17 Dec 2022

Mendaki Kinabalu

 Assalamualaikum

Entry lepas - 

Persiapan mendaki Gunung Kinabalu

Pertama kali jejak kaki ke Sabah


16/10/2022

Seawal 7 pagi, kami dah bawak bersiap keluar untuk breakfast dan bawa barang-barang yang nak dibawa naik untuk bermalam di Gunung Kinabalu. Cuaca pagi tu sangat baik, harap berkekalan sampai hari nak summit lah.


Lepas sarapan dan buat covid test, maka kami menuju ke Kinabalu Park. Sampai sana agent uruskan pendaftaran untuk ambil nametag. Sementara tu, kami pergi timbang beg untuk diangkat oleh porter. Kalau upah porter, satu kg ni dikira RM13. Beg aku pada haritu adalah 7 kg, maka total aku sahaja RM91. 


Aku memang takde tongkat, so sewa tongkat kat sana dengan harga RM10 je. Settle urusan pendaftaran, agent kumpulkan semua orang bergambar dalam group. Tapi tak nampak pula view Kinabalu tu sebab kena tutup dek kabus.

Gambar cantik by Mr. M. Tapi si lelaki Gunung Hub hilang pi birak pulak

Kemudian terus naik van ke Timpohon Gate. Perjalanan memakan masa dalam 10 ke 15 minit gitu. Sampai Timpohon tu terus rasa cuak dengan sign "Selamat Mendaki tu". Rasa dia seram betul ye.

Ini adalah senarai orang yang berjaya memecah rekod climathon di Kinabalu. Bayangkan dia daripada Timpohon Gate untuk sampai ke Low's Peak ambil masa 2 ke 3 jam!! Ini memang bukan manusia punya stamina lah. 3 jam tu aku baru kat Layang-layang hut nak makan tengahari xD


Sebelum memulakan pendakian, guide memperkenalkan diri masing-masing dan seorang guide akan menjaga maksimum 5 orang pendaki. Guide yang aku ingat namanya Mr. Joe yang pakai baju merah tu. Selalu tengok tiktok dia jadi porter angkat orang. Kuat benerr.

Masa guide tu cakap kat sini ada servis teksi, aku macam blur jap. Teksi atas gunung?? Rupanya yang dimaksudkan tu malim gunung yang angkat orang sampai ke Panalaban atau puncak. Mengikut pembacaan saya di komen tiktok, 1 km bersamaan RM400 - RM600. Faktor berat badan juga boleh jadi harga teksi ni mahal.

Kalau nak naik teksi Kinabalu ni sediakan duit ribu riban jelah. Jaga-jaga, jangan sampai injured, ada yang kena angkut dengan teksi ni nanti. Tapi kadang-kadang tengok kat tiktok, tak semua orang yang injured je guna teksi ni. Diorang memang malas nak jalan and saja nak belanja guide katanya hehe. Bestler banyak pitih!

Disambut dengan Carson Waterfall semasa awal pendakian

Guide bagitau kita digalakkan sampai ke Panalaban sebelum pukul 7. Sebab makan malam kat kafe tu buka dari pukul 4.30 hingga 7 malam. If sampai lambat, nanti tak dapat makan. Oleh tu, orang yang dah sampai awal bolehlah bungkuskan dulu makanan untuk kawan-kawan yang sampai lewat.


75% trail Kinabalu ni adalah bertangga, layanlah sampai muntah. Guide sendiri pun pesan supaya naik secara zig-zag dan ambil langkah kecil. Tangga kat Kinabalu ni ada yang besar-besar langkahnya. Bayangkan ada 10 ribu anak tangga, 10 ribu tu jugaklah kau mengangkang besar-besar, tak ke rasa nak terkoyak otot betis, peha tu xD

Bawah ni aku lukis sikit lah naik secara zig-zag tu macam mana.


Nah itu diaa. Naik camni memang lambat sikitlah, satu anak tangga je jalan 2-3 step. Jalan pun berpusing-pusing, susah orang belakang nak potong line kan haha. Sepanjang dari Timpohon ke Panalaban aku naik secara zig-zag ni. Memang kurang rasa penat dan lutut, betis, peha aku tak sakit ye. 

Pondok Kandis, pondok pertama. 

Setiap pondok rehat di Kinabalu ni disediakan tong sampah dan tandas . So jangan buang sampah merata. Tak jauh pun jarak dari satu pondok ke pondok ni. Walaupun sini merupakan sumber air bersih, tapi jangan terus minum direct tanpa tapis ya.

Total pondok sepanjang laluan Timpohon ke Panalaban ni ada 7. Aku tak berhenti banyak pun.


Laluan ni memang cantik, kalau tak kabus, memang boleh nampak puncak gunung. Tapi masa nak lalu tu beristighfar jugaklah dalam hati sebab kiri kanan adalah gaung. 


Aku terpisah dengan group aku sejak kat KM 1 lagi. Most of the time, memang aku jalan sorang-soranglah huaaa. Rasa memang feeling-feeling betul jalan kat dalam hutan yang dipenuhi flora cantik ni. Banyak ambil gambar alam jelah, gambar sendiri takde sape nak ambilkan.

