group di depan masjid
Jumpa orang jual strawberi kat area masjid, 5 riyal je you all

Dalam perjalanan nak ke Jabal Uhud, kitorang lalu depan Masjid Qiblatain. Kat Masjid nilah Nabi menerima wahyu untuk tukar arah kiblat dari Masjid Al-Aqsa, ke Baitullah.

Sebab bas tak stop sini, dapat snap gambar dari jauh jelah
Rumah-rumah kat sekitar Madinah

Seterusnya kami tiba di Jabal Uhud.

Haritu aku ada cerita Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan, Perang Uhud pulak berlaku pada 7 Syawal tahun 625 Masihi. Perang ni tercetus sebab tentera Quraisy nak balas dendam atas kekalahan diorang masa Perang Badar.


Petempuran ni disertai oleh 1,000 tentera Islam pada awalnya, tapi cuma 700 je yang ikut pergi ke Uhud ni sebab lagi 300 orang tu patah balik ke Madinah lepas dihasut oleh orang munafiq. Tentera Quraisy pulak masa ni ada 3,000 orang dan diketuai oleh Abu Sufyan.

Rasulullah buat strategi yang rapi waktu ni, dengan mengarahkan 50 orang pemanah untuk duduk atas bukit. Kesemua 50 pemanah ni merupakan barisan pertahanan belakang bagi tentera Islam. Setiap kali pihak lawan nak mara ke depan, mesti kena cantas dengan barisan pemanah ni.

Bukit pemanah. Kalau zaman dulu, bukitnya lagi tinggi dari sekaranglah

Rasulullah dah pesan kat semua pemanah supaya jangan tinggalkan bukit tersebut walau apa jua keadaan pun, kecuali daripada arahan baginda. Everything went smooth pada awalnya, sebab pihak lawan nampak macam nak berundur.

Barangkali sebab diorang ingat musuh dah retreat, hampir kesemua pasukan pemanah turun daripada bukit tu. Tinggal 10 orang or belas-belas je yang masih setia tak meninggalkan posisi mereka.

Suasana orang ramai kat atas bukit pemanah
kena careful sebab batu-batunya tajamm
Jabal Uhud berketinggian 1077 meter dari aras laut

Bila pihak lawan nampak peluang, diorang pun buat serangan hendap dari belakang dan bunuh balance pasukan pemanah yang ada kat atas bukit tu. Keadaan jadi kacau bilau sampaikan Nabi Muhammad cedera teruk masa ni. Baginda jatuh ke dalam lubang dan tak sedarkan diri, pastu tentera Quraisy ingat diorang dah berjaya bunuh Rasulullah.

Anggaran tentera Islam yang syahid adalah seramai 70 orang, termasuk Saidina Hamzah iaitu bapa saudara Rasulullah. Saidina Hamzah ditikam dengan lembing oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Jenazah beliau jugak turut dibelah dadanya, dan hati beliau dikunyah oleh perempuan Quraisy bernama Hindun.

Masjid Al-Fash dan Maqbarah Syuhada' Uhud

Kebanyakkan jasad tentera Islam sengaja dicacatkan dalam keadaan yang ngeri. Nabi Muhammad sangat sedih melihatkan kekalahan perang Uhud ni dan kesemua jenazah dikuburkan dalam satu liang lahad yang sama.

Dulu pernah berlaku banjir besar kat Madinah, sampaikan jenazah syuhada' ni semua terkeluar dari kuburnya. Saksi yang lihat keadaan tu kata, kesemua jenazah masih utuh, darahnya masih mengalir dan tak mengeluarkan bau busuk pun. Subhanallah!

Pemakaman semula di lokasi yang baru
Tapi cuma 2 orang je yang diletakkan batu nisan. Iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib dan Saidina Abdullah bin Jahsy

Dari Perang Uhud ni kita dapat pengajaran, supaya patuh pada arahan pemimpin. Selain tu, keberanian dan kepimpinan Nabi Muhammad yang menjadi barisan hadapan dalam pertempuran ni harus dicontohi. Ini bukti bahawa Rasulullah bukan setakat pandai mengarah dari jauh je, tapi baginda pun ikut bertempur sekali dengan tenteranya.


Next stop kita sambung kat entry lain. Stay tuned!

33 comments:

  1. masa akak ziarah masjid quba..kami solat kt luar je sbb terlalu ramai nk masuk ke dlm masjid time tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang pulak lepas habis solat, baru ramai jemaah lain. Nasib baik datang awal

      Delete
  2. Beautiful photos! Thank you so much for sharing.

