Assalamualaikum
Ini sambungan daripada entry Camp Kayak Day 1. Untuk hari kedua ni, aktiviti kami adalah water tubing dimana kita akan menelusuri sungai dengan hanya berbekalkan pelampung dan life jacket. Sungai untuk harini tidaklah jauh macam day 1, dan air pun tenang-tenang je tak deras. Tapi tak jauh pun, adalah dalam 2 jam jugak kami round keliling sungai tu. I am sure sebahagian alur sungai yang kami lalu ni ada yang tak cecah kaki, makanya kita tawakal jelah dan jangan mengada-ngada nak keluar dari pelampung tu xD
![]() |
disini starting point untuk water tubing. alur sungai tak deras pun hehe |
Lepas dah test water confident dan penerangan guide, kami membentuk satu gugusan anggur dan gerak dibawa oleh arus sungai. Orang lain semua water tubing secara solo, kitorang ni je yang melekat dari awal sampai akhir xD
![]() |
Macamni lah kitorang dok melekat dari awal sampai akhir xD |
Water tubing ni memang sekadar duduk atas pelampung dan dibawa arus sungai je, takde kena stop di perhentian untuk makan. Cuma main benda ni kena elak batu, ranting-ranting pokok sebab badan kita terdedah sepenuhnya pada hazard di dalam air. Mujur je arus tak deras, kalau deras aku pun takut ye.
Bila water tubing ni aku tak suka bergesel dengan batu. Tahu jela batu sungai ni sakit nokk. Kawan kitorang sampai bocor pelampung. Nasib baik masa tu belum gerak jauh lagi, terus mintak pelampung baru dari guide.
Part yang paling best ialah bila lalu kat kawasan jeram yang airnya sedikit laju. Baru rasa extreme sikit! Tapi masalahnya kawasan jeram ni berbatu. Yang ni berbatu kita suka pulak?
![]() |
tak main la pelampung biasa, dia ni pakai pelampung itik terus! |
![]() |
lazy-lazy dalam air. kau hader?? |
Masa nak dekat sampai tu, cuaca mendung dan hujan pun start turun. Mujurlah bukan hujan lebat jenis ribut tu, kita kat dalam sungai tau! Kang kena hanyut tak memasal pulak dahh. Tak lama lepastu hujan stop dan kami pun sampai di finished point.
Maka tamatlah CampKayak di Little Amazon terengganu ni. Lepas settle kemas-kemas barang, masing-masing pun bersurai. Ada yang pergi jalan-jalan Kuala Terengganu, ada yang terus balik kampung.
Sebabkan aku ni carpool kereta orang, kita follow jelah dia nak singgah kedai kopi member dia kat Ajil ni. Pastu singgah pantai kejap untuk tengok sunset. Tapi aku lupa apa nama pantai ni.. Yang pasti cantiklah. (Pantai kat Terengganu pernah ke tak cantik?)
![]() |
selfie with sunset |
![]() |
pantai + sunset + Mazni = Cantik (tibehh!) |
Thanks for reading! Till next adventure!
Love the caption 🫰🏻 (last photo)
ReplyDeleteMacam santai je tubing ni kan...
Memang santai je. Sungai tu pun tak banyak batu, rasa smooth je perjalanan 🤭
Deletebestnya main water tubing! gmbr last tu memang cun laaaa
ReplyDeleteBest! Hehe terima kasih MZ 😜
DeleteItik tu ada suara tak? Hehehe
ReplyDeletePenunggang itik tu yg buat suara itik!
DeleteSeram jugak tengok aktiviti air ni. 😓
ReplyDeleteSerious tak seram pun! Kalau air deras atau hujan ribut baru seram 😁
DeleteSyoknya main air!
ReplyDeleteRasa nak selit di situ sekali.
Selamat menyambut Ramadan Kareem.
Best! Kecut jari xD
DeleteSelamat berpuasa juga puan amie 😁
seronoknye main air
ReplyDeleteBestt 😁
DeleteWater tubing tak pernah try tapi snow tubing pernah. Cantiknya pantai tu...tapi tu la kalau kat Terengganu ni seram juga nak mandi pantai dia sebab dekat dengan pasir tu pun boleh dalam air dia. Pantai dia tak landai. Kena tanya orang local kot selamat mandi atau tak.
ReplyDeletenext wishlist saya kena try snow tubing lah. pantai kat terengganu memang lawa kan, tapi betul tak semua tempat boleh mandi. lagi2 bila petang
DeleteLawaaaa foto terakhir memang 👍👍👍😉. Warna baju kontras dengan laut. Jadi hasil warnanya baguus sangat 👍.
ReplyDeleteSaya pernah ikut water tubing ini di Jogjakarta. Tapi tak best, sebab pelan sangat hahahahaha. Kalo arung jeram saya sukaaa, menaikkan adrenalin. Tp water tubing sekali sajalah 😅. Bosan memang 2 jam di air 😄😅
sengaja pilih warna2 kontras, hehe
Deleteya, airnya pelan je xD saya tunggu partjeram je, tapi tak banyak sangat jeramnya
Bestnya, seronok nya.
ReplyDeletebestt
DeleteCuya suka air dan CUya tak suka air.. hahhaahaha... fobia dengan air sebab pernah merasa macam nak lemas..
ReplyDeletetapi nak main air! cuma takut jugak air dalam ni seremmmmm
saya pun ada love hate relationship dgn air. suka air, tapi tak reti berenang! n pernah hampir nak lemas kat sungai gak xD
Deletehuishhh kira dalam juga tu
ReplyDeletemmg kena extra careful
mana kepok losong utk saya?.kata aritu nak pos🤣🤣
ReplyDelete