Sambungan --> Jumaat di Madinah - Shopping jubah dan souvenir
Pukul 2:30 petang selepas solat jumaat, kami pun memulakan aktiviti ziarah ke Badar yang perjalanannya sejauh 120 km dari Madinah. Ini merupakan ziarah tambahan, di mana kami perlu bayar extra charge lah sebab ia tak termasuk dalam itinerari dari Andalusia pun. Harga seorang 120 riyal dan semua ahli group kami join ziarah tambahan ni.
![]() |
| ni bukit-bukit rendah |
![]() |
| ni bukit level2 tinggi sikit. Ke kategori gunung dah ni |
![]() |
| eh, sampai dahh |
Telaga Rauha' merupakan tempat persinggahan Nabi Muhammad SAW dan tenteranya sebelum ke perang Badar. Kat sinilah tentera akan berehat serta mengatur rancangan sebelum berjuang ke medan peperangan.
Sebelum Nabi Muhammad minum air disini, 70 para Nabi sebelum Nabi Muhammad pernah minum air dari telaga Rauha' ni. Telaga ni merupakan simbol sejarah yang penuh makna dan keberkatan bagi umat Islam.
![]() |
| baru siap 80% |
Tapi sayangnya masa kami kat sini, kawasan telaga dan masjid tu ditutup sebab diorang tengah buat renovation. Nampaknya tempat ni akan jadi sebagai kawasan ziarah yang meriah untuk jemaah umrah dan haji lepas ni.
So kitorang bergambar jelah sekeping dua buat kenangan.
![]() |
| Mazni kan, memang pantang nampak kucenk. Kesian diorang lapar |
Seterusnya, kami nak bergerak ke persinggahan kedua pulak, iaitu telaga Syifa'. Tapi sebelum tu singgah gi toilet jap. Masalahnya view luar toilet tu pun lawa betul, penat-penat aku ambil gambar takkan la taknak bubuh kat sini kan. Haha motiff sangat!
![]() |
| view yang lapang dan memukau |
| dan haruslah bergambar kat sini. mesti kakak aku bengang je kena layan minah ni nak bergambar haha |
Tak jauh dari Telaga Rauha', kami tiba di Telaga Syifa' yang bagi aku, sejarahnya sangat menarik.
Asalnya Telaga ni beracun tau. Siapa-siapa yang minum air dari sini je, mesti mati. Penduduk di area situ beranggapan bahawa air dari telaga ni tak selamat untuk diminum.
Semasa Nabi Muhammad dan para sahabat dalam perjalanan menuju ke medan Badar, Baginda ingin meminum air dari telaga ini, tapi dihalang oleh penduduk kampung. Kemudian Nabi meludah ke dalam telaga tersebut dan dengan izin Allah, air telaga yang pahit dan beracun itu berubah menjadi air yang segar.
![]() |
| boleh bawak botol air dari rumah siap-siap |
Bukan itu je, malah air Syifa' ni juga disifatkan sebagai air penawar yang boleh menyembuhkan penyakit. Kita minum sebagai ikhtiar, dengan izin Allah InsyaAllah akan sembuh.
Ustaz memang pesan untuk setiap orang tapau lah air ni kalau boleh. Bukan senang nak jumpa kan, hihi.
![]() |
| ramai sangat manusia, time ni kena pandai menyelit untuk ambil air |










Baca ttg perang badar, langsung teringat cerita PESURUH dari Ahadiat Akashah yg saya baca kemarin. ๐๐. Tempat ini saya tak DTG saat umroh dulu. Menarik ternyata sejarahnya yaaa ๐. Sukaaa lah kalau bisa datang ke tempat yg memang penuh sejarah.
ReplyDeleteJadi rasa air yg dulu beracun itu, sama saja macam air zamzam Maz?
Dalam banyak2 aktiviti ziarah, saya rasa kat badar ni yg paling best. Kalau ada peluang mmng kena pergi melawat badar ni ๐
DeleteAlamak saya tk reti pulak nak bezakan. dia tak rasa mcm air zamzam, tapi bila minum tu okay je takde rasa payau punn
banyaknya kucing kat situ.
ReplyDeleteBanyakk. Rasa serbasalah tak bawak makanan lebih. Kesian diorang berebut rebut nak makan huhj
DeleteSeronoknya ziarah tempat² bersejarah gini... Teringat perjalanan dan pengorbanan Baginda Rasullullah SAW
ReplyDeleteBetul sangat. Kita naik bas rasa cam jauh tempatnya. Bayangkan Nabi dan sahabat yg naik unta tu berhari-hari lamanya kan
DeleteSeronok baca pengalaman ziarah ke Badar ni. Walau jauh perjalanan, nampak penuh makna bila singgah di Telaga Rauha’ dan Telaga Syifa’.
ReplyDeleteKisah sejarahnya memang menyentuh hati, rasa macam turut berada di sana.
