8 Feb 2026

Ziarah Badar - Telaga Rauha' & Telaga Syifa

 

Sambungan --> Jumaat di Madinah - Shopping jubah dan souvenir

Pukul 2:30 petang selepas solat jumaat, kami pun memulakan aktiviti ziarah ke Badar yang perjalanannya sejauh 120 km dari Madinah. Ini merupakan ziarah tambahan, di mana kami perlu bayar extra charge lah sebab ia tak termasuk dalam itinerari dari Andalusia pun. Harga seorang 120 riyal dan semua ahli group kami join ziarah tambahan ni.


Untuk ziarah ke Badar ni, ada 5 tempat yang akan kami singgah dari petang hingga ke malam. Lokasi pertama adalah di telaga Rauha' dan perjalanannya memakan masa lebih kurang sejam.

Sepanjang perjalanan, terpegun sikit tengok view pandang pasir tandus. Aku kan first time sampai negara middle east, so expectation bila sebut padang pasir ni is desert yang pasir halus mulus tu la kan. Tapi padang pasir kat sini berbentuk bukit dan gunung ganang. Serious lawa sangat!

ni bukit-bukit rendah
ni bukit level2 tinggi sikit. Ke kategori gunung dah ni
eh, sampai dahh

Telaga Rauha' merupakan tempat persinggahan Nabi Muhammad SAW dan tenteranya sebelum ke perang Badar. Kat sinilah tentera akan berehat serta mengatur rancangan sebelum berjuang ke medan peperangan.

Sebelum Nabi Muhammad minum air disini, 70 para Nabi sebelum Nabi Muhammad pernah minum air dari telaga Rauha' ni. Telaga ni merupakan simbol sejarah yang penuh makna dan keberkatan bagi umat Islam.

baru siap 80%

Tapi sayangnya masa kami kat sini, kawasan telaga dan masjid tu ditutup sebab diorang tengah buat renovation. Nampaknya tempat ni akan jadi sebagai kawasan ziarah yang meriah untuk jemaah umrah dan haji lepas ni. 

So kitorang bergambar jelah sekeping dua buat kenangan.

Mazni kan, memang pantang nampak kucenk. Kesian diorang lapar

Seterusnya, kami nak bergerak ke persinggahan kedua pulak, iaitu telaga Syifa'. Tapi sebelum tu singgah gi toilet jap. Masalahnya view luar toilet tu pun lawa betul, penat-penat aku ambil gambar takkan la taknak bubuh kat sini kan. Haha motiff sangat!

view yang lapang dan memukau
dan haruslah bergambar kat sini. mesti kakak aku bengang je kena layan minah ni nak bergambar haha

Tak jauh dari Telaga Rauha', kami tiba di Telaga Syifa' yang bagi aku, sejarahnya sangat menarik.

Asalnya Telaga ni beracun tau. Siapa-siapa yang minum air dari sini je, mesti mati. Penduduk di area situ beranggapan bahawa air dari telaga ni tak selamat untuk diminum.

Semasa Nabi Muhammad dan para sahabat dalam perjalanan menuju ke medan Badar, Baginda ingin meminum air dari telaga ini, tapi dihalang oleh penduduk kampung. Kemudian Nabi meludah ke dalam telaga tersebut dan dengan izin Allah, air telaga yang pahit dan beracun itu berubah menjadi air yang segar.

boleh bawak botol air dari rumah siap-siap

Bukan itu je, malah air Syifa' ni juga disifatkan sebagai air penawar yang boleh menyembuhkan penyakit. Kita minum sebagai ikhtiar, dengan izin Allah InsyaAllah akan sembuh.

Ustaz memang pesan untuk setiap orang tapau lah air ni kalau boleh. Bukan senang nak jumpa kan, hihi.

ramai sangat manusia, time ni kena pandai menyelit untuk ambil air

Akan bersambung di next entry..

39 comments:

  1. Baca ttg perang badar, langsung teringat cerita PESURUH dari Ahadiat Akashah yg saya baca kemarin. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Tempat ini saya tak DTG saat umroh dulu. Menarik ternyata sejarahnya yaaa ๐Ÿ‘. Sukaaa lah kalau bisa datang ke tempat yg memang penuh sejarah.

    Jadi rasa air yg dulu beracun itu, sama saja macam air zamzam Maz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam banyak2 aktiviti ziarah, saya rasa kat badar ni yg paling best. Kalau ada peluang mmng kena pergi melawat badar ni ๐Ÿ˜

      Alamak saya tk reti pulak nak bezakan. dia tak rasa mcm air zamzam, tapi bila minum tu okay je takde rasa payau punn

      Delete
  2. Replies
    1. Banyakk. Rasa serbasalah tak bawak makanan lebih. Kesian diorang berebut rebut nak makan huhj

      Delete
  3. Seronoknya ziarah tempat² bersejarah gini... Teringat perjalanan dan pengorbanan Baginda Rasullullah SAW

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. Kita naik bas rasa cam jauh tempatnya. Bayangkan Nabi dan sahabat yg naik unta tu berhari-hari lamanya kan

