19 Feb 2025

Farm Fresh at UPM

Assalamualaikum

Ladang Farm Fresh ni dah lama masuk dalam list untuk dilawati bila-bila masa anak buah aku balik Selangor. Masa diorang balik sini, apalagi teruslah  bawak ke Farm Fresh ni, dekat jur dengan rumah weolls!

Dan paling penting, tiket masuk murah!

sampai je sini, terus redeem/beli tiket. Dewasa RM15, kanak-kanak or warga emas RM10

Tempat ni dibuka pada pukul 9 am, tapi aku sarankan datang awal dalam 8.30 am supaya korang boleh naik tractor tu untuk trip yang pertama. Kami sampai sana pukul 9.30 am pun dah ramai yang beratur tau. Kalau naik awal takdelah panas sangat.


Perjalanan naik tractor ni lebih kurang 20 minit sahaja. Dia bawa kita pusing di sekitar farm, lalu ladang lembu dan naik bukit sahaja. Aku yang orang tua ni pun excited naik tractor ni, apatah lagi budak-budak xD First time tau naik benda ni, so agak teruja.

lembu pertama yang kitorang nampak! besar woi!


lalu farm

Tractor akan berhenti di atas bukit yang ada signange Farm Fresh ni untuk bergambar. Siapa yang kalis matahari tu bolehlah bergambar buat syarat dah sampai sini kan. Aku tolong ambilkan gambar orang je, tu pun terik benarr sampaikan nak bukak mata pun tak mampu. 

ada abang ni bawak kuda jalan-jalan. Encem! (maksud saya kuda tu)

Habis je naik tractor, kami terus masuk di bahagian dalam pula. Kat dalam ni ada mini zoo, ada ladang lembu, kafe, spot-spot bergambar yang menarik serta shop yang menjual produk Farrm Fresh. Masuk sini macam ada a glimpse of Desa Dairy Farm kat Sabah pulak. Cuma bezanya disini panas melecaih jela.

Tengok ni cantik kan!

Antara haiwan yang ada di mini zoo ni adalah ayam, guinea pig, arnab, kambing, burung dan sedikit reptile. Boleh juga beli makanan untuk haiwan ni dalam RM3 je. Kids pun suka bagi makan kat haiwan-haiwan ni.

I personally sangat loveee dengan kambing-kambing kat sini sebab diorang friendly! Atau lebih tepat, kambing-kambing ni kebulur sebenarnya, itu yang dia jadi excited bila ada manusia datang approach, nak mintak suapkan makanan. haha.

Gambar kiri, aku terkejut tengok kebesaran ayam ni sebab saiz dia 3 kali ganda dari saiz ayam biasa. Btw nama dia brahma. Memang nama dia kena pulak dengan saiz badan, baru nampak gah gitu!
Gambar kiri, ayam pakai seluar ropol-ropol. Gambar kanan ayam rockerzz rambut cacak!
oh my deer!
untuk haiwan reptile pula ada biawak, ular dan iguana. Tapi kat sini tak ramai orang tengok sangat haha rasa kesian pulak kat natang-natang ni xD

Dah nama pun Farm Fresh at UPM, semestinya kena tengok lembu-lembu di sini! Di bahagian depan-depan ada kandang yang dikhaskan untuk anak lembu. Kemudian  ada mak dan bapak lembu yang badannya sado-sado tu.

Paling aku rasa tak boleh blah kan, kat kandang lembu yang sado-sado ni dia pasang muzik vibes macam candlelight dinner xD Kat sini pengunjung tak boleh buat bising sebab nanti lembu stress. Aku rasa bila lembu stress akan mempengaruhi kualiti pada susu lembu tu. Really the diva sangat lembu-lembu ni kan?


Disini juga pelawat boleh tengok susu lembu diperah. Tapi timing dia cuma ada pada pukul 8 am (belum dibuka untuk public) dan juga petang lebih kurang 5 pm macam tu. 


Habis pusing-pusing di dalam, kami pun pergilah area food. Ada jual pizza yang nampak sedap dan pada aku harganya agak okay sekitar RM20-30++ sahaja (saiz regular). Tapi kami tak orderlah pulak sebab lepasni nak makan nasi di luar.

Cuma order air dan aiskrim saja buat ghaso-ghaso.

ada budak ni tengah merajuk dengan pak dia. Masalahnya cantik pulak view belakang tu ek
lepas datang sini. baru aku tahu Inside Scoop ni under Farm Fresh

Kalau you all nak makan aiskrim cup tu pun ada jugak. Harga pun dalam RM3 je. Pastu aku try juga aiskrim coklat Farm Fresh yang ala-ala aiskrim Top Ten tu. Pun sedap juga.


Masuk pulak dalam kedai yang menjual produk Farm Fresh, memang heaven sebab kami suka jugak beli dia punya susu. Rasa bangga dengan produk Farm Fresh ni sebab ianya jenama tempatan! #SapotLokal


me is excited nampak susu style botol kaca ni sebab susah nak jumpa kat pasaraya. Memang wajib beli!

Dan jangan lupa bergambar ya disini sebab setiap ceruk tempat semua cantik dan penuh kehijauan. Jumpa beberapa girls yang dressup lawa-lawa pakai dress putih macam princess. Nak upload gambar kat Instagram lettewww.

