Assalamualaikum.
Previous entry --> Summit Attack Mount Kinabalu
Bila badan dan kaki kita sakit lepas mendaki dan lepastu kita have a good deep sleep, memang bangun pagi tu badan rasa macam nak lumpuh. Turun tangga tu part yang paling syahdu sekali sakitnya, haha. Tapi hari ni banyak plan berjalan, so terpaksa gigihkan jugaklah.
Pagi tu kitorang pergi mendobi kain dan sambil tu sarapan pagi. Lepastu terus checkout homestay dan pegi jalan-jalan area Kundasang kat mana yang sempat je. Taknak terlalu rushing. Tapi kena bersabarlah jadi sardin yang dihimpit sementara nak tunggu lokasi bermalam ni pulak.
Btw, rumah yang kitorang bermalam ni nice dan agak luas. Rupanya keluar dari kawasan rumah tu, betul-betul view Gunung Kinabalu dari jarak dekat. Besar gila, semalam masa check in tak nampak apalah sebab dah malam.
|
korang boleh contact nombor ni. Muat duduk 8 orang |
Lokasi pertama untuk jalan-jalan di Kundasang ni adalah ke Desa Dairy Farm. Hari pertama masa sampai Sabah ni memang Acai ada bawak pegi sini. Tapi masa tu hujan dan tempat ni dah nak tutup sebab sampai lewat, boleh baca kat entry SINI. Kalini kami datang lagi masa cuaca terik n boleh lepak lama sikit. Dapatlah bagi lembu minum susu dan shopping souvenir sikit.
Macam biasa, kalau datang Desa Dairy farm ni wajiblah makan dia punya gelato.
|
perisa favourite. Plain gelato + oreo topping |
Aku try jugak gelato + strwberry syrup. Perisa ni pun sedap jugak cuma agak manis sikit. Tetap suka coklat + oreo je. Pastu kami lepak-lepak minum kopi dia dan makan pastry sikit. Rasa biasa-biasa je tapi harga tidaklah terlalu mahal untuk tempat tourist macam ni.
Datang sini jangan lupa jugak beli produk-produk tenusu diorang. Ada saiz besar dan saiz kecil. Kalau kat Semenanjung, kita glemer dengan Farm Fresh. Tapi kat Sabah ni brand DESA ni jelah yang ada kat setiap pasaraya. Kat sini jugak boleh tengok dia produce susu ni :D
|
Langit biru yang sangat cantikk |
Kitorang try cari area untuk tengok susu lembu diperah, katanya waktu pagi-pagi boleh tengok. Tapi macam tak jumpa. Akhirnya just bagi lembu minum susu kat kandang yang dah tersedia. Sebotol susu untuk lembu tu dalam RM3-6 tak silap.
Kalau bawak budak-budak, mesti diorang suka bagi lembu minum susu ni, comel sangat. tapi kesian sikit tengok keadaan lembu tu, muka sedih je dan kandang dia sedikit kotor.
|
Macam biasa, pukul 8 keatas je Gunung Kinabalu memang akan menyorok dibalik awan |
Selesai lawat farm ni, kitorang pergi semula ke Kinabalu Park sebab adik aku nak beli medal. Masa turun gunung semalam nak beli tapi office dah tutup. Harga medal tu RM30 sahaja dan ada 2 design yang boleh dipilih.
|
Walaupun baru turun gunung semalamnya, harini dah rasa rindu dan rasa nak naik lagi
|
Nilah rupa medal RM30 tu. Pastu haruslah kitorang bergambar dengan sijil ni depan office Kinabalu Park sebagai tanda dah berjaya tawan Kinabalu. Flex la sikit xD
Tengah2 bergambar tu, tiba-tiba ada sorang abang ni ajak borak. Dia agent yang uruskan group naik Kinabalu. Abang ni bagitau nanti ada satu gunung baru akan dibuka di Sabah dan gunung tu akan jadi gunung kedua tertinggi di Malaysia. Maknaya Trusmadi akan jatuh ke tempat ke-3 lah kalau gunung ni dah buka nanti. Cuma aku lupa dah apa nama gunung tu.. Harap sahih la info daripada abang tu, sebab sampai sekarang belum dengar lagi news pasal gunung yang bakal menggantikan Trusmadi ni xD
Habis jalan-jalan untuk harini, kitorang pun gerak pergi lokasi terakhir untuk bermalam kat Sabah iaitu di Polumpung Melangkap, Kota Belud. Tempat ni merupakan campsite di tepi sungai yang menghadap view kinabalu. Antara campsite yang sangat popular di Sabah.
