Hari Rabu baru ni (8 Oktober), dapat mesej dari poslaju yang nak hantar parcel ke rumah. Dah boleh expect yang ni mesti hadiah dari kak Notie sebab join GA Mencari Saham Akhirat 2.0. Jarang poslaju nak hantar barang ke rumah saya, hikss.
Btw, 7 Oktober baru ni birthday saya. Aci tak kalau nak anggap hadiah dari Kak Notie ni sebagai hadiah birthday?
Saya sempat join sebagai orang ke-9. Kak Notie udah kabo yang warna akan diberi secara random. Bukak je parcel, excited lah sebab dapat warna pink my favourite! Comey do'oh telekungnya!
Telekung ni ringan je, dan kain pun sedap dipakai. Suka kain macam ni berbanding telekung travel kain parachute yang macam plastik tu. Terlampau ringan sangat pun susah jugak, mudah terbang-terbang dah serupa obor-obor pulak haha.
Tapi yang Kak Notie bagi ni kainnya tak terlalu tebal dan tak terlalu ringan. Mak lurvee!
![]() |
| didatangkan dengan beg bulat yang ada charm comel |
Kat rumah memang dah ada telekung travel, tapi saiz begnya sedikit besar. Pernah bercadang nak beli yang saiz kecik macamni je sebab senang nak sumbat dalam beg. Tiba-tiba rezeki pulak dapat telekung travel comey ni. Alhamdulillah, terima kasih Kak Notie atas pemberian ni. Semoga akak murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik, lancar segala urusan di tempat kerja dan dapat mengerjakan haji pada tahun 2026.
Ini kali kedua saya dapat hadiah Giveaway dari Kak Notie tau 💖 Bagi yang belum kenal, marilah terjah blog beliau yang suka bagi hadiah ni! Link blog - Saje Suka Suka
![]() |
| comel kan charms tu! |
Kemudian hari khamis (9 Oktober), my friend suruh ambil barang kat tempat kerja adik dia. Tiba-tiba ada diselitkan hadiah pulak! Haritu beliau dah bagitau nak bagi hadiah, tapi tak expect la pulak sampai 3 barang.
![]() |
| eiger lah you all :') |
Dan hari jumaat 10/10 haritu tiba-tiba ofismate bagi hadiah birthday birthday. Yang ni paling terharulah, sebab kitorang pun baru kenal each other bulan Januari tahun ni. Tup tup beliau teringat nak bagi hadiah pulak walaupun aku tak pernah bagitahu my exact birthdate.
Tapi sedih sebab ofismate tu last kerja bulan ni.. Sedih tau she is my first officemate after 4 tahun i kerja sorang-sorang kat ofis. Pasni takde dah kawan gossip :')
![]() |
| pestime dapat produk the body shop |
Terima kasih pada ketiga-tiga pemberi. Alhamdulillah, rezeki bulan birthday hehe.





Alhamdulillah..rezeki tu..happy belated birthday mazni..
ReplyDeleteAkak ada telekung travel macam serupa parachute tu..hahaha..konon nak tambah lace bagi berat sikit, tak jahit² pun
terima kasih kak linda!
Deletehaha annoying kan telekung parachute tu! kalau time sujud mmng terselaklah
Wahhh Tahniah yer Mazni..Sy pun br pegi amik kt opis tadi parcel dr kak Notie...colour chocolate soo cantikk❤️🥰
ReplyDeleteTahniah! Comel ke telekung ni kan 😁
DeletePandainya Kak Notie pilih telekung yang sesuai dan sedap dipakai :)
ReplyDeleteKann. Alhamdulillah rezekii
DeleteTahniah dapat dah hadiahnya.
ReplyDeleteTq kak cie!
DeleteBesar tapak tangan je? Comel sangat!
ReplyDeleteSenang nak sumbat masuk beg!
DeleteAlhamdulilah Tahniah dan happy belated birthday!
ReplyDeleteTq cuya!
DeleteAlhamdulillah rezeki pasti tak salah alamat...
ReplyDeletesuka sy tgk kaler telekung tu... cantikkk
pink my favourite!
Deletekiranya merangkap sekali hadiah perpisahan ke mcm mn tu?
ReplyDeletekalau hadiah perpisahan, patutnya saya yg kena bagi kat dia. sebab dia yg nak berenti keje ahaha
Deletesweet2 belaka hadiah tu. alhamdulillah. rezeki
ReplyDeletealhamdulillah :D
DeleteHappy Birthday Mazni 🎈🎈🎈
ReplyDeleteBarakallahu fi umrik.
Seronok dapat macam² hadiah
tq puan hazel! tak sangka gak dapat hadiah, sebab tahun ni saya mmng takde bagi hadiah kat kawan2 pun. serbasalah pulakk haha
Deletehappy belated birthday...hadiah giveaway pn dh smp...tahniah
ReplyDeleteterima kasih kak amy. tulah, sampai sehari lepas birthday hehe
DeleteOh 7 Oct kemarin mazni ulang tahun 😍. Selamat ulang tahun 🎉🎉🎉, dah telaaaat sangat, tp semoga makin bertambah usia, rezeki mazni makin banyak dan berkah. 🤗.
ReplyDeleteSaya suka kumpulkan mukena travel macam nih. Taro di semua tas yg saya punya. Jadi tak pening pindah2 kalo bawa tas yg berbeda 😄
terima kasih kak fanny! tak lambatlah, selagi masih bulan 10, any wishes tak expired lagi ahakss :p
Deletebetull. letak kat mobil satu, kat ofis satu!
Alhamdulillah. Happy belated birthday, Mazni. 🎂🍰🧁🎈🎉🎊 Seronok bila ada kawan-kawan yang ingat birthday kita. Rezeki.
ReplyDeleteTerima kasih kak nur! Alhamdulillah, terharu bila kawan2 bagi hadiah. Nak kena balas balik ni 😆
DeleteTahniah Mazni. Rezeki berganda ni. Happy belated birthday 🎂
ReplyDeleteTerima kasih cikgu amie! Alhamdulillah 😆
DeleteAkak pernah nampak orang solat pakai telekung obor-obor tu.. dok dekat kipas, kesian juga nengok. Kita yang risau bila dia rukuk je telekung tu tertangkup ke depan.
ReplyDeleteHappiest birthday Maz... nampaknya bulan ni bulan dapat hadiah ya.
Baca nya macam seronok je... kerja sorang-sorang takde officemate. Ada pro & con juga.
Telekung obor2 camtu kena pin kat belakang siap2 hahaha.
DeleteTerima kasih ibu rawiwa! Taktau nak kata best ke tak keje sorang. Kadang2 saya boring takde teman nak ajak borak. Tapi kalau keje ramai2 pun tak best gak sebab takut ada drama kan?
Happy Belated Birthday Mazni. Alhamdulillah rezeki dapat banyak gifts.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki, Terima kasih 😁
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteMaaf tanya Eiger itu barang apa ya?
Eiger tu barang2 outdoor hehe
DeleteTahniah! Nanti senang bawak travel.
ReplyDeleteterima kasih! haritu dah guna sekali hehe
DeleteKira two in one la dapat hadiah dan kena pulak masa hari jadi :D
ReplyDeleteyezzaa tepat sekali!
DeleteTahniah, rezeki tak salah alamat, jika rezeki datang akhirnya..kadang tak terduga kan..
ReplyDeleteTerima kasih cikgu 😁
Delete