26 Feb 2026

Johor - Setelah 18 tahun

Sempena cuti Chinese New Year, aku pun sajalah apply cuti extra sehari sebab kononnya nak bermalasan kat rumah je. Tiba-tiba adik aku kata boring tak pergi mana-mana, dia cadang nak pergi Cameron Highlands.

Tapi kalau cuti umum bersambung macam ni, Cameron tu confirm packed dengan manusia lah. Bincang punya bincang, akhirnya kami memutuskan untuk jalan-jalan kat Mersing, Johor. Pergi Ahad, balik hari Isnin.

Petanda anda dah sampai Johor, disambut oleh DAULAT TUANKU

Kali terakhir datang Johor adalah 18 tahun lepas, di mana waktu tu aku masih bersekolah rendah. Disebabkan kitorang takde ramai keluarga mahupun kenalan di belah-belah negeri paling Selatan kat Malaysia ni, jarang-jarang sekali lah nak pergi sana.

Weolls lebih suka pergi belah pantai timur atau belah utara je untuk berjalan-jalan. So, aku tak tau sangatlah tempat-tempat menarik kat Johor ni, hiks.

Hujan sepanjang perjalanan. Tapi sejuk hati tengok hutan berkabus

Gerak dari rumah around 11 pagi, sampai Mersing pukul 5 petang something. Ada kesesakan trafik jugak, tapi tak lama. Punca sampai lewat ni sebab banyak berhenti cari kudapan atau pergi toilet je haha. Sampai Mersing pun hujan masih tak stop lagi. So kami check-in hotel dan rehat-rehat jap, pukul 6 lebih tu keluar pergi makan.

Mersing ni area tepi laut, mestilah kita nak cari ikan bakar! 


Disebabkan esoknya Chinese New Year, risau banyak kedai tak bukak. Cina raya, melayu pun nak balik kampung gak.

Then tengok kat google restoran Brother Joe ni bukak, makan kat situ jelah sebab tak jauh sangat dari hotel. Restoran ni duduk kat tepi pantai. Hujan pun baru turun masa kitorang sampai, tu yang tak ramai pelanggan agaknya..


Seeafood boleh pilih mengikut saiz. Harga dikira per 100 gram.

Order ikan bakar, sotong bakar, tomyam dengan sayur kailan 2 set. Total makan berlima RM176. Rasa makanan okay-okay lah, yang penting makan licin dan tak membazir.

Pagi esoknya, pergi cari sarapan tepi pantai. Lepastu tengok air laut keruh you all sebab hujan non stop dari semalam. Penduduk kat situ pun cakap minggu sebelum tu cuaca elok je, dah 2-3 hari ni yang kerap hujan.

Berani betul bot nelayan tu redah ombak kuat..
Mendung dan kelam..

Nak cari vitamin-sea.. Tapi warna sea nya pulak keruh macam nescafe ais hahahah. Orang cakap pantai-pantai kat Mersing ni cantik, sebab sini menghubungkan jarak nak ke pulau-pulau famous macam Tioman atau pun Pulau Rawa.

Takde rezeki lah nak tengok pantai yang cantik ni. Sepanjang kitorang kat Mersing ni manjang je hujan. Ambil gambar pun rasa macam takde seri. Lolzz

Bosan tengok laut warna Nescafe, kita pergi tengok sawah pulak

Next stop nak pergi Jeti Teluk Buih. Sepanjang perjalanan, ada sawah pulak. Kat area kampung ni pun ada banyak homestay, sebab katanya sini port memancing. 

Sampai sini baru tahu KUNTUM Kafe betul-betul duduk bersebalahan dengan Jeti Teluk Buih. Ni pun sebab terperasan kat Tiktok la, masa tengah browse restoran di sekitar Mersing malam semalamnya. Lawa kafe nya dari luar, macam cottage mat salleh gitu.

Bot nelayan dan KUNTUM Kafe

Tak jauh dari Jeti Teluk Buih tu, kami singgah Pantai Air Papan. Angin kuat gila you all~ Sini ramai orang main layang-layang, syok sebab sejuk berangin je. Tapi warna air laut tu takyah cakaplah, masih warna Nescafe ais, haha.  

Pantai Air Papan

Tempat terakhir yang kitorang singgah, Pantai Pasir Lanun. Kat situ ada Jeti Penyabong. Rasanya jeti ni untuk orang-orang yang nak pergi memancing kot.. Sebab di sekitar Pantai Pasir Lanun ni ada beberapa pulau kecil.

Jeti ni nampak macam baru siap. Nampak cantik je
Bot-bot memancing

Tapi kami datang sini sebab nak pergi ke Hidden Viewpoint Penyabong je. Err.. Not so hidden sangatla sebab tempat ni viral ye untuk bergambar. Jalan pulak agak sempit, muat untuk 1 kereta je lalu. So kena bertimbang rasa lah untuk bagi laluan pada kenderaan lain.


Nasib baik tak ramai sangat orang. Syokla bergambar sebab serious tempat ni memang cantik sangat! Cuma kalau cuaca cerah, mesti lagi lawa lah dengan air laut warna biru kehijauan.

Gambar dari Google - (Daily Johor)
Weolls dapat camni je haha

So itu jelah kisah short trip pergi Mersing, setelah berkurun lamanya aku tak jejak kaki ke Johor. Next time kalau datang Mersing, nak pergi Pulau Rawa atau Pulau Tioman pulaklah!