Kitorang ambil 2 biji khemah yang boleh muat 4 orang serta dilengkapi dengan canopy, tilam bantal semua-semua tu, harga tak sampai RM150 pun. Untuk harga khemah tu RM30, canopy RM15, barang-barang lain kebanyakannya bawah RM10.
|
staf tengah setupkan khemah kitorang |
Dah letak-letak barang tu terus masuk sungai. Cuaca waktu tu tengah panas, memang best dapat berendam dalam sungai yang airnya sejuk dan laju camni. Nama sungai ni ialah sungai Panataran dan air ni turun direct dari Gunung Kinabalu. Untuk kitorang yang kaki macam nak lumpuh baru turun gunung ni, elok sangat berendam dalam sungai ni untuk legakan otot kaki. Air pun bersih, so kalau terminum tak salahlah kan sebab ni dikira air gunung? :p
Malam tu kitorang cuma masak-masak megi dan borak-borak je. Walaupun waktu pagi sampai ke petang cuaca panas bahang, malam dia sejuk wey. Tidur nyenyak gila dengan bunyi deruan air sungai.
Dah takde benda nak dibuat, aku tidur awallah. Diorang yang lain ni sambung bersembang. Pagi esoknya nak kena bangun awal sebab nak checkout dan berjalan dekat beberapa lokasi. Agak rushing sebab malam tu pun flight balik KL.
Jumpa di next entry!
Tahniah... even sy org sabah pun tak pernah naik gunung kinabalu... abgg sy tour guide selalu bawa pelancong asing naik gunung... setahun dia dapat naik gunung 5-7 kali juga... Melangkap nie mmg popular, tp ada juga area seperti polumpung nie cuma tak berapa popular dan mostly org tempatan saja yg tau..
ReplyDeleteWahh seronoknya abang puan selalu naik gunung! Kalau saya jadi orang sana, mmng cita2 nak panjat tiap tahun jela π€£ selain melangkap ni saya tau nahandang je. Tu pun sebab ada kawan stay sana n selalu camping kat situ
Deletesukanya baca rasa macam teringin sangat nak ke sana...tapi ntah bila la boleh sampai KK
ReplyDeleteCuti2 sekolah boleh jalan2 sana π sabah best sangatt
DeleteSalam kenal, salam ziarah MM :)
ReplyDeleteCantiknya sungai tu subhanallah!
Mesti sejuk airnya kan, air dari gunung
Salam kenal puan hazel! Sejuk sangat! Mandi pulak time cuaca tengah terik, memang best π
DeleteBestnya jalan2 Kundasang. Baru je follow sini. Jemput jenguk blog Cie ada buat GA. Jomla join ☺️
ReplyDeleteterima kasih sudi follow! nanti saya datang singgah ^^
Deleteagent tu x ckp bla gunung baru tu bakal dibuka?
ReplyDeleteDia tkda cakap bila nk dibuka tu. Saya smpai skrg tunggu jugak berita pembukaan gunung baru kt sabah yg bakal menggantikan trusmadi ni
Deletegelato tu wajib makan... dah alang alang sampai kundasang kan... agak2 Desa ni ada join MAHA x kali ni?π
ReplyDeleteKalau DESA ni dah well known sepstutnya boleh je cuba join kan. Ramai je org semenanjung yg nk try produk DESA ni
Deleteboleh bermandi manda ke kat sungai tu? tampak sejuk lg menyamankan
ReplyDeleteBolehhh. Air laju n sejuk xD
Deletemedal tu sesiapa je boleh beli kan wpn x daki gunung?π
ReplyDeleteMacam kat luo negara.
ReplyDeletemenariknyer.
cantik kann
DeleteAda gunung baru nak dibuka di sabah.. kinabalu pun tak sempat naik lagi huhuu..
ReplyDeleteIyaa tapi entah bila gunung tu nk bukak. Ke abang tu yg salah xD
Deleteopismet saya baru balik panjat gunung kinabalu minggu lepas... lupa nak tanya dia ada singgah sini ke tak...
ReplyDeleteopismet dah naik, kak anies bila lagi? xD
Deletemcm terasa rasa kesejukan air sungai tu hehehe
ReplyDeletesedap berendam kak anies, hehehe
DeleteSaya bisa bayangkan pegal dan sakitnya kaki tuh baru turun gunung kak ππ. Tp pasti puaaas kan.
ReplyDeleteCantiiik nya pemandangan di sana yaa π. Saya sukaa lihat sungainya juga. Nampak jernih sangat air ππ
Air mmng jernih sangat. Mandi pula masa tgh panas2, rasa nsk tidur dalam sungai tu π€£
Delete