9 Oct 2025

Spring Raya : Temple of Heaven

 

Sambungan dari --> Dongsi Mosque & Halal Xinjiang Food

Temple of Heaven, sebuah kuih Taoisme yang dibina pada tahun 1406 hingga 1420 semasa pemerintahan Maharaja Yongle, Dinasti Ming. Beliau juga bertanggungjawab untuk pembinaan Forbidden City yang terletak kira-kira 5km dari Temple of Heaven ni. (Credit: Bernama)

Cara nak kesini menggunakan metro, turun di Tiantan Station.

Kuil ini dipanggil Temple of Heaven, kerana Maharaja Ming dan Qing pernah menyembah Tuhan Syurga dan bumi serta mengadakan upacara berdoa untuk memohon hasil tuaian yang baik.

Aku pernah share pergi di Forbidden City (Kota Larangan) yang tahap luasnya tu, sampai rasa nak patah kaki berjalan. Kalau belum baca lagi, boleh klik link ni --> Forbidden City. Keluasan Forbidden City tu adalah 72 hektar, manakala di Temple of Heaven ni berkeluasan 273 hektar.

Mak aiii, lagi luas dari Forbidden City tau! Kalau berjalan mengeliling Temple of Heaven ni, terus hilang tapak kaki agaknya..

Masuk je sini, kita akan lalu di kawasan garden.. yang aku lupa apakah namanya.. Mak dah tak larat nak jalan kat sini, so dia dengan adik aku duduk kat area garden ni je sambil bentang tikar. Ala-ala picnic giteww. Kami pun tak bolehlah berlama-lama sangat tour dalam ni, sebab dah ada yang menunggu.


Di sekitar Garden tu, kami jumpa dengan batu yang unik, iaitu The Seven Star Stone. Batu ni diukir dengan bentuk gunung melambangkan 7 puncak Gunung Taishan. Ia merupakan 'a place of Heaven worship' pada zaman klasik China.

Masa first time nampak batu ni, aku ingatkan bentuk awan, hehe.

Pokok bunga putih ni menyerlah di antara pokok-pokok yang lain

Dari The Seven Star Stone tu, kami bergerak ke arah tengah untuk untuk ke main prayer hall. Tujuan kami pergi ke sini, memang untuk tengok temple berbentuk bulat yang famous tu je. Temple-temple kecil di sekeliling tu, kita skip jelah sebab bukan faham apa-apa pun.

Mujur jugaklah kami ni masuk ikut east gate. Buatnya datang dari south gate, menangis nak kena menapak jauh. 

Masa beratur nak masuk main prayer hall tu, Ya Tuhan ramai gila orang sampai berhimpit-himpit! Rimas sangat dengan cuaca yang agak panas. Dapat pulak acik cina ni tolak-tolak kita dan nak potong line pulak. Ayah aku terus keluar darah pendekar dia, himpit acik tadi. Pastu mulut dia dok berkumat kamit. Taktau lah tengah caruts ke apa, haha.


Terletak di bahagian hujung utara, Hall of Prayer for Good Harvest ni merupakan the main prayer hall disini. Ia digunakan semasa Dinasti Ming dan Qing bagi memohon hasil tuaian yang baik setiap kali tiba bulan lunar pertama.

Temple of Heaven ni telah tersenarai sebagai World Heritage oleh UNESCO pada tahun 1988 serta merupakan the largest existing architecture group for heaven worshiping in the world.

View dari tepi

Kami berempat takdelah masuk sampai dalam prayer hall tu, sebab ramai sangat orang. Apa yang aku tahu, di dalam tu ada tempat sembahyang, serta tiang-tiang yang mewakili 28 buruj, 4 musim dan 12 bulan.

Ukiran yang padat dengan elemen cina
Cubaan selfie berempat. Punya terik matahari

Dah settle melawat dalam ni, kami pun nak pergi jumpa mak dengan adik dekat garden tadi. Nak keluar dari sini pun punyalah ramai! Rasa macam baru keluar konsert pun ada, hahaha.

Massive crowds
Benda pertama yang aku fikir masa nampak tanah lapang ni; kalau letak tiang gol mesti best. Boleh main bola

Keluar dari situ, lalu kat laluan yang penuh bunga warna purple kecik comel. Lebat bunganya, cuma taktau apakah spesies ia.

Close up sikit bunga purple yang comel tu

Ingatkan nak naik train untuk balik ke hotel. Tapi my mum kenot take it anymore. So buat pertama kalinya di Beijing ni, kami guna DiDi (Taxi). Hari sebelum-sebelum ni bukannya taknak guna DiDi, tapi macam ada problem sikit masa nak linkkan dengan method pembayaran tu.. Kalini, nak taknak kitorang usaha jugak sampai boleh guna DiDi ni. Dah terdesak kan.

Antara station terdekat di Temple of Heaven ni
Tapi memilih untuk naik DiDi je. Sedap boleh tidur dalam kereta sampai hotel, ahakss!

Actually, malam tu kami keluar pergi Niujie untuk beli makanan. Mak abah duduk kat bilik, kami yang muda-muda ni jelah pergi sana. Sejak dah discover DiDi ni, bye-byelah metro. Kitorang keluar naik DiDi je.

Cerita shopping di untuk Niujie tu, aku dah sekalikan dalam entry ni --> Niujie Street


Hasil tangkapan di Niujie. Beli sate kambing, beef shaobing, buah-buahan dengan beli jajan-jalan sikit. Nasi tu lebihan yang kami tapau masa makan kat kedai Xinjiang di Dongsi pagi tadi. Nasib baik tak rosak nasi tu setelah bawak jalan kehulu hilir.