38 comments:

  1. Akak pernahlah beberapa kali ke Mersing, yaaa…memang cantik pantai dan lautnya membiru. Takpe, lepas ni plan Pulau Rawa atau Tioman tu kasi jadik (tapi yang cakap ni pun belum pernah ke sana 🤭).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib tak menyebelahi kitorang pulak masa ni huhu.
      Kita masuk list dulu, sampainya entah bila kan 😛

      Delete
  2. saya pula yang rasa sayu hati tengok cuaca mendung sejuk tu Maz...macam ada sesuatu yang susah nak ungkap,awal2 puasa ni banyak tengok berita sedih agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu sebelumnya memang panas bahang. Bila hujan, direct 3 hari terus huhu.

      Sayu tgok langit mendung

      Delete
  3. sy ada sorg member tp sy tak sure skrg dia dah blk mersing atau masih kekal kat HKL... lama tak dgr khabarnya... penah laa plan nk jln2 pulau kat sana dgn dia tp hmmm nan hadoooo hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wishlist saya gak nak gi pulau2 berdekatan dgn mersing ni. cantik2!

      Delete
  4. lps ni gi johor lg naik ETS je...
    boleh lajak msk singapore gi USS pulak
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tulah. tgh tunggu bila nak siap je. saya pulak mmng jarang gi belah2 sana kan

      Delete
    2. dah siap dah pun awal jan aritu... tp tix sold out sokmo

      Delete
  5. Mersing Teluk Buih ada awah padi? Menarik tu.. pernah pergi mersing tapi tak la pula explore kawasan setempat huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, macam random pulak area tepi pantai, tapi ada sawah haha

      Delete
  6. Akak nak pi sini la nanti bulan 5 nanti..ada kenduri kahwin lepas tu nak bercuti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga cuaca cantik masa akak pergi nanti!

      Delete
  7. Best jugak jalan² dalam negeri ni kan... sesambil mkn mknn tempat org... mersing cantik pernah pergi sekali sebelum ke tioman

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangnya, saya tk dpt lihat kecantikan mersing time datang ni.. kena repeat lagilah nampaknya

      Delete
  8. rasanya bulan puasa tahun ni, tak macam tahun2 lepas...selalu panas membahang.. ini ada hari sejuk, ada hari hujan...Allah, akhir zaman dah.. sempat lagi ke Ramadan akan datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tapi mungkin jugak sbb kita puasa awal tahun kan. biasa awal2 memang kerap hujan

      Delete
  9. Akk pernah ke Mersing, almost 20 yrs dah rasanya. Ni dok plan nak revisit bila ada kesempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti dah banyak yg berubah kan berbanding 20 yrs ago

      Delete
  10. Uncle pernah duduk Mersing. Tapi zaman purba dulu lah. Zaman sebelum bersekolah... Tak faham apa2 pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh lama sangat tu.. tapi kampung uncle kat johor kan, bila2 nanti boleh visit mersing

      Delete
  11. seramnya tengok ombak tu. memang berani mati bot tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pulak risau diorg redah je laut gelora tu..

      Delete
  12. Kali terakhir pergi Mersing sebulan lepas kahwin haha. Pergi semata-mata nak mandi laut 🤭 dari Mersing tu kiteorang ke Pulau Tioman, lepas tu hampir2 lemas masa snorkelling kat situ. Kalau lemas, mesti masuk headline Hmetro tajuk 'Setakat Itu Jodoh Kami...' 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu tragis betul. last time mak ayah saya pergi tioman pun naik jeti kat tanjung gemok mersing ni

      Delete
  13. bila cuaca mendung jd sayu hati.. sblm2 ni jarang bln puasa cuaca hujan kan.. tahun ni lain mcm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan. dia hujan pulak yg lebat giler tu

      Delete
  14. lama tu 18 tahun .. seram tgk ombak macam tu... moga belum terlambat untuk saya ucapkan selamat menyambut ramadan al-mubarak.. jadikan ramadan kali ini yang terbaik berbanding sebelumnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lama sangat. salam ramadan ustaz!

      Delete
  15. Wah, sedap sungguh makanan lautnya, kak. Memang seronok makan bakar-bakar seafood macam ni. Kalau di Jakarta, saya biasa pergi ke Muara Angke. Boleh beli terus dari pasar, kemudian minta dibakar di situ juga.
    Cuma sayangnya pemandangan pantainya tidak seindah ini, hiks. Terlalu kotor, banyak sampah dan pencemaran di merata tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macamtu lagi seronok, hasil lautnya fresh!
      tak sukanya bila orang sesuka hati buat pencemaran alam.. merosakkan pemandangan

      Delete
  16. Aaa bestnya dpt bergambar dekat tmpt viral tue ..sekali pandang mcm kt negara seberang

    ReplyDelete
  17. Warna air laut tak cantik tapi posing tepi laut atau makan tepi laut best je....terkena angin laut syok oh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun kaler lautnya keruh, tapi sedap angin pantai tu kuat, rasa macam nak terbang hehe

      Delete
  18. gmbr dari google tu cantik sungguh!! i ada lah jugak gi johor sbb adik mr hubby memang stay kat sana (kawin dgn org johor)

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~