Dah macam wallpaper windows pulak

Overall bagi aku best! Sangat recommend untuk you all yang boring-boring taktau nak bawa anak-anak pergi berjalan untuk datang kesini. Sila prepare payung atau topi sebab takut panas sangat :D


40 comments:

  1. ada jugak bewak dekat situ...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ular pun ada. Tapi ular merajuk, dia duduk je dlm sangkar dia taknak kluaq sbb orang lain smua tengok kambing je haha

      Delete
  2. okey nak beli dress labuh macam princess la and posing kat sini...,muahahahha....nanti nak pergiiiiii.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. gadis2 ootd memang sukalah bergambar kat sini :p

      Delete
  3. Dah lama masuk dalam bucketlist untuk pergi tapi sampai sekarang tidak tersampai-sampai. Padahal bukanlah jauh mana pun huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha saya pun masuk bucket list lama dah, amik masa berbulan jugak baru nk dtg sni. Kena tunggu budak2 balik barulah ada alasan utk pergi :p

      Delete
  4. Pernah round ladang UPM. Tapi tak pernah pulak masuk kawasan Farm Fresh ni. Mesti best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sebab banyak spot bergambar, tempat cantik 😁

      Delete
  5. Lama dah teringin nak pi sini. Tak sampai2 lagi. Nanti nak pi la menarik pulak tengok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi! Saya orang dewasa pun suka masuk sini xD

      Delete
  6. Kitorg pun tak sampai² lagi sini.
    Cantik ladang ni byk spot utk bergambar kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, mmng next time datang sini nak pakai baju lawa2 lah untuk ootd :p

      Delete
  7. Pernah pergi juga. Ada juga keretapi kecik untuk anak2 kecik ditarik oleh tractor tu. Pernah Dania kena gi sini untuk tengok cara perah lembu. Dulu macam ada rusa juga kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ada keretapi kecik tu, anak buah saya main tu jugak.
      Rusa pun ada juga, dia duduk sebelah kandang kambing. Yg tu pun peramah tak sombong

      Delete
  8. Ohhh... ayam tiga kali ganda besarnya! Teruja nak tengoklah nanti.
    Kami belum pernah sampai ke sini lagi. Terima kasih kongsi gambar dan banyak info menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terkejut tengok saiz ayam tu, maha besar hahaha.
      Kalau berkesempatan datang KL bolehla cuba singgah sini 😁

      Delete
  9. Banyak kali lalu nampak dari kejauhan tapi tak sempat nak singgah. Nak ajak kawan2 sekolah lah pergi. Mesti best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun selama ni tgok dari highway je. Bila dah masuk tu, ooo camni dalam dia ye rupanya

      Delete
  10. Mana ada kuda encem.

    P Ramlee kata hensem macam gajah

    ReplyDelete
  11. Ohh ini mungkin mirip dengan Cimory di Puncak, Bogor, dan FarmHouse di Lembang Bandung kalo di Indonesia. Tp Krn Puncak dan Lembang daerah tinggi jadi sejuk kak. Hewan2 pun ada.

    Saya sukaaaa sebenernya tempat seperti ini, apalagi part melihat hewan. Kalo bab reptil, khusus ular saja saya skip. Kalo iguana masih suka , Krn dia jinak 😁.

    Tapi bab minum susu, saya memang tak bisa telan 🤣 makanya tiap ke Farmhouse dpt susu gratis, saya LGS bagi ke orang lain 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, di farm fresh ni dia panas sikitlah. Kalau nak farm yg sejuk2 kena pergi jauh di sabah sana xD

      Yg reptile tu haha saya pun kesian tengok sebab takde orang nak tengok dia sangat. Lagipun diorang tidur je..

      Oh kak fanny tak boleh minum fresh milk yg plain ya. Kalau milk yg berperisa misalnya coklat atau strwberry boleh telan tak?

      Delete
  12. ya Allah cantiknyer... luas... selama ni x pernah tahu boleh masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tau lepas tgok tiktok orang je. Dia after collab dgn farm fresh tu yg orang luar boleh melawat ladang

      Delete
  13. Tempat yang menarik untuk dilawati

    ReplyDelete
  14. dah macam lembu wagyu pulak
    x bleh stress2
    nnt daging x sedap🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat 🤣 siap ada lagu ala2 romantic dinner tu yg tak menahan

      Delete
    2. jgn nanti time vet check... x sihat susu x byk sbb stress... ko pehal hahahahaha

      Delete
    3. Padahal jarak pengunjung dgn kandang lembu tu pun jauh je. Kalau dia nak stress jugak dgn kedatangan manusia, tu kira menggedik dah tu xD

      Delete
  15. dah macam mini zoo tp dgn scenery yg lebih cantik

    kalau lbh byk promosi pasti tempat ni akan jd tarikan ramai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penuh dgn view hijau!
      Masa saya dtg tu pun sebenarnya ramai je org 😁

      Delete
    2. maksud sy kalau pelancong luar dtg tu... tentu lg ramai... ye laa diorg kan asyik fokus bukit bintang je hahahaha

      Delete
    3. Saya perasan pelancong luar pun chinese tourists je. Haha bukit bintang tu sebab duduk kt tgh2 kotaraya je. Cuba kalau ladang farm fresh tu letak kt tgh2 KL mesti ramai org kan :p

      Delete
  16. part naik tractor tu paling besh!! cuma MZ tak tahan panas la plakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena bawak topi atau payung. Panashhh!

      Delete
  17. Ayam dia comel dan unik! Cuya ni bab tengok binatang, baru haritu pergi zoo Melaka, tu pon
    sebab abang balik rumah. Kalau tak memang takde siapa ler nak bawa ke tempat2 gitu
    Seronok tu boleh shopping produk dia, Cuya lak suka juga susu.. dapat yang fresh lagi ngammm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang saya nk tgok ayam baka pelik2 tau.

      Beli produk farm fresh dari situ yg paling best tu 🤭

      Delete
  18. Ayam rockerz tu cam terkezuttt je 🤣

    Menarik tempat. Akk tak tau pun kewujudan tempat ni... macam-macam ada kat UPM ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cubalah datang sini kak! Tiket tak mahal mana pun 😁

      Delete

Nak komen apa? silakan~