Sepanjang jalan sorang, aku rasa Kinabalu ni sangat bersih dan terjaga. Tengoklah dia buatkan trail yang memudahkan pendaki, tong sampah disediakan di setiap pondok. 

helo sayalah periuk kera. Kalau berani, masuklah jarimu dalam mulutku. Aku gigit kau!
Pondok Lowii, pondok ketiga

Brader yang baju biru ni kan, setiap kali aku jalan mesti terserempak dengan geng dia. Kalau tak aku pecut dia, die pecut aku. Dan begitulah situasi kitorang sampailah ke Panalaban hahaha. Tiap kali jumpa diorang mesti dia, "hei kak, kita jumpa lagi!" Aku gelak jelah.

Masalahnya masa hari kitorang nak balik KL pun berjumpa lagi dengan diorang and satu flight. Aduh memang sempoi geng diorang ni.

Dalam pukul 12 lebih merangkap 3 jam perjalanan, aku akhirnya tiba di Layang-Layang Hut. Ini merupakan pondok yang paling besar, kebiasaannya orang akan makan tengahari kat sini. Tapi apa entah masalah aku tak ambil gambar pula. Buat video je. Gambar tupai gemok pun tak ambil jugak sebab laju sangat haiwan tu lari. Sempat buat video je.

Sebenarnya nak naik Gunung Kinabalu ni ada dua trail. Trail yang kebiasaan orang gunakan ialah Timpohon - Panalaban, manakala lagi satu ialah Mesilau trail -Panabalan. Dan Layang-Layang Hut ni merupakan pertemuan antara Timpohon trail dan Mesilau Trail.


Hampir setengah jam aku rehat kat sini, ingatkan dapatlah jumpa salah sorang group aku. Batang hidung pun tak nampak maka saya rakluu. Tegur jelah siapa-siapa yang ada.

Lepas daripada Layang-Layang Hut ni atau masuk je KM4, laluan tangga dah kurang sikit, dia banyak laluan berbatu. Di sini pokok-pokok makin renek, udara pun makin menipis. Bagi yang tak tahan, kena pandai kawal pernafasan dan jangan terburu-buru. 

Still under construction. Taktaulah ini nak tambah lagi hostel atau buat balai bomba.
Ayuh-ayuh, 2km lagi! Push kasi habis!
Trail bonzai. Memang cantik, rasa macam kat planet lain
Kat sini kawasan batu dia kena berhati-hati. Dahla tengah hujan pakej angin kuat. Kalau tergolek mahu sampai ke Layang-Layang Hut nanti
Pondok Villosa. Pondok last aku berenti sebelum straight ke Panalaban
Porter wanita pertama yang aku nampak sepanjang pendakian. Load yang dia bawa tu nampak macam hampir 30 kg atau lebih tuu. Mantap!
Masih di trek bonzai. Bila cuaca kabus tak nampak kelibat hostel. Pastu meratib "bila nak sampai ni"

Start KM3.5 lagi selalu terserempak dengan uncle ni. Sambil jalan tu kami borak-boraklah sikit. Pastu masa rehat kat Pondok Villosa aku lepak dengan uncle ni. Uncle cerita, dia guide yang bawa orang naik Gunung Kinabalu. Start jadi guide masa umur belasan tahun lagi! Dulu dia kerja kat Semenanjung and agak lama tak balik Sabah. Now dah pencen, uncle ni jadi guide gunung la.

Kat sini memang selalu je nampak orang-orang yang berumur jadi porter, jadi guide. Masih kuat lagi diorang ni. Kadang kita yang orang muda ni pun jalan lagi lambat dari diorang xD

Ini pun mangsa-mangsa yang sedang koyak mental asyik bertanya "bila nak sampai niii"

Dan akhirnya, pukul 3 camtu aku sampai ke Panalaban, lebih kurang 6 jam. Standard orang ambil masa memang 4-6 jam gitu. 10 minit kemudian, adik aku pulak baru sampai. So kitorang ambil gambar alang-alang cuaca cerah.

Macam negara atas awan!

Nama lama Panalaban ni dulu dipanggil as Laban Rata. Aku suka lagi nama Laban Rata tu, tapi dua-dua pun membawa maksud yang sama jugak haha. Btw, lepas sampai tu kitorang daftar nama dan terus masuk bilik. Nak sambung lagi, tapi rasa macam panjang sangatlah pulak. So, untuk penginapan di Panalaban ni kena buat next entry lah. 

See you!