Cukuplah perjalanan untuk hari ke-4 di Beijing. Dari Tiananmen membawa ke Dongsi. Kemudian ke Temple of Heaven, dan ditutup dengan cari makanan di Niujie. Terima kasih sudi baca! Stay tuned untuk hari ke-5 di Beijing!

33 comments:

  1. Akk pun ingat bentuk awan, dengan warna putihnya tu...
    Taxi dia lagi murah ke Mazni? Ke sbb lebih convenient?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa nampak macam awan kan.
      lepas dikira-kira, harganya lebih kurang macam naik train je bila dah bahagi 6 orang. jimat tenaga pun iye jugak

      Delete
  2. memang besar lah mainland tu...kawasan temple je pun beratus2 hektar...macam ladang kelapa sawit pula..
    cantik lah pokok bunga warna putih tu, memang menyerlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebatnya maharaja zaman dulu sanggup menapak jauh2 nk pergi sembahyang, haha.
      dia sorang je putih kat situ. yg lain semua hijau2

      Delete
  3. Siap diukir batunya tu ye. Cantik jugak nampak macam ketulan awan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigih kan ukir batu? nampak mcm bentuk awan, tapi sebenarnya diukir bentuk gunung kikiki

      Delete
  4. Ramainya manusia nak keluar dari temple. Gambar yang ada bunga purple kecil-kecil tu, macam dalam cerita Twilight, tempat Bella dan Edward dok bercinta tu. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. romantik kan kalau boleh bergambar kat situ

      Delete
  5. Lawanya bunga-bunga ungu tu. Bergambar kat situ mesti best.

    ReplyDelete
  6. Bangunan berseni dan unik. Bunga lawa-lawa. Kalau ada stamina nak merayap pun tak terdaya nak cover 273 hektar tuh ye. Itu dah macam keluasan projek perumahan ala-ala Denai Alam dan eco2 yang dekat Lembah Klang ni😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. luas betul kan. kalau jadi kawasan perumahan ni, boleh dapat beratus rumah dah agaknya

      Delete
  7. Pergh…lautan manusia tuu 😅
    Tapi yang cantik - lautan bunga purple. Sedap mata memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesak terukk sampai nak berjalan pun terkepit kepit 🤣
      Memang cantik bunga purple yg taktau nama ni hehe

      Delete
  8. Thanks for sharing Mazni..!! Besar luas sungguh ya Temple of Heaven tu. Dah masuk list ketika hampir jadi pergi last year sebab memang attraction di sana kan. Bila baca ni rasa nak bawak wheelchair nanti haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh consider utk bawak wheelchair kalau nak pusing habis satu temple ni 😆

      Delete
  9. Kalau berdekatan dengan Masjid Niujie banyak la kedai muslim. Cantiknya pokok putih tu......unik betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area masjid senang cari makanan 😁 pokok tu kaler contrast dgn yg lain2

      Delete
  10. walaupun tempat ni lg luas dari forbidden city tp rs mcm pelik pun ya kenapa forbidden city dan great wall lg famous berbanding temple ni... ke sebab policy kerajaan komunis yg x cenderung sgt ttg hal2 keagamaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya, tempat ni glemer jugak di beijing. tak pernah tak ramai orang :D
      mungkin dia tak seglemer great wall dan forbidden city disebabkan tu tempat sembahyang kot. orang anggap tu tempat suci. tapi entahlah, time saya pergi haritu ramai bebenor kakk

      Delete
  11. saya suka semua gambar bunga!! yg putih lawa, yg pepel lg lawa!!

    ReplyDelete
  12. DiDi ni kereta2 diorg kebanyakannya pakai EV ke?

    ReplyDelete
  13. the seven stone tu menarik...ramai btul tu org nk kuar tu...mmg riso kalo ada yg hilang bila dh rmi2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesak nafas rasa berhimpit himpit xD kalau hilang tu pandai2 lah tunggu kat mana2

      Delete
  14. Astaghfirullah, mengucap saya lihat ramainya orang yg di dalam 🤣🤣🤣. Saya give up lah mazni.... Memang pening kepala kalo masuk dalam crowd sebanyak itu. Alasan kenapa saya tak suka konser juga 😂😂😂.

    Tapi terpuaskan juga liat bagian dalam kuil ini setelah baca tulisan mazni.

    Luasnya dah cocoklah untuk mencapai 10k langkah sehari hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah, datang time musim cuti diorang kakk xD saya pun tak pusing2 kat setiap temple yg ada pun.. memang targetnya nk pergi main temple tu utk ambil gambar. belah dalamnya taktau ada apa

      boleh jelly kaki kalau pusing habis-habisan dalam ni ye hahaha

      Delete
  15. Menariknya dapat melihat sendiri kesan sejarah di sini. Dulu waktu di universiti asa ambil subjek sejarah China, sempat study dinasti Ming tapi dah lupa! Maklumlah study untuk lulus saja hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinasti cina ni kalau nak ingat semua memang tak mampu lah. Pemerintahan diorang saja sampai 500 tahun 🤣

      Delete
  16. makaihhhhhh... ramai nya manusia... tu depa datang sembahyang + tourist kot eh.
    Comel plak nama DiDi.
    Masa Maz travel ni Spring eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu tgh cuti sempena qingming festival. Boleh jadi jugak ada yg sembahyang.

      Ya saya travel time spring 😆

      Delete
  17. Letak tiang gol tu boleh cuba lah.. mana tau dpt satu team bola shaolin soccer hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, orang dah melawat-lawat boleh main bola gak hahaha

      Delete

Nak komen apa? silakan~