      Delete
  4. Seronok baca pengalaman ziarah ke Badar ni. Walau jauh perjalanan, nampak penuh makna bila singgah di Telaga Rauha’ dan Telaga Syifa’.
    Kisah sejarahnya memang menyentuh hati, rasa macam turut berada di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangat. Lagi2 dua kawasan ni adalah tempat persinggahan Rasulullah sebelum ke medan Badar

      Delete
  5. Alhamdulillah, tumpang seronok tengok Mazni dan famili pergi ziarah tambahan ni. Menarik, beberapa buah telaga bersejarah. Akak tak berkesempatan ke situ waktu trip umrah lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best ziarah badar ni. Banyak benda yg saya belajar :D

      Delete
  6. tidak dinafikan memang seronok baca dan berharap dapat juga pergi suatu hari nanti...aamiin

    ReplyDelete
  7. Bayangkan pada zaman nabi dulu...mereka nak berperang kena naik juga gunung ganang tu kan....perang apakah tu akak lupa...wahhh telaga tu sangat rare juga dibawa oleh syarikat pengendali umrah ni. Masa buat umrah dulu tak singgah sini pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya perang uhud kott, Yg 50 pemanah duduk atas bukit utk halang musuh.

      Ziarah badar ni mmg tak banyak di-include dalam itinerari basic pun. Biasanya as ziarah tambahan, sebab tempatnya jauh

      Delete
  8. Thanks for sharing Mazni. Bestnya dapat join ziarah Badar. Moga diizinkan ziarah juga nanti. Memang banyak kucing kan di sana.

    ReplyDelete
  9. ya tak tahu laa kenapa kucing2 kat sana sy tgk betul2 kelaparan. dia punya lapar tu smpi bergaduh2 bercakaran sesama kucing... smpi sy jd tkt nk beri mkn. tkt yg bsr buli yg kecil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini mmng kucing agak agresif mintak makanan. kawasan ni macam takde penempatan, jadinya takdelah orang yg bagi makan kat kucing2 ni.. menyesal tak bawak banyak makanan utk dorang

      Delete
  10. apa rasa air tu? kalau air zamzam ada rasa payau2 kan... tapi air dari telaga ni mcm mn rasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak reti nak describe laa. nak kata macam air paip kang lain pulak bunyinya hahaha

      Delete
  11. Yelah, cantik view lapang berlatarkan bukit dan gunung.

    Akak ni pun sejak bela kucing, mudah jadi sedih tengok kucing cari makan.

    Mazni pakai jubah baru beli ke tu? Lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi2 sebab tau kawasan tu tak ramai orang. terfikir pulak berapa lamalah diorang ni tak makan..
      tu jubah mak saya beli masa pergi haji tahun 2014. Kain dia tebal dan tak jarang :D

      Delete
    2. Ooh…hehe, ingat kot terus bergaya dengan jubah yang baru dibeli sebelum tu ๐Ÿ˜€

      Delete
  12. Hebat betul cerita air telaga tu kan?

    Takde pokok langsung kat bukit diorang kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mukjizat nabi, air yg takleh diminum terus jadi segar :D

      tula mmng kering kontang, takde tmpt nak menyorok langsung hahaha

      Delete
  13. Alhamdulillah rezeki Mazni sekeluarga dapat menziarahi tempat yang jarang orang dapat singgah bila menunaikan umrah. Bayaran tambahan berbaloi sebab udah alang-alang sampai kan. Pemandangan lawa belaka biarpun dekat toilet๐Ÿ˜ŠSelalu baca tentang Perang Badar biasanya dikisahkan tentang kemenangan besar umat Islam. Sikit sahaja kisah tentang perjalanan dan tempat singgah yangndilalui. Rasa macam mana air telaga Syifa? Adakah payau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ustaz pun memang syorkan kitorang semua join ziarah ni. perang pertama yg nabi Muhammad turut serta, kisah sejarahnya sangat menarik!

      nanti next entry saya sambung lagi kat tempat2 yang lain. tulis panjang kang orang taknak baca haha. tak rasa payau pun di lidah saya

      Delete
  14. oh yg tmpt ni tambahan..akak tkde pegi sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pergi sini kebiasaannya as ziarah tambahan :D

      Delete
  15. Apa rasa air telaga syifa ni Mazni? sihat- sihat kucing2 tu semua ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia rasa macam air mentah yang tak diproses. tapi saya minum rasa okay jee.
      kucing bulu gebus, tapi kesian kurang makanan

      Delete
  16. Alhamdulillah. Pengalaman indah ziarah ke sini. Ada pernah dengar kisah perigi ini.

    ReplyDelete
  17. Tq Maz share pasal Telaga Syifa'. Pertama kali tau, patutlah baca dalam Grup Umrah ada yang kirim air dari telaga ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul. Selain zamzam, air ni pun orang ambil utk bawak balik jugak

      Delete
  18. Beautiful photos. I love ❤️ cats and it is sad to see so many of them wandering around looking for food. Hopefully they will find a good home where they will be happy and well fed.
    Thank you so much for sharing your journey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It breaks my heart too. I wish i brought more food for them...

      Delete
  19. pengalaman berharga sgt! teringin nak repeat umrah...moga2 ada rezeki..aamiin

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~