    ReplyDelete
  3. Seronok bila sampai masjid Quba. Tapi bila sampai kat Jabal Uhud bila Ustaz bercerita mengenai sejarah perang Uhud Ya Allah sedihnya. Berlinangan airmata mendengar cerita yang ustaz sampaikan. Apa lagi bila melihat perkuburan para syuhada depan mata kami. Al fatihah buat mereka yang berjuang demi Islam dan Rasulullah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih sejarah perang uhud ni. Bergembiralah mereka yg sedang berehat di negeri abadi

      Delete
  4. Kiranya laluan pejalan kaki dari Masjid Nabawi ke Masjid Quba seperti gambar no. 2 lah eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bukan. Laluan pejalan kaki kat belah belakang masjid kalau tak silap. Yg gambar nombor 2 tu area parking kereta

      Delete
  5. Wah, banyak sekali kisah menarik yang dapat saya tangkap dari sini. Memang berat benar dahulu perjuangan Baginda Rasulullah. Lebih-lebih lagi bila menyentuh soal peperangan, yang sering kali masalah utamanya ialah kepatuhan yang agak kurang. Akhirnya berakhir dengan kekalahan.
    Oh ya, saya dengar di Jabal Uhud sana banyak berlaku vandalisme oleh orang Indonesia. Betulkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pengajaran yg kita dpt dri ziarah di uhud ni.
      Oh saya tak tahu lah pulak pasal tu. Tapi org buat khurafat dekat kubur2 tu, mutawwif saya kata sering berlaku juga. Cuma tak tahu jemaah dari negara mana

      Delete
  6. Tengok bukit pemanah tu rendah je, tapi tu sekarang. Dulu mestilah tinggi sesuai sebagai pertahanan peperangan.

    Baca pasal tentera Islam dicacatkan tu pun dah buat rasa geram. Begitulah susahnya Rasulullah dan para sahabat mempejuangkan Islam supaya sampai kepada kita hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi wonder pulak kalau zaman dulu tinggi manalah kan.

      Kan. Ramai yg terkorban utk jadikan Islam berkembang sampai ke hari ni. Semoga berbahagialah buat mereka yg mati demi agama

      Delete
  7. Pernah solat dalam Masjid Quba. Akak pernah hilang kasut kat Masjid Nabawi. Semenjak itu...memang bawa kasut dalam beg kasut letak depan kalau solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid2 besar ni memang tak berani nak tinggal kasut kat rak sana 🤣

      Delete
  8. rindunya semua tempat2 ni....strawberry tu murah sgt!! manis ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dapat masam. Kakak saya lucky dapat manis 🤣

      Delete
  9. Akk suka masjid Quba' ni, warna putih... Sejuk mata memandang. Dulu ada jual kurma depan masjid ni. Strawberry takde pula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak org jual2 kt sekitar masjid ni, tasbih pun ada

      Delete
  10. salam ramadhan di bumi anbiya ittu., aminn

    ReplyDelete
  11. Bila baca pasal perjuangan Rasulullah saw dalam apa-apa peristiwa memang rasa sebak lagi-lagi di bulan Ramadan ni. Cantik Masjid Quba. Terima kasih Mazni di atas perkongsian ceritanya.

    ReplyDelete
  12. Bagus la baca entry ni... Macam ulangkaji benda yg dah lupa. Terima kasih Maz

    ReplyDelete
  13. Subhanallah jasad masih utuh.
    Itulah rasa sedih apabila singgah di pemakaman mereka yang syahid pada perang Uhud.

    ReplyDelete
  14. Refresh semula memori bila ziarah Masjid Quba dan Jabal Uhud. Masa akak pergi, tak ada kedai-kedai kiosk kecik banyak-banyak tu. Masih kawasan lapang.

    ReplyDelete
  15. murah nau strawberinya...so masam ke manis?

    ReplyDelete
  16. sy nak naik bukit uhud ni pd mulanya tapi tak jadi sebab time tu mmg tgh panas yakmat... ada payung pun still panas. so tunggu je kat bwh sambil borak dgn mutawif. byk juga ilmu dan sejarah islam yg sy dpt sepanjang kami berborak tu hehehe

    ReplyDelete
  17. waahhh murahnyaaaaa stoberry 5 riyal! sedih sayu baca kisah perang uhud :(

    ReplyDelete
  18. Murahnya strawberi 🍓 di sana.

    ReplyDelete
  19. Di halaman Masjid Quba, ada sebuah telaga tempat jatuhnya cincin Rasulullah SAW, cincin perak dijadikan cop mohor dan hilang buat selama-lamanya. Cincin itu hilang semasa pemerintahan Saidina Uthman bin Affan, terjatuh ke dalam perigi. Tiga hari tiga malam usaha mencari tapi tidak jumpa.

    ReplyDelete
  20. Cantik masjidnya. Mesti terasa sebaknya bila dapat solat kat sana.

    ReplyDelete
  21. Rindu serindunya. Moga dapat ke sana lagi.
    Strawberry memang murah kan.

    ReplyDelete
  22. Subhanallah ya, ziarah ke Madinah sampai ke Masjid Quba dan Jabal Uhud tuh pasti penuh makna banget Bikin ikut tersentuh dan pengen suatu hari bisa kesana juga

    ReplyDelete
  23. semoga kak SA dpat experienced pergi sini nanti...doakan untuk akak ye

    ReplyDelete
  24. Terasa kembali ke Madinah bila baca post Mazni ni. Kisah kematian bapa saudara Nabi SAW tu sangat menyayat hati. Walaupun baginda akhirnya memaafkan Wahsyi sebab bunuh Saidina Hamzah RA, tapi baginda taknak tengok muka Wahsyi sampai bila2 bukan sbb baginda sakit hati, tapi sbb baginda akan sedih teringatkan bapa saudaranya. Wahsyi nak tengok muka Nabi SAW kena tengok sorok2.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~