Seronok sangat. Lagi2 dua kawasan ni adalah tempat persinggahan Rasulullah sebelum ke medan Badar
DeleteAlhamdulillah, tumpang seronok tengok Mazni dan famili pergi ziarah tambahan ni. Menarik, beberapa buah telaga bersejarah. Akak tak berkesempatan ke situ waktu trip umrah lepas.
ReplyDeleteBest ziarah badar ni. Banyak benda yg saya belajar :D
Deletetidak dinafikan memang seronok baca dan berharap dapat juga pergi suatu hari nanti...aamiin
ReplyDeleteAminn
DeleteBayangkan pada zaman nabi dulu...mereka nak berperang kena naik juga gunung ganang tu kan....perang apakah tu akak lupa...wahhh telaga tu sangat rare juga dibawa oleh syarikat pengendali umrah ni. Masa buat umrah dulu tak singgah sini pun.
ReplyDeleteRasanya perang uhud kott, Yg 50 pemanah duduk atas bukit utk halang musuh.
DeleteZiarah badar ni mmg tak banyak di-include dalam itinerari basic pun. Biasanya as ziarah tambahan, sebab tempatnya jauh
Thanks for sharing Mazni. Bestnya dapat join ziarah Badar. Moga diizinkan ziarah juga nanti. Memang banyak kucing kan di sana.
ReplyDeletememang best. haah kucing sana gebusss
Deleteya tak tahu laa kenapa kucing2 kat sana sy tgk betul2 kelaparan. dia punya lapar tu smpi bergaduh2 bercakaran sesama kucing... smpi sy jd tkt nk beri mkn. tkt yg bsr buli yg kecil...
ReplyDeletekat sini mmng kucing agak agresif mintak makanan. kawasan ni macam takde penempatan, jadinya takdelah orang yg bagi makan kat kucing2 ni.. menyesal tak bawak banyak makanan utk dorang
Deleteapa rasa air tu? kalau air zamzam ada rasa payau2 kan... tapi air dari telaga ni mcm mn rasanya?
ReplyDeletehahaha tak reti nak describe laa. nak kata macam air paip kang lain pulak bunyinya hahaha
DeleteYelah, cantik view lapang berlatarkan bukit dan gunung.
ReplyDeleteAkak ni pun sejak bela kucing, mudah jadi sedih tengok kucing cari makan.
Mazni pakai jubah baru beli ke tu? Lawa.
lagi2 sebab tau kawasan tu tak ramai orang. terfikir pulak berapa lamalah diorang ni tak makan..
Deletetu jubah mak saya beli masa pergi haji tahun 2014. Kain dia tebal dan tak jarang :D
Ooh…hehe, ingat kot terus bergaya dengan jubah yang baru dibeli sebelum tu ๐
DeleteHebat betul cerita air telaga tu kan?
ReplyDeleteTakde pokok langsung kat bukit diorang kan?
mukjizat nabi, air yg takleh diminum terus jadi segar :D
Deletetula mmng kering kontang, takde tmpt nak menyorok langsung hahaha
Alhamdulillah rezeki Mazni sekeluarga dapat menziarahi tempat yang jarang orang dapat singgah bila menunaikan umrah. Bayaran tambahan berbaloi sebab udah alang-alang sampai kan. Pemandangan lawa belaka biarpun dekat toilet๐Selalu baca tentang Perang Badar biasanya dikisahkan tentang kemenangan besar umat Islam. Sikit sahaja kisah tentang perjalanan dan tempat singgah yangndilalui. Rasa macam mana air telaga Syifa? Adakah payau?
ReplyDeleteustaz pun memang syorkan kitorang semua join ziarah ni. perang pertama yg nabi Muhammad turut serta, kisah sejarahnya sangat menarik!
Deletenanti next entry saya sambung lagi kat tempat2 yang lain. tulis panjang kang orang taknak baca haha. tak rasa payau pun di lidah saya
oh yg tmpt ni tambahan..akak tkde pegi sini
ReplyDeletenak pergi sini kebiasaannya as ziarah tambahan :D
DeleteApa rasa air telaga syifa ni Mazni? sihat- sihat kucing2 tu semua ye...
ReplyDeletedia rasa macam air mentah yang tak diproses. tapi saya minum rasa okay jee.
Deletekucing bulu gebus, tapi kesian kurang makanan
Alhamdulillah. Pengalaman indah ziarah ke sini. Ada pernah dengar kisah perigi ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteTq Maz share pasal Telaga Syifa'. Pertama kali tau, patutlah baca dalam Grup Umrah ada yang kirim air dari telaga ini.
ReplyDeleteHaa betul. Selain zamzam, air ni pun orang ambil utk bawak balik jugak
DeleteBeautiful photos. I love ❤️ cats and it is sad to see so many of them wandering around looking for food. Hopefully they will find a good home where they will be happy and well fed.
ReplyDeleteThank you so much for sharing your journey.
It breaks my heart too. I wish i brought more food for them...
Deletepengalaman berharga sgt! teringin nak repeat umrah...moga2 ada rezeki..aamiin
ReplyDeleteAminn. Semoga dpt kesini lagi
Delete