30 comments:

  1. Waaaa.. baru tahu ada teksi nak naik GK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bajet kena keras kalau nak naik teksi tu hahah

      Delete
  2. Seronoknya baca..kalau akak naik sampai Panalaban ni je kot. Hehe. Oh..rupanya jalan sorang-sorang ikut pace sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah rugilah bayar mahal2 tak sampai puncak kak hahaha
      Saya malas nak berenti lama2 so jalan kedepan dulu ๐Ÿ˜‚ sampai awal boleh baring2 duluu

      Delete
  3. Cantiknya view <3 Tapi nak daki tu T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat saya kan, kinabalu ni agak senang. Mungkin sebab trail dia dah disediakan cantik2. Saya pernah pergi gunung yg agak astaghfirullah, sampai kena berpaut pada akar pokok masa nak panjat tu ๐Ÿคฃ 1st timer pun saya rasa boleh pegi kinabalu ni if dah cukup stamina

      Delete
  4. Waa.. hebatlah. Saya dah kurang kudrat nak mendaki. Dulu² rajin jugalah mendaki bukit, gunung yang rendah².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara masih muda je ni. Nanti dah berumur sikit entah larat ke tak hahaha

      Delete
  5. sy ms dtg KK dulu smpi kat pintu gerbang tu je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, ambil feel tu kak :p

      Delete
    2. tu laa tp smpi skrg feel nk betul2 daki tu x smpi seru lg๐Ÿ˜

      Delete
  6. seronoknyaaaa... view pun cantik! tapi mmg salute laa dgn malim2 gunung ni! kerjanya tak terjangkau dek fikiran! btw masa yg ditetapkan tu, kalau kita tak tiba seperti yg dirancang, apa akan jd?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dikatakan hampir setiap hari angkat barang berat tuu, kalau saya mau patah segala tulang. Kalau tiba lewat tu cuma makanan kat kafe dah bungkus saja. Takde dikenakan bayaran rasanya. Kecuali masa hari turun gunung, kalau kita sampai bawah lebih dari 4.30 pm yg tu kena cas ot kat guide

      Delete
    2. ok laa. mn laa tau 1 hari nnt sy naik tetiba smpi lambat. dah laa unfit. stamina ke laut sulu๐Ÿ˜

      Delete
  7. aduhh.. rasa nak book trip sekarang juga! haha, tapi dah janji dgn kawan sabah nak hiking sama2.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya ada kawan duk sabah. Jenjalan nanti boleh roger member teruss hahaha

      Delete
  8. Seronoknya. Harap ada rezeki nak ke Sabah.

    ReplyDelete
  9. Waduh saya jarang banget mendaki, bahkan masih bisa dihitung jari kapan saya mendaki. Tapi baca postingan ini, sepertinya lumayan seru khususnya trailnya yang bisa sekaligus menikmati alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh sayang banget kamu tidak mendaki. Di Indonesia banyak gunung2 yang cantik xD lumayan juga ah, pepatah inggris menyatakan the best view comes after the hardest climb gituu

      Delete
  10. teksi angkat orang pun ada T^T menarik sangat post ni, baru tahu malim gunung tu pun ada angkat orang ingat angkat barang2 je la. cantik betul pemandangan, rezeki sangat sampai sana cuaca elok kan. teringin nak merasa jugak tapi entah larat ke tidak je lagi XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni nak angkat beg sendiri yg tak berapa berat tu puj tak larat. Ni diorang selamba je pikul manusia xD

      Delete
  11. seronoknya naik gunung kinabalu!! my abah is a hiker too. zaty harap zaty boleh join but my health condition tak mengizinkan bahahaha. cantikkkk picsssss!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh hebat abah zaty! Harap saya dh berumur nanti pun masih larat nak hiking hahaha.
      Thanks!!

      Delete
  12. waduhh kenangan mengusik jiwa wak nih., dh 10 tahun wak x jejak kinabalu nih., hehe

    ReplyDelete
  13. kalau tak capai 4-6 jam tu, apa akn jd seterusnya?

    sy smpi kt bawah tu je. tu pun dah posing beria๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sampai terlalu lewat, tak sempat makan sajalah sebab kafe tutup pukul 7. Cuma saya taktau guide akan kenakan extra charge atau tak jika sampai lewat di panalaban. Yg saya tahu pada hari turun tu, kalau kita tak sampai bawah before pukul 4 akan dikenakan cas OT utk guide ๐Ÿ˜

      Delete
  14. Masya Allah kakaaaak, hebat laaaah ๐Ÿ‘๐Ÿฟ๐Ÿ‘๐Ÿฟ๐Ÿ‘๐Ÿฟ. Saya baca ceritanya saja langsung berasa sakit paha dan kaki ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Liat rute di atas, dahlaaah, rasanya memang bukan bidang saya mendaki gunung nih ๐Ÿ˜….

    Tapi view-nya memang cantiiiik ❤️.

    Porter wanita di gunung saya baru liat nih. Kalo di kawah Ijen atau beberapa gunung di Indonesia juga ada porter macam nih, tapi saya selalu lihat laki2 ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa, lumayan sangat view nya, hilang terus segala penat. Rasa macam di negeri awan ๐Ÿ˜†

      Saya juga baru pertama kali jumpa porter wanita yang angkat load seberat itu. Rasanya sepanjang perjalanan, memang itu satu satunya porter wanita yang saya jumpa hehe

      Delete

Nak komen apa? silakan~