Berblogging dari 2011 yang asalnya adalah untuk suka-suka, pada tahun 2025 akhirnya blog ini dah capai 1,000,000 pageviews. Honestly, aku ambil masa yang agak lama jugaklah untuk capai 1 juta ni, 15 tahun beb!
Orang lain 3 tahun buat blog dah boleh dapat 1 juta, kecoh jela Mazni ni kan? :p
![]() |
gambar tak tepat 1,000,000 la pulak |
Mulanya tak expect pun boleh capai by tahun ni. Sebab penghujung tahun 2024 haritu, nak kejar jumlahnya agak jauh. Tapi berkat tahun ni agak rajin update entry walaupun seminggu sekali, dapat jugaklah reach 7 angka ni.
Aku berblogging sejak dari zaman sekolah lepas terpengaruh dengan ajakan kawan. Katanya blog ni macam online diari, boleh pasang widget cantik-cantik. Kita pun buatlah blog, tulis citer-citer merapu masa zaman remaja hingusan dulu hahaha. Tapi tak expect jugak era blog ni boleh bertahan sampailah umur yang sekarang ni.
Banyak kawan-kawan yang aku pernah kenal dari blog ni, sekarang dah tak aktif. Tapi kitorang masih follow each other punya IG atau facebook. Begitulah bagaimana era blog ni kian menyepi bila pengguna lebih memilih platform sosial media yang lain.
Apapun, terima kasih untuk korang yang sudi baca blog saya, sudi tinggalkan komen dan saling support each other punya blog. Tanpa korang, tak mungkin saya akan capai sejuta pageviews ni. Bukanlah dapat duit daripada blogspot ke apa bila kita reach 1 juta ni. Dia just another milestone untuk saya bahawa ada jugak yang sudi baca blog sendu ni, hahaha.
Harapnya adalah salah satu entry dari blog saya ni yang bagi manfaat dan info untuk pembaca. Sikit pun takpelah, yang penting ada.
ps: dah capai 1 juta ni, haraplah adsense boleh lulus. Tiberrr
Cie pun berblog sejak 2011, 2021 capai 1 juta. Memang lama tapi takpe berkat usaha kita capai jugak. Jom road 2k pulak 💪🏻💪🏻
ReplyDeletetips dia kena rajin update blog everyday je. tapi tulah yg susah sikit utk saya huaa. dah lepas sejuta ni pun happy sangat!
DeleteKak SA dari 2010...amik alih dari adik akak...sblom tu 2009 rasanya...hahaha..malas nak tgok balik..apapun tahniah Mazni...keep it up
ReplyDeletewahh kira blog turun temurun la ni. nanti2 boleh pass kat dania pulak hehe
DeleteTahniah, Mazni, dapat capai views sejuta. Bukan mudah tu, lama bertahan dalam dunia blogging. Semoga permohonan adsense Mazni diluluskan.
ReplyDeletetula, tak sangka saya masih bertahan blogging lagi. kawan2 sebaya saya yg kenal kt blog ni dulu semua dah takdee.
Deleteaminnn!
Yeay! Tahniah Mazni. Hasil tak mengkhiati usaha. Kenangan betul berblogging zaman dulu kan. Tahniah juga berjaya bertahan sampai sekarang.
ReplyDeleteSama-sama kasih. Terima kasih juga selalu singgah blog saya.
Jom sama-sama naik!
Terima kasih idola blogger, ihiks! Zaman dulu best! Ramai orang masih baca blog. Sekarang tiktok pulakk
DeleteAduhaii..saya belum layak lagi. Terima kasih awak!
DeleteKann...dulu best berblogging. Takpelah, biarkan mereka dengan TT. Kita teruskan perjuangan jadi blogger. Jia you!
yeayyyy...tiba-tiba ammi tertanya sendiri. "eh berapa PV blog ammi?" tak pernah pulak nak ambik port
ReplyDeleteAmmi otai2 blogger gak ni 🤭
DeleteWow! sangat banyak tu pageview..ribu2..tahnaih, saya termotivasi nak teruskan blogging..alhamdulillah..apa tips begitu ramai pageview ya..mybe share juga ..good news..
ReplyDeleteEh, sehari tak sampai beribu pun cikgu. Ni hasil kumpul2 15 tahun, baru capai 1 juta. Cikgu etuza power lagi 🤭
Deletenak autograph pelisss...
ReplyDeletetahniah Mazni. 15tahun 1 juta.
yg since 2007 ni? rasa macam jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaauh lagi, lupa blog mmg sendu. ahahaha~
Allahu, kito blogger picisan jahh 😜
DeleteWow dari 2007? Sumpah lamaaa gila! Rata2 saya tgok orang start blog tahun 2008, 2009. Ni geng2 otai!
yg ada sampai hari ni, mummy Ayu dengan kakMim, mamaTisya, sisLin, kakMieja.
DeleteSteady betul semua masih keep on blogging. Konsisten dari dulu sampai sekarang! 😆
DeleteTahniah dah menjangkau lebih sejuta. Haha saya belum lagi. Takpelah biar lambat.
ReplyDeleteSaya ni pun amik masa 15 tahun, lama betull 🤣
DeleteBetull, biar lambat. Lama2 nanti tercapai jugak
sy pun baru je capai sejuta PV...dulu2 ya teringin nak capai tp skrg yg penting blog berupdate hehehe
ReplyDeleteAsalkan blog tak kosong. Paling parah tu sebulan sekali kira okay laa hahaha
Deleteapa-apa pun tahniah dah capai 1m PV...
ReplyDeletekeep on blogging!
Tq kak anies!
DeleteTahniah Mazni. Selamat berblogging.
ReplyDeleteTerima kasih puan amie 😁
DeleteTahniah Mazni...
ReplyDeleteHebat ni dah capai 1mil viewers.
Teruskan menulis dan berkarya.
Terima kasih kak! Blog ni social media kesayangan saya tau hahaha
DeleteWah! Uncle tumpang bangga!
ReplyDeleteIngat! Blog kayuh terus...!
Terima kasih uncle!
DeleteTahniah sistur! Cuya pon tak cek PV blog berapa... Tapi adsense Cuya lulus
ReplyDeleteCuya pon blogging dari dulu lagi cuma dulu ad blog lain, skrg baru fokus pd blog terkini. Apapon keep on writing ya! Cuya pon tenggelam timbul 🤣
Wahh kongsila tips lulus tu camnee. Saya sampai nak fedap dah ni 🤣
DeleteThanks cuya! Saya pun geng kejap ada, kejap takde je ni hehe
tahniahhh! moga terus semangat membara utk berblogging
ReplyDeleteTerima kasih MZ! 😆
DeleteOpocottt antoo mana tu?. Apa pun tahniah ya. Moh le kita berblogging. Tulis yang baik2 moga dapat memberi inspirasi kepada pembaca semua.
ReplyDeleteAntoo selimut ni 😜 terima kasih! InsyaAllah kita tulis yg baik2 je
DeleteCongrats mazniiiii. Memang mesti sabar, rajin, dan aktif juga utk bisa meraih pageviews. 🎉😍😄. Sayapun susah dulu. Tapi mungkin Krn saya rajin BW, jadi lama2 naik juga lah 😁.
ReplyDeleteCuma kalo skr nih, saya dah tak pernah cek PV. Soalnya pluginnya pun saya remove hahahah. Fokus untuk menulis dan BW saja 😄
nak buat entry hari2 macam tak mampu, kita cuba BW jelah. membantu jugak naikkan trafik blog.
Deletehaha, saya dah lepas sejuta ni rasa lega dah :p
Tahniah Mazni 👏🏽
ReplyDeleteSama tahun kita start berblog rupanya.
Kalau jarang ada entri baru, memang jadi lambat gerak PV. Tapi tak apa, berblog ikut tujuan dan minat masing-masing.
AdSense blog akak dah lama akak ‘tidurkan’. Lebih suka blog kosong tanpa paparan iklan.
yay geng 2011!
Deletebetul, kalau berminggu-minggu takde entry baru mmng drop jugaklah. saya pun tulis kalau ada cerita menarik jee
wah tahniah. Dulu blog guna multiply seronok menulis dan membaca tulisan orang tapi akhirnya multiply tutup tak sempat tarik cerita ke blog. Dulu femes blogdrive dan ramai kawan hingga jumpa secara real dan jadi geng. Bila blogdrive tutup juga kita cuba blogspot tapi takde lah nak capai pv juta2 asalkan ada memori dan cerita yang boleh di tulis sebagai diary kehidupan kita.
ReplyDeletesaya pestime dengar nama multiply ni. blogdrive pun pestime dengar haha. selalu kalau website yg menulis nulis ni, tahu wordpress je.
Deletebetul tu, yg penting kenangan yg kita tulis kat blog ni :D
Tahniah. Suka baca blog Mazni, outdoor activity dan travel trips.
ReplyDeleteterima kasih! saya pun suka baca blog kak mulan, banyak cerita travel n buat resipi unik!
Deletetahniah dh capai 1 juta view...truskan berblogging ..akak dr 2009..tgk pageview dh 9 juta++
ReplyDeleteterima kasih kak amy. wahh orang2 lama lagi hebat!
DeleteTahniah...kak Linda kalau kira blog lama aci dak??? Hahaha..cuma tak boleh nak comeback guna blog lama je..kalau blog lama, pun sama, mula dari 2009 gitu..zaman² U..last update 2016 kot..lepas tu, senyap..lupa dah password bagai..nak comeback,siap minta membe IT tolong, pun dia tak boleh buat .itu yang jadi blog baru tahun 2021..
ReplyDeleteAlaa sayangnya tak dapat access blog lama tu, kalau tak dah mendonia dah
DeleteTakpela guna blog lain pun. Asalkan masih semangat berblogging!
Caiyok! Caiyok! Kira OK lagi tu dari 2011 blogging dah dapat 1 juta PV. Saya start blogging dari 2004; 2024 baru dapat 1 juta PV hihi. 20 tahun kemudian... Kena konsisten menulis dan blogwalking utk tarik traffic.
ReplyDeleteWowww ni lagi sifu!
DeleteBetul, kena rajin menulis entry baru atau blogwalking
Tahniahhhhhh sebab lama bertahan dalam arena blogging dan berjaya mencapai 1 juta. Kita mesti appreciate semua benda best dalam hidup kita tidak kisah apa pun dianya ye
ReplyDeleteterima kasih! haha hasil berblogging 15 tahun, walaupun banyak cerita syok sendiri je xD
DeleteTahniah untuk 1 juta pageview tu... achievement yg tak mudah dan byk yg perlu diharungi kan..
ReplyDeletesatu kepuasan utk diri sendiri bila dah capai 7 angka ni :D
Delete